The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

22 November 2008

Wanita dan Rama-Rama: Part III

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

20 November 2008

Cerita tentang BAS.







Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.Bila bas tu datang, kita tengok dan kita kata " Eee, penuhnya. Takde tempat duduk." Jadi kita pun kata pada diri sendiri, " Aku tunggu bas yang lain lah!" Kita pun biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu bas yang lain..

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Kita tengok bas tu dan kita akan cakap, “Eee…bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.



Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni kita kata, “Emmm…. takde air-cond…cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain.”



Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya.



Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.



Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah. Entah ke mana halanya!!



Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber'air-cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita?



Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelakipun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?



Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.



Tapi… aku pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kita nanti-nantikan), kita tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita!



Hahahaha….

Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!



Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali kita kejar, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. What for..?



Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita.



Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta !!..



Erm..aku pernah biarkan bas pergi sebab alasan-alasan seperti diatas. Pernah juga tersalah naik bas. Dan pernah juga bas tak berhenti tatkala aku tahan. Hahahaha..



Sekarang? Aku taknak fikir tentang menunggu bas. Aku lebih suka berjalan…sekadar melihat bas yang lalu..tanpa aku terfikir untuk menahan…!



Aku dan Rama-Rama (Part II)

Rama-rama lagi? (Hahahaha)



Pernah tengok metamorfosis rama-rama? Bagaimana ia dari kepompong menjadi seekor rama-rama yang indah?
Malam tadi ‘seseorang’ mengajar aku sesuatu yang boleh mengaitkan kehidupan ini dengan peringkat perubahan si rama-rama dari kepompong.





Hidup kita sebelum ini adal
ah ibarat berada di dalam kepompong. Selamat, nyaman, aman dan terlindung. Kemudian, kita dianugerahkan sepasang sayap yang cantik. Anggap sahaja sayap itu adalah kelebihan dan kekurangan diri. Kita akan keluar dari kepompong itu dan cuba meneroka dunia luar dengan sepasang sayap itu. Sepasang sayap itu adalah keyakinan, ilmu, iman….dan apa sahaja yang menjadi bekalan untuk kita terbang jauh.



Mungkin sahaja kita akan diuji dengan tamparan angin yang menggila dan kita terhempas dipukul angin itu. Atau kita berdepan dengan ancaman-ancaman lain yang membuatkan kita ketakutan, sedih….terbang lari ke sana sini.




Aku ibaratkan diriku seperti rama-rama itu.



Terfikir seketika ‘ Alangkah baiknya aku kembali ke kepompongku. Disana aku terlindung. Selamat. Aman…”




Tapi sampai bila harus aku berlindung dalam kepompongku?

Sampai bila aku harus takut berdepan dengan tiupan angin dan bahaya?



‘Seseorang’ itu membiarkan aku berfikir panjang malam tadi sampaikan aku terlepas waktu tidur. Plus, kepala berdenyut macam nak pecah! Uphamol 650 rupanya tak cukup kuat untuk membunuh rasa sakit kepala aku! Huh! Nak telan 2 biji, teringat pesan En.Helmi…. “Jangan!” Hahaha!



Terima kasih rama-rama!



(Ada lagi Aku dan Rama-Rama:Part III. Khas untuk wanita.... Tunggu...!)

14 November 2008

Out from nowhere...

Dah lama tak tulis blog ni. Erm..masuk Nov ni, aku busy sangat. Settlekan last pending PTK's matter and planning next coming Training and new system.

Lots of thing happen lately.
But, what is more important, I'm healed. Alhamdulillah..
Still hearing some gossiping behind my back, but I discovered that I'm laughing at it. Call me heartless...but if it is the best way, yes I am! I'm tired of these game. I don't give a damn..anymore!

Well..
To express my feeling...try this link.
It show how TIRED I am...

03 November 2008

Ini cerita aku dan si rama-rama


Setiap dari kita mengejar si rama – rama yang bebas terbang ke sana dan ke sini. Kita pula tidak pernah letih mencari si rama-rama. Mengejar tanpa pernah mengenal putus asa. Si rama – rama pula tidak semudah yang disangka akan menyerah kalah dan tunduk pada kita. Pernahkah?

Aku juga pernah mengejar si rama-rama. Ia hinggap di bahuku dan tatkala aku ingin menyentuhnya, ia terbang. Terpesona dengan keindahan warna si rama-rama, membuatkan aku terus mengejarnya. Tanpa mengenal penat, lelah dan keperitan yang harus kulalui sepanjang laluan yang kutempuh.

Si rama-rama?
Ia terus terbang. Kadang-kala, ia hinggap melepas lelah, barangkali. Aku dekati dan ia terbang semula. Aku masih tersenyum dan mengejarnya. Kerana apa? Aku bagaikan terpukau dengan si rama-rama hinggakan aku langsung tidak hiraukan luka duri sembilu yang menusuh kakiku....! Lupa akan keperitan lalang disepanjang laluanku...!

Sekian lama aku mengejar, akhirnya aku tersedar!

Si rama-rama yang aku kejar akan terus terbang. Bila aku melihat sekeliling... Aku hilang arah. Dimana aku? Bagaimana aku berada sejauh ini? Seakan tidak percaya bagaimana kaki ini bisa membawa aku sehingga sejauh ini. Dimana rama-rama yang kukejar tadi? Bila aku dongak kembali.......rama-rama itu sememangnya telah lenyap!

Aku menangis kerana kehilangan si rama-rama yang kukejar, yang ku idam. Aku menangis kerana aku tidak tahu dimana aku berada ketika itu. Apa salahku? Aku hanya ingin melihat keindahannya dari dekat. Mengapa ia mesti terbang menjauh dan hilang di depan mataku? Mengapa ia harus muncul di depan mataku jika hanya untuk melihatku mengejarnya...?

Kini ku sedar!
Dan kini aku berhenti mengejar si rama-rama. Aku tidak mahu hilang arah lagi semata-mata hanya kerana seekor rama-rama. Biarkan ia terbang. Siapa tahu, dalam waktu yang tak terduga, ia akan lelah terbang dan hinggap dibahuku…? Mungkin juga si rama-rama yang ku kejar dahulu bukan rama-rama yang diperuntukkan untukku.