12 August 2011

Semangat raya dah muncul!

Selamat berpuasa. Dah 12 Ramadhan dah pun. Tahniah bagi yang masih penuh, dan cuba lagi bagi dah termiss disebabkan faktor kesihatan atau faktor alam yang tak dapek den nak nolong dah! Yang termiss just disebabkan terlupa bangun sahur, you are out from my league!

So, dah siap persiapan raya? As for me, baju raya dah siap awal sebab tak nak terkejar-kejar cari tailor yang dah full schedule menjahit baju raya. Beli baju siap? Hohoho..tak thrill la (padahal tak suka baju siap sebab tak sedap kat badan..) Kuih raya selalu we all buat sendiri tak tahu la tahun ni kalau mama tetiba kata 'beli je la..' but I dont think so. Rumah? Hoh..yang itu gotong royong 2-3 hari sebelum raya.

Ofis? Hekk? Ofis?
Yes..ofis. Ingat nak sambut raya kat rumah je ke..abis ofis ni takkan nak terbiar je? Kan ke kebanyakkan dari kita dah kembali ke ofis pada 6 Syawal...so bukan ke still mood raya tu?

So, mengambil semangat kerjasama dan mood raya yang semakin berkobar-kobar..this week Team Unit Latihan a.k.a ULAT dan Unit Cuti Belajar a.k.a UCB di BSM telah disampuk satu semangat yang muncul tiap tahun iaitu MENGHIAS OFIS. Cuma tahun ni semakin kuat sampukkannya.

Beberapa scene yang sempat dirakam. Daripada pegawai sampai ke penolong pegawai sampai lah ke kerani-kerani yang sangat bersemangat mengubah permandangan ofis. Actually double thanks to our dedicated PO yang sangat bersemangat.

BEFORE :

Permandangan ofis di waktu normal.


Beberapa snap sepanjang 2 hari menghias ofis di waktu break.


Akhir kata dari kami di ULAT & UCB, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Kalau ada salah silap, mohon kursus tapi tak pernah dapat or kami terkasar bahasa semasa kami mengendalikan kursus atau apa juga situasi yang membuatkan anda tersinggung dan tersentap...kami mohon maaf zahir dan batin.



Nak tengok ofis kami yang cantik seala kadarnya ni, mai la singgah. Kalau malu nak tunjuk sangat yang u all nak tengok decoration ofis ni, alaaaa...just singgah konon-konon nak nak tanya pasal kursus atau mata CPD pun takpe. Kalau saja-saja tanya pasal cuti tapi singgah di ULAT pun kami tak marah, kami senyum je bagitau salah ofis ni..nak tanya pasal cuti kat Unit Pentadbiran. Gitu...!

No comments:

Post a Comment