The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

30 December 2010

AFF dan pizza. Pizza?

Pic taken from Harian Metro online. Takkan i pi tangkap sendiri plak kan?

Ok, tahniah! That's it. Speechless!

Dan yang paling-paling sengal, bila dapat SMS pagi-pagi tengah kabut bersiap and baru nk match-kan kaler tudung and kaler baju kurung.
Esok cuti kite ni nak ganti bila pulak? OK, sangat blur. Ape maksudnyer?

31st cuti rupanyer. read here.
Thanks to our beloved PM (eh2, tibe-tibe beloved)

So, alkisah, mmg aku mohon cuti tanpa rekod pada 31st Dec, so now dah jadi public holiday. Mana aku nk campak itu cuti tanpa rekod?

Hahaha..maaf pada akak sebelah umah dan Adam si anak kecik kalau-kalau jeritan kami (akak) berdua bagaikan 20 orang dalam umah tu bila wisel penamat yang panjang menandakan Malaysia Juara AFF Suzuki malam semalam.

Dan maaf pada brother2 kat sebelah kanan rumah sebab jeritan kami lagi kuat dari hangpa! Eh..korang tido ek, senyap ke umah!

And thanks to Hajah Zainab sebab bekalkan kami dengan perut yang saaaaaaaaaangat kenyang untuk tengok bola malam tu. Sampai pagi I kenyang lagi. Marvellous pizza, Hajah!

Mar tekad untuk letak cheese paling banyak. Pegawai lain sebagai penonton dah mula buat perancangan, lepas pizza keluar oven, kami nk serbu yang Mar buat sbb banyak cheese.

Kak Ina pulak siap kira berapa pieces of hotdog dia letak as topping pizza tu! Tak leh kurang, takleh lebih. Sangat mengikut SOP.. Ok, ni picture before Hajah Zainab cakap "Zura, mai sini potong buah ni!" Errrrkkk....baik boss! Hahaha! Cakap boss jangan lawan, nanti takleh makan! :)

Picture masa makan tak sempat (lupa) nak snap sebab kene makan semua yang Hajah Zainab masak.

28 December 2010

Nasihat untuk Yan*Minah Belukar.


Dah lama kan tak update entry tentang kawan-kawan sekapal layar di UPM. Dah bertimbun dah berita dok dengar pasal dorang. Ada yang dah kawen, ada yang dah preggy, ada yang dah dapat baby, ada yang preggy lagi..dan dapat baby lagi..~ (^_^)

So, kali ni ada special post untuk salah seorang kawan. Yan. Minah Belukar. Sampai bila-bila surname Minah Belukar akan melekat kat belakang nama dia ni. Kehandalan dia untuk meletakkan kepala di belukar pelusuk mana pun dan terus tertidur takkan dapat di atasi oleh mana-mana manusia. Kalau ada kategori ni dalam ANDA ADA 60 SAAT tu, aku rasa Yan akan jadi pemenangnya. Confirm!

So, what's about Yan. Minah Belukar. ?

She's leaving Putrajaya. For good sebab dia dapat kerja kat KASTAM Port Klang. Congratz! Congratz! *bunyi letup-letup bunga api*

KASTAM? Terus teringat seorang lagi member sekuliah kami dolu-dolu. Suhardy. Tapi Ady kat LCCT kan, Yan. Kalau kau pun dapat tempat dgn Ady mesti best kan, Yan?

W41. Lepas ni, korang jangan terkejut Yan asyik kepit calculator besar gajah kemana-mana dia pergi. Sebab lepas ni dia sibuk nk stock check barang rampasan kastam yang bernilai juta-juta Ringgit Malaysia.

So Yan.

I've create some (lots of) advise for you * (^_^)V

1. Pi baca balik buku finance yang kita duk berkampung kat bilik bacaan sambil buat onar tentang FIFO dan LILO.


* Bukan FIFA dan bukan Lilo & Stitch.*
It's ok. I'll post my Finance's notes to you.
Time kelas topic ni, kau dengan Nuar ponteng pi Mines. O_o

2. From 3rd January 2011, kalau ada jemputan dari teman-teman untuk agenda jahat di rumah Kak Zuna, no more typical reason such as " Ala Yu, aku tak gaji lagi la..Gaji aku 10hb... Korang takpe la sebab 25th dah gaji.." Tarikh akaun kite didebitkan sama dah Yan. Every 25th.

Owh2..dan cuti kau pun akan banyak! 30 hari! Tak payah nak kecoh2 bagitaw kitorang kau takde cuti lagi...

3. Jangan nak menggatal dengan abang-abang kastam sebab aku tau itu agenda utama kau apply kastam dulu. It's written on your face, darling. *pi basuh muka*

4. Lepas ni kau akan faham perasaan Fifi (hensem) tension menjawab soalan tugasan PTK sampaikan dia email semua soalan PTK tu kat aku budget2 macam la aku ada skema jawapan dia.

5. Dan kau akan semakin faham, ape benda aku and K.Zuna selalu sebut-sebut pasal Pekeliling yang kau buat muka bosan bile dengar topik tu muncul. Kali ni, kalau kau pulak bukak topik Pekeliling, aku cepuk kau dengan calculator.

OK. Siap 5 nasihat untuk Yan. Minah Belukar.

Last but not least. Selamat orientasi dan induksi.

And welcome to the club!

INTRO - Teluk Batik 2010

Percutian satu malam yang menyeramkan (papa) tapi menyenyakkan tido (aku la).

Ada scene ular sawa burma bernama Jane yang membuatkan mama lari pecut 100 meter meninggalkan aku, Bella dan Aty. Dan papa.

Juga scene posing budak-budak bosan tunggu team konvoi motor yang sopan di jalan raya. dan semua posing-posing tak chenonoh bila pantang nampak orang nak snap picture.

Semua tu coming soon. I buzy, nyah!

13 December 2010

Bicara tentang hati yang terluka O_o

Oppss..bukan I OK.

(Benci topik ni) tapi disebabkan ada
discussion 30 minute bersama zura sebelum telefon berdering kawan ofis ajak lunch, maka disccussion 30 minute tu dijadikan bahan paparan di blog azura. Discussion itu kan bersambung lagi, nanti.

OK, mari kita pendekkan cerita.

Dalam kesibukan berlari di antara bilik mesyuarat dan aktiviti kawan-kawan seangkatan jawatan, eh!eh! sempat cik zura membuat kunjung hormat ke sebuah pejabat salah sorang kawannya.

After quite long chat, pop! sampai ke isu itu sekali lagi. I sebut sekali lagi sebab - dulu dah pernah bincang tapi dia masih degil. Dah 2-3 kali jugak la kami discuss perkara ni. And this friend of mine masih belum dapat ubat pada penyakitnya itu! Hah! Hambek ko, penyakit!!!

OKey, my friend ni ada 1 masalah.

Tak sanggup melukakan hati wanita. (Mulianya hatimu, teman T__T )

Namun dalam ketidaksanggupan itu, dia sebenarnya sedang melukakan hati wanita-wanita itu. (Look, ada raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai watak wanita dalam cerita ini O_o)

Oh, no!

Look, my advise is simple. Jangan bagi harapan, then hancurkan. Jangan buat dia tertunggu - tunggu jawapan yang tak pernah ada. Jangan buaikan perasaan dia tanpa kepastian. Jangan. Jangan sampai dia buat perkara bodoh such as hantar a bouquet of flower to your office, that's really dangerous. Jangan buat andaian "dia akan faham kalau aku tak layan, mean aku tak nak kat dia.." or "biar la..nnt dia paham-paham la sendiri..".

Hanya dengan alasan nak jaga hati dia supaya tak terluka...it's better if u tell her that you are not thinking as what she thought. Dot. Dia tetap terluka, tapi tak sempat nk dalam lagi sebab it will heal fast.

Compare to, u biarkan dia tertunggu 10 tahun .. eh.. 10 bulan.. tertanya-tanya what the hell is going on, still menunggu at least sepatah jawapan even the answer is NO. Then, one day...dia terima sekeping kad jemputan perkahwinan. That's cruel, my friend. It's hurt and it last forever. Until death, dia akan tertanya-tanya!

Sekurang-kurangnya, dia akan tertanya-tanya apa salah dia untuk dihukum twice. Why i say twice? OK. First - dia menunggu dan berharap tanpa sebarang berita. Second - dia tiba-tiba dihukum dengan jemputan perkahwinan tu.

Speaking from experience, i would rather accept if I terima jawapan "I dont want you" than nothing. Bullshit, of course I sentap but at least I ada jawapan. Jalan yang dilalui sekurang-kurangnya i tahu mana penghujungnya.

And speaking from experince juga, I berharap agar I diberitahu bahawa I ada buat salah yang memang tak boleh diampunkan and thats why he leave me. I'm satisfied. Something happen for a reason, right?

And how i hate speaking from experience.

Alasan u -
Takut dia akan terluka dengan rejection.

Hello, semua manusia di dunia ni akan terluka dengan any form of rejection. Lumrah. Perlahan-lahan luka tu akan sembuh, tapi penantian tu lebih seksa. Tergantung, man! Hello, u dah layan dia..bagi harapan then at the end bila u rasa dia bukan orang yang u cari, u diamkan je dengan anggapan "she'll now later..." Heh! Think again!

So, nasihat I pada kawan I yang sorang ni "jangan lukai hati orang lain kalau tak nak kita dilukai suatu masa nanti".

Maaf! Tiada gambar untuk dipaparkan. Terlalu terluka. Dan akan lebih terluka kalau i post picture member i tu. Terluka sebab dia akan baling i dengan pisau! Serta merta! Hahahaha!

05 December 2010

Bonus! Oh, bonus!

1 Disember aalah hari yang paling dinanti-nanti oleh hampir 2.4juta rakyat Malaysia yang berstatus 'kakitangan kerajaan'. Oh ye, juga pesara kerajaan. Ok..fakta yang menarik. Kenapa..? This is why i'll admit how i sayang my department-mate. Mrs Rina. Sebab? Unit dia yang uruskan pemberian bonus RM500 - bantuan khas kewangan ke DUA dalam Tahun 2010...

Apa aku buat dgn RM500 tu? Wahahaa...sudah garu bertanya pula mana nak garu! Maaf. Sudah gaharu cendana pula...

1st. Pagi 1 Disember yang indah tu RM240 dah melayang seawal kul 7 pagi sebab tiba2 Cik Baby meragam taknak start. setelah 10 minit bercekak pinggang depan enjin Cik Baby, sah! Bateri kering! Maka, dia seperti tahu tuannya itu baru je dapat RM500, dia dah pau separuh.

Maka, lagi separuh aku bawak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman! Yeahhh!! Buat ape...? SHOPPING!! Sebab niat awal tahun memang nak membeli dan membelah di Jalan TAR hujung tahun, maka bila sampai serunyer, kotakan lah!

Maka, seawal 10 pagi, mulalah pengembaraan aku dan Cik Dewi ke Jln TAR yang maha sesaknya tapi redup, tak panas. Sangat sesuai utk shopping hujung minggu!

Siap ada scene 'bagi-makcik-tu-HOT' sebab dia nk jual kain tu mahal kat kami. Bile aku cakap "eh, kat sana murah je cik...RM10 je," terus makcik tu terdiam. Siap aku keluarkan baju tu dari beg aku dan tunjuk. "sama kan? sama kan?" dan blah tanpa menoleh ke belakang.

Dan, kedai kakak ni paling best. Sampai aku dah tak larat nk tertunduk2 mencari corak yang cantik, lantas tanpa segan silu, terus bersila dpn kaki lima tu. Hah! Hambek!!


Bila aku bersila syooooook kat situ, kakak tu pun tumpang sekaki. Seronok kot?

Antara koleksi lain yang tergantung!

Yang aku sepahkan...!

Tangkapan bersama dewi pada hari itu!

Tangkapan keseluruhan! Hahahahaaa.... Aku dapat dalam 7 pasang baju and kasut and beg and....erk...ape lagi erk?

Lalala..makcik Limah, my tailor. Here i come!

Tips : Bawak your own bag semasa bershopping. So that, tak payah nk carry all those plastic bags yang bermacam corak. Well, amalkan amalan membawa shopping bag walaupun bukan Hari Tanpa Bag Plastik. Cintai Alam.

Sekian. Terima kasih!



03 December 2010

Happy Birthday Sayang!

Tajuk kali ni macam romantik sikit. Chewah! O_o

Sekitar majlis doa selamat a.k.a bday party Aty last week - 27.11.2010.

Juga semperna Bella balik minggu tu. Rupanya dia pun tak tahu mama akan buat party Aty malam tu. Salah satu dialog bila aku suruh bawak baju kurung...

Eh, tak bleh pakai rock-rock kerr..?

Ok. Imagine this. Petang ada bacaan yassin and lepas isyak bacaan doa selamat. Kul 9.30pm baru party. Kalau sempat tukar baju kurung gi rock, tak kisah.

Dan, Bella akur lah. Memakai baju yang sama dari jam 3.00 - 12.00 malam.

Mama lah insan paling bangga sekali sebab semua anak perempuan dia taat dengan busana wanita melayu terakhir hingga ke tengah malam.

Posing petang. Tema baju sama dengan canopy. Memang rancang. Pinggan hanyalah prop's tak disangka. Capai je ape pun props yang ada asalkan tak skema-posing.


Rupanya mama pun beli kek. Rasa2 macam dah bagitau aku akan beli kek...


This is from me!
Sengaja susun lilin jauh-jauh supaya Aty jenuh nak tiup. Hahahaha!
Dilarang tulis umur atas kek. (malu nak mengaku baru 18 tahun di hujung tahun. orang lain dah nak masuk 19). Malu ape..bangga what! Muda belia mcm I la!!

Posing dua dara sebelum sesi tiup kek. Eh, tiup lilin atas kek.
(Mata kau biru ye Aty?)

Bergambar dulu sebelum budak-budak tepi tu tolong tiupkan kek..eh! lilin2 tu. Aku rasa, kalau offer je suruh tiup lilin tu, berebut nak volunteer tu.
Mama pun sibuk nak tiup ke??


Admit. Memang susah nak tiup 9 batang lilin tu dengan sekali nafas... Kena 9 kali tarik nafas... Ok, watak mama sebagai consultant mengajar "Tips Tiup Lilin Susun Jauh Sebatu Dengan Sekali Hembus". Gagal!


Love kiss from mama and Bella. My kiss - nobody snap any picture. Muahhh!

Antara lain-lain permandangan.

02 December 2010

Bertiga lebih kecoh...

Minggu lepas, Bella pulang ke kampung!
Hahahaha! Kampung!?? Ingat ni iklan PETRONAS musim Raya ke..

Takde.. Dia saja bosan (mungkin) kat Kuantan tu hidup membujang tanpa ibubapa, maka tiba-tiba buat panggilan hangit bagitau minggu tu nak pulang tengok mama dan papa yang jauh di mata. Tu la, orang suh kerja dekat-dekat, nak jugak pi jauh-jauh..kan dah rindu.

Dengar cerita, tatkala muncul depan rumah dengan beg baju, Papa sangka dia salesgirl. Ish3, Papa ni! Nasib baik Papa tak halau dengan dialog "Taknak beli! Taknak beli!"

Kalau dah dua tu bertemu, maka aku tau aku akan tidur dalam bilik lain. First, sebab Aty memang dah tidur ganas, kali ni tag team plak dengan Bella, memang aku akan kena belasah gila. Okey, katil saiz queen dah sempit utk kami bertiga rupanyer...

Dan bukan senang 3 anak perempuan Pakcik Said dan Makcik Za nak berposing-posing macam ni. Sopan, kalau tak....! (Abaikan ketidak seimbangan simetri gambar, sebab Mama memang mengaku, dia tak pandai nak centrekan picture ni...)

Okey, kadang-kadang aku pun pening. Betul ke dua ni adik aku. Esp bila si Aty dah bermata biru... Itu belum tengok Bella berambut merah. Confius2x.