31 August 2015

Confession of a Shopaholic version Cik Bunga

Hi, dear readers,
dah 114 tahun tak buka blog ni. Seriously bukan je bersawang, ada anak T-Rex dah menetas and call me 'mummy' once i open this blog. Huh!

Well, ape cer?
Puasa dan berlalu, Raya pun dah habis licin sebulan. Oh ye, cakap pasal puasa and Raya, sesiapa yang kerja kerajaan, pasti dah bernafas semula sebab dah gaji, kan? Yaaaa..like me. What a disaster 56 days, huh? Syukur sangat, takde la sampai tinggal RM1 dalam wallet, cuma sesak gak la nafas. Tinggal RM50 dalam wallet a day before payday is not a disaster, isn't it? Syukur, tak putus rezeki.

Cik Bunga ada confession nak dibuat! >.<


...version Cik Bunga!


Cakap pasal gaji, Cik Bunga akan gementar setiap kali gaji, Tak senang duduk. Risau macam tunggu masa nak bersalin anak sulung (ecewah). tengok TV tak tenang, makan coklat tak tenang.. Asyik nak tengok Instagram. Ehhh...Cik Bunga ada Instagram, uols. 

kenapa? 

ONLINE SHOPPING!

Gila! Cik Bunga memang bukan kaki jalan, pi Times Square or Pavillion or even Mid Valley. Kalau Cik Bunga berjalan ke sana, rasanyer tak banyak barang Cik Bunga beli. Paling tidak, potpouri from Living Cabin atau scented candle from Hinode. 

tapi, dengan hanya lepak di sofa, handfhone di tangan...Cik Bunga akan hanyut. Gile hanyut. Boleh habis minimum Rm500  just in a...no..in a three or four click. Arghh! 

Tu belum lagi kalau Cik Bunga sedang dalam Mesyuarat Pelaksanaan Majlis bla..bla..bla. Telinga Cik Bunga akan mendengar setiap butiran persiapan majlis, sementara itu jari jemari Cik Bunga akan menari-nari di IG yang jual nice baju kurung or modern dress or...accessory. 

Don't worry. Cik Bunga boleh respond to any question by my boss regarding to the event. Jari and mata di IG, telinga masih boleh mendengar setiap butiran mesyuarat. Effective kan? Hahaha. Di penghujung mesyuarat sebelum ditamatkan dengan tasbih Kafarah dan Sural al-Asr, Cik Bunga telahpun tamat transaction via Maybank2U. Yeaah!

And....that is my problem!

Kenapa problem? Sebab memang problem. Siapa kata shopaholic tak problem, then dia pasti seorang shopaholic. hahaha...

Currently, I'm addicted to Instagram. no more finding things thru FB. Di IG 500% lebih senang nak cari barang. Just hashtag #namabarangyangnakdicari, DONE! boleh compare dengan 1001 seller yang menjual barangan yang sama. Compare harga, i mean.  

Cik Bunga selalunya dah LIKE barang - barang yang Cik Bunga impikan nak beli. selalunya masa belum gaji lah. hehe. So, bila dah gaji, just tengok balik 'Posts You've Liked' and buat keputusan nak beli yang mana dulu. and now, dalam page 'Post You've Liked' IG Cik Bunga ada lebih kurang 50+ items. Wallahhh!

Cik Bunga rasional setiap kali nk beli online nih.....hehe. Tips nya : Tiap kali nak beli, tanya diri sendiri-- Perlu atau Tidak?

Dan setiap kali soalan ni TING! di benak Cik Bunga, jawapannya mestilah PERLU! kalau tak, buat ape LIKE kan? ......and here comes the problems. I keep buying online! 

Perlu ke beli baju baru? --Perlu, untuk next event tempat kerja Cik Bunga.
Perlu ke beli rak baju ni? --Perlu...untuk organize t-shirt Cik Bunga dalam almari. Cik Bunga adalah orang yang sangat berstruktur tinggi, hoccey! 8/10! 
Perlu ke beli casing hp ni..dari China? --Perlu..untuk ganti casing hp Cik Bunga yang dah buruk and moreover, casing Honor 3C ni takde yang cantik kat Malaysia. :)
Perlu ke beli beli tudung-tudung ni..? --Of course perlu, baju yang Cik Bunga beli kat IG tu, belum ada tudung yang sesuai, so...PERLU!

Look! Semua perlu! Kan.... 
One more -- Perlu ke beli wireless mouse ni di online shoppe? -- perlu sebab Cik Bunga malas nak pi kedai komputer and beli mouse ni. so, online shopping is more convenient. ;) 

selain IG, Cik Bunga sangat 'berkawan rapat' dengan LAZADA, ZAWARA, 11Street.com.my, NILE, LELONG.COM, HERMO, GROUPON dan many more. Opps, IKEA takde online so untuk IKEA Cik Bunga suka pi sendiri. Even just beli scented candle. (walaupun mesti akan terbeli carpet la, bantal la, pinggan mangkuk la, langsir la...) Hahaha! 


antara online shoppe yang menjadi kegilaan Cik Bunga. all in one application that you can install via Google Play. ONLINE SHOPPING MALAYSIA.


So, tabiat ni masih belum menemui ubatnya. Dikala post ini ditulis pun, Cik Bunga teringat nak beli blouse yang masih belum keluar dari list 'Posts You've Liked' . 


Warna hitam/kuning, biru or hitam/maroon?.


antara barangan yang di-'tanda' untuk next purchase.

Okey, sekian Confession of a Shopaholic - versionCik Bunga. Sapa - sapa ada tips macam mana nk hilangkan 'demam' ini, sila email ye. 

Oh ya, lupakan tentang tips -- sorok kredit card sebab Cik Bunga HAFAL no CC termasuk CVV belakang kredit kad tu. Lupakan pasal maybank2u? Lagilah tak logik, kan. hahaha..! so, good luck on advising me on these matters. 

Happy shopping, uols! 


..shopping...shopping...

****
p/s : kalau beli barang via Credit Card, Cik Bunga akan pastikan tak lebih dari RM200 sebulan. and make sure, bayar balik amount yang di pinjam on next month plus lebihkan 10%. Yeah..someone teach me that. Wallah.. muah!

p/s (ii) : IG Cik Bunga penuh dengan mem-follow IG Shoppe je, bukan personel sangat pun. Once pernah gila dengan Giveaway Contest. Alhamdulillah, banyak juga rezeki dapat free items... Penuh wall dengan repost dan penuh wall kawan-kawan dengan tagging. Now, dah taubat. Hehe. Takde masa, actually. Tengoklah, lepas Autonomi ni. :)