Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

17 January 2012

Jusco lagi...!

17 Jan 2012. Cuti rehat.

Disebabkan plan untuk bercuti panjang pada penghujung Disember 2011 tak menjadi, keadaan memaksa untuk membatalkan rancangan untuk bercuti panjang dan terpaksa batalkan cuti yang baru je diapply..maka hari ini adalah hari pertama dalam 2012..cuti yang berlambak tu diambil. Ya, cuti tahun lepas ada 31 hari. 15 simpan utk GCR, lagi 16 dibawa ke tahun 2012. Campur pula dengan 30 hari cuti tahunan, maka saya sangat kaya dengan cuti. Walaupun, jarang sangat ambil cuti.

Ada sedikit hal peribadi di Kuala Kubu. Kemudian dari KKB ikut jalan lama pulang ke BB. Singgah makan pagi di kedai makan mak sendiri dengan free nya, dan sempat bergelak ketawa dengan keletah Adik. Betul orang cakap, beradalah dikalangan ahli keluargamu sendiri, hilang semua duka..

Mama ajak gi AEON Jusco Rawang! Bagus, alang-alang nak jumpe En Lawyer, lepas tu boleh la shopping sekejap. Ecewah, sekejap.

11 pagi sampai 3.40 petang...sekejap je la tu kan?

Amin, bodyguard kami. Merangkap penjaga masa.
Tak boleh lebih dari 15 minit dalam sesebuah kedai.

Tak shopping banyak pun. Nak cari hairdryer je. Then mama beli kipas. Sandwic toaster. Hampir-hampir mesin basuh dan peti ais. Oh, teruja tengok set comforter yang didakwa sales 70% sempena CNY tapi Bella telah membantutkan hasratku itu. Huhu..kalau ada Tyty, mesti Tyty takkan mengeluarkan kata-kata seperti "tak payah la, long..." atau "heishh, membazir"..tapi mesti Tyty akan tolong pilihkan set comforter yang cantik-cantik..hahaha! Nasib baik Tyty ada kelas.

Oh, Amin juga sebagai penasihat "jangan nak lama-lama pilih barang. Kipas je pun, bukan barang kemas!"


Ainol, si penglibur lara. Tukang tolak troli? Heheh!
Dan tukang ingatkan aku kat mana aku parking tadi?


Sesungguhnya cuba untuk mengambil gambar dalam JUSCO tersebut, tapi seringkali juga terlupa sebab sangat seronok berjalan dalam tu. Keadaan agak lengang sebab hari ini SELASA. Bukan Ahad. WAlaupun SALES 70%.

Ye kawan-kawan sekalian. Sales sedang berlangsung dengan rancaknya di sana sini.




Ok. Jom balik. :)

01 January 2012

Shopping 1 Januari 2012..

Happy new year uols..! Amacam, mana uols sambut malam tadi?

I..? Takde nye nak bersesak-sesak kat I-City Shah Alam tu or Dataran Shah Alam or PutraJaya (dulu, yes maybe i buat..hehe). Tengok Merlin season 4, then Bella ajak revision sekali lagi My Girlfriend is Gumiho. Hahaha.

Plan pada 1 Januari 2012.. mula - mula ingat nak tengok wayang tapi sejam lebih menatap skrin komputer, try to make reservation on GSC..semua fully booked. Even midnite movie pun fully booked? Oh-hooo...tak mau amek risiko pi jauh-jauh then hampa. Tapi plan untuk keluar jalan-jalan tetap diteruskan. Memandangkan Jusco Rawang baru beroperasi dalam last two week, hurmmmmm...apa kata kita tinjau-tinjau shopping mall yang tersergam indah itu. Haha..



Ada Pizza Hut & Secret Recipe, hoccay! I like....love it!

I dah renew JCard. Siap request JCard design Special edition..haha!

Untungla...ada orang tu apply supplementary card...! Berlagak plak tu!

Plan asal..niat asal...azam asal..memang nak jalan-jalan je. Tengok and ronda-ronda kawasan. Tapi, hasil 5 jam jalan-jalan....tadaaaaaaaaaaaaaaaa..!

Paling penting F.O.S ada sale extravaganza gile-gile! Hahaha!


Setiap kedai yang menerima kunjungan pasti akan menerima wang tunai dari kami 3 beradik. Jarang kami sekadar masuk-round-keluar. Start daripada renew JCard, kedai kasut, kedai baju, aksesori, Jusco..... wah! Rasa macam dapat bonus 5 bulan!

Rambang mata nak pilih produk baru Vaseline yang mana satu. Ok fine, amek je tiga-tiga. Plus that NIVEA pun. Botol air tu free sebab renew JCard. Hahaha! Paling BEST - Cocoa Glow. Sangat nak makan krim itu sebab ia buat aku lapar!


Budak berdua ni gile beli baju kat F.O.S and Deeds yang hari-hari sale tapi hari ni macam agak over sale-nye!!

Hahaha! Shopping best! Really penawar duka... :)

Mama kata - shopping ni stok sepanjang 2012 ke?? hahaha!

18 March 2011

Shopping Online lagi

Akhirnya setelah seminggu menunggu, sampai pun parcel ni ke ofis. Staf ada yang meneka isi kandungan parcel, dan ada jugak yg tepat sungguh tekaannya. Apa lagi, buku la. Lady boss dorang ni kan ulat buku, selain pegawai ULAT - Unit Latihan, dia juga ulat buku, ok. Tengok jugak la mood dia, kalau dah macam ni punya mood, sekali 9 terus aku beli.

Kalau beli handbag or kasut or baju lagi mungkin akan mengundang bebelan mama or papa hanya menggelang-geleng. Tapi kalau beli buku, takpe kan Ma, Pa?

So, ini hujung minggu, ada orang makan buku, minum buku, tidur buku!



Semuanya from Little Black Dress's publisher. Suka sebab cerita berkisar kehidupan seharian, bersahaja dan lucu.

Entri lama : Buku - buku Twilight Saga

05 December 2010

Bonus! Oh, bonus!

1 Disember aalah hari yang paling dinanti-nanti oleh hampir 2.4juta rakyat Malaysia yang berstatus 'kakitangan kerajaan'. Oh ye, juga pesara kerajaan. Ok..fakta yang menarik. Kenapa..? This is why i'll admit how i sayang my department-mate. Mrs Rina. Sebab? Unit dia yang uruskan pemberian bonus RM500 - bantuan khas kewangan ke DUA dalam Tahun 2010...

Apa aku buat dgn RM500 tu? Wahahaa...sudah garu bertanya pula mana nak garu! Maaf. Sudah gaharu cendana pula...

1st. Pagi 1 Disember yang indah tu RM240 dah melayang seawal kul 7 pagi sebab tiba2 Cik Baby meragam taknak start. setelah 10 minit bercekak pinggang depan enjin Cik Baby, sah! Bateri kering! Maka, dia seperti tahu tuannya itu baru je dapat RM500, dia dah pau separuh.

Maka, lagi separuh aku bawak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman! Yeahhh!! Buat ape...? SHOPPING!! Sebab niat awal tahun memang nak membeli dan membelah di Jalan TAR hujung tahun, maka bila sampai serunyer, kotakan lah!

Maka, seawal 10 pagi, mulalah pengembaraan aku dan Cik Dewi ke Jln TAR yang maha sesaknya tapi redup, tak panas. Sangat sesuai utk shopping hujung minggu!

Siap ada scene 'bagi-makcik-tu-HOT' sebab dia nk jual kain tu mahal kat kami. Bile aku cakap "eh, kat sana murah je cik...RM10 je," terus makcik tu terdiam. Siap aku keluarkan baju tu dari beg aku dan tunjuk. "sama kan? sama kan?" dan blah tanpa menoleh ke belakang.

Dan, kedai kakak ni paling best. Sampai aku dah tak larat nk tertunduk2 mencari corak yang cantik, lantas tanpa segan silu, terus bersila dpn kaki lima tu. Hah! Hambek!!


Bila aku bersila syooooook kat situ, kakak tu pun tumpang sekaki. Seronok kot?

Antara koleksi lain yang tergantung!

Yang aku sepahkan...!

Tangkapan bersama dewi pada hari itu!

Tangkapan keseluruhan! Hahahahaaa.... Aku dapat dalam 7 pasang baju and kasut and beg and....erk...ape lagi erk?

Lalala..makcik Limah, my tailor. Here i come!

Tips : Bawak your own bag semasa bershopping. So that, tak payah nk carry all those plastic bags yang bermacam corak. Well, amalkan amalan membawa shopping bag walaupun bukan Hari Tanpa Bag Plastik. Cintai Alam.

Sekian. Terima kasih!



03 May 2010

help needed, roger!

Klik for better view.

Sesape yang pernah hopping to my blog, pernah tak korang gi scroll menu bar kat atas tu. Start with
HOME|Jom Shopping| Jom FaceBook| Gossip Room | Download Lagu| YouTube | Tips Cantik| ..ok. The End.

Kalau baru nak gi scroll, go ahead. Then korang akan perasan, kat button Jom Shopping, walaupun keluar dropdown |outfit|handbags|makeup|kasut|...it's empty!

Why?

It's because, aku tak jumpe pun lagi a.k.a takde idea nak letak link ape. No idea at all...

Mulanya, ingat nak relaks dulu, hopping sana sini, mana tau nanti jumpe the best link utk aku paste there, tapi sampai sekarang takde woooo.

So, my dear friend / viewers, anyone with any idea?
*Button comment ada di header, TQVM!

21 April 2010

Say no to lipstick tester.

Babe..
Suke shopping-shopping or at least window shopping. From one window to another. Serious, first tips - JANGAN LA PAKAI 3 inch heel. I love wearing my barbie-ballet-shoes doing all-day window-shopping or at least not more than half-inch heel. Leceh beb..

This entry bukan pasal heel..jauh sekali pasal tips on how-to-choose-shoes-for-shopping. It's still related about window shopping but more to makeups.

Sekali sekala singgah di mana-mana mall, sure kita akan melalui makeup counters. Sogo - entrance je dah counters of perfume & makeups. Or at least, suke hopping inside Watson or Guardian, menjengah sekejap promotion bahagian Maybeline. (Maskara aku tak abis lagi, baru je beli dorg dah kuar promotion yang baru plak..huh!).

How about testing lipstick on your b.e.a.utiful gorgeous lips. YIKES babes! Don't. (And here I really CAN'T ACCEPT THOSE GIRLS TRYING THOSE TESTERS TO THEIR LIPS). I saw one! Eyy..rasa nak tanya je.. "Bibir u yang ke berapa sapu lipstick tu?"

Here, i saw one article about this UN-acceptable act.

So girls, NO-NO-NO.

Not even mencuit dengan jari, then apply it to your lips... sama je babe! The virus is at the lipstick itself! (No wonder, semua tester kat those pharmacy habis sememeh. YIKES! Ada hati nak sapu terus ke bibir..)

Oppss. Ada jugak yang try sapu pada belakang tangan. I wonder where this tricks come from. Hahahaha. Someone pls..pls..pls...tell me.

Asking me how I'm trying new lipstick?

It's instict. Just love the colour, think it suitable with me --> TAKE IT TO COUNTER AND PAY. I used to wear some-kind-of-plum-color. Wanna make it kinda pink? Just apply it with lipgloss. The plum will turn to pinkies with glossy look.

Fact - tak pernah habiskan sampai 'ke titisan terakhir' untuk sebatang lipstick. It took years, babe. Now i got, 5-6 lipstick.

*wink-wink~ nite, babe!


Owh, little update on this entry: I'm looking for lipstick pallet. Not combining with eyeshadow. Lipstick pallet only. Can't find even at SASA. Anyone got any idea where i can get LIPSTICK PALLET?

05 January 2010

Bersama mereka, jiwaku tenang...esp on weekend!

Mempunyai teman-teman baik seperti mereka sangat membuatkan diri bahagia... Sangat bahagia. Jika aku mengalami hypertension, mereka adalah pengubat jiwa lara! Mereka juga teman-teman yang mengharukan. Hidup akan jadi haru biru dengan kehadiran mereka!

2 Jan 2010. Aku dan Yan diarahkan oleh permaisuri untuk mengadapnya di South City. Tema : Menyusun perabot rumahnya yang baru dibeli utk rumah barunya.

Keadaan ruang tamu sebelum perabotnya sampai..

Kami diarahkan duduk seperti ini. Nasib baik carpetnya sangat tebal.....



...buat tempat kami bermain "tapak tangan sape paling comel". Kak Zuna marah sebab carpetnya bakal musnah kalau kami terus sebegitu utk 2 bulan akan datang.

Sofa....

...dan modelnya.

Tada...! Setelah perabotnya siap disusun.

Semasa sesi mengemas, aku dan Yan tidor (merasmikan) katilnya dalam bilik. Takde hasil sungguh suruh kami datang. Last-last kami tak menyusun pun...

Tapi sekurang-kurangnya kami diperlukan untuk mengingati wayar-wayar television yang perlu dipasang semula.


Iklan. Permandangan dari tingkat 8.

Sesi mengisi perut sebelum ke IKEA. Restoren RASA MAS, di Serdang menjadi sangat gamat dengan hadirnya kami sebagai satu-satunya pelanggan di waktu itu. Sempat mendera kakak cashier menjaga Ira sementara kami menjamu selera.

All of us.




Ira. Anak Alang. tapi aku suka-suka tukar nama dia jadi Aliya.

****************************************************************

DI IKEA.

Lampu - lampu itu membuatkan aku menjadi 'gile' sekejap.

Sesi memilih barang untuk dilaburkan duit gaji bulan lepas.

Pada mulanya, di rumah kami bersetuju hanya ingin ke IKEA untuk mencari 'curtain rod'.


HANYA CURTAIN ROD! (kiri) Yang kanan - brg2 sampingan!

Gambar atas menunjukkan 'beberapa' barang sampingan yang sempat aku capai masuk dalam troli sebelum the real 'curtain' rod kami jumpa. Siapa suruh letak 'curtain department' jauh-jauh. Kan kami dah tersinggah di tempat lain..

Baby Stroller

Baby sitter


Sesi kaunter bersama pelanggan.

Perhatian: di IKEA, plastik akan dijual RM0.20/pc.
Ingatan utk Alang. Jangan buat IKEA macam kedai ***** sendiri. Hahahahaha!

Yaaahhh! Lenggang kangkong setelah habis berjoli part I.

***********************************************************


3 Jan 2010 pula.

Sesi basuh kereta.
Kami sempat membasuh / mencuci kereta pada pagi Ahad yang indah.

********************************************************************
DI SOGO.

Perjalanan ke SOGO sangat bahagia. Pelbagai ragam. Sampaikan kakak tol pun turut serta nak bergambar dengan kami.

Aku benci bila ada babak ketawa terbahak-bahak macam ni muncul lagi. ada orang ter'buang angin secara tak sengaja kebetulan pula di tempat yang agak tertutup. Menyeksakan. Lepas tu dia boleh pulak buat muka selamba dan meneruskan pen'shopping'annya tanpa rasa bersalah!

Muka cashier tu sangat pelik. Dah la sepanjang dia membungkus barang kitorang aku dok membebel pasal tujuan kami datang shopping.

Kak Zuna dengan cloth hangernya.

Akhirnya kami keluar jugak dari tempat itu dengan hasil tangkapan yang sarat di tangan. Aku dah macam beli tombak pulak!. Lenggang kangkong part II.
Yes. Aku tahu aku langsing. Terima kasih photographer.

Look. Semasa membeli, kami terlupa bahawa kami hanya mempunyai MyVi. Bukan treller. Semua ni salah Kak Zuna.

Hampir-hampir aku terpaksa duduk di atas bantal. Hampir-hampir je, belum pun lagi.

Sesi memuatkan SEMUA barang ke dalam kereta. Bersungguh-sungguh! Supaya kereta tidak kelihatan seperti baru saja merompak. Esp bila driver kami tiada lesen. Huh!


Sesi memunggah barang dari kereta go up to the 8th floor! Nasib baik ada lif!