The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

29 June 2010

BSM dalam seragam..

Sekitar hari itu.. Hari Bertemu Pelanggan.
Picture pada permulaan hari...

banner yang sangat merah-kuning ...

* WE CARE *

di booth Unit Latihan. Kami juara Gallery Foto Staff Bersama Unit Latihan.
*status kejuaraan itu I beri sendiri* Huahuahua...*

sekeping dua (or sepuluh - dua puluh keping..) gambar disekitar 'majlis'...

to be continued ...

Contest : Educational Blogging

Even blog I ni bukan berkonsepkan educational, esp for sekolah & IPT, but I still nak promo this advertisment gak, sbb my Pusat ICT are the urusetia. Wallaahhh!

I am blogger and plus... i also create blog for my friends. Tapi, as i said before, blog i bukan berkonsepkan education. Boleh nak buat...tapi it need time padahal tarikh tutup penyertaan ni 25 Julai 2010.

So, interested anybody?

Or, sesape nak join tapi takde base nak dijadikan blog, I would like to help, tapi entry U all sendiri bikin la.

Ibarat kontraktor rumah.. I buat rumah. Kalau at the end bile rumah tu siap then owner rumah buat jadi pusat perjudian or rumah urut xxx, jangan pulak pak polisi gi tangkap and gari kontraktor rumah! Lokap and jatuh hukum! (Peace!)

Actually, I should give them this phrase. huhuhu!


Hari bertemu Pelanggan walaupun mmg hari-hari jumpe pelanggan!

29 Jun 2010.
Atrium, Canselori.


Wahai pelanggan,
mari bertemu kami.

Souvenir...?
Be the lucky one and get our sweet souvenir
(bukan gula-gula yang kami bagi masa kursus..pls la!)

Owh..owh..
Lihat jugak seragam kami.

Muah!



23 June 2010

Blank! What should this post's title? Huhuhu.

kalau ikutkan hati, nak duk kat ofis sampai kul 6 pagi esok...mesti banyak boleh settle kan? I dont know, i am really those type yang 'boleh-duduk'berjam'jam- di-tempat-yang-sama-doing-admin-stuff'. Gitu!

tepon ofis dering-dering tanya pasal effectiveness form - how to 'this' and how to 'that'. Answered with gracefully. Singing!
mengeluh pasal kne isi banyak penilaian sebab ramai staff : cant help, bro! U rasa terbeban sebab kne isi penilaian, then hve u ever ask us who are handling it because of ISO?

fail kecik kuning makin berlambak - it's mean NEXT TRAINING - abviously next month's. All I tagged with URGENT, ESOK, CALL X, CALL Y, BOSS's... huarghh!

ISO ...?

KPI ... ?

Tepon dering lagi ? Kenapa dorang tak dapat kursus ni, kursus tu..? Pls, among 120 yang mohon, i kne pilih 20 orang yang perlu kumpul at least 10 mata CPD!

Tepon masih berdering ? Ermm..dah mohon tapi tak tahu status dapat or tak kursus tu? Dear sayang, your status are stated in your portal. If it's APPROVE by BSM, then you are choosen!

OK, cmne kalu thru YM punya soalan pulak. Actually, same question as above, cume kali ni mediumnya ialah YM, bukan my mr grey-fhone.

Tup-tup, tadi ada 1 lagi new project kne buat. Buat new way of our current penilaian. Erm..ok..ok.. Your wish is my command.

Eh kejap, induksi umum sokongan julai ni tak settle lagi kan? Panggilan peserta, tempat... all-those- booking-booking-stuff, insuran, jadual.......etc..etc..etc...
Seb baik dah booked tarikh2 semua penceramah. Wahai para penceramah yang aku dok kaco setiap kali induksi, sayang u all! Thanks for saying YES. Esp Etty!

Owh, esok ada exam peserta induksi P&P (not me). Dewan - checked! Equipment - check! Attendance - checked! Urusetia - checked! After that, buat proses markah plak!

Gud luck for those yang akan seat that paper. All the best.

Hah, cakap pasal markah... Peningkatan Aras PTK!?? Module IMS kne revised balik ni dgn Kak Ayu. Bila la ULAT nak dapat our own Peg Teknologi Maklumat kan. Hahaha. Kak Rahayu and Kak Puteri awal-awal lagi tolak offer lumayan ni!

Esok jugak ada meeting superheroes kat markas.

Wallah....hula luya....!

20 June 2010

BFF oh! BFF!

Effect Sepia menimbulkan kesan seperti memori once upon a time.
Dari atas, kiri ke kanan: Team sekolah (Diyana & Miera), Anol,
Malek, Team Bintulu (Aween & Ana),
Team BBA UPM, Nik.

Persamaan kesemua gambar-gambar di atas adalah : mereka adalah kawan-kawan rapat sepermainan, seperjuangan dan seper- yang lain-lain. Ada yang teman-tapi-mesra, teman tersayang, teman tercinta dan teman-teman sekepala. Mungkin juga ada 1-2 picture yang tertera adalah teman yang telah hilang tanpa berita, namun mereka tetap pernah menjadi teman di hati. Takkan pernah dilupakan. Dan ada di antara gambar yang terselit, mereka masih setia mengisi album Teman: Dulu, Kini dan Selamanya.

Itu semua semasa di sekolah dan universiti.

Sedang mencari dan mengorek gambar teman di alam pekerjaan. Huh, bertambah ramai sebab lapangan kerja tidak la sekecil sewaktu di majoring kewangan dahulu. Terbentang luas dari pejabat sendiri hingga ke pagar UPSI. Dari tadahan Utara hingga ke Tadahan Selatan. Pintu Utama hinggalah ke ke Pintu Selatan. Ramai - mungkin 1/3 dari keseluruhan kakitangan UPSI. ada juga kabel2 di universiti lain. Dari UUM hinggalah ke UTM. Semua atas dasar kerja.

Tup-tup...
ada orang sudah mendeclarekan I seorang kawan baik. Aikk...supposed that special tittle aku yang declare sendiri. Tapi, ini kali terbalik sudah la!

Bukan taknak mengaku itu orang sebagai kawan baik..dia mmg baik. Aku pun baik. Kami baik dengan semua orang. Semua orang pun baik dengan kami. Tapi..sedikit terkesima la dengan pernyataan tanpa diduga. Wah...!

Jadi, announcement u alls..!

I dah ada KAWAN BAIK. Ada sesiapa nak jadi TEMAN SEJATI pulak. Isi borang. Dapatkan perakuan dot.dot.dot....


Teman lelaki?
Ok..kalau anda lelaki, maka anda akan menjadi teman lelaki, tapi kalau anda wanita, anda hanya layak menjadi teman wanita. No vice versa. Surat menyurat * rayuan tidak akan dilayan. Muktamad.


p/s : Ada seorang makcik, jual nasik lemak tepi jalan kini dah mampu buka restoren nasik lemak peringkat antarabangsa. Jangan pula terdengar cerita seorang makcik, megah dengan restorennya tup-tup jatuh terduduk di kaki lima... Haish!


15 June 2010

Saya bukan pembaca isi hati..


Saya bukan psikik.
Apetah lagi psiko…huhu. Tapi kadang-kadang saya tahu apa yang akan ditanya (wah). Actually, itu kebetulan. Dengan pembayang, maka jawapan diberikan tanpa perlu soalan diutarakan.

Contoh A:

Manusia 1 : Salam, petang ni ada meeting ek?
Saya : Yezza. Meeting pengurusan. Kul 2.30, di bilik mesyuarat XXX.
Manusia 1 : pukul berapa..?
Saya : sila refer jawapan seperti di atas …
Manusia 1 : owh, terima kasih ‘cik bunga’.. =)

Well, mungkin jugak kebetulan, walaupun ditanya sedikit, tapi jawapan saya berjela. Macam jawab soalan Esei Bahasa Melayu SPM.

Mari kita lihat contoh B pulak :

Manusia 2 : Nak tanya, kalau kita hilang UMPC kad, nak refer sape ye?
Saya : Semestinya bukan Unit Latihan, tapi cuba Tuan berurusan dengan Unit Pentadbiran. No extention – 63xx, bercakap dengan En Zack
Manusia 2 : Owh, then..?
Saya : Dorang akan uruskan kad baru. Tapi I’m not sure la kalau ada bayaran dikenakan…
Manusia 2 : Oh, saya baru nk tanya ada bayaran ke tidak…
Saya : Hehehehe… Lihat.

Contoh di atas adalah satu lagi kebetulan.

Lihat contoh terakhir ini pula.

Saya : Tumpang tanya … erk -
Manusia 3 : Macam ni, mula-mula U kene jalan terus, sampai traffic light ambil kanan. Terus lagi sampai U jumpa simpang tiga, U kene pusing kiri. Pejabat tu ada di sebelah kanan U.

Itu bukan kebetulan. Itu M.U.K.J.I.Z.A.T.

p/s : Tapi selalu terjadi, nak berkata-kata dalam hati , tapi terkeluar. Maka, tiada lagi kata-kata dalam hati. Semua tersurat. Haish, sangat bahaya!
Hati-hati menjaga hati..!

12 June 2010

Usung beg!

12 Jun 2010. Last day di Pangkor.

Jam 11.00 peserta mula meninggalkan Pangkor Coral Bay Resort.Alhamdulillah, semua berpuas hati.


Aku dan urusetia lagi berdua sempat lagi membeli belah di kiosk resort ni. Membeli lagi ape yang patut. 'Menapau' pesanan-pesanan dari kawan-kawan di seberang laut sana - UPSI.
Ada peserta yang datang dengan hanya 2 beg, tapi bile pulang beg beranak jadi 4. Haarhhh! Well..urusetia pun ape kurangnya. Beranak pinak jugak.

Huh, sape nak angkat semua ni!!


Jumpe hari Isnin di UPSI. Sesiapa nak sedikit tandahati, sila ke ofis aku dan berikan password ini:

INDUKSI UMUM P&P dan SOKONGAN 1 - CORALBAY..!
(sambil buat gaya itik pulang petang jalan krem!)

p/s : siapa nak tengok Sharony Suid buat tarian : I want..nobody..nobody but U.." Huh!! =)

09 June 2010

Alkisah bila superheroes buat meeting..

Team superheroes!

Satu hari, team superheroes (gambar atas) nak adakan satu perjumpaan. Takde la besar sangat pun perjumpaan ni, nak bincangkan pasal hal-hal pentadbiran je. Yelah, hero-hero ni bukan duk satu tempat, sorang kat Gotham City, sorang kat Daily Planet, sorang kat Jepun...fuh....merata dunia.

So, klo nak buat perjumpaan, jarang sangat dapat full attendance. Ini kalau bagi mata CPD ni, mau jugak kot depa datang kan. Yelah, nak sambung kontrak jadi superheroes kne cukup 400 mata CPD. Dah la tolong orang dalam kesusahan tak dapat mata CPD, sebab itu hakiki. Haishh!

Nak dijadikan cerita, ketua segala superheroes ni (siapa lagi klo bukan Superman) memanggil la dua superheroes cute miut dari Jepun untuk set kan meeting. Maka bergegas la Sailormoon and Sailormars booked bilik meeting, tempah makanan, email jemputan... fuh, sangat berdedikasi.

Baik boss! Sailormoon & Sailormars takde masalah nak tempah itu ini.
Semua ditanggung beres! Peace lagi!


Sehari sebelum meeting, Superman ni gi la jumpe dengan Cik Sailormoon.

Superman: Moon, amcam meeting kite esok?

Sailormoon pun bukak la diarinya yang warna pink. Huiss..Sailormoon ni memang suka warna pink. Sampaikan pen tulis dalam diari tu pun pakai kaler pink!

Sailormoon : Erm, baru Sailormars, Robin, Iceman dan Nightbird yang confirmkan kehadiran.

Superman : Eh, Ultraman tak datang ke?

Sailormoon : Tadi dia SMS saya dia kata ada meeting tergempak. Ultraman Ace suruh dia pergi satu perjumpaan antara Ultraman2 sedunia. Siap dia bagi bukti MMS gambar lagi, Superman. Ni ha... (sambil tunjukkan gambar Ultraman Sedunia sedang berkonvensyen)

Superman : Lor..erm..siapa lagi yang tak dapat hadir meeting kita ni?

Sailormoon : Erm.. Spiderman call tadi bagitau spiderweb dia ter-over lekat, tumpah gam kot, so kne fixed dulu nnt takut terlekat kat web sendiri. Wolverine ada kes khas kne settle. Batman takleh datang sebab meeting kite ni waktu siang, dia silau dengan cahaya matahari. Catwomen tak dapat dihubungi sampai la ni. Diluar kawasan. Hulk pulak kne cari baju sebab semua baju dia dah rabak.

Batman, Wolverine, Spiderman, Catwomen, Ultraman, Hulk.
Ohh..memang betul la Ultraman ada Konvensyen Ultraman Sedunia.
Siap masuk Facebook lagi tau!

Superman : Subhanallah. Erm...takpe la. Tapi berapa kerat je yang datang ni?

Sailormoon : nanti I tanya Sailormars ek. Dia tengah call Popeye tu.

Sailormars pun datang sambil tersenyum simpul.

Sailormars : Sorry, Popeye text I tadi. Dia kata dia gi teman Alice dan anak sulung dorang gi dentist check gigi sulung Popeye Jr.

Owh...Popeye jr dan gigi sulungnya!

Superman : erm...takperla Sailormoon, Sailormars. Kita2 yang ada ni pun cukup la, at least seb baik ada U berdua, Robin, Iceman, Nightbird...

Sailormars : Erm..banyak makanan lebih nanti ni. Takpe, i bawak bekal. Leh tapau utk makan malam. Hihihi.

Superman pun berlalu...

Meeting. Sedikit sunyi sebab tak dapat tengok ragam
Ultraman fire-fire manja kat Hulk sbb nak
tgk Hulk akan bertukar hijau.
Rindu jugak tengok aksi Batman ngorat2 Catwomen.



Nasib baik Sailormoon order karipap je, kalau nasi beriyani tadi...huh!
Jenuh jugak SailorMoon dan Sailormars nak tapau makan
dari dinner - supper - breakfast esoknye!

Girls in my life

I have two sisters. Eyla and Aty. =)

That's all. Thank you..

07 June 2010

khaty dan moko2

Let me introduce u to my ... Khaty and Moko2 !!

mari berkenalan dengan 2 kesayanganku ini. Khaty si katik dan moko-moko (selepas ini akan di panggil moko2) si kitten.

pengubat rindu di hujung minggu, aiseh!

dan yang di atas ini pula kekasih gelap adik bongsuku. Aku tak berapa tahu nama mereka, cume sesuka hati kadang2 aku panggil Kiki dan Lala, Mini dan Lolo. Kiki & Lala adalah parent kepada Mini & Lolo.

Last Friday, kecelakaan berlaku pada si Kiki. Kami suspect Moko2 telah menguis2 teratak mereka ini membuatkan si Kiki berjaya meloloskan diri dan menjadi mangsa cakar kucing-kucing liar (mungkin juga Moko2 sendiri yang cuba nak bermanja).

Soal siasat ke atas Moko2 tidak mendatangkan hasil. Haish!

Bila pencarian gagal, maka adik bongsu ku itu mula la bersedih sampaikan papa pun berkata :

Ok, adikku itu itu sangat touchy! Esp bile sentuh part-part Kiki & Lala, Miki & Lolo.
Akhirnya, Kiki berjaya dijumpai di dalam longkang. Papa berusaha mencari Kiki buat anak bongsunya. Wah, kasih seorang Papa!

footnote: ada sorang kawan kata nak bagi ayam serama kat aku. menunggu 7 bulan dari sekarang!

Dalam fikiran ni, sedang berkira-kira untuk mengambil 'anak angkat'.
Sedang berusaha ke arah itu. =)

Mengantuk sudah. Nite!

Juat's wedding @Tg Malim

Aloha..
semalam ada terbaca satu artikel dalam surat khabar pasal Lagu Berhantu : Gloomy Sunday. Dimana beberapa kes bunuh diri pada area 60'an yang dikaitkan dengan lirik ni. Haih! Seram plak...Bayangkan bila persamaan kes2 bunuh diri tu mesti ada nota lirik lagu ni di sisi mayat! Huhuhu....


Stop! My last Sunday tak gloomy! It's happening! Sebab?
My cousin's wedding! Juad and K.Maimon.


A day before majlis bersanding. Melayan kerenah anak-anak buah.. Esp si debab itu. Sangat manja. Nampak mcm brutal tapi spesis dalam hati ada taman. Manja gile! Yang paling aku tak tahan kalau dia tiba-tiba terjah aku dan duduk di riba! Wah! Boleh patah 3 kaki ni. Tapi, sbb anak buah punya pasal...rela sioot! Hahaha..

Yang girls tu anak Kak Elis. Anis and Aina. Si kurus cekeding. Ikut maknya masa muda..maknya masa sekolah di Khir Johari kurus macam aku (sekarang) Then masa dah kawen...sila refer gambar di bawah.

Yes..gebu gitu!

kak Elis dan anak-anak daranya. Picture versi senyum (atas) dan tak senyum ( bawah). Rasanyer arahan 'senyum' dan 'tak senyum' itu hanya diikuti oleh Anis & Aina. Maknya? Tak de beza!

Lagi picture di sekitar anak-anak buah dan sepupu sepapat. Dikelilingi hijau.

Tema majlis diberitahu seminggu sebelum hari kejadian adalah hijau. Maka aku bergegas cop baju hijau untuk sesi melaram di majlis. Siap cari tudung syria kosong hijau OK! Bukan senang nak cari tone yang berkenan di hari!

Last-last..aku jadi pelik sebab tengok khemah pengantin warna putih-pink. Ok...then bunga telor pun merah-pink..pelamin putih-pink..

Penganti pulak? Putih - pink?? No! No! No!

They came with those grey outfit! Huh!!!!!!!!
Mana hijaunye?

seronok bergambar bak raja kan..nama pun raja sehari namun begitu mereka ini hanya raja 3-4 jam sahaja sebab lepas tu mereka kene cuci periuk kuali. Hahaha. Again, congratz!

04 June 2010

Post in 5 minutes time!

Quick post. in 5 minutes.

Get set. GO!

Last week on 29 Mei, sepupu aku kawen. Akhirnya..! Tahniah ek Juad! Minggu ini, 6th June, kenduri sebelah lelaki di Tg Malim.


Aku baru balik dari Pangkor. Menguruskan kursus Induksi di sana. Works!

Ok, guys! Thats all... ada kerja lain. Oh ye, love to post updates on my Khaty and Moko2, but maybe next time. Huahuahua! Love u guys!


02 June 2010

Nota dari jauh..

Wah chewah! Nota dari kejauhan la konon... Erm..jauh kan. Dari Tg Malim ke Pulau Pangkor. Yup, I kat Pangkor.

Menginap di Pangkor Coral Bay Resort. Menguruskan pelaksanaan kursus Induksi Umum di sini dari 2-12 Jun. Tapi takde la dari 2-12 tu I kat sini. 3rd I balik la ke UPSI.

Well, sape nak pesan ape2? Sila2... Talk about Tg Malim & UPSI,ada beberapa komen di Facebook berkenaan entri ini. Ini adalah salah satu entry yang paling best. Sbb? Hahahaha..penuh perasaan!

OKey, back to Pangkor. Ada beberapa picture ttg situasi disini. Sebelum menyambut kedatangan peserta, sempat la kami (aku, Tia & Man) meronda dulu sekitar Pangkor. Dari Li Fu Kong - tempat ikan arowana yang sebesar aku, kura2 yang sangat banyak dan taman-taman cantik dgn replika haiwan, Kota Belanda ( tempat bersejarah tapi aku & Tia shopping t-shirt je) and Batu Bersurat (ada lakaran picture harimau...err..bunuh orang).

Li Fu Kong

Ridzman

Atas Cik Kurakura
Cik Tia bersama cik rusa.
Tengok ikan besar. sangat happy.

Well... jam 2.00 kami menyambut kedatangan peserta. Alhamdulillah, nampak macam OK je semua. Taklimat Urus setia pun berjalan lancar. =). Paling mereka nampak seronok bila aku war-warkan sauna and gym - PERCUMA. Wah, lepas ni jangan sampai urusetia cari peserta kursus kat dalam sauna room plak k.

Peserta tiba di resort.

Rehat kejap di lobby...

Taklimat Cik Urusetia...~

Cik Urusetia bersungguh-sunguh berikan taklimat yang simple~

Minum dulu sebelum berjuang menghadapi kursus selama 11 hari! Walllaaahhhh!

Tunggu la sampai 12 June. Esok, aku balik UPSI. Sape2 nak souvenir...?