Apa juga yang telah terjadi, yang telah tersurat adalah ketentuan oleh Yang Maha Esa untuk setiap hambanya. Hanya Dia yang mengetahui segala hikmah disebalik apa yang terjadi. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Seperit dan sepedih mana pun sesebuah kebenaran, itulah hakikat yang harus ditelan. Berserahlah padaNya…!
Aku akui apa yang terjadi! Aku belum lupa. Dan sememangnya, aku berdoa agar diberikan petunjuk olehNya. Andai inilah jawapanNya, aku pasrah.
Tetapi, jangan jadikan alasan “itu adalah ketentuan yang harus kita terima” sebagai satu jalan keluar kepada perbuatan kita.
Tak faham-faham lagi? Okey..let me explain.
Situasi 1:
Untuk menyambung titian kehidupan, seorang lelaki meragut handbag seorang wanita.
Mungkin nasib wanita itu tertulis yang hari itu dia diragut. Kerugian hampir RM1000, hilang semua dokumen penting…walaupun semua langkah berjaga-jaga telah diambil. Siapa yang mengharapkan akan diragut, kan?
Tetapi, adakah tertulis dalam takdir yang peragut itu yang dia adalah seorang peragut. Wajarkah si peragut menggunakan alasan ketentuan Ilahi menjadikan dia seorang peragut? Adakah tertulis dalam Qada’ dan Qadarnya dia seorang peragut?
Memang kita wajib beriman kepada Qada dan Qadar. No reason! Agreed! Tetapi, based on above situation, gimme an answer that related to Qada’ dan Qadar. Mengapa harus sandarkan semua sebab dan akibat kepada Qada’ dan Qadar?
Another situation.
Apabila sebuah hubungan berakhir, si lelaki mengatakan ia adalah suratan takdir. Qada’ dan Qadar. Terima dengan hati terbuka. Pasrah. Redha.
Dan si wanita akan berbisik. “ Aku terima ketentuan bahawa tiada jodoh antara kita, tetapi jawab pertanyaanku. Adakah Qada’ dan Qadar ada mengatakan bahawa kau boleh mempermainkan perasaan dan kepercayaan yang dah disandarkan? Memberi harapan dan kemudian menepisnya ketepi?”
Apabila mulut seakan ringan mengutarakan pendapat, fikir dahulu! Jangan main sedap cakap.
+ Tatkala mahu lari dari mengakui kesilapan diri, jangan mencipta alasan untuk melepaskan diri.
No comments:
Post a Comment