06 October 2011

Mari tersenyum :) ngeeeeeeeeee!!

Bila kita berkawan dengan manusia yang menjadi tumpuan khalayak, yang mana bila apa jua dilakukan akan menjadi perhatian, apa juga yang diperkatakan akan didengari dan sebagainya...sebenarnya bukan salah dia pun dia dijadikan sebegitu rupa.

Dan bila kita berjalan berdua dengan niat nak habiskan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bertukar cerita dek kerana berbulan tak dapat bersua muka...pelbagai plan terpaksa dirancang semata-mata tidak mahu pertemuan itu menjadi intipan dan bual bicara orang lain dan lantas disampaikan ke pihak-pihak lain. Haishhh..bila terlalu banyak perkara terpaksa dirahsiakan.

Big Rayban, lousy t-shirt, khakis and sport shoes. Berjalan kaki untuk ke McDonald. Duduk pula di sudut-sudut semata-mata untuk mengelakkan figura dikenalpasti dan mengundang jemputan lain.

Hahaha..dan kemudian didendang sebuah lagu untuk diingati di saat-saat tiada lagi masa untuk bersua sebegitu.

And it's true. Kini takkan ada masa untuk bertemu kembali bila tiba dipersimpangan, masing-masing mengambil haluan sendiri. Mungkin juga kedua-dua haluan itu akan bertemu dimana-mana menjadi kembali satu laluan. Hurm..pasti jammed, kan?

Dan lagu itu muncul kembali pagi tadi. Sengaja mencari video yang sangat comel berlatar belakangkan lagu yang sweet. Bila terdengar, pasti akan tersenyum. :)




Mari kita tersenyum semua. Mulakan hari anda dengan senyuman, takkan rugi apa-apa.

03 October 2011

Movie review - Abduction.

Sakit badan dek kerana berkawad sepenuh hati belum benar-benar sembuh. Seems like ada satu urat yang maha degil masih tersimpul2. Sekarang tak boleh ada sebarang tekanan, rasa mcm rusuk nk pecah. Satu seksaan sebab banyak perkara harian melibatkan aksi tekanan..contohnya err...tekan tubi (of course) dan mungkin sepertimana pagi tadi - mengambil handphone yang jauh dijangkauan lantas menggunakan seluruh tenaga dan kemudiannya krem. Arghhh!!

Semalam pi memanjakan diri ke One Utama bersama Bella. Libas dan Abduction in one row. Ah, ini tak hebat lagi sebab aku pernah buat 4 movies in one row. Alone. Masa tu sedang berkabung. Haha!

Satu kombinasi yang tak pernah terjadi. Azura & Bella. Selalunya Azura - Tyty - Bella atau Azura & Tyty atau Tyty & Bella. Namun Azura & Bella..this in first time. Untung lah kau Tyty pergi dating dengan Jeje kat Tg Karang tinggalkan kedua kakakmu tak tahu nak buat apa. Fine, kami ambil tindakan drastik lepas pi pasar beli ayam dan ikan....kami nk pi tengok wayang. Hah, terkejut kau Tyty bila kami keluar berdua! Hahaha..topik kami dalam kereta setelah 10 minit layan perasaan masing-masing - TYTY & JEJE! Details - tadi akak dah bagitau kan. Fikir-fikirkan lah Tyty oii..

Layan wayang sememangnya satu terapi. Dua jam dimana kita lupa sekejap dunia luar. Seluruh pancaindera tertumpu pada skrin besaq, pada mood dan kepala sibuk berfikir kenapa Nathan yang dicari oleh Nikilov bertahun lamanya? Mungkin ada cip ditanam di bawah kulit Nathan? Adakah Karen juga CIA? Hahaha...bila tahu akan sebabnya..terus aku dan Bella - hah! just because of that h*******e? La...klo camtu pakar psikologi dia patutnya dah lama la tahu sebab bukan ke she handed that bunch of keys? Awatla bengong sangat pakar psikologi tu! Haishhh!

Tapi kalau awal2 pakar psikologi a.k.a undercover CIA tu yang pi reveal muslihat Nikolov and Burton, mesti tak sempat nk tengok aksi Nathan punch that stupid man yang hampir nak patahkan jari Karen yang cantik tu kan? Tak sempat jugak nak tengok Jacob bertukar jadi serigala...transform into beautiful creature and...eh! ini bukan Twilight Saga la!! Haishhh!! Melalut!


Tak pasal-pasal sebabkan school project, si Karen terlibat dalam kekucaran hidup penuh rahsia si Nathan. Kan dah kena lari sama laju.


Si Karen ni pakai BB Creme or foundation ape ek sampaikan dah 2 malam berlari-lari, tido dalam hutan bangun-bangun tido dengan tak mandi sambung lagi lari, tapi muka tetap nampak matte tak berminyak..hishhh!



CIA depan hidung pun ada hati nk lari lagi tu...?



...tapi sape kata CIA depan hidung tetap akan selamat dari Nikilov tu?


Ehhhh....apesal ada watak Jacob Black & Bella Swan ni!? Haisshhhhh!!

No review of Libas sebab taknak spoil kan mood orang yang belum pi tengok.

Haishh..kecewa sebab masih belum dapat tengok Johnny English Reborn. Rasa macam nak tengok malam ni jugak. Tg Malim - OU just 45 minutes kan? Tapi failed sangat2 part kuar dari wayang kul 12 malam, banyak side dalam shopping complex dah tutup dan aku akan menggagau cari mana exit to parking? Hui..seram la plak!

Anyone, dare to accompany me? Bonus, you'll be my private driver! Hahaha..!