10 February 2012

Oh! Tawakal...

Tawakal.

Oh! Ini bukan sesi tazkirah petang Jumaat dari CikBunga (CB). Seriously, tak reti nak bagi tazkirah. Setiap kali naik nama untuk giliran tazkirah di Jabatan, sebulan sebelum itu (kalau alert tarikh kena beri tazkirah tu), sure dah 7-8 blog di survey mencari topik. Atau menyelak setiap halaman Majalah Solusi mencari topik.

And now, tetiba nak cakap tentang 'tawakal'. Hah, bertawakallah kamu untuk klik link dibawah untuk membaca seterusnya. ^_^

Bila ditanya apa maksud 'tawakal', aku akan jawab as 'berserah'. Ada definisi / pemahaman yang lain, sila berikan di ruangan 'comment', ok. So, 'berserah' tu apa pulak? Tawakal, kan? Maka, teruslah berlegar-legar disitu...selamanya.

Ingat lagi rumus yang diajar oleh Ustazah Salmah di sekolah dulu? 
Doa + Usaha + Tawakal
Pasti ingat, kan? 

Kita sudah pun berdoa, dan kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu..akhirnya kita bertawakal & berserah kepada Qada' n Qada yang ditentukan. Tapi, kenapa doa kita itu tidak dimakbulkan. Kenapa usaha itu tidak membuahkan hasil?

Well, this is why.

Konsep kepada istilah 'tawakal' yang akhirnya CB cuba untuk 'hadam' ialah JANGAN BERHARAP. Sebab once masih ada unsur 'pengharapan' disitu..maka masih belum cukup untuk kita katakan yang kita ini sudah pun 'bertawakal' atau 'berserah'. Hurmm..good point, actually. Antara doa, usaha dan tawakal itu, yang menentukan kejayaan itu adalah tawakal.

Actually, panjang juga laa pengertian kepada konsep 'tawakal' yang CB baca itu, tapi CB cuba terjemahkan dalam pemahaman CB sendiri di BCB ini, ok.
Kita mendapat peluang memohon jawatan kenaikan pangkat, misalnya. Dengan yakin, kita menghadiri temuduga. Kita berdoa agar kita berjaya dinaikkan pangkat. Kita berusaha menjawab seyakin mungkin dalam temuduga. Penampilan, perfect! Fail kejayaan, 5 buah fail tebal 100cm setiap satu. Complete! Dan kita katakan 'aku tawakal je' selepas sesi temuduga kepada rakan - rakan. Alhamdulillah...'doa + usaha + tawakal' itu ada.

Kata 'tawakal', tapi tiap-tiap hari kita dok YM salah sorang panel, gulakan dengan janji-janji manis jika ditawarkan jawatan tersebut, pi tunggu kat parking lot untuk bukakan pintu kereta, hantar bunga ros 5 kuntum ke pejabat dengan kad cute bertulis ' SMILE ALWAYS', SMS kata-kata motivasi setiap hari dan sebagainya.

Dan, bila keputusan temuduga keluar, pesaing anda yang setahun junior yang berjaya menjawat jawatan itu. Anda tersenyum dan katakan 'rezeki dia'. Tapi di YM, FB, Blog, Twitter...kita menyatakan 1) Panel berat sebelah, 2) Calon yang berjaya itu anak sedara belah Tok Su punya adik tiri sama emak lain bapak kepada Ketua Panel, 3) Calon itu juga bekas Miss Universe 2009, sebab tu dapat.

Sekejap, dimana letaknya konsep 'tawakal' dalam rumus tadi? Bukankah lebih baik di tempat 'tawakal' tadi diletakkan konsep yang lain iaitu 'berharap'? Pabila 'tawakal' di sama ertikan dengan berserah, maka berharap bukanlah seerti dengan berserah, kan? 

Serah. Beri. Bagi.

Jadi mengapa ada 'pengharapan' di hujung usaha lagi bila kita berjanji yang kita akan 'berserah'?

Bila kita berserah, dan kita tak dapat...maka kuranglah / tiadalah kekecewaan di hujungnya. Namun bila kita sangat-sangat berharap, dan kita gagal mendapatkannya...pasti kecewa, kan?

Pada Family Day BSM yang lepas, CB sangat-sangat berharap dapat Lucky Draw berbentuk Table Fan atau Rice Cooker, haha. Sangat-sangat berharap tak dapat tuala mandi atau bantal kecil peneman tidur.

Dan cuba teka, bila number Lucky Draw CB diumumkan, apakah hadiah yang CB dapat. BANTAL. Kecewa? Ya, mungkin. Oh! Siapa tak nak kipas itu, kan?

Andai saja CB tawakal saja apa pun hadiah Lucky Draw yang CB dapat, alhamdulillah. Dapat jugak, kan? Pasti CB sangat bahagia dapat bantal comel itu. Hehehe...

Panjangnya entri ini. Namun, harap-harap..eh! CB hanya bertawakal sahaja lah yang konsep yang cuba CB ulas diatas dapat dikongsi dengan kamu..kamu..dan kamu. 

Rasanya tak salah pun kita cuba terapkan konsep 'tawakal tanpa pengharapan' ini kan? Sebab, jika kita kecewa atas sesuatu yang kita tak dapat, seolah-olah kita cuba menyalahkan takdir yang milik Allah itu. 

Perlukah saya masih berharap pada kamu lagi? Apakah harapan yang saya boleh harapkan dihujungnya nanti? Who knows, rite?

1 comment: