Actually saya tiada hobi collecting certain things. It's random and so rare. Sebab komitment untuk mengumpulkan sesebuah koleksi amat berat bagi saya.
Dulu, tanpa disedari sering mengumpul key-chain yang pelbagai corak, motif dan gaya. Tiada spesifikasi yang jelas tentang ciri-ciri key-chain yang menjadi koleksi. Penuh satu kotak kat rumah dan kini aman bersemadi di bawah katil. Bukan kerana tidak lagi menjadi hobi, tapi kerana tak tahu lagi nak digantung dimana. Daripada menjadi tukun pada si habuk membuat sarang, maka koleksi tersebut disimpan rapi. Tiba-tiba datang kerinduan, kotak tersebut akan ditarik kembali.
Kini, entah bila ianya bermula, entah siapa punya angkara menyuntik virus tersebut tiba-tiba di suatu pagi nan indah...baru terperasan "Eh, am I collecting fridge magnet right now?"
Oh, terlalu hijau dalam arena pengumpulan fridge magnet ini, dan tidak kronik macam ZMY di pejabat ini. Sekadar suka-suka dan tidak komited, namun it can called a collection, i guess.
Tak penuh satu kabinet besi lagi. Papan magnetik dirumah juga hanya separuh bariu ditakluki. |
Kebanyakkannya pemberian dari kawan-kawan yang setia mengingati diriku ini sewaktu mereka berseronok bersuka-ria. ada juga kawan-kawan dari golongan akademik yang baru melapor diri semula dari cuti belajar turut memberikannya sebagai tanda hati. Pernah juga memaksa teman-teman yang berkursus ke luar negara..."balik nanti I nak fridge magnet..!" Hah, gitu.
Keluarga si turtle ini koleksi peribadi sendiri semasa menjadikan Pulau Pangkor sebagai pejabat kedua pada sekitar tahun 2010-2011. Semuanya Pangkor! Sampaikan Mak Cik Jamilah penjual makanan laut di Lumut mengangkat kami di unit ini sebagai anak angkat dia. Oh mama Jamilah!
Ada yang dilahirkan di Lumt, di Pulau Pangkor dan ada seekor dari Terengganu. |
Lihat anak-anaknya yang comel mengikut si ibu dan bapa ke mana sahaja..walau statik setempat. Susunan itu penting!
Antara koleksi yang yang diperolehi secara ikhlas atau paksa rela. Dalam atau luar negara. |
Pemberian Puan Norazizah sekembalinya beliau dari India untuk berkursus. |
It's from Rif yang berfoya-foya ke Bandung. |
One of my favorite tapi serius lupa dari siapa. |
Dah namanya Cik Bunga, pasti rama-rama setia mengekori. |
Koleksi key-chain turut mendapat tempat di pejabat itu. Belum dilupakan lagi. Ruang menggantung mulai tiada. Mungkin softboard yang satu lagi akan dijadikan medan gantung. |
So, thanks pada yang sudi memenuhkan koleksi ini tidak kira keychain atau fridge magnet. Pemberian ikhlas anda sentiasa dialu-alukan. Kalau anda kelak dipaksa rela, sila turuti. Hahaha!
Berminat untuk menyumbang satu-dua kepada saya? Silakan. Saya sayang anda semua. :)
Berminat untuk menyumbang satu-dua kepada saya? Silakan. Saya sayang anda semua. :)