27 June 2012

Deactivate Facebook Account

Not mine. Tak caya pi check FB i. Hehe. Ada lagi..ada lagi...

Agak pagi lagi SMS di Maxis berbunyi. Kali ini permintaan hati bertanya -  'Ayu, macam mana nak terminate account Facebook'

Miss How-To-This-and-That kembali beraksi :)

Jawapan:
Huh. Tak boleh terminate la Yan. But you can deactivate. And could be activate back. Huh! 

How? Here, give you the step-by-step instruction.

1) Click on the drop-down icon (upper, right sidebar)


2) Left sidebar - click Security

3) Nah! Deactivate your account.
Final stage - add some reason.
Well, as simple as that. But then, you can always log in back into your FB account. What i mean i want to TERMINATE IT. FOREVER.

Here. Some advice.

Simply, after deactivate your account, pls delete/terminate/cancel you email that been used to log in into your Facebook account.

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tak pasal-pasal Yahoo! Mail pun kene delete kan. Haha. Dapat pujian melambung dari Yan kerana penggunaan peribahasa dalam karangan SMS. Hehe.

How i wish I've never involved with Facebook before. Wish to permanently delete this social network. Hurm, maybe someday.

Sometime, silent is better. 

Jujur, lepas je bagi instruction itu kepada Yan, aku terus check FB dia. Eh, masih aktif. Hehehe. *Dan sehingga post ini siap sehingga di sini, masih lagi Yan Giman wujud di angkasaraya. :)

Miss u, girl!

19 June 2012

Hmmm..saya nak ...

Kenapa tetiba entry ini muncul? Saja. Sebab blog dah bersawang. Mentang-mentang semalam baru bertungkus lumus mengemas bilik. Seminggu tinggalkan bilik pergi balik Induksi, kenduri dan sebagainya. Balik rumah hanya untuk menukar bagasi besar ke bagasi kecik kemudian ke bagpack dan akhirnya sling bag. 

Baiklah. Hari ini mari kita buat wishlist. Manalah tahu, kalau bukan semua sekurang-kurangnya satu mungkin akan tertunai. *Ting!*

Shopping
Bila namanya shopping, just name the place. Saya tak memilih. Jusco pun OK. SOGO pun OK. Huh. Lama gile tak jejakkan kaki ke SOGO. Jalan TAR. Pertama Kompleks. Rakan seshopping makin lama makin menyepi. Hey! Arzuna Ahmad, awal sungguh kamu bertaubat tidak mahu shopping macam 'esok hari raya, hari-hari kita raya'. What happened? Kad SOGO yang berwarna-warni itu kian pudar hanya disimpan di dalam peti. Eh. Dompet.

Tengok wayang.
Latest saya pi menonton Man Sewel Datang KL. Takde cerita lain, maka tawakal sahaja dengan cerita Melayu itu. Nasib baik cerita itu masih bisa menggeletek jiwa dan raga. Sekali lagi : Hey, Arzuna, ingat lagi wayang apa yang kita tonton bersama? Ayat gile skema.

Lepak bergosip tanpa dibenarkan tidur.
Kalau tidur, maka nyanyian sang sangkakala akan berkumandang. Sakit, memang sakit. Lebih-lebih lagi nyanyian itu dinyanyikan merdu jam 3 pagi di waktu Ramadhan Al Mubarak. Dan akhirnya, demi untuk tidak mengejutkan the whole jirang tetangga Arzuna Ahmad jam 3 pagi, kami bertiga (Ayu, Azida dan Arzuna) mengambil keputusan untuk menikmati sahur pagi Nasi Lemak Antarabangsa sehingga imsak menjelma. Seyes, rindu kat korang.

Yan.
Ye. Saya nak Yan Giman. Seolah-olah dah 18 tahun tak jumpa dia. Wahai Kastam Malaysia. Boleh tak bagi W41 korang yang bernama Noorazian Bt Giman cuti sehari di Hari Sabtu dan Ahad (hahaha..bukan sehari ni) dan bersama-masa kami menikmati waktu bujang kami tanpa gangguan on-call suruh masuk ofis dengan alasan cuti dibekukan? Please..please...please! Dia tu dah la kurus kering. Uniform daripada saiz M dah alter jadi S dan kini menjadi XS. Kasihanilah dia. Dah lama tak dengar dia membebel tanpa kami fahami apa sebenarnya yang dia bebelkan. Kami taknak faham pun apa butiran bebelannya itu, kami just nak dengar dia bebel je. (ayu akan post ayat ni kat wall ko, Yan.). Oh ye. Kami juga merindui kesengalannya yang muncul amat jarang-jarang itu, sekali muncul akan mencetuskan kegembiraan yang ecstasy


Ok. Itu je. Mari kita buat kesimpulan.
Saya nak : Shopping, kemudian disusuli dengan aktiviti tengok wayang. Selepas itu, lepak bergosip sampai tengah malam tanpa dibenarkan tidur walaupun tidur-tidur ayam....dan ada watak Yan Giman dalam senario ini selain watak-watak yang biasa seperti Arzuna Ahmad dan Azida Abdullah. Rujuk gambar berempat ini.




Juga rindu pada mereka - mereka ini.





Eh. Dah macam nak rancang buat reunion jek. Jom!