08 February 2012

3 sekuel di waktu cuti.

Sekembalinya dari bercuti panjang Sabtu Ahad plus Maulidur Rasul + Thaipusam, bermula semula di hari Rabu, dapat pula tugasan melawat tapak konvo di Kampus baru, aduh!

Tapi entri bukan nak bercerita tentang konvokesyen tapi tentang cuti yang panjang itu. Tiada plan nak kemana-mana, pada mulanya. Selain memenuhi jemputan makan, sempat berlibur di Sg Kedondong. Kemudian bermanja dengan 4 kawan baru.

Let's pin-point one by one, ok.

Kenduri oh! Kenduri.
Doa selamat kat Tg Malim. Abg sepupu bertunang. Adik sepupu makan besar. Layan pulak rajuk anak buah yang besar. Haishh..

Farhan merajuk! Farhan merajuk! Kami taknak / tak bagi dia kawen dengan Adurra..! Maka dia merajuk minta dipujuk. Nasib baik engkau 6 tahun, kalau engkau 36 tahun.....!!!


Sudah la Farhan. Orang nak solat isyak ni, janganlah kau bermuram durja di sini!
Soalan Adurra, si pinky girl "Kawen tu ape?" Tanya la Farhan, makcik pun tak tahu!
Insan (sebenar) yang bertunang. Tahniah ye!


Sungai, oh sungai!
Makan, tidur, cecah kaki dalam air sungai yang sejuk. Then naik...makan balik, tidur, bangun, baca buku....balik. 


Happy ending!


Sesi makan untuk kali ketiga.

Ahli keluarga baru..
Kenalkan...Cik Kuning, Cik Putih, Cik Biru dan Cik Turquoise. Mereka baru di anak angkatkan oleh Bella & Tyty di Mid Valley. Kehadiran mereka merawat hati yang rawan. Thanks sisters! Pagiku sangat berkicauan sekarang!

Atas : Cik Kuning & Cik Putih. Jantina : Female || Bawah : Cik Turquoise & Cik Biru. Jantina : Male
Kedudukan berubah setiap 1/2 minit tapi nama mereka tidak berubah. Masih boleh kenalpasti melalui warna badan.

Weekday, mereka ditinggalkan dengan Opah mereka di Bukit Sentosa, ye. Mummy kena pergi kerja mencari sesuap nasi untuk Mummy dan sebungkus makanan untuk kalian berempat. Sebungkus untuk tempoh sebulan, hmmmm...masih mampu rasanya. Kamu makan cereal kan, bukan makan fries or nugget, kan...



p/s : Hujung minggu ini ada majlis penting perlu dihadiri. Cik Kembar nak nikah. Baju tema masih belum difikirkan. Jangan sama, nanti confius mana pengantin. Bila pulak nak pi shopping ni? Jumaat ni, sempat? Beli siap, sebab tempah dah tak mungkin! Huhuhu...

No comments:

Post a Comment