The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

26 January 2010

mereka pergi jua....


Salam takziah diucapkan kepada Kak Ina kerana kematian anak-anak ikannya. Sempat la unit ulat nangka.... silap!! ...Unit Latihan bergembira dengan kehadiran 3 ekor anak-anak ikan ni. Pagi ni, aku terkejut bile tengok sikurus Cici je berenang-renang. Mana Kiki dan Lili?

Tengok-tengok.....!


Salam Takziah.

25 January 2010

Rindu kat .....

Membalas shout-out Yan di ruangan Chat, so... sebelum mata start terkebil-kebil, mulut ternguap-nguap, kepala tersengguk-sengguk dan fikiran blank... aku akan senaraikan perkara / insan-insan / saat dan ketika / apa-apa juga yang aku rindu.

Rindu nak lepak tengah malam kat Fountain K5 sampai Pak Guard halau suh masuk bilik.

Rindu nak berkonvoi beramai-ramai tepat jam 8.00 malam depan Kalui untuk ke foodcourt a.k.a Putra Cafe. (selalunya akulah girl yang paling awal siap, dan meng-cover Kak Zuna, Yan, Zida yang suka bersiap paaaalingggg lambat)

Rindu nak dera Syed, Fifi, Malek or Anol untuk membeli choki-choki kat kedai Abg Ise sebagai balasan utk dorang pinjam tugasan tutorial. Plus Vanilla Coke untuk Kak Zuna.

Rindu kalau time tetiba Kalui keputusan bekalan air, maka aku, Kak Zuna and kadang-kadang Lah pun join buat aksi duyung terlarang di belakang blok Kalui. Hanya kami yang berani buat aksi itu. (moga-moga kami terlepas dari sebarang angkara durjana candid camera)

Rindu jugak nak SMS abg foodcourt ala thai dengan menu kami, 5 minit kemudian, bila kami turun dan berjalan ke foodcourt, makanan dah tersedia. Sangat suke melihat muka-muka customer lain berpinar memandang kami ambil makanan tanpa order. Tanpa menunggu. Bahagia!

Rindu kat roti pisang! Boleh?

Rindu bile time nak final exam, maka team kita akan bercamping di Bilik Bacaan K5. Setiap ceruk kita akan tanda dengan buku kita. Merakam aksi terlarang ahli kumpulan kita sendiri dan mengugut akan send kpd makwe/pakwe mereka.

Rindu bile teringat time Yan kene sound dengan Nuar sebab tak sampai seminit dia dengar lagu di laptop, si Yan mesti tukar lagu lain. Kali kelima, Nuar terus sound dengan amaran akan mencekik Yan kalau dia tukar lagi lagu lain.

Rindu time nak bersahur. Naik motor ramai-ramai gi sahur kat sri serdang @ padang. Balik kul 3 pagi, kenyang..tido. Esoknye, acara untuk berbuka aku, K.Zuna and Yan akan pesan je kat team dak lelaki sebab malas nak kuar. p/s: Kak Zuna mesti ingat menu burger yang baru diciptanya. Burger Jeff. Hahahaha.

Rindu kat Fazly aku. Razak kot nama sebenar dia.

Boleh tak nak rindu kat suasana berebut naik bas UPM depan foodcourt...kat bus-stand FEP. berebut lagi kat bus-stand Mines. Sekarang masing-masing dah ada kereta...jangan nak poyo pura-pura mcm tak pernah naik bas.

Boleh tak nak rindu kat tarian Ngajat Tampi? Kne pakej sekali rindu kat Zaidi.

Yan...ko sambung pulak boleh? Aku dah ngantok. (z z z .................)

Flashback - Politik Kampus dalam kenangan.

Satu permandangan yang sangat unik pagi-pagi bila aku drive masuk perkarangan UPSI. Perang poster bermula. Macam-macam warna. Politik kampus yang akan menghangatkan suasana dingin salju UPSI. Hahahaha.

Aku tak tahu sangat pasal calon-calon UPSI ni, tapi bila aku masuk je ke pintu Timur UPSI, rasa nak berlaga mata hitam. Mana nak tengok cik kak – cik kak ni berlenggang, kereta yang bersimpang siur, deretan poster-poster kuning – biru di pokok-pokok sepanjang jalan aku nak parking. Sampaikan nak masuk pintu Canselori pun, aku masih ditemani deretan poster. Thanks God, tak sampai ofis Unit Latihan.

Teringat time aku kat UPM. Tahun kedua. Keunikan kumpulan kami terletak pada nombor matrik berbanding berpuluh ribu pelajar UPM Serdang yang lain. Kami adalah 90 orang pelajar unik yang dipindahkan dari UPM Bintulu ke Serdang pada semester ketiga. Perangai pun sangatlah unik. Each and everyone.

Kali pertama kami involve dalam politik kampus ni ialah pada semester keempat (kalau aku tak salah). Di Bintulu, politik kampus ni taklah begitu seram seperti di Serdang. Biasa-biasa je. Kuliah diteruskan tanpa diganggu dengan politikl kampus.

Di Serdang, politik kampus kami bermula agak panas. Dengan Syah dan Zida menjadi calon umum dan fakulti, Yan, aku, K.Zuna dan Lah pulak menjadi kupu-kupu malam yang bergerak aktif tepat jam 12.00 tgh mlm hingga 3.00 pagi.

Malam pertama gerakan kami berjalan lancar. Dari satu blok ke satu blok misi berjaya dilaksanakan. Walaupun dengan adegan kelakar Kak Zuna, dengan hampir tertangkap dan keadaan kaki ayam kami menyelinap dari satu muka pintu ke muka pintu. Pagi esoknyer, heboh 1 kolej dengan penemuan yang memeranjatkan. Kami – Charlie’s Angel… pura-pura turut terkejut.

Malam kedua, pihak musuh mula memasang perangkap. Waktu yang sama, kami diberi jaminan oleh Charlie yg mengatakan… back-up kami sangat kuat. Satu nama diberikan sebagai penjamin…kami puas hati. Ganjaran sepanjang semester sehingga bergraduat juga amat lumayan. Hello…siapa yang akan tolak offer untuk terus menetap dikolej sehingga akhir pengajian. Sistem merit amat memeritkan..okey. Especially, untuk kami geng-geng otai ni. Hahahaha! Walaupun, akhir misi kami di malam kedua berakhir dengan adegan kami hampir ditangkap pihak komunis…ketangkasan kami sebagai Charlie’s Angel takkan dapat dikalahkan. Dengan ketawa yang berdekah-dekah, kami report mission accomplished dalam selimut kepada boss kami yang tercengang-cengang bila kami lari terus masuk bilik. Esok pagi, kami tetap ketawa sebab kami buat kerja kul 3.00 pagi, rupanyer pihak musuh cantas kami kul 5.00 pagi. Hahahahaha!

Malam ketiga, kami sasarkan kan blok KeJut. Memang terkejut. Menyeramkan. Pengajaran untuk aku dan K.Zuna, mulut jangan cabul. Bilik Diraja yang kami masuk membuatkan kami terpegun + meremang. Be at the same point for the same time – eeiiii…eerie! Diusik dalam lif…membuatkan kami lari lintang pukang turun dari blok misteri itu terus masuk kedalam kereta dimana Syah dan Suhardy tercengang-cengang. Dalam keadaan menggigil..kami jerit pada Ady supaya tinggalkan perkarangan blok itu dengan segera! Mana tahu, hantu lif tu ikut kami dari belakang. Nasib baik K5 takde lif! Huh!

Itu baru cerita tali barut politik kampus. Belum lagi cerita Azida kejutkan kami tengah malam untuk plan seluruh fakulti. At last dia bebel sorang sebab yang lain tertidur. Ok…perbincangan berat seperti itu TAK SESUAI diadakan tengah-tengah malam walaupun aku and K. Zuna buat Milo panas, okey Zida!!!

Kes aku marah sangat-sangat sebab dorang esp abang aku sendiri tuduh teman-tapi-mesra aku adalah pembangkang! Sangat menyedihkan!

At last, walaupun desas desus ada komplot nak culik calon pilihanraya membuatkan Azida dikawal rapi oleh team Bintulu….pilihanraya goes well.

Azida tewas. Syah menjadi ahli MPP. Meraikan malam Man-In-Black di Mines. Tamat sudah perang pilihanraya kami itu. Lega sangat-sangat!

Team aku berjaya menempah bilik executive di Kalui hingga grad even kami terlajak semester.

Kegemilangan team Bintulu terus menjadi bualan sehingga sekarang.

Dan deretan poster di UPSI membuatkan aku tertawa sendiri mengenangkan kenangan lama!

****************************

p/s : Tiada gambar diselitkan. Flashback dalam kotak memori hanya untuk yang memahami. miss u all. Oppsss..24 Jan (semalam) adalah harijadi seseorang. Selamat Hari Jadi. Esok (26 Jan) hari Jadi Mama!

*Mengintai kepada web K5. Nampaknya, K5 dikuasai oleh dak2 Sains. hehehehe! Rindu kat fountain, Kedai Abg Ise (esp Choki-Choki) dan Dewan Harmoni

20 January 2010

Shikin's (Kikin) Wedding

Shikin's Wedding.
16 Januari 2010.
Sg Dua, Penang.

Selamat Pengantin Baru kepada Kikin dan psangannya Azlan. Wah..skrg, aku tak leh panggil Kikin Cik Kikin dah, kne ubah status Pn Kikin plak! Congratz!

Perjalanan dari UPSI kul 9.30 pagi, berkonvoi dengan kereta Kak Zarina, Kak Murni & anaknya, En Nasir, Kak Sarah & anak depa. Halim menjadi pemandu a.k.a penglipurlara sepanjang perjalanan dari Tg Malim ke Sg Dua, Penang. 3 jam tu penuh dengan acara gosip, kutuk dan gelak. dimeriahkan lagi dengan Rina dan Mas (BSM).

Acara berhenti di R&R menjadi acara wajib! Huhuhuhu..

So, back to the real story. Kikin kawen!


Kedatangan kami disambut meriah dengan perkara pertama kami belek ialah banner yang ada picture Kikin dan Azlan. Muka Kikin kami dah puas tengok, tp muka si Azlan nya belum penah lagi la kami tgk. Oooohh...ini orangnya. Sweet!


Selain memenuhi undangan sebagai tetamu, kami juga sebenarnya adalah AJK Rombongan-Perempuan-Menjemput-Rombongan-Lelaki-Di-Pintu-Gerbang. Nasib baik nama kami tak disenaraikan sebagai Pemegang-Payung-Pengantin. Kalau ada, kami demand 10 mata CPD!

Gambar atas: Sebelum adegan si pari-pari kecil baru terperasan yang Kak Zarina telah men-kidnap kipas-bulu2-pink miliknya sebagai pari-pari @ flowergirl. Sebelum kejadian tarik2 rambut, kami nasihatkan Kak Ina supaya serahkan balik kipas itu walaupun Kak Ina sendiri turut memakai baju warna pink. Tapi dia bukan flower girl diwaktu itu! Terlebih had umur. Akta pelantikan pari2 hanya membenarkan individu di antara umur 4-6 tahun je.


Sesi mendera Kikin dengan 1001 pose bergambar. Antara ahli rombongan tak termasuk kaum adam. En Nasir dan Halim.

Kak Ina, Kikin dan aku.

Kikin dan adik kesayangannya (aku)

Aku and Kak Ina dah warning Kikin jangan dok buat perangai sememeh dia kat majlis ni. Malu kat orang kampung.

Kami terpegun dengan ketinggian Azlan. Sebab dalam banner tengok macam tinggi sikit je. Ini bukan sikit.... Hahaha.

Idea Halim: Okey, kawan-kawan lain, sambung buat peluk2 belakang Azlan dan kite bergambar beramai2. Pasti gamat kalau idea Halim menjadi kenyataan.


End of post, Selamat pengantin BAru Kikin. No more sememeh-sememeh tau. Kalau tak, kami report kat Azlan. Eii..sememeh!

Hahaha!

Lagi gambar di Facebook Jaja. kamera En Nasir, kamera Kak murni. Aku, kak ina dan halim hanya menjadi model dimana sahaja lensa kamera di halakan.

Muah!

05 January 2010

Bersama mereka, jiwaku tenang...esp on weekend!

Mempunyai teman-teman baik seperti mereka sangat membuatkan diri bahagia... Sangat bahagia. Jika aku mengalami hypertension, mereka adalah pengubat jiwa lara! Mereka juga teman-teman yang mengharukan. Hidup akan jadi haru biru dengan kehadiran mereka!

2 Jan 2010. Aku dan Yan diarahkan oleh permaisuri untuk mengadapnya di South City. Tema : Menyusun perabot rumahnya yang baru dibeli utk rumah barunya.

Keadaan ruang tamu sebelum perabotnya sampai..

Kami diarahkan duduk seperti ini. Nasib baik carpetnya sangat tebal.....



...buat tempat kami bermain "tapak tangan sape paling comel". Kak Zuna marah sebab carpetnya bakal musnah kalau kami terus sebegitu utk 2 bulan akan datang.

Sofa....

...dan modelnya.

Tada...! Setelah perabotnya siap disusun.

Semasa sesi mengemas, aku dan Yan tidor (merasmikan) katilnya dalam bilik. Takde hasil sungguh suruh kami datang. Last-last kami tak menyusun pun...

Tapi sekurang-kurangnya kami diperlukan untuk mengingati wayar-wayar television yang perlu dipasang semula.


Iklan. Permandangan dari tingkat 8.

Sesi mengisi perut sebelum ke IKEA. Restoren RASA MAS, di Serdang menjadi sangat gamat dengan hadirnya kami sebagai satu-satunya pelanggan di waktu itu. Sempat mendera kakak cashier menjaga Ira sementara kami menjamu selera.

All of us.




Ira. Anak Alang. tapi aku suka-suka tukar nama dia jadi Aliya.

****************************************************************

DI IKEA.

Lampu - lampu itu membuatkan aku menjadi 'gile' sekejap.

Sesi memilih barang untuk dilaburkan duit gaji bulan lepas.

Pada mulanya, di rumah kami bersetuju hanya ingin ke IKEA untuk mencari 'curtain rod'.


HANYA CURTAIN ROD! (kiri) Yang kanan - brg2 sampingan!

Gambar atas menunjukkan 'beberapa' barang sampingan yang sempat aku capai masuk dalam troli sebelum the real 'curtain' rod kami jumpa. Siapa suruh letak 'curtain department' jauh-jauh. Kan kami dah tersinggah di tempat lain..

Baby Stroller

Baby sitter


Sesi kaunter bersama pelanggan.

Perhatian: di IKEA, plastik akan dijual RM0.20/pc.
Ingatan utk Alang. Jangan buat IKEA macam kedai ***** sendiri. Hahahahaha!

Yaaahhh! Lenggang kangkong setelah habis berjoli part I.

***********************************************************


3 Jan 2010 pula.

Sesi basuh kereta.
Kami sempat membasuh / mencuci kereta pada pagi Ahad yang indah.

********************************************************************
DI SOGO.

Perjalanan ke SOGO sangat bahagia. Pelbagai ragam. Sampaikan kakak tol pun turut serta nak bergambar dengan kami.

Aku benci bila ada babak ketawa terbahak-bahak macam ni muncul lagi. ada orang ter'buang angin secara tak sengaja kebetulan pula di tempat yang agak tertutup. Menyeksakan. Lepas tu dia boleh pulak buat muka selamba dan meneruskan pen'shopping'annya tanpa rasa bersalah!

Muka cashier tu sangat pelik. Dah la sepanjang dia membungkus barang kitorang aku dok membebel pasal tujuan kami datang shopping.

Kak Zuna dengan cloth hangernya.

Akhirnya kami keluar jugak dari tempat itu dengan hasil tangkapan yang sarat di tangan. Aku dah macam beli tombak pulak!. Lenggang kangkong part II.
Yes. Aku tahu aku langsing. Terima kasih photographer.

Look. Semasa membeli, kami terlupa bahawa kami hanya mempunyai MyVi. Bukan treller. Semua ni salah Kak Zuna.

Hampir-hampir aku terpaksa duduk di atas bantal. Hampir-hampir je, belum pun lagi.

Sesi memuatkan SEMUA barang ke dalam kereta. Bersungguh-sungguh! Supaya kereta tidak kelihatan seperti baru saja merompak. Esp bila driver kami tiada lesen. Huh!


Sesi memunggah barang dari kereta go up to the 8th floor! Nasib baik ada lif!