Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

30 January 2012

Family Day (Part I)

Rentetan daripada post ini ... maka inilah 'majlisnya'.

It's HARI KELUARGA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA!!

Kami hanya ber'family day di padang UPSI. Betul-betul di depan Bangunan Canselori demi untuk mengekalkan identiti 'BSM' itu. Ingat BSM, ingat Canselori. So sweet.

Banner yang sangat handmade. Designed by Abul, made up into reality by group pari-pari BSM. Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Hadiah untuk para pemenang. Model tidak disertakan sekali! Ahh..nakal kamu ya!

First event 'Ala Tomei-Tomei'. Penyertaan dibuka hanya untuk mereka yang berumur 3 tahun ke bawah. Aduh. Satu kenyataan yang mengguris hati semasa membaca syarat-syarat penyertaan. Oh, Adam! Kenapa anak mummy takde mood masa juri sedang mengambil markah 'anak siapa paling gedik'. Oh, tidak! Adam sedang mengalami morning blues!

Pandangan merenung masa depan. Atau merenung ke arah kamera di depan. Adam masih tidak mahu berenggang. Mummy hanya tumpang posing. "Costume Shah Rukh Khan ini panas, tahu tak?"

Jatuh bergaya ditolak rakus semasa musical chair. Ces! Nasib baik dah tanamkan azam dalam hati 'walau apa pun terjadi...senyum mesti sentiasa menawan. Paparazzi di mana-mana," Lihat! Bayangkan sambil jatuh tergolek ni, buat muka berkerut seribu ter-adoi-adoi macam mak nenek. No..no..no... masuk warta kampus ni!

Ehem, bos. Seronok nampak....bersiar-siar di petang hari ye?
One more round..?

Oho...kamu terlompat-lompat, kemudian kamu demam di pagi Isnin ye.

Picture lain..tunggu ya. :)

09 January 2012

UPSI on 9012012

Kami bertiga benci terperangkap dalam jammed, jadi memandangkan kami dapat banyak info pintu sana sini tutup, sekatan jalan raya di setiap ceruk, kereta berderet dan kalau nk sampai ke pintu rumah kene bersesak juga di pekan lama, maka kami ambil keputusan mengkuarantinkan diri kami bertiga di ofis. It's me, Weena dan Tia.

Mati kutu nak buat apa.

Dah la pagi tadi nak masuk UPSI macam nak masuk dalam istana. Jammed berbatu-batu. Tak boleh keluar lunch.

Hingga post ini ditaip pun, kami mendapat banyak lagi info yang rajin meng-update keadaan lalu lintas sekitar UPSI.

Daripada 5 minutes away to home, it might end up half an hour baru dapat lepasi semua pancaroba ni.

Seluruh Malaysia dah tahu la UPSI kat mana la ni kan? But been known as that bad reputation? Nahhhhhhhhhh!

Abang FRU kat Taman U.

Jalan utama ni terus tutup! Great. Kene pusing 360' ke Pekan TM yang dilaporkan jugak mengalami kesesakan yang luar biasa. Pictures di kidnap dari simpanan Ezma Rozainee yang cantik molek macam Dynaz.


Lain-lain picture boleh terus ke link ini. Klik disini :)
Dan sini juga pun boleh.

Hurm..serius nak balik. Mata sangat pedih. Kepala berat. I need much more sleep. Ada yang tanya kenapa mata macam lebam? "owh, stay-up tengok Merlin," Tipu.

Masa entry ini sedang ditulis, dapat message lagi "Keadaan dah ok. Pintu timur dah dibuka.." Yeay..I'm off.

p/s : kene gantung 3 semester. well, see u another one and half year la, dik oi!

09 September 2011

Teka jangan tak teka. Salah teka, kena ketawa.

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.

Harap-harap tiada apa lagi masalah sebab 2011 ni banyak betul dugaannya pasal benda ni. Sampai hampir nak pecah meja jadinya. Berderau darah bila ingatkan balik. Hihihi.

Mungkin ada yang dapat teka. Cuma tepat atau tidak tekaan itu, entahlah. Yang berkenaan pasti dapat teka, cuma yang tak berapa nk berkenaan tu, tekaan anda pasti melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane. Haishhh...!

Ok la uolss.. Selamat meneka. Ingat, salah teka kena ketawa!



*Haishh, nampak gaya I tak dapat la nk join Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UPSI pada 15 September 2011 ni. Baru ingat nak melaram dengan baju raya (cewah).

Takpe, I melaram baju raya pada Jamuan Raya BSM on 19 September, then Jamuan Raya PRESTASI dan Jamuan Raya PEWARIS on 23 September.

Hehehe...

30 July 2011

Corat-coret Istiadat Konvokesyen ke-13 Tahun 2011

Kembali meng-aktif-kan diri dengan permulaan - 1 entri. Kesibukan yang serius melanda jadi blog terbiar dan dipinggirkan seketika. Facebook je sempat dikemaskini. Hihihi.

Well, baru sahaja selesai menjalankan satu lagi tugas separa hakiki sejak 2007. Jawatankuasa Istiadat & Perarakan Konvokesyen. Seminggu sebelum itu, Muzium Pendidikan Nasional dirasmikan.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Corat-coret dan suka duka mungkin hanya akan jadi kenangan dan lawak jenaka antara kami. Tak perlulah dipaterikan di sini O_o.

Kali ini istiadat berlangsung agak lama. 9 sesi. 26 ~ 30 Julai 2011. Penatnya...sendiri je la yang tahu. Setiap kali konvokesyen, sama je. Mengejar masa. Walau hanya menguruskan perarakan masuk ke dewan, seluruh urat sendi sakit. Mungkin ditambah dengan dugaan mental.

Terngiang-ngiang dialog bersama salah seorang ahli perarakan yang rupanya begitu asyik merenung kekalutanku seketika tatkala seorang lagi ahli perarakan 'hilang' seketika dan kemudiannya ke-konfius-an aku melihat kedudukan 2 orang ahli perarakan lain.

Seperti kata-katanya selepas itu, tidak mudah untuk 'melayan' semua kerenah ahli perarakan sambil bibir masih terukir senyum dan memastikan semuanya berjalan lancar, cantik dan teratur. Biarpun terdapat 1001 cerita belakang tabir, biarlah hanya kami yang tahu asalkan segalanya nampak sempurna di mata tetamu yang meraikan hari bersejarah ini.


..senyum..all the time~

Betul Dr. Memang bukan semudah yang terpampang di gambar mahupun di rakaman

Mudah atau tidak mudah Dr., inilah tugas kami. Sekurang-kurangnya, sejuk hati mengetahui usaha, senyuman dan kerja kami dihargai walau hanya Dr yang menyatakan. Terima kasih juga kerana memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang istiadat. =)

Dan kadang-kala, kenakalan seorang dua ahli, membuatkan kami tersenyum bila diingatkan kembali.

kadang-kala, pemikiran kritis, kreatif dan kritikal diperlukan dalam urusan mengendalikan perarakan ini. contohnya, sepantas mana keputusan dibuat ketika itu. Hahahaha! Suhaimi, Rony..masuk!

Bukan hanya kami JK Istiadat, tapi setiap seorang warga UPSI memberikan 100% komitment yang tinggi terhadap istiadat ini. Tak pernah terlintas sedikit pun di hati kami ingin mencacat-celakan istiadat ini. Apa yang kami lakukan, hanyalah untuk memastikan yang terbaik. Setiap dari kami yang bertugas walau nama tidak pernah dicatat dalam mana-mana batu bersurat, kami berusaha memastikan yang terbaik.


Sekali lagi, terima kasih semua yang terlibat. Biarlah, kadang-kala usaha kita diumpamakan seperti kuman yang tidak nampak dek mata kasar, namun kita tahu apa yang kita lakukan. Apa pun, tunggu sahaja la post-mortem. :-)

selesai perarakan masuk ke dewan, itulah masanya kami pula mengisi perut. Sesi ke-9, special treat to Floor Manager. 1 whole set for him..alone! hahah!

Sesi bergambar mengada-ngada (1)

Sesi bergambar mengada-ngada (2)

Menanti photographer untuk sesi bergambar JK Istiadat & Perarakan.

Menanti perarakan keluar dari dewan. Hujan. So, team payung bersiap sedia. hahaha!

This is my favourite snap. Sangat tertarik dengan fakta '7 Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat'.

..and special thanks to my sister, Tyty sebab sanggup temankan I di hari Sabtu yang indah ini. Muah~


25 March 2011

Tragedi serangan di kebun durian

SERANG!

23-03-10, Rabu petang kul 5.30 petang kami semua berpakat untuk 'menyerang' satu kawasan di Kalumpang. Serangan ini pun atas jemputan tuan punya tanah. Kalau dia tak izinkan, kami pun tak sampai hati la nak serang-serang, kan. Nanti kami akan kena tembak dengan senapang gajah, tak pasal-pasal je kan.

So, setelah mendapat jemputan rasmi dari tukang bawak watikah jemputan, kami terus setuju untuk mengikuti konvoi amukan ini. Tepat jam 5, masing-masing dah tak keruan di pejabat. Ala-ala zombi kampung pisang, muka dah berubah-ubah.

Yang paling berubah sekali.. - Tia ULAT - sebab sebelum agenda serang-serang ni, dia dah balun peluru berpandu sebanyak 9 ulas di ULAT. Memang ULAT durian dia ni.

Dan sebab tak keruan tu jugak, I pun tak pasal2 serang orang yang tak bersalah. Salah faham punya pasal. Hanya kerana sekeping memo. Nasib baik la yang diserang tu seorang yang penyabar. Huh...cium tangan mintak ampun!

So, konvoi dalam 7-8 buah kereta ke Kalumpang. Diketuai chef d-mission - Rony and Mie.

-chef d'mission-

Main parking suke hati kat tengah kebun, terus serang hendap! Serangan ala-ala tentera Jepun.

And thanks tu tokeykebun (picture) yang sudi menjemput kami menyerang hendap kebunnya.

Jemput lagi lain kali,
Kami takkan teragak-agak nak datang lagi,
Kali ni kami bawak lori,
Make sure Dato' tak tepuk dahi!

tengkiu, dato'...

Tiada aksi-aksi lain selain
makan durian*makan durian*makan durian!

Macam suasana hari raya pulak jadinya.

Antara team jepun yang menyertai serangan ini.

Arghhhhhh...mereka lagi.


Owh..satu lagi. Kriteria untuk jadi cheerleader eh..leader konvoi ialah - ketuai rombongan semasa pergi ke kebun dan juga KELUAR DARI KEBUN. Sebab kalau serahkan rombongan itu pada saya semasa keluar dari kebun, alamatnya kita akan merry-merry-goes-around-the-kebun.

16 November 2010

Klik-klik pagi berkabus~

Suasana sehari sebelum raya qurban.

Sangat Alice in the Wonderland.

Well, that's why...seronok kerja kat Tg Malim.


Keluar dari kereta...macam.......wooww! Cepat! Cepat..tangkap gambar sebelum kabus2 ni ditikam mentari. chewah..ayat metafora * melankolik~

Sambil berjalan, masih sibuk meng-klik-klik suasana aman damai kekabusan.
Fuhh...memang tak nampak sape kat padang tu dah!

Hilang dah permandangan di padang depan BC.

Ok..Ok..dari dalam bilik aku pulak....

Ok, thats all.

Selamat hari raya aidiladha. Selamat bercuti.

Selamat buat assigment PTK 2010.

12 November 2010

Coretan pagi hari Jumaat yang indah.


Just sebab pagi ni hujan renyai2 dan aku tak sanggup nk selongkar handbag kat seat sebelah untuk capai handphone aku. Kalau tak...........mmg aku snap kereta MaiVee hitam WSW *** yang kelihatannya tak menyempat-nyempat nak memotong kat depan sekolah cina tu!

Eh hello...
orang lain pun que jugak, tunggu turn nak lalu. Almaklum la, hujan-hujan ni memang akan ter-jammed sekejap je. aku ni dah nak lalu depan pagar tu, leh pulak tetiba je muncul objek hitam dari line belakang memotong barisan pintas depan aku dari kanan (korang faham ke description aku ni?)

Tu dah hangin yang pertama.

Aku nk tengok gak...nak ke mana tuan punya MaiVee tu. Ingatkan bergegas nk pi Klinik Nabilah or Poliklinik Syifa'. Kalau aku tengok dia park depan klinik2 tu, aku redha la. Yela, maybe dia dalam kesakitan yang amat sangat.

Eh tak! Dalam aku line-up nak masuk ke pintu gerbang UPSI, dia pun nak masuk UPSI. Cume menyenget sikit barisannya. Mungkin antara nk masuk atau tak...ehhhhhhhh! Aku hangin kali yang kedua. tak pasal-pasal Mr Smily and Mr Spidey terpaksa dengar bebelan aku "Kau nak ke mana ni, samdol!??"

Just sebab hujan renyai-renyai je aku tak sempat nk snap picture ko...!

Wahai empunya MaiVee yang budiman, buat-buat bersabar. Bukan awak je kene hujan. Semua kami-kami di TgM ni kne hujan.

Bukan awak sorang je nak masuk kerja, ramai lagi nak masuk kerja (bukan lewat sangat pun dah, baru kul 7.15am. Ko nak bergegas pi mana??!!)

Bukan awak sorang je ada kereta, raaaaaaaaamai orang ada kereta.. So, drive careful. Jangan disebabkan awak, org lain kne break mengejut. And maybe because of your fault, kemungkinan yang lebih buruk akan berlaku pada orang lain!

Astalavista!!


Mr Spidey : Terkejut aku. Pagi-pagi yang sedap hujan renyai-renyai ada orang buat lagak ngeri pulak. Tak sesuaii.. Aku geget ko nanti! Bungkus dengan spider web aku and gantung kat pintu sekolah cina tu!

Mr Smily : pasal ko (MaiVee) kami berdua ni terpaksa dengar Cik Bunga ni membebel marahkan ko dari pintu pagar sekolah sampai la dia park and kuar kereta! Tapi, I tetap tersenyum..! Dalam hati, Tuhan je tau, OK!!

20 October 2010

konvokesyen UPSI 2010 : About us..

PART TWO


ok..ni bukan lagi tentang abg yang bergraduat pada Konvokesyen UPSI Sidang Ke 12 Kali Ke 2, tapi more to kami barisan urusetia Istiadat & Perarakan yang sangat gigh berusaha agar Istiadat dan part perarakan berjalan lancar. Berjalan lancar bukan bermaksud berjalan laju semasa nak masuk dewan...No..No..nO... O_0

Thanks to Has, our photographer yang sangat cute dalam keadaan preggy nyer (pregnant). Sangat berseri-seri.


Gambar rasmi. Sangat sweet berlatarbelakangkan Bangunan Suluh Budiman.

Jalan utama depan BSB tu tiba-tiba jadi medan runaway AJK Perarakan & Istiadat. Sangat menarik tengok para ibu-bapa tercengang-cengang tengok ada photo-shoot di tengahari terik tu. But still..kami tetap tersenyum riang.


Posing pertama dengan gaya En Helmi sangat gagah perkasa mengalahkan kami di belakang. Yang besar semakin besar, yang kecik semakin kecil. Sangat kapitalis!

Kami sedang koir ke ni.
Kelihatan macam Kak Ina tengah tarik part chorus..disambung oleh Ed yang sangat menikmati lagu tersebut. Mie pula part "
tarakucha..tarakucha-cha!"

Senyum a.k.a smile.
Rempah....tahan nafas!

The girls.
Tiada dalam gambar - Ainie, Rina, Etty dan Siti.

Wah RALAT : terlupa nak mention nama Kak Ayu yang tersayang...!


Ala model busana Muslimah..kata Kak Ina.
Terus K.Ina nak masukkan picture ni dalam majalah Annur. Boleyyy!??


Close up.

Gaya gile-gile dah abis posing.

Sangat confident, kontrak kita akan disambung lagi untuk Tahun 2011.
Jumpa lagi di Istiadat Konvokesyen Sidang Ke 13 Kali Pertama Tahun 2011.

UPDATE: Okey, tunggu entry ketiga (macam sequel plak).
Baru lengkap Trilogi: Konvokesyen UPSI 2010

Yang ketiga ni adalah posing2 candid bersama ahli perarakan yang menjayakan konvokesyen ini. Luv u all.. Next convo kene la sediakan gula2 Ferrero Roshe. Sebijik kongsi 4 orang tau..tau!
So, nantikan aksi2 spontan dan candid. Wah..tak rela!

Hahaaaa...!


More picture ...















wah! tibe-tibe dalam email ada org send pic i tengah bercakap-cakap di telepon semasa bertugas. Suke tau meninggalkan syak wasangka.

Siapa orang yang Azura call?

Okey, tell u all the truth, every day i kne call seseorang called as buah hati.
No..No..No...jgn salah sangka. OK, i will reveal sape buah hati tu dalam next entry. So, nantikan
Trilogi: Konvokesyen UPSI 2010. Okey.

Opss..tapi masa pic ni I tgh call Abg Shah. (pls refer
here)

Adios muchahos!