The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

30 July 2011

Corat-coret Istiadat Konvokesyen ke-13 Tahun 2011

Kembali meng-aktif-kan diri dengan permulaan - 1 entri. Kesibukan yang serius melanda jadi blog terbiar dan dipinggirkan seketika. Facebook je sempat dikemaskini. Hihihi.

Well, baru sahaja selesai menjalankan satu lagi tugas separa hakiki sejak 2007. Jawatankuasa Istiadat & Perarakan Konvokesyen. Seminggu sebelum itu, Muzium Pendidikan Nasional dirasmikan.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Corat-coret dan suka duka mungkin hanya akan jadi kenangan dan lawak jenaka antara kami. Tak perlulah dipaterikan di sini O_o.

Kali ini istiadat berlangsung agak lama. 9 sesi. 26 ~ 30 Julai 2011. Penatnya...sendiri je la yang tahu. Setiap kali konvokesyen, sama je. Mengejar masa. Walau hanya menguruskan perarakan masuk ke dewan, seluruh urat sendi sakit. Mungkin ditambah dengan dugaan mental.

Terngiang-ngiang dialog bersama salah seorang ahli perarakan yang rupanya begitu asyik merenung kekalutanku seketika tatkala seorang lagi ahli perarakan 'hilang' seketika dan kemudiannya ke-konfius-an aku melihat kedudukan 2 orang ahli perarakan lain.

Seperti kata-katanya selepas itu, tidak mudah untuk 'melayan' semua kerenah ahli perarakan sambil bibir masih terukir senyum dan memastikan semuanya berjalan lancar, cantik dan teratur. Biarpun terdapat 1001 cerita belakang tabir, biarlah hanya kami yang tahu asalkan segalanya nampak sempurna di mata tetamu yang meraikan hari bersejarah ini.


..senyum..all the time~

Betul Dr. Memang bukan semudah yang terpampang di gambar mahupun di rakaman

Mudah atau tidak mudah Dr., inilah tugas kami. Sekurang-kurangnya, sejuk hati mengetahui usaha, senyuman dan kerja kami dihargai walau hanya Dr yang menyatakan. Terima kasih juga kerana memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang istiadat. =)

Dan kadang-kala, kenakalan seorang dua ahli, membuatkan kami tersenyum bila diingatkan kembali.

kadang-kala, pemikiran kritis, kreatif dan kritikal diperlukan dalam urusan mengendalikan perarakan ini. contohnya, sepantas mana keputusan dibuat ketika itu. Hahahaha! Suhaimi, Rony..masuk!

Bukan hanya kami JK Istiadat, tapi setiap seorang warga UPSI memberikan 100% komitment yang tinggi terhadap istiadat ini. Tak pernah terlintas sedikit pun di hati kami ingin mencacat-celakan istiadat ini. Apa yang kami lakukan, hanyalah untuk memastikan yang terbaik. Setiap dari kami yang bertugas walau nama tidak pernah dicatat dalam mana-mana batu bersurat, kami berusaha memastikan yang terbaik.


Sekali lagi, terima kasih semua yang terlibat. Biarlah, kadang-kala usaha kita diumpamakan seperti kuman yang tidak nampak dek mata kasar, namun kita tahu apa yang kita lakukan. Apa pun, tunggu sahaja la post-mortem. :-)

selesai perarakan masuk ke dewan, itulah masanya kami pula mengisi perut. Sesi ke-9, special treat to Floor Manager. 1 whole set for him..alone! hahah!

Sesi bergambar mengada-ngada (1)

Sesi bergambar mengada-ngada (2)

Menanti photographer untuk sesi bergambar JK Istiadat & Perarakan.

Menanti perarakan keluar dari dewan. Hujan. So, team payung bersiap sedia. hahaha!

This is my favourite snap. Sangat tertarik dengan fakta '7 Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat'.

..and special thanks to my sister, Tyty sebab sanggup temankan I di hari Sabtu yang indah ini. Muah~


04 July 2011

5 minute entry just to say HI

My last entry was on 9 May!

Lama sangat aku tinggalkan blog ni. Macam-macam jadi..and macam-macam la puncanya. 99% puncanya adalah dari kesibukan tugas di pejabat dan 1% lagi puncanya datang dari kepenatan setelah sibuk di pejabat. Wow! Effect tu!

So, banyak shot-shot hidup yang tak dapat di-captured di blog. Start with sebulan berkampung di Hosp Selayang due to mama's critical condition...kainkapas.blogspot terbiar dan hanya dijaga oleh 'daddy'nay sampai 'daddy'nya merajuk, outstation yang berlambak-lambak, berat badan dah mencecah ke 39kg, Bella's back @ home....huh!

So, this entry was made without specific theme. It's just a cameo to said I'M STILL ALIVE.

Insyaallah, bila ada kelapangan, i'll be here, for you.