Terkejut. Mungkin itu tujuannya kejutan dilakukan. Dan itu adalah reaksi spontan tanpa perlu diskripkan bila sesebuah surprise dilaksanakan dengan jayanya.
Mari dikronologikan :
Jam 3 pagi, 13 Mei 2012... satu nyanyian Happy Birthday dari si dia berkumandang hanya di corong telefon. Nyanyian jauhnya dari 200km. So sweet. Dihujung nyanyian, kedua-duanya kembali tertidur dengan telefon di telinga. Hahaha.
8 pagi. Ucapan dari Mama tercinta. Kemudian adik. Buat yang ke sekian kalinya dari buah hati di Melaka. Kemudian deretan ucapan yang sama dari teman-teman seluruh negara. Thanks!
Malam.
Mama sangat sibuk di dapur. Kesibukkannya agak lain macam dari kesibukan malam-malam lainnya. Bertambah pelik bila mama bawak keluar semua pinggan, mangkuk dan cawan yang hanya akan digunakan semasa Hari Raya. Bila ditanya, "saja...Hari Ibu nak pakai pinggan mangkuk cantik-cantik" Ok, fine.
Mama pesan lagi. Nanti lepas makan malam, teman mama gi Grand Union Supermarket (GUS) nak beli barang. Bila ditanya barang apa nak beli sampai ke GUS, mama jawab "rahsia". Huh. Pelik.
Ok, lepas maghrib, terus-terus siap proper sikit sebab lepas makan terus nak gi GUS. Takkan nak pakai baju tidur kan.
Makan time. Kepala dah malas nak fikir kenapa decoration rumah agak cantik. Papa duk kemas ruang tamu, bawak masuk semua unproper things yang berlonggok di ruang tamu ke bilik belakang. Tiba-tiba, mama prepare makanan di meja makan. Tiba-tiba bau nasi minyak sangat menggoda. Udang masak sambal. Daging rendang. Agar-agar.
Tiba-tiba Uncle Ajiz datang rumah membawa sebalang air tebu. Tiba-tiba seluruh family Uncle Ajiz and Che Wan menjadi tetamu. Ok, mama saja nak jamu dorang sekali kot.
I say "Mama, ada tetamu datang ni, bukak la lampu porch tu. Awat gelap," Mama kata "takpe..takpe.. Biar gelap" Huh, pelik sangat ni! Apa yang rahsia sangat sampai tak nak jiran lain tau. Jeng..Jeng..Jeng.
Che Wan tanya "hah, birthday girl. Takde kek-kek ke?"
Saya jawab "Ala, tak payah la kek-kek. Kita makan nasi sampai kenyang," Lurus sungguh jawapan aku yang naif ini.
Tiba-tiba.
Ainol masuk dengan Abby. Ainol dengan kek. Chocolate strawberry yang menggoda. Abby dengan bear berwarna pink yang sangat besar.
Really surprise. Tak terkata apa. Satu, sebab lapar. Kedua, elemen surprise itu sangat jelas di muka aku. Huh.
Oh! Semua persoalan dari awal terjawab.
Ok. Thanks to all. Terjawab sudah. Thanks for the pinky bear. Thanks for the beauty set. Thanks for the delicious cake. Thanks for the nasi minyak. Sangat kenyang. Dan bahagia.
Sekali lagi bila buah hati di Melaka call, diceritakan surprise yang dianjurkan oleh Mama dan adik-adik. Si dia berkata "Pandai Mama arrangekan surprise ek,"
Perbualan dan percintaan hingga jam 12 malam. Nite love.
Rupanya elemen surprise masih belum selesai. Ku sangkakan mastermind dah diketahui, rupanya salah. Salah sangat-sangat.
Rupanya mastermind sebenar adalah si buah hati di Melaka. Dialah sponsor utama. Kek coklat strawberry dan Mr.Pinky Bear adalah dari si dia yang nun jauh di Melaka. Hoccay! This is REALLY SURPRISE.
Plan dirancang dengan bantuan Adik, Abby. Aty turut terlibat pada mulanya cuma dia agak jauh di Kuantan so task diserahkan kepada Abby dan Adik. Mama mengikut jalan kerja yang dibentangkan oleh adik.
Si dia taknak mengaku sampailah Adik tunjukkan bukti SMS rancangan mereka sehari dua sebelum 13 Mei. Selepas pengakuan diterima, satu lagi surprise diterima. Rupanya plan yang sama dirancang di pejabat namun ahli gerak kerja tak berapa nak free sebab kursus. Dan aku pulak outstation. Wah.
Urusetia yang terlibat. :) |
No wonderlah 2-3 hari ni asyik nak passed fhone kat Abby and Ainol ek. Komplot ni la rupanyer. :)
No comments:
Post a Comment