08 October 2009

Open house at Zida's house

Acara Berhari Raya di rumah Azida Abdullah, Petaling Jaya. Berjaya membuatkan Zida lupa pada tetamu yang lain, hanya fokus layan permintaan kami untuk mengambil makanan dan dihidang khas hanya untuk kami. Kuikuikui.

Ahli terbaru rombongan : Alias atau nama manja yang kami beri adhoc @ on the spot. EL. (Maaf, bila anda join rombongan kami, nama mestilah nampak macam ala-ala vogue gitu. Nama kampung diharamkan. Ahak!

Kami sangat taksub dengan hiasan dinding umah Zida. Cermin IKEA-nya yang menjadi fave spot kami gadis anggun bergambar tanpa menghiraukan Syed, El, Hadi dan Jaa yang begitu asyik menonton Wakenabeb.

Cubaan pertama kami berjaya membuatkan muka Kak Zuna terbelah.





dan betapa Syed mengantuk menunggu kami habis bergambar.


p/s : Text message a.k.a SMS diterima setengah jam selepas kami keluar dari PJ menghala ke Serdang dari Zida.

Thanks sebab datang ke rumah. Next year datang lagi tau.

Kami menafsir sendiri ayat itu.
Akhirnya kami bertiga sepakat men'translate'kan maksud tersirat.

Datang tahun depan tau, tahun ni jangan.
Sampai hati ko Zida. Hahaha!

Yan | Ayu | Zuna

No comments:

Post a Comment