18 November 2010

Tips nak cantik pakai syria

Erm..buat yang dah lama tak memandang Cik Bunga @ Cik Azura di mesyuarat or di karnival beli-belah (wakakakaka..ye la tu) mesti tak perasan yang I kini jarang-jarang pakai tudung bawal. Ok, confession. I dah pakai style tudung syria plak. Actually, Kak Zuna yang kenalkan. Since that, I setia dengan syria. Tapi, tak lupakan si bawal yang bertimbun dalam almari. Ada jugakla pakai-pakai..

Ok, bila I start pakai syria, I masih mengekalkan bentuk muka oval-oval manja ni. And I dapat banyak feedback "eh, cmne ekk Zura pakai tudung tu tapi tak kelepet?"


Dan ada jugak yang lepas bagi soalan, mereka sendiri jawab. "muka Zura okey la, sesuai pakai syria. Cantik je.. Muka kite bulat, pakai syria lagi bulat..."

Wah! Thanks for the compliment!

Tapi kan, I akan sentiasa kata macam ni. "Zura tetas belakang inner tudung ni, so jadilah awning depan ni tegak..."

Okey, bermula la scene muka dorang blur dengan my statement. TETAS?

Huhuhu. Maka berulang kalilah I kene suh depa imagine tetas hujung inner syria so that bentuk tudung bile dipakai nampak bujur sirih @ oval2 manja macam I pakai.

sampaikan, ada permintaan untuk buat demo..tetas tu cmne? kat mana?

And last week, i demo ape makne tetas inner syria tu so that bile pakai tak kelepet.
Nampaknya 'anak murid' I sangat happy dengan 3 minutes demo di bilik solat. hahaha..

And today, I tak leh la nk demo and post dalam blog kan. Tapi, buat yang terseksa jiwa raga dan takleh terima kenyataan depan cermin pakai syria muka kelepet..I ada berita gembira. I jumpa 1 blog yang tunjukkan cara tetas inner syria tu.

Tetas inner tudung? Click here.

Ada jugak beberapa inner yang i tak tetas, sbb bukaan muka inner tu memang dah lebar. So, mmg cun-cun kat muka i ni.

Satu lagi tips, pakai inner cotton. Kalau teringin nak pakai yang ada layer, try cari layer yang lebar2, jangan cari layer yg nipi2..mmg sah akan kelepet!

Tapi, I rasa...I tetap comel even dengan inner yang kelepet. secomel Cik Kikin yang memang fesyennya kelepet. Huisshhh..sape kata pakai syria yang inner kelepet tak comel. Look at Kikin. Comel ye pun...


Jawapannya : Ikut selera masing-masing la ye.

So, selamat tetas inner tudung ye.
Buat sang suami, jangan pelik dan kata isteri buang tebiat bile si isteri beli dan tetas..beli dan tetas...


16 November 2010

Klik-klik pagi berkabus~

Suasana sehari sebelum raya qurban.

Sangat Alice in the Wonderland.

Well, that's why...seronok kerja kat Tg Malim.


Keluar dari kereta...macam.......wooww! Cepat! Cepat..tangkap gambar sebelum kabus2 ni ditikam mentari. chewah..ayat metafora * melankolik~

Sambil berjalan, masih sibuk meng-klik-klik suasana aman damai kekabusan.
Fuhh...memang tak nampak sape kat padang tu dah!

Hilang dah permandangan di padang depan BC.

Ok..Ok..dari dalam bilik aku pulak....

Ok, thats all.

Selamat hari raya aidiladha. Selamat bercuti.

Selamat buat assigment PTK 2010.

12 November 2010

Coretan pagi hari Jumaat yang indah.


Just sebab pagi ni hujan renyai2 dan aku tak sanggup nk selongkar handbag kat seat sebelah untuk capai handphone aku. Kalau tak...........mmg aku snap kereta MaiVee hitam WSW *** yang kelihatannya tak menyempat-nyempat nak memotong kat depan sekolah cina tu!

Eh hello...
orang lain pun que jugak, tunggu turn nak lalu. Almaklum la, hujan-hujan ni memang akan ter-jammed sekejap je. aku ni dah nak lalu depan pagar tu, leh pulak tetiba je muncul objek hitam dari line belakang memotong barisan pintas depan aku dari kanan (korang faham ke description aku ni?)

Tu dah hangin yang pertama.

Aku nk tengok gak...nak ke mana tuan punya MaiVee tu. Ingatkan bergegas nk pi Klinik Nabilah or Poliklinik Syifa'. Kalau aku tengok dia park depan klinik2 tu, aku redha la. Yela, maybe dia dalam kesakitan yang amat sangat.

Eh tak! Dalam aku line-up nak masuk ke pintu gerbang UPSI, dia pun nak masuk UPSI. Cume menyenget sikit barisannya. Mungkin antara nk masuk atau tak...ehhhhhhhh! Aku hangin kali yang kedua. tak pasal-pasal Mr Smily and Mr Spidey terpaksa dengar bebelan aku "Kau nak ke mana ni, samdol!??"

Just sebab hujan renyai-renyai je aku tak sempat nk snap picture ko...!

Wahai empunya MaiVee yang budiman, buat-buat bersabar. Bukan awak je kene hujan. Semua kami-kami di TgM ni kne hujan.

Bukan awak sorang je nak masuk kerja, ramai lagi nak masuk kerja (bukan lewat sangat pun dah, baru kul 7.15am. Ko nak bergegas pi mana??!!)

Bukan awak sorang je ada kereta, raaaaaaaaamai orang ada kereta.. So, drive careful. Jangan disebabkan awak, org lain kne break mengejut. And maybe because of your fault, kemungkinan yang lebih buruk akan berlaku pada orang lain!

Astalavista!!


Mr Spidey : Terkejut aku. Pagi-pagi yang sedap hujan renyai-renyai ada orang buat lagak ngeri pulak. Tak sesuaii.. Aku geget ko nanti! Bungkus dengan spider web aku and gantung kat pintu sekolah cina tu!

Mr Smily : pasal ko (MaiVee) kami berdua ni terpaksa dengar Cik Bunga ni membebel marahkan ko dari pintu pagar sekolah sampai la dia park and kuar kereta! Tapi, I tetap tersenyum..! Dalam hati, Tuhan je tau, OK!!