Setiap dari kita mengejar si rama – rama yang bebas terbang ke sana dan ke sini. Kita pula tidak pernah letih mencari si rama-rama. Mengejar tanpa pernah mengenal putus asa. Si rama – rama pula tidak semudah yang disangka akan menyerah kalah dan tunduk pada kita. Pernahkah?
Aku juga pernah mengejar si rama-rama. Ia hinggap di bahuku dan tatkala aku ingin menyentuhnya, ia terbang. Terpesona dengan keindahan warna si rama-rama, membuatkan aku terus mengejarnya. Tanpa mengenal penat, lelah dan keperitan yang harus kulalui sepanjang laluan yang kutempuh.
Si rama-rama?
Ia terus terbang. Kadang-kala, ia hinggap melepas lelah, barangkali. Aku dekati dan ia terbang semula. Aku masih tersenyum dan mengejarnya. Kerana apa? Aku bagaikan terpukau dengan si rama-rama hinggakan aku langsung tidak hiraukan luka duri sembilu yang menusuh kakiku....! Lupa akan keperitan lalang disepanjang laluanku...!
Sekian lama aku mengejar, akhirnya aku tersedar!
Si rama-rama yang aku kejar akan terus terbang. Bila aku melihat sekeliling... Aku hilang arah. Dimana aku? Bagaimana aku berada sejauh ini? Seakan tidak percaya bagaimana kaki ini bisa membawa aku sehingga sejauh ini. Dimana rama-rama yang kukejar tadi? Bila aku dongak kembali.......rama-rama itu sememangnya telah lenyap!
Aku menangis kerana kehilangan si rama-rama yang kukejar, yang ku idam. Aku menangis kerana aku tidak tahu dimana aku berada ketika itu. Apa salahku? Aku hanya ingin melihat keindahannya dari dekat. Mengapa ia mesti terbang menjauh dan hilang di depan mataku? Mengapa ia harus muncul di depan mataku jika hanya untuk melihatku mengejarnya...?
Kini ku sedar!
Dan kini aku berhenti mengejar si rama-rama. Aku tidak mahu hilang arah lagi semata-mata hanya kerana seekor rama-rama. Biarkan ia terbang. Siapa tahu, dalam waktu yang tak terduga, ia akan lelah terbang dan hinggap dibahuku…? Mungkin juga si rama-rama yang ku kejar dahulu bukan rama-rama yang diperuntukkan untukku.
No comments:
Post a Comment