Or.. Pengalaman cuti sekolah yang tidak boleh dilupakan. Wajib cerita pasal melancong ke tempat bersejarah padahal tipu je. Cerita / tempat / sejarah hanya diperolehi dari pengalaman orang lain. Cuma tokok tambah sikit-sikit nampak macam sedap-sedap je. Tak pun, kelentong cikgu dengan menulis tentang pulang ke kampung halaman, main ayam itik, mandi sungai and bla..bla..bla... (my kampung is at Tanjong Malim, same place aku bekerja sekarang. Hehe..)
Padahal, setiap kali cuti sekolah, hanya tolong mama meramaikan lagi suasana kantin makan di seksyen 23. Daripada peti ais Singer tu lebih tinggi dari aku hinggalah aku lebih tinggi dari peti ais tu (1 pintu je), itu lah rutin setiap kali cuti sekolah. Best sebab boleh buat Milo pekat. Letak Milo banyak2 (tak termasuk yang disumbat dalam mulut dulu sebelum diceduk masuk ke dalam cawan). Milo ais kesukaan ramai. Sekarang anak mama gila Nescafe. Dia tak suka Milo semenjak dia putus cinta. Hahahaha. Bengong!
Kawan pulak jeles bila karangan dinobatkan TERBAIK oleh Cikgu Khairuddin Ayip. Hahahaha... bangga diri membawa mati, ok! Masa 5 Anggerik, Cikgu Rafidah suke puji tulisan sambung aku cantik. (Anggerik lagi...memang bijak pandai penulis blog ni, kata pembaca)
Okey, so mari kita buat karangan malam ini. (intro punya la panjang...nak buat karangan lagi?)
Tajuk karangan kita pada malam ini ialah:
Kenapa saya suke hadir (pergi) ke kenduri kawen (kawan-kawan)
Okey, first kita cari isi - isi penting dulu. Cikgu Khairuddin kata, paling bagus kalau ada 5 (lima) isi penting dan kupas (hurai) satu-satu beserta contoh. Kalau ada simpulan bahasa, perumpamaan... akan menambahkan markah.
Mungkin sebab tu saya jadi penulis blog. Ajakan seorang pegawai senior di sini untuk menyumbangkan cerpen untuk dibukukan masih belum saya penuhi. Kekangan masa. InsyaAllah...
Let's work it out!
1) Dapat makan tengah hari secara buffet yang tak perlu bayar
Kupasan : Bukan malas nak masak, tapi kalau dah pergi kenduri tu, sah-sah la masa makan tengah hari. NASI. Tak pernah lagi kenduri kahwin mereka hidang laksa, meehun sup, buah-buahan tempatan atau bagi minum Milo Ais sahaja. Maka, pada hari tersebut, makan tengah hari are free. Tak siapa marah kalau kita nak tambah lagi. Tambahan pula, memang pakcik tu akan cakap "tambah la lagi...". Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
2) Jumpa balik kawan-kawan lama.
Kupasan : Kawan sekolah. Last jumpa Form 5 Chimaera. Chimaera kelas #4 amnya tapi kelas Accounting #1 khasnya. 3 kelas pertama (Perdana, Putra and Pesona) adalah kelas Pure Sains. I tak minat Sains. Jadi, masa kenduri ini la akan bertembung selisih bahu dengan kawan-kawan teman gi library, teman mengumpat boyfriend orang tu ex-boyfriend orang ni, teman duk berpanas di tapak perhimpunan dan teman-teman seperjuangan yang lain. Update cerita masing-masing. Dulu ko couple dengan budak tu, dah clash? Budak tu dah kawen dengan..sape? budak tu...? Hoh! *Geleng-geleng. Oppss..topik utama, si pengantin adalah salah sorang kawan lama yang dah lama tak jumpe. "azura, ko kecik jugak macam dulu..." Ayat biasa tu. Ibarat kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi....
3) Bergambar. Dengan pengantin, pengapit, tukang renjis air mawar, adik comel yang beri door-gift....tak lupa dengan tetamu-tetamu yang lain.
Kupasan : Acara wajib. Even ko tak bawak kamera pun, percayalah... Esok kau akan dapat sekeping (at least) gambar kau sebagai bukti kau ada di hari bahagia tu. Ramai akan bawak kamera. Esoknya, pasti gambar-gambar tu akan diupload di Facebook. Kalau nama di-tagged, sangat beruntung dan menjimatkan masa. Tak payah susah2 SMS empunya kamera suruh email sekeping picture itu. Jadi, tak payah susah-susah beli camera, charge bateri dan bawak dalam handbag. All u need is - Smile and Pose. SNAP..! Hari ni hari aku (jadi jurukamera) esok-esok..engkau pulak. Ada ke pepatah macam ni...? Silap!.. Hari ini hari aku, esok - esok engkau pulak!
4) Dalam kenduri kawen, akan dapat at least 1 lagi kad. Coming soon wedding. Minggu depan punya acara pulak.
Kupasan : Trend. Jimat masa and boleh terus bincang dengan kawan-kawan yang semeja untuk beramai-ramai pergi ke next wedding pulak. Selain dari terus bagi kat kenduri kawan lain, sekarang main tagged kat FaceBook je. Mungkin juga perbincangan akan membawa kepada kesepakatan nak pakai baju warna ape, siapa tumpang / jemput siapa, nak kongsi hadiah dengan siapa. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.
5) Mama kata kena tunjuk muka kat kenduri-kendara ni...
Kupasan : Mama sangat aktif kat kawasan perumahan anggerik tu. Selain dengan team politiknya, team career women dan team kenduri kendara. Mama orang wajib. So, anak - anak akan kne tempias. Dalam paksa yang tak nyata, aku kena jugak ikut pergi kenduri - kendara itu. Kenal - kenal dengan jiran tetangga, kne dengar sume gosip terlatest di taman tu dan sesi menunjukkan 3 orang anak daranya kepada kawan-kawannya yang lain. Bila terdengar mama kata "balik dulu ye..." it mean, another 1 jam baru mama akan benar-benar keluar dari kawasan tu sebab time tu jugaklah ada gosip hangat baru sampai. Lebih suka lepak dengan papa kat luar. Sebab papa macam aku, nak cepat balik! Bak kata orang tua-tua...bapa borek, anak rintik.
Cukup 5 isi penting.
Penutup pulak.
Penutup : Selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu. The End. Tamat.
p/s : Di kenduri tercipta satu pertemuan. Buat tak nampak buat tak perasan. Atau dalam hati tidak keruan? Sama-sama pelakon handalan. Aku ke Utara, kau ke Selatan. Konon-konon nak jumpe kawan. Teman-teman kebingungan. Terus balik lepas makan...InsyaAllah, jumpa lagi masa hadapan. Salam sayang, buatmu... teman.
No comments:
Post a Comment