18 October 2010

Konvokesyen UPSI 2010 : About Abang!

PART ONE

As my shout-out at YM last week...


Shah's convo!

So, pada 17 OKt 2010, bertempat di SITC...buat kali ketiganya Sahnawan memakai mortar board dan jubah konvo dan bergambar-bergambar pegang bunga..sengih2..panas-panas sebab pakai blazer lagi dalam jubah.

Diploma - Degree and now Diploma Pendidikan.

Tahniah, Cikgu Shah!



Bergambar sebelum masuk dewan tghri yang hening itu. Tak kisah dah kalau ada watak-watak tempelan kat board belakang "Yang penting, Abang nak bergambar jugak!" Ok fine..!

Dengan adiknya, yang turut sama sibuk dalam istiadat konvokesyen ni. Ok..sempat bergambar. Jurugambar dilantik secara paksa rela dikalangan yang nak berkonvo jugak.

6 month Baby Abqari.

Wah..baby Abqari dah dah mengamuk2 tunggu ayahnye di luar dewan. As a result, kami sekeluarga tunggu depan pintu masuk...cari2 kepala ayahnya, sampai graduan yang terakhir.

Bila tengok pak guard dah tutup pintu dewan, mulai gelabah panik. Takkan abang tertinggal dalam dewan taknak keluar? sebab dalam dewan lagi sejuk dari luar dewan yang ...mak aii..panas so dia nk duk dalam dewan!?? Or, dia leka tengok kombo UPSI yang tengah main lagu Trouble Is A Friend.. Amboi2!


Okey, rupanya entah bila dia dah laaaaaaamaa keluar dewan. Membiarkan kami sekeluarga tercongok2 depan dewan!


Kene bebel dengan Kak Husna.

Kami tunggu depan dewan, Abang dah kuar rupanya.
Panas...bla.bla..bla... Abqari dah ngamuk2...
Ngantuk...panas lagi...bla..bla..bla...


Tak..bebel Kak Husna tu sekejap je...marah-marah sayang!
Pastu dia romantik balik! Hahahaha!


Happy couple!
Bang ingat, bunga tu abang nak buat apa abang buatlah, tapi patung tu untuk Abqari!
You are big enough to play with those toys!

Abqari dah ngantuk tahap dewa!
Aunty Ayu pun sibuk nk bergambar jugak!!

Alolololo.... muka ayah sebijik! Muka mak dua bijik!

Wah, tabahnye Kak Husna!

Okey, reunion kami berakhir pada jam 5.45petang.
Abang & family kembali ke Johor.

Wah, dengar2 hujung tahun ni Kak HUsna akan bertugas di JOhor. Even tak sama sekolah dengan Abang, tapi satu area la..
Alhamdulillah.
Abqari tak perlu pisah-pisah lagi dengan ibu kat Sabah tu!.

OK kak husna, before kak husna permanently transfered to Johor, ayu nak pesan baaaaaaanyak souvenir Sabah!

Hahahaha!

15 October 2010

Makan dan makan lagi~

Sape kata time Raya je bleh buat Open House. Well, takde sape pun kata...memang takde sape kata. Even, hari-hari nak buat jamuan makan pun, digalakkan. Sangat ditunggu-tunggu.

Okey, malam 7 Oktober 2010, dapat panggilan cemas dari Adik suruh balik jugak weekend tu. 9 Oktober 2010. tanya punya tanya, adik kata ada buat makan-makan. Ok. Cuak sekejap.
makan-makan?

Okey, kepala terus terpasang filem melayu stereotype / typical. Jangan-jangan ada 'pengumuman' tuttttttttt.

Ah! Tidak tak relaaaaa... I'm not ready yet!!!
Damn! Cepat-cepat tepuk kepala sendiri. Buat plan A. Kalau betul-betul terjadi scene cite melayu tu, dah plan nak lari ke luar negara tanda boikot...hahahaha!

Roger aty, suh dia balik jugak walaupun adikku itu kata "Banyak assignmnet la kaklong". No way! Sape nak cuci sume pinggan mangkuk kalau aku je balik sorang? huhuhu. At least, kalau scene cite melayu tadi betul2 terjadi, maka Aty akan aku paksa jadi Mak Sanggup. Boley...?!


Alhamdulillah..semua scene melayu typical tu tak jadi kenyataan. Makan-makan utk jiran tetangga dgn tujuan saja-saja. Itu kata Mama.

Sangat gembira sebab malam tu i still can declare myself as single. Chewaah! Single. Sila abaikan jam di dinding. Time tu jam mati. Waktu terhenti. Time stopped. Dwi-bahasa.

Oh ye, terpaksa paste watermark kat gambar sendiri sebab taknk orang curi gambar dan tunjuk kat parent cakap I ni bakal menantu. Huk!

Penyambut tetamu a.k.a penanggah.
masa ni makeups till keras. Tak cair. Minyak muka pun belum kuar lagi. Lipstick masih merah. Bibir masih mungil. Masih wangi-wangi Escada. Losyen pun masih terasa lagi..

Tunggu la kejap lagi!

Sementara tunggu tamu-tamu yang dapat kad jemputan...

Kejadian misteri malam itu :

Tiba - tiba ada 'lintasan' yang tidak diingini... huhuhu! Ada makhluk kuning yang tiba-tiba muncul. Bukan Yellow man - I will Follow You tu, tapi entah orang kuning mana yang muncul. seram wooo!

Tak puas hati, so bergambar lagi sekali. Masa ni takde lagi kelihatan makhluk kuning tu. Wow! Sangat menyeramkan.

gambar sebenar.

(Atas) masih lagi mood bergambar.


(Atas) Ok, time ni dah penat lari masuk keluar tambah lauk - tambah nasi - tambah ayam - tambah lauk - tambah nasi - tambah ayam - dan lagi..dan lagi. Sampai dapur licin!
terduduk sekejap kat tepi pintu sebelum terdengar papa kata "Long, ayam lagi!"...

Antara para tamu yang telah membuatkan kami berlari-lari serata alam.



...ok, dah macam kedai makan pun ada!


Papa & Mama melayan tetamu.


Pemenang bagi kumpulan pakaian beragam. Abang Enal & Family from Batu Tiga, Shah Alam. Barisan hero yang sangat ganaz!


Walaupun penat berlari-lari ke sana ke sini sampai team tuan rumah tak sempat nk jamah makanan (sbb sangat laku), tapi masih sempat peace-peace bergambar.

Hahaha. Budak baju pink yang sangat happy makan-makan, last-last kne tarik masuk dapur untuk jadi chef goreng ayam secara ad-hoc. Hahahaha. Ketawa sampai la ni.

Dan kembali ke beberapa angkatan tamu yang sempat dirakan lensa kamera.


hoh...makhluk kuning tu muncul lagi.
kali ni dia bawak orang rumah bergambar jugak.
seram..seram!


Ok. Tugas melayan anak-anak sangat melaparkan.

Itu sahaja nak dilaporkan. Majlis tamat tepat kul 12. Penat gile..sakit pinggang, muke berlemuih. Kepala berdengung. Lengkap pakej. Hahahahaha!

22 September 2010

All about Raya!

Apabila sibuk 'beraya' dan balik je ofis terus menyelam dalam kesibukan hakiki, ini lah jadinya.

Blog terabai dan dipinggirkan. Usik2an dari teman2 dipandang sepi. Hanya katakan "aku bz. Tak sempat..." ecceehhhhhhh. Tapi betol..memang sibuk gaban. Gaban pun ada masa nak gi open house. Dan status kesibukkan ku itu bukan la pada aku sorg tapi terpalit pada ramai pihak, sebab PTK 2010 will be opened soon. Watch-out!

So, cerita raya...? Erm...kalau tanya budak2 kecik, pasti ceritanya panjang berjela. Pergi raya kat umah ni dapat duit raya banyak ni, and rumah sana pulak banyak ni... Itu ada lah topik paling hangat masa kini la klo zaman kanak-kanak ribena.

Cerita raya empunya blog di level 'biasa-biasa aje'.

Cuti start pada 8th Sept until 19th Sept. Nampak macam lama...and memang lama. Sampai dah tak tahu nak buat ape kat rumah. Channel ASTRO semua dah tengok. Sampaikan yang berulang-ulang tu boleh tengok lagi sekali macam buat revision.


1st Raya kat Jengka 11. Maaf buat bekas roomate W. Hasliza di Jengka 6. Tak dapat nak bertandang makan laksa..

2nr - Raya : Shoot gi Kuantan jumpe Bella. Tak dapat cuti pulak raya ni, so kami la yg kne lawat dia. Seb baik 'chalet' disediakan. Hahaha!

Pagi Raya tiga dah makan roti canai telor + bawang and nescafe! Wah..menu sarapan yg dah lama tak diusik.

Bila 3 minah ni bergambar, dorang memang tak peduli dah keadaan sekeliling. tengah roundabout ke, tepi complex ke..bawah pokok ke...seolah2 takde manusia lain disekeliling.


Pembetulan. Bukan anak perempuan je. Satu family memang perangai macam tu!
Kesian pokok palma tu!

Yaaaa..muka budak tension tak dapat cuti raya dan menyebabkan the whole family datang ke Kuantan!

Raya ke lima - umah Mak Ngah di Tg Malim. Melayan Farhan. Gambar pertama - si Farhan berbaju biru, bukan baju biru tu persoalannya tetapi nk bagitahu yg time aku datang tu, dia belum mandi. Mak dan makcik-makcik dia sekalian dah malas nak memberi arahan lagi. Belom keluar memo rasmi je lagi. Haha.

memandangkan makcik dia ni datang dengan cantik molek berbaju serba merah dari atas sampai ke bawah siap dengan trademark 'sape tak mandi lagi, tak leh raya - salam - dapat duit raya', Farhan bergegas mencapai tuala dan merengek kat mak dia nak mandi.

Taktik menjadi!

Maka, farhan kembali bergambar dengan baju melayu coklat pulak. Habis sesi bergambar, aku didera men-join- alam fantasi dia dengan semua permainan dan kad-kad Ben 10. bagus!~

Ok, itu sahaja cerita Raya.
Dalam mood raya ni, kita meriahkan lagi dengan tema 'kawan-kawan-kawen'.

Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya!