16 July 2014

Jom kemas rumah nak Raya ni!






Assalamualaikum dan salam Ramadhan. 
Ecewah..!

So, dah habis tempah 45 balang kuih raya?
19 pasang baju kurung / kebaya / kebarung pelbagai warna dah diambil dari si tukang jahit? 
26 pasang tudung? Ariani, Fareeda, Aidijuma...etc..etc?
Belum lagi Cik Bunga nak tanya langsir raya, sofa raya, katil raya, dressing table raya and so on...

Dah start kemas rumah? Bersihkan kipas, buang sawang, mop lantai, tukar sarung sofa, cari balik mana alas meja....fuh! Banyak pula rasanya kerja-kerja rumah perlu diselesaikan sebelum 1 Syawal menjelma.

Well, bagi Cik Bunga, cuti umum semalam (Nuzul Quran) di manfaatkan sepenuhnya sampailah Cik Bunga rasa nak pengsan. Yela, selama berpuasa paling berat kerja yang Cik Nunga buat adalah naik tangga dari tingkat satu ke tingkat 3 sebab silap bilik mesyuarat. Tapi kali ni, Cik Bunga nak pengsan sebab Cik Bunga memerah tenaga fizikal dan mental mengemas rumah.

Fizikal..obviously. But, why mental?

Meh sini. Nak cerita.

Sesi membersihkan kipas siling!
 
Bersihkan hanbuk kipas siling.
Kena fikir cara terbaik nak bersihkan bilah kipas tanpa berpusing-pusing bilahnya. Maka, gunakan peralatan yang semakin moden yang mana benda ni takda masa zaman tok nenek kita dulu. 
 
Tadaa...lebih kurang.


Sesi menukar rak TV & mengemas wayar berserabut!

Kemudian, dengan tabahnya pi pasang rak TV Ikea yang dibeli minggu lepas. Demi nak jadikan semua perabot satu set, maka rak tv comel ini dibeli. Pasang sendiri hoccay. Tabah. Muscle lengan Cik Bunga membesar 20% dok pusing - pusingkan kaki rak ni...putar2 skru driver, ketuk - ketuk manja!
Fuh, penat fizikal & mental! 

Sebelum - Ya, tau...bersepah VCD2 tersebut.

...and all the clutters cable...?? So, KPI Cik Bunga nak pastikan takda wayar berserabut atas lantai lagi. Senang nak sapu, nak mop dan tiada lagi habuk!

Kadang - kadang orang kata perempuan mesti FAIL bab - bab teknikal ni. Yup, Cik Bunga akui. Tapi, takkan FAIL selamanya. Kita atasi kelemahan kita dengan kebijaksanaan yang diberikan. 

Cik Bunga fail part nak sambung-sambungkan wayar 3 warna ni. So, what did I do?
Snap the picture so that nanti nak pasang balik, kita refer je balik kat picture tersebut. Tak perlu tubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) untuk tujuan ini. Look!

DVD Player. Habuk...yeah! Korang nyer DVD player tak ada habuk ke? Hehehe...

Decoder Astro. Bagi full view sebab banyak bebenor plug in nya!

Belakang TV. Oh ye, jangan lupa tandakan setiap wayar tu dengan tape untuk tandakan which wire is for which item. Mental perlu kuat!

So, table IKEA dah siap. Adik beradik dengan coffee table yang kat belakang tu.

Ambil angle yang sesuai. Macam cunnnn jek! Macam cantikkkkk je!

Then, letak balik TV, Astro decoder dan DVD Astro cantik - cantik, elok - elok. See, no more wayar berserabut atas lantai. Nak sapu / mop pun senang tanpa perlu risau terkena wayar. Test, tengok TV berfungsi atau tidak... :)
 Now, Cik Bunga akan shopping rak / bekas simpan DVD yang sangat banyak itu. Terfikirkan DVD Tower IKEA sebenarnya. Melampau! 

Melampau sungguh rasa di hati ini. Hahahaha!
 How did I do that?
My inspiration.
Bijak menyorokkan all the clutters dan menghasilkan permandangan (hadapan) yang sangat kemas.

But, this is mine. Straps sana, straps sini, yang penting sorokkan semua belakang TV / rak. No more on the floor! Dan, siap label dah setiap wayar supaya next time, dah tahu dah which cable belong to which item! ....Bila sel - sel otak berhubung, kan?

Sesi menukar sofa baharu!

Dengan hanya RM20, sofa lama menjadi baru. IKEA sangat! Hahahahah! Ya, Ringgit Malaysia Dua puluh sahaja. Tidak perlu Ringgit Malaysia dua ribu sahaja. Jenama Ka Chuang jadi IKEA. Curlazzz ko!

DONE for today!
I love my home. Home sweet home.
Balik kerja penat - penat, buka pintu...relaks tengok keadaan rumah yang cantik kemas suci dan murni. Dihiasi pula aroma Vanilla yang melaparkan..eh menenangkan. Don't you just love that?

Sekian sahaja ye! 
Selamat mengemas rumah~

04 July 2014

DIY...eh..tutorial web signature Cik Bunga.

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan.

Wah, Cik Bunga lama menghilang, tetiba muncul buat tutorial. Hahaha.
Tak kisah la, sebab baru tadi terima WhatsApp dari seorang kawan setempat kerja lain kampus bertanyakan macam mana email rasmi Cik Bunga ada signature nama IC Cik Bunga. Bunga Citra Lestari, gituu! 

Sebelum ni ada jugak yang tanya, Cik Bunga buat screen grabber je, hantar kat WhatsApp.

So, kali ni biarlah Cik Bunga dokumentasikan tutorial Cik Bunga ye. Nanti senang, sapa yang tanya lagi, Cik Bunga bagi link entri ini. hehehe. Kalau uols nak share pun takpe, silakan. 

Simple step. Visual person sangat sesuai dan akan cepat mendalami ilmu ini sebab baaaanyaaakkk images. Kalau auditory person, pasti menderita nak lihat banyak-banyak image ni kan tanpa ada bunyi-bunyian kan. Ok, nanti Cik Bunga rakam suara pulak. Kinestetik person, Cik Bunga cubit!

Untuk create image signature kat hujung email, nampak macam kita pi tenyeh la sign kat email tu kan... sila ke link ini http://www.mylivesignature.com/ .
(teruskan melihat image di bawah ye)



Step1 - http://www.mylivesignature.com/

Step2 - Scroll je bawah, klik PROCEED.

Step3 - ha, klik link tu ye.

Step4 - masukkan la nama uols.

Step5 - pilih jenis tulisan yang ada sampai 120 jenis tu. Klik dan tekan Next Step. Jangan duk macam arca kat situ. Memang takkan jadi sign uols.

Step6 - pilih la size. kalau setakat nk letak sign dalam email rasmi, tak payah la besar cam sign pakai marker. Cik Bunga pilih #3. Dah comel. Next Step.
Step7 - pilih warna idaman hati. Next Step.
Step8 - nak senget tahap mana? suka hati. Next Step

Step9 - FINISHED buat sign la. Belum masukkan dalam email lagi. Tapi kalau uols nak SAVE IMAGE, silakan.

Step10 - pi kat image nama uols tu, KLIK KANAN -- Copy Image Location. Jangan degil. Copy je!

Step11 - Gmail user. Sila log in Gmail anda, pi kat bucu atas kanan -gambar bunga / skru 5 bucu dan klik SETTING.

Step12 - anda berada di Tab General. Sila skroll ke bawah.......

Step13 - ...sampai jumpa signature

Step 14 - cara nak masukkan image signature, klik INSERT IMAGE tu.

Step 15 - paste link yang anda copy dari image di Step10 tadi. Kalau lupa, pi COPY IMAGE LOCATION lagi sekali!

Step16 - tadaaaaaaaaaaa!



Berjaya?
Tahniah! Dah boleh eksyen sign nama comel - comel dalam email rasmi jap lagi. 
Marilah, hantar email kat CIk Bunga tanya pasal CPD padahal nak tunjuk sign comel. Haha! 

Tidak berjaya?
Usaha tangga kejayaan.


Hahahaha!