Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

10 February 2011

Part II - Di Kuantan

This is a sekuel from last week post.
But no more scene, please. Hahahaha. DONUT.

Okey ye. Malam yang kedua tu, kami hangout kat Pantai Telok Chempedak pulak. Amek angin malam. Memang takleh nak mandi manda pun sebab red warning dah naik kat pantai. Ombak besar. Dilarang mandi. Anda akan ditangkap oleh abang baywatch kalau didapati mandi jugak. Wow!

So, jalan-jalan dan tetap bergumbira.

ohhh...so sweet... Bukan Bella-Lie or Tyty-Jeje je boleh hayun-hayun tangan macam itu OK. Papa-Mama pun boleh!...

....sampailah ada orang ketiga yang menyibuk jugak...!
Tapi Papa tetap erat memegang tangan Mama.
Papa : "Kaklong, kau boleh jangan menyibuk tak?"

Dorang nak bergambar ala-ala Super Junior. So, i make-up extra members in this photo. And now they really look like Super Junior. Kahkahkah!

Jeje (right) : perlu ke aku pun jadi mereng once masuk dalam family ni?
Lie (second from right) : Welcome to the family, bro. Aku dulu pun macam ko, masuk je dalam orientasi family ni, aku pun dah ikut perangai depa.
Jeje : %^*&^*(#&$&)(*(@$@^$

Super Junior. Original.


Hasil tangkapan di laut. Peace!

And this is my faveret catch that nite. Once i tengok je t-shirt ni hanging kat kedai abang tu, terus i grab. Size M ada bang? Abang tu senyum, ada. I pun - Nah kau! Duit. (bukan penumbuk).

Cute. Kuda Laut. Err...kuda laut? Ayu Ayuni Azu Azura dan Kuda Laut? Err....pasti ada yang terguling-guling la ni kalau baca ayat ni. Ok...Ok...ada cerita antara I dan Kuda Laut. Ish, boleh tak jangan taip banyak-banyak perkataan Ku** La**!!

Dan ini pulak hasil tangkapan Tyty & Jeje.
Ok.Ok...so xxxxxxxxxxx bile wallet pun kena sama kalau couple-couple ni. Huhu!
*Blue tagging - Jeje's
*Red tagging - Tyty's.

er..now I know why wallet Tyty ada banyak.
Sedozen yang I baru je simpan dalam kotak last week!

Dan mereka memang bersungguh-sungguh tukar wallet malam tu jugak! Wahhhh! Poyo!
But, Jeje is cute.


NEXT MORNING. LAST SHOPPING. THEN GO HOME.

OK, tips untuk tidak kehilangan kereta setiap kali parking di shopping complex.

Tangkap picture kereta dan kalau boleh dengan tiang yang tertera nombor parking lot tu. Lebih afdal, anda juga ada dalam picture tu. Dan sangat cantik kalau tiga-tiga kereta leh berbaris sekali je dalam picture yang sama so that tak payah nak tangkap 3 picture untuk 3 kereta.

Ngerti kamu?

Sementara dorang sume pi shopping, I and mama duk lepak kat pentas ni la. Makan aiskrim yang sangat best. Mama sempat bawak bahan-bahan mengait di shopping complex. Huh..

Alololo..so sweet. Suap-suap aiskrim dengan Jeje. Memang berbulu je si tukang tangkap gambar. Yayayaya!!

Hahahaha...sempat je la nak berposing kat mana-mana pun. Kejap kiri dan kejap kanan.

I perasan kan, penyakit suke bergambar ni memang menular kat setiap ahli keluarga I tau. Dimana-mana sahaja. Slogan nya - Jangan pedulik apa orang nak kata, just say cheese!!!!!

Yah..yah..tipu la kalau i kata i hanya MAKAN AISKRIM je kat shopping complex tu kan. Mustahil i takde grab ape-ape even getah ikat rambut! And 3 tudung. And bekas lipstick yang sangat gold...and....bla..bla..bla...

Niatnya nak tangkap picture pokok hiasan CNY yang pink tu, tapi.........macam akhirnya niat tu tak kesampaian..hahahahaa.

OK, jom pi lunch dulu. Lie kata ni kedai nasi kukus yang terrrrrsedap di sini.
OK, fine. Jom try test.

Macam nasi kukus ayam dara kat UPSI je.

Er...masih dalam mood cheese and peace.
But it is true, memang sedap! Sehingga menjilat jari. Then kena pi basuh jugak jari ni, OK!

Lepas makan, bergambar lagi.
Hah? Tak baik bergambar bertiga?

I tengok kumpulan KRU tu sempoi je sampai sekarang, kan?


And time to say good bye in such happy way.
Muah and peace.

Papa: Korang ni, tak buat aksi tak boleh ke? Depan / dalam lif pun jadi!

Sorry Pa, nak wat camne kan. Papa kena redha je la!

And lastly, Lie pi escort kami sampai ke tepi highway. About 100 metres before tol Kuantan.
And this is our last picture for that day.

Hahaha..sanggup berhenti kat tepi jalan tu, untuk bergambar! Mesti kakak tol tu terkedu. And she say - OWH! SO SWEET!

Next holiday - in May 2011.

04 February 2011

Scene di pagi raya - Chinese New Year.

As my status posted in eff-bee on 3rd Feb during Chinese New Year (CNY), ada yang nak tau ape terjadi sebenarnya. Well, short status dalam FB maybe tak cukup nak menceritakan semuanya. Align Center
Tu la...I selalu ingatkan diri sendiri, jangan nk dengki dengan orang lain masa kat jalanraya. Especially time jammed. Apa salahnya bagi jalan jap kat orang lain, at least you pun dapat jalan and nothing bad happen kan? Macam mana kalau you dengki sangat kat orang lain, taknak bagi langsung orang lain jalan dulu..last-last ape jadi? Bila kereta terhimpit sikit, calar? Marah-marah..say all those bad words and signals..and you still panas membara sebab orang lain pun pandai gak balas all your words and signals. Sape panas..? Lu jugak bro.

So, that is what happen to me. Bile 2 lane kne merge jadi 1, of course la akan jammed and quite hectic sikit. Tambah pulak kat tol.

Dah mamat tu taknak bagi aku jalan. Dari tadi asyik duk rapat dengan kereta depan, aku nak masuk pun susah. Dah la tinggal 1 kereta je kat depan smart tag tu, ko ingat aku nk langgar ke tiang tol tu? So, akhirnya (bukan dengan niat pun) side mirror aku pun canteeeeeeeekkkkkkkk la mencalarkan body kereta dia. Itu pun seb baik aku tarik ke kiri sbb taknak calar sejengkal tu jadi sedepa, ok,

Wah, turun la 1 mamat macho dengan muka garang. Melangkah je dia di bumi, alahai....DONUT! Pergh..terus marah-marah cakap bullshit. Elok-elok aku nk ungkapkan 'maaf', terus perang mulut. So, mengaku kalah dengan mulut kitorang yang boleh tahan lazer, dia terpaksa akur dan terima qada' dan qada yang kereta dia ditakdirkan bercalar di pagi raya!

My side mirror takde effect pun, terkikis sikit je cat. And peristiwa tu tak dapat disaksikan oleh papa sebab kereta papa dah jauh tinggalkan kitorang kat tol tu.

So, abang donut. Sorry la ye. lain kali, mengucap banyak2 dulu sebelum keluar perkataan-perkataan p*******, f*** and whatsoever tu. Ape pun, rambut lu cantik bro. Tersikat rapi je. I like...!

Time rehat kat R&R, barulah papa tau cerita tu. Semua galut nak tengok side mirror aku.
Dialog amin : Alah, ni leh pi polish je.

So, tamat pasal abang donut. Perjalanan diteruskan ke tempat kerja Bella. Ala-ala surprise kat tempat kerja. Macam Bang Bang Boom plak. Hahahah!

Reunion. Bella semakin gemuk.Hahahaha...


And reunion diteruskan ke Mc Donald...

Sampai ke rumah Li, benda pertama dibuat oleh Amin, Abby and Ainol is UPDATING FACEBOOK!

Dan malam tu...
SAMBUTAN BIRTHDAY MAMA!

Malam tu, lepas amek Bella dari tempat kerja, surprise bday cake masuk ke rumah untuk mama. Lepas dinner, upacara buka hadiah pulak. Every single present yang mama buka, kami (or, it's me alone) yang excited.

And this is from Bella. hehehehe...menambahkan koleksi teddy atas katil aku la ni..hahahahaah!


Tunggu post untuk 4th Feb plak. Tournament badminton and mandi-manda!

19 January 2011

Cuti panjang...

Semalam Selasa, hari ni Rabu.

Esok Khamis = Thaipusam = CUTI

Lusa Jumaat = Cuti Rehat

Sabtu Ahad = Cuti hujung minggu.

Okey, bulan pertama dalam 2011 penuh dah dgn schedule cuti-cuti Malaysia.

Ape Cik Ayu nak buat..?

Cik Ayu tengah plan. Dah ada idea, cuma belum approve lagi dalam system.

Plan pelan-pelan.

Got it?

03 January 2011

Cuti hujung tahun

Percutian ke Teluk Batik.

Saja nak bersuka ria. Aktiviti ni lebih direstui oleh Papa berbanding aktiviti yang mendapat No.1 dalam hati kami - shopping.

Since Papa dah kata JOM BERCUTI, maka jangan engkar. Nanti kne cop as anak-anak derhaka.

Destinasi Teluk Batik entah datang dari mana. Papa suke-suke hati sebut, dan terus jadi kenyataan!

Persinggahan pertama - Kedai Makan Kari Kepala Ikan Salim. Mungkin hanya ikan Pak Salim dijadikan Kari di sini.


Teruja dapat minum Necs panas setelah penat drive dari Rawang - Bidor.

Look! Look! Signboard kat belakang. Restoren Kari Kepala Ikan Salim. I told you!

Dengan 2 orang cik adik yang sangat kecoh. Kerja mereka asyik bergambar. Meminggirkan kakak yang tengah drive.

Konvoi kawan-kawan Abby. Join minum jugak.

Adik beradik UltraGirl. yang sorang tu memang UltraGirl with Shawl..

Inilah keluarga UltraGirl. Mama Ultra and Papa Ultra.

Persinggahan kedua. Kne menunggu team konvoi motor yang sangat sopan santun bawak motor. Mereka sangat suka bergambar...semua posing. Tak kisah la penonton-penonton di R&R Sg Perak tu...

Erm..happy sisters.

Peace, Papa!

Yeah..Peace to you too, Kaklong!

Sampai dah..Sampai dah..!

Whatever..~

Can we be considered as helping them to build the tent?

Shopping time!


Ok...Ular Sawa Burma ni namanye Jane. Nak bergambar dengan si Jane ni kne bayar RM10 pada tuannyer dan bergambarlah sepuas-puas hati. Use your own camera and photographer. As long as you want. Cuma dilarang bawak lari Jane, culik bawak masuk kereta dan jual kat Zoo Taiping.


Lagak berani Aty tapi menyorok belakang Papa.

Pegang sikit, berani laaaaaaaaaa...

Shopping topi plak!

Tak abis-abis bergambar dengan topi baru beli. Hahahah!

Malam tu, sedang enak tido (poyo je rancangan dengan Bella & Aty nk stay up konon, nk tengok keindahan dan bunyi alam di tepi laut)..rupanyer kat khemah kumpulan lain ada yg kne serang histeria pulak. Papa kata dalam kul 11.00 malam.

Kami? Tido mati la. Jangan harap nak dengar ape-ape dalam khemah tu.
Then, again kul 3 pagi pulak ada yg kne ganggu lagi.
Huuuuuuu..seram tu.

Tapi kami tetap tido lena.

Hahahahaha!

26 May 2010

Shout-out

THIS LONG WEEKEND GOING
TO TERENGGANU.

Even kata putus belum diberikan
kepada Arzuna Ahmad,
tapi I think I'll make it!

So Terengganu, here I come!

Cuti-cuti Malaysia! Wah!


update 28/05/2010: Rancangan dibatalkan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

10 May 2010

Lil' update about my last weekend.

Si Tia, pagi-pagi lagi dah sibuk tanya "Cik Zura dah masuk picture kita berfoya-foya dalam blog?" Banyak kerja lagi Tia oii, dari nak update blog pagi-pagi buta. Tapi, disebabkan dah sampai 3 kali dia tanya, I sebagai blogger yang taknak menghampakan 'peminat cilik' pun tunaikan la 'permintaan' dia ni. (cilik ke?)

Tia, si tudung biru.

So, using Photoscape, I sempat la upload + edit ape yang patut.

Pergi bukan sekadar berfoya-foya, tapi pergi untuk melaksanakan tugas hakiki walaupun di waktu cuti. Chewaahh! So, tak salah kan tangkap gambaq tepi pantai..?


Meronda 2-3 buah resort sasaran untuk beberapa kursus tahun ni dan perancangan tahun depan.

So, next year tak yah pergi tengok lagi.

Sampaikan, resort yag masih dalam construction pun kami tengok tapaknya.
Dijangka siap July 2010.
Tempat next kursus, insyaAllah. (takleh reveal nama lagi, hahaha!) So, tgk gambar je.
Bayang-bayangkan lah.
Malam Dinner peserta kursus. Malam Karaoke. Tunjuk bakat. Menyumbangkan suara.

Malam 'pabila suara En Aziz mengundang guruh dan renyai.

Adakah Cik Zarina sedang menyumbang suara @ menyumbangkan lagu?
Jeng~ Jeng~ Jeng~
Kursus yang sangat penuh dengan ucapan emosi. Terharu plak!
Tahun depan, kita buat lagi ye kursus ni. Yang penting, u all kene cemerlang!
Yes! Yes ! Yes!