Satu permandangan yang sangat unik pagi-pagi bila aku drive masuk perkarangan UPSI. Perang poster bermula. Macam-macam warna. Politik kampus yang akan menghangatkan suasana dingin salju UPSI. Hahahaha.
Aku tak tahu sangat pasal calon-calon UPSI ni, tapi bila aku masuk je ke pintu Timur UPSI, rasa nak berlaga mata hitam. Mana nak tengok cik kak – cik kak ni berlenggang, kereta yang bersimpang siur, deretan poster-poster kuning – biru di pokok-pokok sepanjang jalan aku nak parking. Sampaikan nak masuk pintu Canselori pun, aku masih ditemani deretan poster. Thanks God, tak sampai ofis Unit Latihan.
Teringat time aku kat UPM. Tahun kedua. Keunikan kumpulan kami terletak pada nombor matrik berbanding berpuluh ribu pelajar UPM Serdang yang lain. Kami adalah 90 orang pelajar unik yang dipindahkan dari UPM Bintulu ke Serdang pada semester ketiga. Perangai pun sangatlah unik. Each and everyone.
Kali pertama kami involve dalam politik kampus ni ialah pada semester keempat (kalau aku tak salah). Di Bintulu, politik kampus ni taklah begitu seram seperti di Serdang. Biasa-biasa je. Kuliah diteruskan tanpa diganggu dengan politikl kampus.
Di Serdang, politik kampus kami bermula agak panas. Dengan Syah dan Zida menjadi calon umum dan fakulti, Yan, aku, K.Zuna dan Lah pulak menjadi kupu-kupu malam yang bergerak aktif tepat jam 12.00 tgh mlm hingga 3.00 pagi.
Malam pertama gerakan kami berjalan lancar. Dari satu blok ke satu blok misi berjaya dilaksanakan. Walaupun dengan adegan kelakar Kak Zuna, dengan hampir tertangkap dan keadaan kaki ayam kami menyelinap dari satu muka pintu ke muka pintu. Pagi esoknyer, heboh 1 kolej dengan penemuan yang memeranjatkan. Kami – Charlie’s Angel… pura-pura turut terkejut.
Malam kedua, pihak musuh mula memasang perangkap. Waktu yang sama, kami diberi jaminan oleh Charlie yg mengatakan… back-up kami sangat kuat. Satu nama diberikan sebagai penjamin…kami puas hati. Ganjaran sepanjang semester sehingga bergraduat juga amat lumayan. Hello…siapa yang akan tolak offer untuk terus menetap dikolej sehingga akhir pengajian. Sistem merit amat memeritkan..okey. Especially, untuk kami geng-geng otai ni. Hahahaha! Walaupun, akhir misi kami di malam kedua berakhir dengan adegan kami hampir ditangkap pihak komunis…ketangkasan kami sebagai Charlie’s Angel takkan dapat dikalahkan. Dengan ketawa yang berdekah-dekah, kami report mission accomplished dalam selimut kepada boss kami yang tercengang-cengang bila kami lari terus masuk bilik. Esok pagi, kami tetap ketawa sebab kami buat kerja kul 3.00 pagi, rupanyer pihak musuh cantas kami kul 5.00 pagi. Hahahahaha!
Malam ketiga, kami sasarkan kan blok KeJut. Memang terkejut. Menyeramkan. Pengajaran untuk aku dan K.Zuna, mulut jangan cabul. Bilik Diraja yang kami masuk membuatkan kami terpegun + meremang. Be at the same point for the same time – eeiiii…eerie! Diusik dalam lif…membuatkan kami lari lintang pukang turun dari blok misteri itu terus masuk kedalam kereta dimana Syah dan Suhardy tercengang-cengang. Dalam keadaan menggigil..kami jerit pada Ady supaya tinggalkan perkarangan blok itu dengan segera! Mana tahu, hantu lif tu ikut kami dari belakang. Nasib baik K5 takde lif! Huh!
Itu baru cerita tali barut politik kampus. Belum lagi cerita Azida kejutkan kami tengah malam untuk plan seluruh fakulti. At last dia bebel sorang sebab yang lain tertidur. Ok…perbincangan berat seperti itu TAK SESUAI diadakan tengah-tengah malam walaupun aku and K. Zuna buat Milo panas, okey Zida!!!
Kes aku marah sangat-sangat sebab dorang esp abang aku sendiri tuduh teman-tapi-mesra aku adalah pembangkang! Sangat menyedihkan!
At last, walaupun desas desus ada komplot nak culik calon pilihanraya membuatkan Azida dikawal rapi oleh team Bintulu….pilihanraya goes well.
Azida tewas. Syah menjadi ahli MPP. Meraikan malam Man-In-Black di Mines. Tamat sudah perang pilihanraya kami itu. Lega sangat-sangat!
Team aku berjaya menempah bilik executive di Kalui hingga grad even kami terlajak semester.
Kegemilangan team Bintulu terus menjadi bualan sehingga sekarang.
Dan deretan poster di UPSI membuatkan aku tertawa sendiri mengenangkan kenangan lama!
****************************
p/s : Tiada gambar diselitkan. Flashback dalam kotak memori hanya untuk yang memahami. miss u all. Oppsss..24 Jan (semalam) adalah harijadi seseorang. Selamat Hari Jadi. Esok (26 Jan) hari Jadi Mama!
*Mengintai kepada web K5. Nampaknya, K5 dikuasai oleh dak2 Sains. hehehehe! Rindu kat fountain, Kedai Abg Ise (esp Choki-Choki) dan Dewan Harmoni
No comments:
Post a Comment