The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

28 January 2015

Cubaan Facebook menyimpan password akaun!? Whatttt???

Hai! 
Korang pernah terfikir tak, macam mana bila korang masuk Facebook (sebagai contoh) tengok - tengok eh dah ada username tertaip disitu bersama dot-dot-dot password korang? Tinggal nak klik LOG IN je.

Ilmu sihir kah?
Dan korang pun mencari jawapannya.


Well, password ini bukan dicuri dan disimpan oleh Mark Zuckerberg and friends. Tajuk entri konon macam nak tuduh Mark Zuckerberg merancang plot jahat adalah semata - mata untuk menarik traffik ke blog ini dengan bergaya sekali.

Woii! Takda masa laaaa dia (Mark Zuckerberg) nak simpan username dan password korang tu untuk log in akaun korang dan hack status - status meroyan korang pasal ntah-papa-ntah dan langsung-tak-beri-faedah-punya-status-meroyan. And even kalau dia nak sangat hack akaun korang, dia tak perlu username dan password korang. Hello! Dia founder! 


So, jangan tuduh si Mark Zuckerberg yang tak kenal pun korang siapa.


Jawapannya, browser korang sendiri. 


Browser tu apa? Bahasa mudah...sebab Cik Bunga pun tak tahu nk terangkan camne. 

Browser tu ialah program yang korang pakai sekarang untuk melayari Internet. Mozilla, Crome, Internet Explorer. Eih, ada lagi ke yang pakai Internet Explorer?

So, mari kita godek - godek, selain password, apa lagi yang browser korang simpan . 
(keyword : How To Remove Saved Password from Mozilla Firefox)

First - bukak BROWSER korang selalu guna. Cik Bunga pakai Mozilla. 

Klik TOOLS then Options. 



Keluar skrin ni. Klik SECURITY.



Ok. Nampak tak korang ada tick kat Remember passwords for sites tu.
Ok, untick dia! Itu yang pertama.

Nampak kat button yang Cik Bunga tandakan as [2] tu. Cer klik...



Akan keluar skrin memaparkan semua site yang korang pernah buat REMEMBER PASSWORD beserta username sekali. 

So sebab tu bila korang log - in Facebook atau apa - apa akaun yang perlukan username dan pasword, akan siap terus di situ.

Eiii....nampak la username kat sini! Terkejut?

Jangan terkejut lagi. Ce Klik plak SHOW PASSWORDS kat bawah tu. Hah, terpampang password ko Mak Timah oi!



Jangan risau. Jom REMOVE ALL. Atau kalau taknak ALL sebab ada beberapa akaun je nak remembered, yang akaun-akaun lain nak remove, takpe. Leh remove satu persatu.

Nanti kau meroyan pulak tak ingat semua password ko dalam akaun Zalora, Zawara, Lazada, Lamido, Latina Maria Mercedess semua.


Siap? OK.
I mean, klik 'OK' tu.


Done.

Nasihat.
Lain kali, pikir 3,735 kali sebelum pi tekan REMEMBER PASSWORD ok. 

-gambar hiasa carian En Google Perfect 10-
Eh, ke dah takde masalah lagi sebab nanti boleh REMOVE semula?

Suka hati korang lah!

Bai - bai.
Anddd sleep tight.

26 January 2015

Suamiku Encik Perfect 10...sangat!

Hi.
Ye, saya tahu lama bebenor tak menulis. Haha. Maaf, kekangan masa. Siang kerja, malam menjahit. Eh, tengok TV sebenarnya. Niat memang berbondong – bondong nak menulis sikit – sikit lama – lama jadi bukit, tapi… malas? Tak de masa? (alasan). Takde topic best? 
So hari ini ada satu topic macam best dan panas lagi baru keluar dari oven TING! bunyinya.

Last week pi tengok wayang. Suamiku Encik Perfect 10 di AEON Rawang. Tengok ramai bebenor tangkap picture berdiri di banner Aaron Aziz dan Lisa Surihani, gambar tiket wayang, gambar selfie dengan popcorn..eh dengan isteri dan post kat Timeline FB, maka diriku ini pun tidak terkecualilah. Tak posing kat banner sebab segan la plak tersengih – sengih kat banner, tak snap selfie dengan popcorn sebab tak beli popcorn (sebab masa tengok wayang tu LAPAR gile. So popcorn tak mampu menahannya) dan of course tak selfie dengan isteri sebab diri ini belum beristeri lagi. Ha?

So, snap dengan makanan berupa sosej-burger ini.



Happy selepas tengok wayang and makan hotdog.
Bukan nak buat review, tapi nak bincangkan topic ‘siapa sebenarnya suami yang perfect 10’ ini. Wujudkah sampai perfect 10? Kenapa panggil perfect 10? Kenapa bukan 20? 50? 100? Kenapa!?

Mungkin ada yang kata ‘tak wujud’ dan tak kurang ada yang kata ‘suami saya laaaa suami perfect 10!’ Wah, gitu. Oh, maybe baru kahwin 3 bulan. Perfect lagi. Ha, dah kahwin 30 tahun masih perfect? Wahhh..! Sama ada anda bertuah atau anda dah imun dengan kesempurnaan sang suami. Tahniah. 

Perfect itu mungkin berbeza di pandangan mata setiap insan. Ada kata suami putih melepak macam mamat korea tu perfect, ada yang kata yang hitam manis macam Khairy Jamaludin itu lah yang perfect. Ada kata Aaron Aziz adalah suami perfect 10. Atau mungkin Fattah Amin? Bila masa laaa dorang buat survey ni? 

 Aaron Aziz - Fattah Amin Antara Jejaka Perfect 10 Popular?


(IKLAN) Jap..jap..Fattah ni siapa? Dia berlakon cerita apa?

Atau, adakah suami yang peluk isteri (sendiri) sambil buat gaya wink ialah suami perfect?


Atau, suami yang biarkan dirinya menjadi tempat berpaut masa isteri (sendiri) betulkan kasut ialah Encik Perfect 10?



Atau, suami yang suap isteri (sendiri) makan nasi banyak - banyak ialah suami perfect?



Ye, saya letak picture suami peluk isteri sendiri, bukan isteri orang lain supaya tak timbulkan keadaan panas. Yelahh..kan isu hebat di Malaysia sekarang ni. (Ehh) But they are sweet, aren't they?

Pandangan Cik Bunga begini ye.

Sememangnya ciri – ciri seperti beriman beramal soleh, bertanggungjawab, jujur dan amanah, profesioanal, berintergriti, bla..bla..bla…adalah ciri – ciri idaman setiap gugurl diluar sana. Oh, tambah lagi..tinggi, hensem, putih / hitam manis….dan ciri – ciri fizikal yang lainnya juga ditambah untuk menambahkan list perfect 10 yang seakan mustahil.
Cik Bunga nak highlight satu criteria sahaja. HALIM.

Siapa HALIM? Halim Othman? Halim Mat Zaki dari Bahagian Komunikasi Korporat? Halim Agogo? Siapa Halim?

Bukannnnnn!
"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -- Imam al-Ghazali
Ketika isterinya sedang marah, Encik Perfect 10 tidak berlawan siapa lagi tinggi suara. Ketika isterinya sedang marah, Encik Perfect 10 tidak turut sama membaling pinggan mangkuk berperang sesame sendiri. Ketika isterinya sedang marah dan membebel, menjerit, Encik Perfect 10 tidak cepat naik tangan untuk mendiamkan suasana. Encik Perfect 10 haruslah mempunyai daya tahan sabar yang amat tinggi untuk menenangkan si isteri. Menasihati dan memujuk.  

Banyak sebab perempuan marah. Marah sebab anak suka sepahkan rumah. Marah sebab kawan kat pejabat tak ajak lunch sama – sama. Marah sebab tak dapat beli design terbaru tudung Aidijuma yang keluar setiap minggu. Marah sebab pergi IKEA tak dapat parking depan pintu masuk IKEA. Marah sebab ada perempuan lain pakai baju sama corak dengan dia di SOGO, tingkat 2 depan cashier masa nak bayar blouse. Dan marah lagi sebab tadi berebut last piece blouse yang sama. Marah sebab takde sebab. Saja nak marah. Oh, PMS. 
Ya, di sini suami (bakal) suami yang baik a.k.a Encik Perfect 10 tolong aktifkan mood “SABAR” dengan pantas. Rilekskan si isteri. Layan dan nasihat. Lembut. Bukan tengking dengan alasan marah – marah itu tak masuk akal sebab memang masa itu kondisi si isteri dalam keadaan ‘kurang akalnya’. Kembalikan isteri anda ke alam nyata dengan bijak dan HALIM.

Dan isteri – isteri pula, janganlah disebabkan Encik Perfect 10 anda tu penyabar, amboiiiii…. melampau – lampau kau ye Cik Timah! Ambil masa itu untuk berfikir semula “what have I done?” Tetiba terspeaking. 

Isteri - isteri sekalian, kalau pun anda marah dan especially marah pada suami anda yang perfect 10 itu, jangan sampai takleh kawal diri dan pi langgar Audi suami ye. Betapa halimnya suamimu jika dia masih diam dan pi repair kereta tu tanpa melakukan sesuatu yang .... entahlah. 



Wrapped up!
Akak - akak sekalian, beruntunglah anda yang dianugerahkan suami yang penyabar (halim) kerana anugerah itu hanya pinjaman. Jangan sampai ditarik balik anugerah itu, baru terhegeh – hegeh “Aiza tak dapat lupakan Abang Airil. Aiza masih cintakan Abang Airil. Aiza menyesal...” (Isthikarah Cinta, TV3, Isnin – Khamis, 7malam).

Haha. Okbai.
And good night.