Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

25 August 2012

Masih cerita Raya, ya?

Corat coret Hari Raya. 

Kadang-kala dengan beberapa keping gambar sahaja mampu menceritakan lebih dari 1 juta patah perkataan, kan?

Raya Pertama. 19 Ogos 2012.


Selepas solat Raya, bersarapan dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami ke Tanjong Malim. Menziarahi kubur sebgai tanda ingatan dan ahli keluarga di sana.

Raya pertama tahun ini kami tidak ke One Utama untuk menonton wayang. Entah, penat mungkin. Cuaca sangat panas! Malas. 

Raya kedua. 20 Ogos 2012.


Tiada lagi warna tema sedondon. Hanya menunggu tetamu di rumah. Makan. Tunggu dan makan lagi. Akhirnya hanya kami yang menghabiskan semua makanan di rumah. 

Oh! kawan-kawan Bella dan Aty yang menjenguk ke teratak kami. Kemudian mereka berempat beraya di Genting Highland. Great!

Raya Ketiga. 21 Ogos 2012.


Semakin bosan sebab seharian hujan mencurah-curah membasahi bumi. Hanya duduk di meja makan menghabiskan roti jala.

Raya keempat. 22 Ogos 2012..





Jam 7 pagi dah kedengaran bunyi-bunyian di dapur. Kedengaran agak sibuk. Sehingga jam 12 tengahari seluruh keluarga sibuk keluar masuk rumah.

Mama dengan nasi tomatonya. Papa sibuk dengan persiapan perabot. Abby asyik mengelap lantai rumah sehingga berkilat mozek tu. aku, Bella dan Aty pura-pura sibuk menghias rumah supaya nampak juga penglibatan kami dalam majlis ini. Anol and Amin juga ada peranan mereka.

Tetamu hanya muncul tepat jam 2 petang di depan pintu. Seluruh keluarga
berdebar-debar. Kelam kabut pun ada. Tak selera makan pun ada.

"Mini open-house" tamat jam 3.30 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Selesai satu part. :)

Ok la. Selamat menjamu mata anda dengan gambar-gambar raya di atas ye.

03 September 2011

Part II : It's Raya! Yeah..Raya!

SELAMAT HARI RAYA! (jerit dengan nada gembira, hoccay! yeahhh!)

Bila pakcik-di-sofa-maroon itu umumkan ....Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada 30 Ogos 2011...kami semua terus pandang papa dengan kening terangkat-angkat. Tekaan papa bahawa 1 Syawal 1432H jatuh pada 31 Ogos tersasar! Hahaha..

Start from that moment...ZZUUUPPP..message ucapan Selamat Hari Raya masuk bertubi2 sampai dah tak larat nk reply. Tengah malam kul 2.56am pun masih ada SMS masuk.

So, Raya pertama...jeng2...bermaafan dengan ahli keluarga, then makan-makan suke hati, ada lah tetamu dah mula bertandang...sampai ke petang..jeng3. Aku, Bella and Aty mula mengatur strategi kami.




As like last year, kami menyerang panggung wayang. kali ni FINAL DESTINASTION 5. Horror gile pagi raya tengok cerita seram+ngeri+ceridak! But, it's our own way to celebrate raya kan.

Suasana One Utama di 1 Syawal seriously macam we all bertiga sedang melancong ke Negara China. Aku rasa dorang pun pelik tengok kami kat area dorang kot. Abang kaunter GSC tu pun macam bersambung kening kepelikkan tengok kami membeli tiket wayang. Hahaha..Whatever!

So, that's it my first raya. and it's not over yet. Chill la beb, raya sebulan kan?

Look! Aunty belakang aku tu pun macam dah pandang kitorg 4-5 kali dengan pandangan mata unbelievable..eh3..tak salah kot nk bergambar depan kaunter kan? No sign of "WHOEVER TAKING PICTURE HERE WILL BE SHOOT TO DEATH" kan?


Alrite. Enough of tengok wayang di raya pertama.

Raya kedua satu family bertandang ke umah Acik Piee and Acik Zah kat Rantau Panjang bukan Kelantan tapi Klang. =)

Alala..sopannye anak Pak Said ni ye, tak gitu Acik Piee nye? Hahaha..

And there goes 2nd Syawal..

Ok, 3rd Syawal..

Err..eh nanti kita sambung. Ada cerita Mohabbatein la pulak. Love story nages-nages feveret masa sekolah dulu. Nak refresh memori kalau-kalau masih boleh nyanyi lagu-lagu dalam cerita ni dengan lancar dan syahdu lagi.



29 August 2011

Part I: Raya 2011 - sehari sebelum raya.

Esok Raya!


Haha..belum tahu lagi. Itu adalah ramalan orang unprofessional seperti aku. Hehehe..kita tunggu Pakcik Di Sofa Maroon untuk umumkan malam ni.

Persiapan..secukupnya dan ala-kadar. Yang melampau is Amin, Aty, Anol and Bella sebab beli handfhone raya. Takpe..takpe, lepas raya tgk plak kaklong dia melampau sebab kaklong depa nk beli..err..err...rumah? Hahahah!

Last preparation done at Tesco Selayang and Giant Selayang @ Parkson Ria. Aty sempat sambar sepasang lagi attire, Bella tiba-tiba beli another striking yellow purse. Aku and mama hanya nak memenuhkan stok almari dapur dengan makanan. Hahaha.. Itu paaaaling penting.



What is our plan for Raya?

Errm..Tg Malim and Klang. Tengok wayang and makan. Even masa puasa takde sekilo pun berat badan turun, namun lepas Ramadhan ni, misi untuk menaikkan berat badan masih seperti biasa. Cik Dewi housemateku sayang, jangan jeles dengan ketinggian kadar metabolisme ku apatah lagi melihat aku mengunyah coklat selepas makan malam. Hahaha...!

Sedang membuka log book jemputan open house. So, setakat ni log book belum penuh cuma jamuan raya Persatuan kakitangan wanita dan persatuan pegawai UPSI. Masih banyak ruang dan peluang untuk memenuhkan log book ini.

Akhirkata, kepada yang beraya sakan di kampung halaman, jangan lari-lari sangat nnt masuk parit. Bawak kereta ikut had laju kecuali kereta depan bawak 50km/sj, potong di line kanan dengan berhemat ye.

Kepada kawan2 yang pernah bersusah dan bersenang bersama mengadap muka cikgu & lecturer - SMK Seksyen 19, Kolej Matrikulasi Melaka Batch 2002-2003, UPM Kampus Bintulu dan kampus Serdang (2003-2006), kawan2 sekerja teman mengumpat memuji boss dan rakan sekerja lain - Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa (2006), jelitawan-jelitawan Beauty Consultant SK-II seluruh malaysia (esp admin @ P&G's Wisma Consplant) and my dearest UPSI's members...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.


And tidak lupa kepada beberapa orang bekas pakwe - tolong jangan SMS raya minta maaf zahir batin bagai..pls no. Because perkara yang lepas jangan dikenang, kan? U are my past tense. Dont ever pop up again. Hahaha!

12 August 2011

Semangat raya dah muncul!

Selamat berpuasa. Dah 12 Ramadhan dah pun. Tahniah bagi yang masih penuh, dan cuba lagi bagi dah termiss disebabkan faktor kesihatan atau faktor alam yang tak dapek den nak nolong dah! Yang termiss just disebabkan terlupa bangun sahur, you are out from my league!

So, dah siap persiapan raya? As for me, baju raya dah siap awal sebab tak nak terkejar-kejar cari tailor yang dah full schedule menjahit baju raya. Beli baju siap? Hohoho..tak thrill la (padahal tak suka baju siap sebab tak sedap kat badan..) Kuih raya selalu we all buat sendiri tak tahu la tahun ni kalau mama tetiba kata 'beli je la..' but I dont think so. Rumah? Hoh..yang itu gotong royong 2-3 hari sebelum raya.

Ofis? Hekk? Ofis?
Yes..ofis. Ingat nak sambut raya kat rumah je ke..abis ofis ni takkan nak terbiar je? Kan ke kebanyakkan dari kita dah kembali ke ofis pada 6 Syawal...so bukan ke still mood raya tu?

So, mengambil semangat kerjasama dan mood raya yang semakin berkobar-kobar..this week Team Unit Latihan a.k.a ULAT dan Unit Cuti Belajar a.k.a UCB di BSM telah disampuk satu semangat yang muncul tiap tahun iaitu MENGHIAS OFIS. Cuma tahun ni semakin kuat sampukkannya.

Beberapa scene yang sempat dirakam. Daripada pegawai sampai ke penolong pegawai sampai lah ke kerani-kerani yang sangat bersemangat mengubah permandangan ofis. Actually double thanks to our dedicated PO yang sangat bersemangat.

BEFORE :

Permandangan ofis di waktu normal.


Beberapa snap sepanjang 2 hari menghias ofis di waktu break.


Akhir kata dari kami di ULAT & UCB, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Kalau ada salah silap, mohon kursus tapi tak pernah dapat or kami terkasar bahasa semasa kami mengendalikan kursus atau apa juga situasi yang membuatkan anda tersinggung dan tersentap...kami mohon maaf zahir dan batin.



Nak tengok ofis kami yang cantik seala kadarnya ni, mai la singgah. Kalau malu nak tunjuk sangat yang u all nak tengok decoration ofis ni, alaaaa...just singgah konon-konon nak nak tanya pasal kursus atau mata CPD pun takpe. Kalau saja-saja tanya pasal cuti tapi singgah di ULAT pun kami tak marah, kami senyum je bagitau salah ofis ni..nak tanya pasal cuti kat Unit Pentadbiran. Gitu...!

02 September 2010

Kad raya oh! kad kawen!

23 Ramadhan.

Musim kad kembali lagi. Bukan sahaja kad2 Raya, tapi Kad2 kawen. Wah...! lepas gi beraya, leh penuhkan jadual dengan undangan2 kawen plak. Seluruh Malaysia gitu.


Malek UPM. 25.09.2010 @ Jerantut, Pahang.

Marina UPSI. 25.09.2010 @ Tapah, Perak.

Cik Suhaila UPSI. 2.10.2010 @ Tg Malik, Perak.

Selamat Pengantin Baru!

alo2. Ingat arr..dah kawen tu, ingat2 la nk bagi duit raya kat yang belum kawen. hehehehe!

12 October 2009

Raya belum di penghujung...

Majlis resepsi Irwan Hanif.

This guy dulu masa darjah 6 Anggerik, sekolah Rendah Seksyen 20... more..more..more..shorter than me. Masuk SMKS19 dan sehingga kini...tengok hasilnya!

And congratz bro..kawen ko dah!

Kalau miss chandrika tengok picture ni, mesti dia sebak. Jadi manusia gak budak2 Chimaera ni. Dulu....Ya Ampun...mau nangis ajar budak2 ni! Tiap tiap hari rasa nak bawak lastik tuju kat dorang! *isk! isk. Melampau sungguh monolog aku. *

Dolu -dolu.. sebelum kini menjelma.
Bahagianye.. ini picture sopan bukan versi 'gaya-bebas'. Versi 'gaya-bebas' terpaksa dimusnahkan sebab sangat 'bebas'. CONFIDENTAL. Cop besar-besar.



Kembali ke topik utama.


satu keterharuan buat Irwan bila kami tiba meraikan a.k.a menghabiskan juadah di majlis gilang gemilangnya. Esp Alan yang sangat-sangat-sangap keterbusy-annya. Well..org TV3 memang bz kot.

And bit of kebanggaan buat aku sebab berjaya mengumpulkan makhluk-makhluk Chimaera untuk meraikan Irwan. Macam biasa, rumah Diyana menjadi markas. Thanks to Na and her mom yang sangat memahami ketelanjuran aku ni.


Azura | Irwan | Safra | Diyana





Open house Farhan, Seksyen 20.



Doa selamat pertunangan adik apis.

Time baca doa ni la first time tengok muka Erwan serius.

Diyana & Me

08 October 2009

Open house at Zida's house

Acara Berhari Raya di rumah Azida Abdullah, Petaling Jaya. Berjaya membuatkan Zida lupa pada tetamu yang lain, hanya fokus layan permintaan kami untuk mengambil makanan dan dihidang khas hanya untuk kami. Kuikuikui.

Ahli terbaru rombongan : Alias atau nama manja yang kami beri adhoc @ on the spot. EL. (Maaf, bila anda join rombongan kami, nama mestilah nampak macam ala-ala vogue gitu. Nama kampung diharamkan. Ahak!

Kami sangat taksub dengan hiasan dinding umah Zida. Cermin IKEA-nya yang menjadi fave spot kami gadis anggun bergambar tanpa menghiraukan Syed, El, Hadi dan Jaa yang begitu asyik menonton Wakenabeb.

Cubaan pertama kami berjaya membuatkan muka Kak Zuna terbelah.





dan betapa Syed mengantuk menunggu kami habis bergambar.


p/s : Text message a.k.a SMS diterima setengah jam selepas kami keluar dari PJ menghala ke Serdang dari Zida.

Thanks sebab datang ke rumah. Next year datang lagi tau.

Kami menafsir sendiri ayat itu.
Akhirnya kami bertiga sepakat men'translate'kan maksud tersirat.

Datang tahun depan tau, tahun ni jangan.
Sampai hati ko Zida. Hahaha!

Yan | Ayu | Zuna

28 September 2009

Hadiah Raya

Ingat birthday and Christmast je ke ada hadiah-hadiah ni. Jangan tak tahu, tetiba pada Raya ke 4 aku terima satu parcel misteri.

Jeng - jeng - jeng !

Bile tengok label Tiffany, rasa macam 'GULP! SAPA PULAK BUAT LAWAK NAK PROPOSED MELALUI POS EKSPRESS NI..?? *Perasan!

Rupanye...it's not a ring but a bracelet! Huaaaa..hahahaha!

chekedaut babeh!



3rd prize...okey la. =)

So, am i going to wear this Tiffany Style Pure Sterling Silver 92.5 Bracelet ?

Huhuhu..saja berlagak. Tak baik tau. Duit raya kite lagi banyak dari awak! Huh!

15 September 2009

Entri sebelum cuti raya.

Kerja masih banyak walaupun esok lusa dah nak cuti raya.

TIPS SEBELUM CUTI RAYA


Ces..tetiba lak banyak tips nak bagi. Semalam pasal tips shopping last minute.

Ok guys.
Jumaat last day kerja before sume joli katak bercuti. Even ada yang nak cuti Khamis. Go ahead.

So, tips dari aku sebelum nak balik kampung beraya, main meriam tanah, bakar lemang or what so ever...

Dinasihatkan supaya on the last day before korang cuti lama,
susun2 la ape2 dokumen yang patut,
catat on post-it notes
ape2 yang urgent and to-do
so that korang tak perpinga2 ape nak buat.
Yela..cuti lama.

Buat kengkawan seUPSI, pesanan dari ICT. Jaga laptop and desktop anda.

Pesanan dari TokLey - make sure pintu ofis, electricity switch off before balik raya.


SEMOGA BALIK DARI CUTI NANTI KORANG AKAN SEMAKIN SEGAR BUGAR UNTUK MEMBUAT KERJA.

Last but not least;


from me!

ada sesape teringin nak bagi aku duit raya, jangan malu-malu sebab aku masih layak menerimanya. Sengih!
heheheeeeeee!

14 September 2009

Tips shopping nak raya.

Dalam tengah - tengah surf blog yan tentang our mini gathering semperna buka puasa last week, aku dapat satu idea nak wat my next entri.

Tips hari raya!

Dah siap sume preparation hari raya? Mesti dah kan? Okey, so this entri is for those yang nak shopping last minute. Aku walaupun dah shopping awal, tapi tetap akan ada istilah last minute shopping jugak. Saja. Oppss..tips ni khas untuk orang di luar sana. Aku ni kes lain. Kes memang nk shopping jugak walaupun dah shopping. (stop talking about yourself!)


First ladies and gentlemen.. pastikan sebelum korang nak meredah ke tempat shopping idaman kalbu tu, tangki minyak isi full ye. Ye la...klo dah sume orang fikir macam korang, nk shopping last minute, sah-sah la jalan tu akan jammed. Korang nak ke tersangkut dalam jammed, then minyak lak klip-klip bagi isyarat "Oiii..isi cepat oii!" Gelabah je! Tak vogue sungguh!

Terus tak jadi shopping!

Jangan lupa tutup balik tank tu. Excited sangat nk g shopping kang, tak perasan penutup tangki korang dok kat station minyak tu. Nangis gelak-gelak la korang!

Jika bukan anda yang drive, sila pastikan driver undian anda mahir dengan selok belok nak g tempat korang nak bershopping tu. So that korang takkan lepak dalam kereta 8 jam untuk satu perjalanan yang hanya memakan masa hanya 1 jam. Such as dari Serdang ke One Utama.

Dan jika driver anda tetiba terima call yang dia kne jawab jugak, stop or suh dia duk belakang and gantikan dengan 2nd driver for a while. p/s : pastikan 2nd driver tahu kemana arah dituju.


Oppsss...jangan lupa or jangan nak memandai nak g shopping sensorang melainkan korang memang alah dengan shopping in clan. Yela..mana tahu korang teeerrbeli kasut yang sebijik sebijon dengan kasut member yang korang plan nak show-off raya pertama.

Or at least, takde la korang dok tayang baju kat badan and ngomel2 sendiri. Ada kawan kan bagus. Leh la dia bagi pendapat or kutuk anda.



















Ladies! Behave yourself. Jangan ketawakan taste kawan kite semasa dia sedang mencuba baju dalam fitting room ataupun membuat aksi-aksi berbahaya semasa shopping such as kait tudung member sebelah dan lari pecut 100m dengan harapan tudung dia akan tercabut. Huh! Tak baik!


Hello..hello...lupa lak. Avoid tempat yang sesak gile nak mampos sampaikan nak bernafas pun kne carry tank oksigen. Ohh please laaa...elok-elok nak shopping happy-happy'an, terus tension. Tak best tul...


Okey. Rule of the thumb. Jangan semberono nak beli tanpa tengok berapa harganyer. Kalaupun korang sume dapat bonus raya RM250 tu...jangan nk joli katak. Check kedai ni berapa harga, kedai ni berapa. Best man win...silap! Best price win!

Pilih and pilih sampai korang puas dengan barang yang korang nk beli tu dari semua aspek. Price, material, kuality, warna yang sepadan, tahan lama (bukan untuk pakai buang je k...) and korang perlukan la untuk raya. Klo plan untuk sambut birthday on 25 Disember 2009, hold la dulu. Ni raya beb! Raya!

Hahh..ni tips untuk menghilangkan penat bershopping di waktu bulan ramadhan di kala korang BERPUASA. Klo tak puasa, leh simpan air kotak milo dalam handbag, kan. Or kulum chewing-gum sopan-sopan. Tapi bila korang puasa, penat kan. SO...cheer up! Smbil dok belek-belek kuih raya, baju raya, tudung....SENYUM. HAPPY! Kan nak raya ni!?

Tips untuk akak penjual - SENYUM jugak walaupun bengkek dengan kerenah customer seperti dalam gambar. Nak marah-marah pun ape la faedahnyer, penat je kak oii!


Kepada parent out there, even kita (KITA tu! Okey, I takde anak tapi I ada adik k!) yang membayar kesemua RM-RM yang anak kita dok tunjuk-tunjuk tu, but let them decide warna, fesyen or cutting ape yang dorang nak pakai raya kali ni. Dorang yang nak pakai, bukan kita pun!

Tapi kalo pilihan mereka ialah seluar warna hijau kecoklat-coklatan berpetak-petak, fesyen ala-ala ago-go dan cutting zaman 60-an...WAJAR DITEGAH. Apetah lagi klo kasut yang depa merengek nk tu lebih sesuai untuk dijadikan kasut untuk main sepaktakraw.

Advise them.





Last but not least, lebih afdal klo korang g shopping tu hangkut sekali mak korang. Sebab mak korang ibarat bank bergerak yang amat berguna setiap masa. Sayang mama!

Selamat bershopping & Selamat Hari Raya!