05 January 2010

Bersama mereka, jiwaku tenang...esp on weekend!

Mempunyai teman-teman baik seperti mereka sangat membuatkan diri bahagia... Sangat bahagia. Jika aku mengalami hypertension, mereka adalah pengubat jiwa lara! Mereka juga teman-teman yang mengharukan. Hidup akan jadi haru biru dengan kehadiran mereka!

2 Jan 2010. Aku dan Yan diarahkan oleh permaisuri untuk mengadapnya di South City. Tema : Menyusun perabot rumahnya yang baru dibeli utk rumah barunya.

Keadaan ruang tamu sebelum perabotnya sampai..

Kami diarahkan duduk seperti ini. Nasib baik carpetnya sangat tebal.....



...buat tempat kami bermain "tapak tangan sape paling comel". Kak Zuna marah sebab carpetnya bakal musnah kalau kami terus sebegitu utk 2 bulan akan datang.

Sofa....

...dan modelnya.

Tada...! Setelah perabotnya siap disusun.

Semasa sesi mengemas, aku dan Yan tidor (merasmikan) katilnya dalam bilik. Takde hasil sungguh suruh kami datang. Last-last kami tak menyusun pun...

Tapi sekurang-kurangnya kami diperlukan untuk mengingati wayar-wayar television yang perlu dipasang semula.


Iklan. Permandangan dari tingkat 8.

Sesi mengisi perut sebelum ke IKEA. Restoren RASA MAS, di Serdang menjadi sangat gamat dengan hadirnya kami sebagai satu-satunya pelanggan di waktu itu. Sempat mendera kakak cashier menjaga Ira sementara kami menjamu selera.

All of us.




Ira. Anak Alang. tapi aku suka-suka tukar nama dia jadi Aliya.

****************************************************************

DI IKEA.

Lampu - lampu itu membuatkan aku menjadi 'gile' sekejap.

Sesi memilih barang untuk dilaburkan duit gaji bulan lepas.

Pada mulanya, di rumah kami bersetuju hanya ingin ke IKEA untuk mencari 'curtain rod'.


HANYA CURTAIN ROD! (kiri) Yang kanan - brg2 sampingan!

Gambar atas menunjukkan 'beberapa' barang sampingan yang sempat aku capai masuk dalam troli sebelum the real 'curtain' rod kami jumpa. Siapa suruh letak 'curtain department' jauh-jauh. Kan kami dah tersinggah di tempat lain..

Baby Stroller

Baby sitter


Sesi kaunter bersama pelanggan.

Perhatian: di IKEA, plastik akan dijual RM0.20/pc.
Ingatan utk Alang. Jangan buat IKEA macam kedai ***** sendiri. Hahahahaha!

Yaaahhh! Lenggang kangkong setelah habis berjoli part I.

***********************************************************


3 Jan 2010 pula.

Sesi basuh kereta.
Kami sempat membasuh / mencuci kereta pada pagi Ahad yang indah.

********************************************************************
DI SOGO.

Perjalanan ke SOGO sangat bahagia. Pelbagai ragam. Sampaikan kakak tol pun turut serta nak bergambar dengan kami.

Aku benci bila ada babak ketawa terbahak-bahak macam ni muncul lagi. ada orang ter'buang angin secara tak sengaja kebetulan pula di tempat yang agak tertutup. Menyeksakan. Lepas tu dia boleh pulak buat muka selamba dan meneruskan pen'shopping'annya tanpa rasa bersalah!

Muka cashier tu sangat pelik. Dah la sepanjang dia membungkus barang kitorang aku dok membebel pasal tujuan kami datang shopping.

Kak Zuna dengan cloth hangernya.

Akhirnya kami keluar jugak dari tempat itu dengan hasil tangkapan yang sarat di tangan. Aku dah macam beli tombak pulak!. Lenggang kangkong part II.
Yes. Aku tahu aku langsing. Terima kasih photographer.

Look. Semasa membeli, kami terlupa bahawa kami hanya mempunyai MyVi. Bukan treller. Semua ni salah Kak Zuna.

Hampir-hampir aku terpaksa duduk di atas bantal. Hampir-hampir je, belum pun lagi.

Sesi memuatkan SEMUA barang ke dalam kereta. Bersungguh-sungguh! Supaya kereta tidak kelihatan seperti baru saja merompak. Esp bila driver kami tiada lesen. Huh!


Sesi memunggah barang dari kereta go up to the 8th floor! Nasib baik ada lif!


No comments:

Post a Comment