20 January 2010

Shikin's (Kikin) Wedding

Shikin's Wedding.
16 Januari 2010.
Sg Dua, Penang.

Selamat Pengantin Baru kepada Kikin dan psangannya Azlan. Wah..skrg, aku tak leh panggil Kikin Cik Kikin dah, kne ubah status Pn Kikin plak! Congratz!

Perjalanan dari UPSI kul 9.30 pagi, berkonvoi dengan kereta Kak Zarina, Kak Murni & anaknya, En Nasir, Kak Sarah & anak depa. Halim menjadi pemandu a.k.a penglipurlara sepanjang perjalanan dari Tg Malim ke Sg Dua, Penang. 3 jam tu penuh dengan acara gosip, kutuk dan gelak. dimeriahkan lagi dengan Rina dan Mas (BSM).

Acara berhenti di R&R menjadi acara wajib! Huhuhuhu..

So, back to the real story. Kikin kawen!


Kedatangan kami disambut meriah dengan perkara pertama kami belek ialah banner yang ada picture Kikin dan Azlan. Muka Kikin kami dah puas tengok, tp muka si Azlan nya belum penah lagi la kami tgk. Oooohh...ini orangnya. Sweet!


Selain memenuhi undangan sebagai tetamu, kami juga sebenarnya adalah AJK Rombongan-Perempuan-Menjemput-Rombongan-Lelaki-Di-Pintu-Gerbang. Nasib baik nama kami tak disenaraikan sebagai Pemegang-Payung-Pengantin. Kalau ada, kami demand 10 mata CPD!

Gambar atas: Sebelum adegan si pari-pari kecil baru terperasan yang Kak Zarina telah men-kidnap kipas-bulu2-pink miliknya sebagai pari-pari @ flowergirl. Sebelum kejadian tarik2 rambut, kami nasihatkan Kak Ina supaya serahkan balik kipas itu walaupun Kak Ina sendiri turut memakai baju warna pink. Tapi dia bukan flower girl diwaktu itu! Terlebih had umur. Akta pelantikan pari2 hanya membenarkan individu di antara umur 4-6 tahun je.


Sesi mendera Kikin dengan 1001 pose bergambar. Antara ahli rombongan tak termasuk kaum adam. En Nasir dan Halim.

Kak Ina, Kikin dan aku.

Kikin dan adik kesayangannya (aku)

Aku and Kak Ina dah warning Kikin jangan dok buat perangai sememeh dia kat majlis ni. Malu kat orang kampung.

Kami terpegun dengan ketinggian Azlan. Sebab dalam banner tengok macam tinggi sikit je. Ini bukan sikit.... Hahaha.

Idea Halim: Okey, kawan-kawan lain, sambung buat peluk2 belakang Azlan dan kite bergambar beramai2. Pasti gamat kalau idea Halim menjadi kenyataan.


End of post, Selamat pengantin BAru Kikin. No more sememeh-sememeh tau. Kalau tak, kami report kat Azlan. Eii..sememeh!

Hahaha!

Lagi gambar di Facebook Jaja. kamera En Nasir, kamera Kak murni. Aku, kak ina dan halim hanya menjadi model dimana sahaja lensa kamera di halakan.

Muah!

No comments:

Post a Comment