03 May 2010

Lagenda Budak Setan - movie version!

Seriously, aku tak dengar pulak pasal pembikinan filem ni. OMG!

My faveret novel masa Form Five, babe. It's on movie!

Harap2 movie version ni setanding (kalau tak lebih hebat, at least sama hebat) dengan novel.
Pls dont ruin this lagenda love story. Dont ruin my mood.

Coming out 2010.

*Cuma aku tak pasti jika movie ini sampai ke part Katerina. Well, pencinta Lagenda Budak Setan akan tahu yang cerita ni terbahagi dua. Ayu and Katerina.

Okey babes, intai trailer jap!


Klik here. (for movie trailer)

Klik the picture for novel synopsis.


"Trailer untuk filem Lagenda Budak Setan.
Adaptasi dari
sebuah novel terlaris Malaysia.
Merungkai rahang jiwa
KASYAH,
AYU, AZMI & KATERINA."

02 May 2010

Hujung minggu di musim panas.

Bagaimana caranya untuk pastikan badan sentiasa sejuk, nyaman dan dingin di musim panas-panas-hujan-sekali-sekala ini?

A) Pasang air-cond.
Dah bertahun kami fikirkan cara begini, tapi at the end masih belum tertunai. Setiap kali apek kedai air-cond tu hampir-hampir berjaya memujuk mama untuk pasangkan air-cond kat umah, percayalah...esoknya pasti hujan 2 hari berturut-turut. Lantas Papa kata, "Tak payah la air-cond, dah sejuk dah!"

2) Kipas siling + kipas meja. Maximum speed hanya 5 tapi boleh upgrade until 8.
Yaaa! Sangat benar, tapi sangat tidak praktikal bila kalau ada 5 ahli keluarga bermakna ada 5 kipas meja - sorang satu.

Maka, tiba-tiba semasa aku sedang layan cerita HOUSE di AXN, dia tanya.

Long, nak gi mandi sungai tak?

Percayalah, bila yang namanya AZURA dah duk umah, dia sangat berat hati nak tinggal couch pink dan remote control TV. Esp bila AXN sedang marathon CSI, NCIS.. Dan esp kul 4ptg ada 5 hours marathon Without A Trace.

Tapi, sebab Abby sangat bersungguh-sungguh, akhirnya... tanpa membuang masa kami berja ya mengumpulkan anak-anak jiran tetangga dan member2 Abby / Adik. Tak sampai 5 min, semua dah bersedia dengan seluar mandi masing-masing di parking rumah. Perghhh!!

Kaki bukit Genting. Sg Kedondong adalah arah tujuan. Perjalanan hanya dalam 45 min. Tanpa buang masa.... cari port dan.......

Upacara memasang khemah!
Lima minit je , bro. Budak-budak ni termasuk bapak budak memasang tent yang bukan tujuannya untuk tidur tapi untuk simpan segala harta benda di dalamnya. Dan termasuk makanan!

Upacara masuk air. Mandi sungai. Sejuk gile-gile. Redup2 je. Port yang pada mulanya ramai pengunjung lain selain kami, beransur .. I mean mereka beransur pulang kerana renyai-renyai (mungkin). Kami? STAYED WHERE YOU ARE. NO MATTER WHAT!

Scene yang tenang-aman-nyaman. Tak payah berendam satu badan, cukup sampai lutut dah membuatkan badan menggigil. Ada anak ikan berlari-lari di betis buatkan aku geram nak tangkap. Macamlah terror sangat nak mencekup anak-anak ikan tu dengan tangan. Papa...1 jam pun papa tunggu nak ikan tu masuk dalam tapak tangan, takkan ada hasilnya.

Berselindung di sebalik batu besar, nak mengintai papa and mama berdating sambil seronok makan tanpa anak-anak. Huaaa! Namun, mereka sedar aksi dirakam. Chesss!

Lain-lain aksi.

Jom balik. Penat. Tapi best sebab masih gigil-gigil kesejukan.

Hujung Mei pergi lagi. Janji Papa. "Kali ni papa nak bawak jaring. Nak tangkap ikan-ikan tu". Papa geram!

Oppss. Ada video. Jika berminat, sila klik. Jika tidak, let it be.

Amaran. Kepada yang berminat (dan akan klik), pastikan :

1) Anda tahan 'sejuk'
2) Slow kan volume pc/laptop anda. Sorry, rakaman ini telah pun di-setting-kan dalam keadaan FULL VOLUME. So, it's loud. Be careful, viewers. I love you, you know! =)

Owww! Last, abaikan suara latar (si tukang rakam) It's not me. It's not me.



"Huh, i told u slow down
your pc's volume!"

01 May 2010

Gaji pertama Abby

Minggu ni tiada dalam perancangan untuk pulang ke Rawang. Sementara merangka-rangka aktiviti hujung minggu, tiba-tiba Abby call, nak buat makan-makan sikit sempena gaji pertama di tampat baru. Sekali dengan Abe & Sadam. Wah, mesti meriah. So, petang Jumaat yang indah..selepas sesi makan-umpat-gossip di Medan bersama beberapa rakan sekerja, aku terus shooooot ke Bkt Sentosa.

Alhamdulillah, simpang-simpang jalan menuju ke rumah semakin jelas. Tiada lagi perang poster yang kadang2 menutup signboard. Angkara signboard, perang boleh meletus tau.

Sampai ke rumah, acara sememangnya sudah pun bermula. Langkah kanan! Terus mencapai pinggan dan NGAP! Melayan anak-anak jiran yang manja dan kawan Adik yang turut memeriahkan suasana sambil menonton Adnan Sempit. Gamat dengan gelak tawa!




Kepada Abby, semoga murah rezeki dan selamat semuanya.
















p/s: 1 Mei birthday Bella. Bergegas seisi keluarga memberi ucapan SMS.
Dapat SMS dari Bella beserta picture MMS hadiah kasut CInderella yang dia dapat sebagai hadiah dari si Fadli. Waaahh!