Tipah tertipu..tertipu tipu tertipah! Sila nyanyikan dengan irama yang betul dan merdu ok.
Saya tertipu. Hah! Pandang banner ni kat header CB, ingatkan contest ini berkenaan caring couple yang membela kucing. Beriya nak masuk. Terbayang Moko-Moko akan jadi popular selepas ini sebab penjaganya sangat caring. Ok, part couple abaikan dulu. Membela kucing tak semestinya ada ikatan yang sah beserta Kad Nikah kan?
Look the poster. Cute kan? Kelihatan seperti dua ekor kucing yang bahagia sedang membelai seekor anak hamster yang comel. Hey...cinta itu buta, ok.
Baby? Ok..baby ok. Not kitten!! Tak perlu check dalam wallet sebab memang tidak memliki Kad Nikah itu. Confirm!
Hancur berkecai harapan nak masuk sebab hanya memiliki Moko-Moko sebagai anak yang sah!
So, sesapa yang ada membela....eh!..memiliki anak, boleh la cepat-cepat menglike page berkenaan di Facebook. Click here, it would help you :)
Pertama, lepas like page itu, anda ibu dan bapa penyayang kena declared yang anda ialah suami dan isteri yang sah dan parent kepada si anak yang comel. Then, bersedialah anda menjawab 8 soalan harian tentang penjagaan bayi anda. Awas, anda silap...bayi anda akan menyesal seumur hidup kerana telah dipermainkan.
Oh. Jangan lupa ajak sekali jiran tetangga yang mempunyai anak untuk sekali bersaing secara sihat dengan anda dalam pertandingan ini. Jangan mimpi nak sertai pertandingan ini senyap-senyap kerana jemputan itu penting. Akan menambah point anda. Well...sharing is caring, isn't it?
Hadiahnya? Tiada percutian 3 hari 2 malan di Paris tetapi more kepada barangan Huggies untuk bayi anda. Bukan untuk anda. Diulang : Bukan untuk anda walaupun anda yang berpeluh-peluh menjawab soalan itu. Jimat belanja bulanan membeli diapers baby yang maha karya mahal tu kan?
And..ada toys untuk bayi juga. Ok..anda boleh jugak lah main toys itu semasa bayi anda tidur. 3 in 1 toys...so it's for baby, mummy, and daddy as well! Hahahaha!
Tarikh tutup pada 24 Februari 2012. Erwan, kalau anak kamu sempat lahir sebelum 24 Februari, kamu sangat layak menyertai pertandingan ini. Kamu akan menang diapers, tent, toys dan bonus dari Aunty Zura - stroller idaman kamu.
I stuck here. Simple information but I swear, I stuck here.
So, kepada anda yang layak, SELAMAT MENCUBA.
Oh! Oh...nak call mama n papa suruh masuk jugak contest ni. Mereka ada anak..iaitu kami la! Contest tak menghadkan umur anak kan...............? If they win those diapers, then i will think what to do about that, later.
Oh! Oh...nak call mama n papa suruh masuk jugak contest ni. Mereka ada anak..iaitu kami la! Contest tak menghadkan umur anak kan...............? If they win those diapers, then i will think what to do about that, later.
No comments:
Post a Comment