12 February 2010

Little update : Sahnawan's.

Sahnawan dah menamatkan pengajian beliau di UPSI. (giler skema ayat).

So, petang semalam dia buat ayat merajuk sebab aku dah lama tak melawat dia kat umah dan paling kronik aku ter'mungkir janji nak jogging dengan dia kat Proton City sampai 8 kali dia cukur janggut menunggu 8 kali Khamis.

Malam tadi kitorang kuar la. Aku open table walau pun kat Pyorr tu tables nya dah sedia open, tak payah la aku nak gi stor dorang, amek table dan tolong openkan. Aku pulak rasa nak merajuk bile topik GENTING HIGHLAND dibuka. Sampai hati lupakan adik sendiri bila part berfoya-foya di Genting Highland!

Kemudian, aku di ceramah tentang topik teori topi dan teori kasut selama 30 minit. So, masih terngiang-ngiang 6 warna topi - hitam, putih, kuning, merah, hijau dan biru. Kemudian terbayang-bayang Syah menerangkan dengan sepenuh hati teori kasut. Aku hanya ingat selipar merah jambu, kasut tunggangan ungu dan snikers kelabu.

Selebihnya, aku menjeling pada sepasang pelanggan kedai makan tu yang sangat penuh dengan aksi kelakar. (abang, u know what i meant!)

So, gud luck to you. Sahnawan is a teacher!? Hahahaha..salah satu topik semasa reunion nnt.

BTW,
Setakat ni confirm mini reunion BBA UPMKB wud be held as details:

26 Februari 2010
KLCC


"akulah superman yang menjaga keselamatan ATM ini...!" Jerit Sahnawan sambil menunjukkan gayanya. Memang gaya seorang ayah 3 orang anak...

Dia tak percaya aku kata dia semakin 'gebu'..


Rumah aku melepak esp klo ada episod makan-makan..

Sesape berminat nak duk umah abg aku? Umah dia ada cermin dan lampu makan IKEA.

Pokok kesayangan Syah!

No comments:

Post a Comment