Corat coret Hari Raya.
Kadang-kala dengan beberapa keping gambar sahaja mampu menceritakan lebih dari 1 juta patah perkataan, kan?
Raya Pertama. 19 Ogos 2012.
Selepas solat Raya, bersarapan dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami ke Tanjong Malim. Menziarahi kubur sebgai tanda ingatan dan ahli keluarga di sana.
Raya pertama tahun ini kami tidak ke One Utama untuk menonton wayang. Entah, penat mungkin. Cuaca sangat panas! Malas.
Raya kedua. 20 Ogos 2012.
Tiada lagi warna tema sedondon. Hanya menunggu tetamu di rumah. Makan. Tunggu dan makan lagi. Akhirnya hanya kami yang menghabiskan semua makanan di rumah.
Oh! kawan-kawan Bella dan Aty yang menjenguk ke teratak kami. Kemudian mereka berempat beraya di Genting Highland. Great!
Raya Ketiga. 21 Ogos 2012.
Semakin bosan sebab seharian hujan mencurah-curah membasahi bumi. Hanya duduk di meja makan menghabiskan roti jala.
Jam 7 pagi dah kedengaran bunyi-bunyian di dapur. Kedengaran agak sibuk. Sehingga jam 12 tengahari seluruh keluarga sibuk keluar masuk rumah.
Mama dengan nasi tomatonya. Papa sibuk dengan persiapan perabot. Abby asyik mengelap lantai rumah sehingga berkilat mozek tu. aku, Bella dan Aty pura-pura sibuk menghias rumah supaya nampak juga penglibatan kami dalam majlis ini. Anol and Amin juga ada peranan mereka.
Tetamu hanya muncul tepat jam 2 petang di depan pintu. Seluruh keluarga
berdebar-debar. Kelam kabut pun ada. Tak selera makan pun ada.

"Mini open-house" tamat jam 3.30 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Selesai satu part. :)
Ok la. Selamat menjamu mata anda dengan gambar-gambar raya di atas ye.
No comments:
Post a Comment