Dah lama tak merepek, so kali ni nak merepek. Ha ha ha!
Kalau la aku bukan Pegawai Tadbir atau dikenali sebagai Penolong Pendaftar (Assistant Registrar - AR) kat Universiti ni, siapa lah aku agaknya ye? Aku rasa kanl, it's depends pada kerajinan dan ketekunan aku belajar waktu sekolah dulu kan? Hahaha. Tu la, masa sekolah mama suruh belajar rajin-rajin, pi selitkan kehidupan harian dengan kisah percintaan ala-ala monyet, gitu. Kalau full concentrated 100% belajar je tanpa dicemari unsur-unsur percintaan, mungkin Prinsip Akaun aku dapat A, pastu tanpa buang masa apply Degree in Account, pastu minta kerja kat Jabatan Akauntan Negara. Haha. Pegawai Kewangan. Hurm, lebih kurang kerja Pegawai Tadbir je kot.
Rasanya, unsur-unsur percintaan takde kena mengena dengan keputusan Prinsip Akaun aku kot. Sesungguhnya, mungkin keputusan A aku dalam Sains disebabkan percintaan aku dengan budak kelas Pure Science kot. Ha, yang itu mungkin. Gile gempak aku A dalam Sains. Tak pernah terduga. Aku target Prinsip Akaun! Jampi apalah yang Cikgu Kamali sembur kat aku dulu.
BM dan BI..memang dah dijangka akan A. So, taknak ulas panjang-panjang. Cuma, kalau aku sahut saranan Cikgu BM aku (lupa nama dia), mungkin aku sekarang penulis novel sambilan kot. Sebab malas, rasa-rasa nak score Prinsip Akaun yang melampau dan rasa macam takde masa nak memerah kepala otak mengeluarkan ayat-ayat metafora jadi sebaris ayat, so saranan Cikgu BM itu terkapai-kapai di lautan biru. :) Cukuplah jadi penulis blog, kan? Tak payah nak berangan jadi penulis novel kemudian novel jadi filem, dapat ribu-ribu royalti.
Dapat pula Matrikulasi Melaka dalam Pentadbiran Perniagaan. Belajar Business. Belajar Akaun. Dinamika Kemahiran pula tentang adab dimeja makan korporat. Imbang sangat! Not to mention English Course dimana aku, Azzuraida dan Khatib adalah Best Student dalam era tersebut.
Masa nak apply Degree, terfikir-fikir antara Business Study atau Account. Setelah puas membuat kajian tersendiri tanpa dipengaruhi sesiapa, maka Bachelor in Business Administration menjadi pilihan.
Sebab?
Kalau aku ambil Account, aku akan mastering account field je. Angka sahaja. Macam mana angka tu masuk, tak peduli. Yang penting, once dia masuk, rekod kena jelas. Imbangan Duga harus imbang. Untung paling penting.
Kalau aku ambil Business, dalam business world kena ambil tahu sikit tentang Akaun supaya tak kena tipu dengan Cashier yang ditugaskan menjaga mesin duit yang aku gunakan dalam perniagaan aku. Aku kena tau betul ke amaun UNTUNG yang dipaparkan, bukan akauntan aku sapu 10% dari untung masuk poket dia baru yang lain bagi aku. Sebab tu aku ambil Business Admin. Nanti majoring aku ambil Account. BIJAK! BIJAK!
Cuma masa apply dalam sistem UPU online tu, tersilap tick pula. Dah cantik pilih UPM, Bidang : Bachelor in Business Administration.... tiba-tiba tak perasan terklik kat UPM Kampus BINTULU daaaaaaaa...! Haishhhh! Tak perasan lama gila sampailah surat tawaran keluar. Hahahaha! Ambik kau!
So, bila dah grad, terus apply UPSI sebab mama suruh apply sini. Rezeki aku kot, dapat.
And here I am.
Cuma kalau kecintaan aku terhadap Prinsip Akaun melimpah ruah sampaikan aku dapat A dan terus ambil Bachelor in Accounting, kerja kat Jabatan Akauntan Negara. Pegawai Kewangan? Mesti tension kan?
Jabatan Audit Negara? LAGI TENSION!
No comments:
Post a Comment