05 April 2013

Kalau aku bukan AR?

 

Dah lama tak merepek, so kali ni nak merepek. Ha ha ha!

Kalau la aku bukan Pegawai Tadbir atau dikenali sebagai Penolong Pendaftar (Assistant Registrar - AR) kat Universiti ni, siapa lah aku agaknya ye? Aku rasa kanl, it's depends pada kerajinan dan ketekunan aku belajar waktu sekolah dulu kan? Hahaha. Tu la, masa sekolah mama suruh belajar rajin-rajin, pi selitkan kehidupan harian dengan kisah percintaan ala-ala monyet, gitu. Kalau full concentrated 100% belajar je tanpa dicemari unsur-unsur percintaan, mungkin Prinsip Akaun aku dapat A, pastu tanpa buang masa apply Degree in Account, pastu minta kerja kat Jabatan Akauntan Negara. Haha. Pegawai Kewangan. Hurm, lebih kurang kerja Pegawai Tadbir je kot.

Rasanya, unsur-unsur percintaan takde kena mengena dengan keputusan Prinsip Akaun aku kot. Sesungguhnya, mungkin keputusan A aku dalam Sains disebabkan percintaan aku dengan budak kelas Pure Science kot. Ha, yang itu mungkin. Gile gempak aku A dalam Sains. Tak pernah terduga. Aku target Prinsip Akaun! Jampi apalah yang Cikgu Kamali sembur kat aku dulu.

BM dan BI..memang dah dijangka akan A. So, taknak ulas panjang-panjang. Cuma, kalau aku sahut saranan Cikgu BM aku (lupa nama dia), mungkin aku sekarang penulis novel sambilan kot. Sebab malas, rasa-rasa nak score Prinsip Akaun yang melampau dan rasa macam takde masa nak memerah kepala otak mengeluarkan ayat-ayat metafora jadi sebaris ayat, so saranan Cikgu BM itu terkapai-kapai di lautan biru. :) Cukuplah jadi penulis blog, kan? Tak payah nak berangan jadi penulis novel kemudian novel jadi filem, dapat ribu-ribu royalti.

Dapat pula Matrikulasi Melaka dalam Pentadbiran Perniagaan. Belajar Business. Belajar Akaun. Dinamika Kemahiran pula tentang adab dimeja makan korporat. Imbang sangat! Not to mention English Course dimana aku, Azzuraida dan Khatib adalah Best Student dalam era tersebut. 

Masa nak apply Degree, terfikir-fikir antara Business Study atau Account. Setelah puas membuat kajian tersendiri tanpa dipengaruhi sesiapa, maka Bachelor in Business Administration menjadi pilihan. 

Sebab?

Kalau aku ambil Account, aku akan mastering account field je. Angka sahaja. Macam mana angka tu masuk, tak peduli. Yang penting, once dia masuk, rekod kena jelas. Imbangan Duga harus imbang. Untung paling penting.

Kalau aku ambil Business, dalam business world kena ambil tahu sikit tentang Akaun supaya tak kena tipu dengan Cashier yang ditugaskan menjaga mesin duit yang aku gunakan dalam perniagaan aku. Aku kena tau betul ke amaun UNTUNG yang dipaparkan, bukan akauntan aku sapu 10% dari untung masuk poket dia baru yang lain bagi aku. Sebab tu aku ambil Business Admin. Nanti majoring aku ambil Account. BIJAK! BIJAK! 

Cuma masa apply dalam sistem UPU online tu, tersilap tick pula. Dah cantik pilih UPM, Bidang : Bachelor in Business Administration.... tiba-tiba tak perasan terklik kat UPM Kampus BINTULU daaaaaaaa...! Haishhhh! Tak perasan lama gila sampailah surat tawaran keluar. Hahahaha! Ambik kau!

So, bila dah grad, terus apply UPSI sebab mama suruh apply sini. Rezeki aku kot, dapat. 

And here I am.

Cuma kalau kecintaan aku terhadap Prinsip Akaun melimpah ruah sampaikan aku dapat A dan terus ambil Bachelor in Accounting, kerja kat Jabatan Akauntan Negara. Pegawai Kewangan? Mesti tension kan? 

Jabatan Audit Negara? LAGI TENSION! 

21 February 2013

My password was changed by....who?

Amboi-amboi...
Bukak blog pagi-pagi ni, ingat nak post something. Tup-tup, sign-in macam biasa...then keluar macam ni. Blog 


WHAT!??
My password was changed 8 days ago?
But...i don't!


Cik Bunga ni pun ada orang nak take over ke? Ehhhh...bukan ada apa pun. Takde rahsia kerajaan tentang kenaikan gaji penjawat awam, takde gosip terkini Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang..takde! Takde! 

A quick roll-over my blog, nothing suspicious. Alhamdulillah. Mana la tau, si penukar password tetiba post entri entah apa-apa...haishh! 

Ok. Sekali lagi password ni bertukar...Cik Bunga buat solat hajat supaya jari dia terkehel masa nk hijack account comel Cik Bunga ni. Huh..tak malu!

Well, actually nak post satu picture yang membawa kepada 1001 kemungkinan. Enjoy the picture. Muah!




11 February 2013

2013..oh 2013

My wish on earlier 2013 is : 2013, please be good to me.
But, takdir Allah selalu mengatasi segalanya. 

Zillions of pengajaran yang aku belajar dari kegagalan ini.
1 - Kita merancang, Tuhan menentukan.
2 - Apa yang kita anggap rezeki walau di depan mata, kalau bukan milik kita, tetap BUKAN MILIK KITA.
3 - Tak semua kita akan dapat. Diwaktu kita TERPAKSA MEMILIH, 1001 cabaran akan kita hadapi, even pilihannya hanya 2 sahaja.
4 - Kita manusia biasa, walau sehebat mana kita di dunia ni, you are no body without HIM. Akhirnya, kita meratap sayu juga kepadaNya.
5 - Senyum. Walau setiap saat kau menangis.
6 - Sebab mulut badan binasa.
7 - Fikir. Kemudian fikir dan fikir lagi. Dan fikir..fikir...fikir! Sentiasa berfikir. Don't stop.
8 - Jangan pernah menyesal dengan sedetik lepas yang berlalu.
9 - Takkan pernah terjadi 'menangis air mata darah'. Sebab tu takkan pernah terjadi! :)
10 - 'Jam dunia' milik Allah. Kau tak mampu nak putarkan kembali even sesaat.

Cukuplah 10. Lagi zillions akan dikupas nanti. :)

Time to change. Takda apa boleh diputar kembali. So, pilihan yang ada "Let's start again!".

Berbahagialah buat yang bahagia. Jangan bersedih buat yang sedang bersedih. Selagi esok tak berakhir, teruskanlah kaki melangkah, bibir tersenyum dan menyintai yang dicintai.


(^^,) Hehehe!

 

Cik Bunga :
InsyaAllah, akan kembali berblog.  Facebook dah ramai sangat spy. Huhu :p Bosang!
Huh...rugilah org yang hanya ada FB Cik Bunga tapi takde Blog Cik Bunga. Tapi orang macam Kak Rahayu Mangsor, anda beruntung even tak dok kat Bukit Beruntung. Tepuk bahu Zura once Kak Ayu dah baca nota kaki bawah ni ye. Huahuahua! Tapi kalau uolls tagged i dengan harapan i bagi komen, InsyaAllah, I tetap komen la.... hihi!