The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

21 August 2009

Dia kembali lagi

Bukan pakcik yang duk umumkan Sabtu ni puasa (malam tadi, dia pakai sut baju melayu biru. Cantik. No more marron sofa la..kali ni greyish lak. )

Bukan jugak Jack The Ripper. Bukan Senario The Movie. Bukan Scary Movie 6. Bukan Batman Forever mahupun Transformer dan Harry Porter.

Tapi. Kertas-kertas A4 untuk order kuih raya. Semalam je - 29 Syaaban, aku terima 3-4 sheet form untuk order kuih raya. WAHHH! Meriah! Macam-macam.

Staff ofis ni pun dah jadi agen itu ini.

Persampelan:
*K.Ina agen kurma Yusuf Taiyoob.
*K.Zu sub-agent K.Ina klo ada customer nak beli kurma time K. Ina g meeting.
*Eyra sub-agent kepada sub-agent K. Zu kalau K. Ina and K. Zu dikehendaki gi meeting sambil holding hand together-gether..
*K. Rahayu - kuih raya bermacam corak dan jenis.
*Kikin - kuih/biskut yang ada serunding dalam kulit popia + ikat macam reben. RM17/1 balang, ye?
...list ini akan semakin panjang berjela menjelang tengah Ramadhan...

Iklan - iklan dalam YM pun banyak pasal sape nak order kuih raya. Meriah!

I?
3-4 hari before Raya, baru bertungkus lumus dengan Puan Zaharah di dapur kami. Maka En Mat Said akan bersedia dengan soalan-soalan Puan Zaharah seperti :

Pa, tahun lepas punya acuan yang Papa simpan tu, kat ne?
Pa, buku resepi Mama atas almari tu Papa alihkan ke mana..?
Pa, leh tolong hidupkan api oven ni?
Pa, tolong beli marjerin. Abis. Jenama bla..bla..bla... Klo tak de, beli yang bla..bla..bla...
...dan banyak lagi...

Last but not least.

Pa, kejutkan Kaklong tu. Tertidur plak dia tepi oven tu.







JeritanDalamHati - Jauhkan diri daripada Tasya and Pia. Dorang suke makan aiskrim 50sen di waktu tengahari.

20 August 2009

Nothing to say even I post something here.

Mula-mula, ada satu benda nak post, then tetiba..blank. Maka hasilnya seperti dibawah!


Sekian, terima kasih.


*YM status hari ni, hampir 56% yang online dok say something about Ramadhan. Me too...it sound like this. "La, ape yang sume orang kecoh pasal Ramadhan nak tiba ni?" And the replies jump into my windows? A lots!! Heeheehee..!

19 August 2009

Pakcik tu akan muncul lagi Khamis malam ni!

Tengok anak bulan on 20th. Might be 21st or 22nd kita akan berpuasa. Pakcik penyimpan mohor-mohor besar akan kembali ke sofa one-seat baldu warna maroon dengan suit lengkap dan mengumumkannya.

Bile pakcik-di-sofa itu akan sampaikan berita pada seluruh rakyat Malaysia dalam situation lain? Contohnya live lepas pak-pak imam and alim ulama' tengok kemunculan anak bulan? Wahh..sangat teruja. No more sofa-sofa la, uncle! Dah 25 tahun I tengok u dok kat sofa tu..hurmmm!

Aleh!
Klo puasa Jumaat, meaning first sahur aku dengan Cik Dewi and Cik Liza. Hah..first time di rumah sewa baru. Rindu banget dengan dak-dak umah sewa lama di taman U. Betapa liatnye budak kecik (Hajar) tu nak bangkit dan betapa rajinnyer Si Wan Liza jerang air nak buat nestum + panaskan lauk. Bukak TV3, tetiba ada cerita melayu.

Klo puasa Sabtu, maka Jumaat after work I'll shoot Rawang. Maka, dapatla kembali melihat adegan-adegan setahun sekali. Kejut Abby dari tido will be the challenges one. Kejutkan Aty wud be the excited one. Anol pulak yang akan kejutkan aku! Wahahaha!

-Abby-

Hik! Sahur kali ni kekurangan Bella and Amin. Waaaaa!
Just aku, mama, papa, anol, aty and Abby?

Rasa2, Qayyum and Pia anak jiran umah depan a.k.a cucu angkat mama akan merangkak ke rumah kitorang tak? The more the merrier, rite? Huaaaa!!!


-Pia-

Then, take turn baca doa puasa. Starting by me. Me Kaklong maaa...

Bazaar ramadhan. Family Pak Said (nama papa I ye..) akan gegarkan pasar ramadhan lagi.

Akan muncullah kuih version tak berapa dengar soalan.

Customer: Pakcik, kuih ni inti ape?
(So customer tunjukkan pada badak berendam)

Papa, tak tengok langsung kuih ape yang ditunjuk.
Jawab mesti confident.

Papa: Nasik lemak!
(Papa ingat dia tanya "Ni nasik ape?")

Customer tersipu2. Aku dah pecah perut! (Cerita ini tergantung disini. Aku dah terkekek!)

Haip!
Badak berendam selalu inti ape klo bukan kelapa ye? Saja je customer tu tnya soalan bukan-bukan pada papa!

Okey!
Damn I miss those moment!



Tengok tv Khamis malam ni ye. Pakcik tu akan muncul lagi.

Berikan tajuk untuk entri ini.



Okey tuan-tuan dan puan-puan, topik kita pada hari ini adalah 'Konsep'. Bukan 'Konsert' tapi ' konsep'!

Konsep? What the ... ? Klik sini untuk faham.


Ada 2 konsep aku nak post disini. Masa meeting, aku terfikir 2 perkara ni. Okey..Okey.. main agenda meeting dah setengah jam berakhir, so di zone 'Hal-hal lain', aku hilang sebentar di tengah-tengah topik mereka.


Part one.
Pernah dengar tak mak korang berbahasa pasar menuturkan dialog begini:
" jangan nak dok bear-ger benda tu.."

Aku confius camne nak eja word bear-ger tu. Salah tulis suku kata, takut dibaca burger. So, suku pertama 'bear' (beruang in English) and suku kedua macam suku kata kedua korang sebut 'burger'. Ger.

Bear + ger. Ngerti?
Pengertian pasar aku ialah edit, touch-up, modified.
Yup...modified! That's the word!

Done with the way U all nak sebut. Dan pengertian. Maksud.

Part two.

Ada 2 jenis bear-ger yang mungkin sama tapi tak serupa.

Satu, bear-ger @ modified baju kurung. Paling anti tahap benci sampai aku takkan lagi bagi kain 4 meter kepada the same tailor. Sekali je aku bagi, tapi lepas pakai di badan and aku rasa tak sedap sana-sini, terlebih atau terkurang seinci dari ukuran or sample baju yang aku suh dia buat, aku takkan pergi kat tailor tu and kata:

'Acik, tolong bear-ger part ni...bla..bla..bla..'

Pernah jugak aku try sejukkan hati bagi second chance untuk itu makcik modified sikit, tapi klo still aku tak puas hati gak, makanya ape akan jadi pada baju kurung itu?

a. Gantung je memenuhkan almari
b. Bagi adik. Adik sapu je ape aku bagi.
c. Hadiahkan pada jiran sebelah yang sama saiz badan. Normally anak jiran yang form 3 tu.

Well, sebenarnya, aku takkan puas hati walaupun dia dah betulkan part yang aku tunjuk. Sekali aku tak suke, it'll remain.

Ok. Done with the 'hate' part.

Situasi di bawah is 'love' part.
Bear-ger rumah pulak. Rumah asal / sedia ada di bear-ger(2x)... I mean di tambah menjadi besar. Besarkan belakang, jadikan dapur, renovate dari 3 bilik jadi 5 bilik, dua tingkat jadi 3 tingkat (ada ke?) or tambah ruang depan and besarkan ruang tamu.

Part ni aku boleh terima sebab it make situation become better for all.

Okey. So, ape motif post kali ni.

First - ada benda yang kita boleh bear-ger @ modified untuk jadikannya better tapi bukan dalam kes baju kurung. Ada orang suka or tak kisah pun even kne ulang-alik ke tailor yang sama dekat 8 kali, tapi aku...sori. Sekali je. So, makcik di kawasan umah aku a.k.a kawan mama...sori. Baju kebaya tu takkan termasuk dalam list baju raya tahun 2009.

Macam mana lak kalau benda yang nak dibear-ger tu bukan milik kita. Wah, ini sudah melampau, kan? Ko sapa nak bear-ger sana-sini?

Nak bear-ger pun, nak modified pun...berpada-pada la. Jangan nyusahkan orang lain, boleh?

Love;

JeritDalamHatiJe : MySweetDamnWish - I'll put u in a canoe in the middle of Atlantic without a pedal. How is that? good for you, hah?

17 August 2009

konvokesyen...oh konvokesyen! (Part II)

- Sesi Pertama Istiadat Konvokesyen -


Ape cerita?


- Tun Abdullah @ UPSI
Nothing much la I nak storykan kat sini. Just our mantan Prime Minister dianugerahkan Ijazah Kehormat pada 11 Ogos 2009.


Menunggu a pack of his group tiba di Bangunan Suluh Budiman. Penuh la cameraman, catering man, penyambut tetamu man and AJK-AJK yang lain. So sweet of Tun Jeanne.


There! Seriously….nothing much about this part!



- Sidang Konvo tak menjadi buat Rif

Hahaha. Sesi pertama muka setiap urusetia dah pucat bile Cik Qariah berjalan ke meja qari untuk mengalunkan irama surah Iqra sebelum DYMM Tuanku Bainun masuk berarak ke dewan. Kemudian, di akhir sesi 1, debaran yang sama berulang kembali.


(Muzik Funfare….!)

En Bentara tiba-tiba berjalan segak menuruni tangga, menuju ke rostrum cokmar dan bow. Muzik lagu Negaraku berkumandang maka beliau mengadap la Tuanku, menyanyikan lagu Negaraku dan Suluh Budiman. *Ini bukan protocol biasa. Amaran manja buat TokLie, jangan pandang belakang sebab En Bentara cuak lalu spontan terus bergerak tanpa menunggu que sepatutnye. Babap nanti..!


Diluar, semua mata mulai memandang Rif. Rif menggeleng-geleng kepala!


Masih belum tamat kerana pada sesi 2 pulak, sekali lagi Rif mengeleng-gelengkan kepala (semakin laju) kerana di saat Qari mula ingin mengalunkan irama Iqra, En Qari sempat berbisik pada urusetia (Perhatian: kejadian ini adalah siaran langsung di atas pentas)


“Al-Quran mana?"


Bayangkan:

Qari berbisik pada Mi * Mi call Rif * Rif garu kepala. | Pada masa yang sama : Adib lari ke arah aku “Quran mana?” * Aku berpaling pada K.Ina “Kite ke kne jawab Quran mana? * K.Ina berbisik pada FM * FM pegang kepala sendiri “Ustaz pasti hafal surah tu!” Sambil mengintai dari celah pintu utama. Debar!


"Bismillah…."

En Qari seorang tahfiz. Bergema la bacaan surah dengan bantuan PTPTM memancarkan ayat di layar putih.


Rif tetap menjadi tumpuan. Seminggu pasti kejadian Quran dimana menjadi sebutan.


Esoknya, dua buah Quran tersedia. Jangan ada yang bertanya lagi. Rif sensitip. Hepp..hepp!


Sekali lagi En Bentara salah duk kerusi. Malas nak cerita, sebab berkait dengan ramai pihak. Huh!

Rif tekad nak kerja di Jabatan Kastam. Hahaha!


Hari ketiga. Hujan tiba-tiba. Ada yang bertanya. Hujan ni…ada kene mengena ke dengan Rif?

Jawapan melalui walkie talkie bergema seantero UPSI. Bukan-bukan, Rif ada kne mengena ke dengan hujan ni..?


Sidang kali ni, memang bukan untuk Rifaie. Pasti dia debar menunggu post-mortem!



- Tragedy 'rampasan kuasa' depan mata K.Ina

Tak tahu la nk cerita camne. Kelakar ada. Geram pun ada. Bayangkan. U all dah siapkan kek cantik2..hias lawa…tapi bile time nak present kat juri, ini hamba Allah ni sibuk nak tolak trolley kek tu and present pada juri. Masa u all berhempas pulas dengan ingredient tu, manusia ni tak pulak tunjuk muka. Okey. Dah abis bayang? Sekian, terima kasih.



- Tragedy 'no-more-walkie-talkie' for him!

Abis kes di atas, esoknye kami dapati dia tidak lagi memiliki walkie talkie. Sebab dia suka ulang penyataan insan A kepada Insan B. Dia menjadi perantara. Mcm la insan A tak dengar ape yang Insan B cakap.


Backup singer. Burung belatuk. Ok..ape kne mengena burung belatuk dalam kes ini. Lupakan je la.



- Hantu Raya pun nak jadi AJK Konvokesyen

Masa kecik-kecik dulu, pernah dengar mama cerita pasal Hantu Raya. Menyerupai tuannya. Ada yang terjumpa si hantu di kebun, tapi balik ke rumah entity asal ada duk di umah, baca suratkhabar.

Kejadian sama berulang kembali.


Cuma kali ni, kami tak dapat bezakan mana hantunya dan mana entity asalnya. Dia berada di mana-mana. SITC, BSB, di tengah-tengah simpang jalan mahupun di electronic board. Sesekali ternampak wajahnye sekali imbas di layar putih.


Belum lagi kami check kalu-kalu dia turut berada di post guard Selatan mahupun di Kareem Corner?

Dia sangat ‘comitted’ ingin menjadi AJK Konvokesyen kali ini. Bukankan dia lebih sepatutnya berada di tapak pesta?


Ada yang mencetus idea. Di bilik jubah.

“Lain kali, kalau jumpe dia, tanya la… “Salam. En ni En ***** ke?” Kalau dia jawab iye, mean betullah. Kalau dia terus berlalu pergi, maka sila ambil paku dan paku lehernye. Eh..tengkuknye!


Ps: Tuan Bendahari, jangan geram-geram. Sidang 2010 kite buat system catu makanan. Or password. Sape salah password, takleh makan! Hahaha!



- Faizal Tahir oh Faizal Tahir! (Sini)

Dari kerusi VIP kami, si Faizal Tahir (FT) ini sangat la kecik comey lote je.

To Kak Tini : Kami pun bengang bile dia katakan tak tahu dimana UPSI. Mungkin dia sangat komited study sampai tak tahu UPSI di Tg Malim. Kalaulah sampai kasut ini dibaling dari kerusi VIP kami, pasti dah singgah kasut ini di kakinya. Huh..jangan bagi dia cek!


Hurm...adakah si FT sangat sukakan Dafi & Stacy ?

Yang pasti, FT 'teringin' nak jadi pensyarah di UPSI. Kalaulah betul, mampukah dia ingat yang UPSI di Tg Malim, bukan di KL?


Dia hanya nyanyi 3 lagu penuh + 1 lagu separuh. Lagi separuh diduetkan bsama peserta @ student UPSI.

Huh..kami nak dengar U nyanyi. Bukan bebel!


Ps: Cuba kira, dalam lagu Azura nyanyian Jamal Abdillah, berapa kali perkataan ‘azura’ disebut2. Every paragraph! That’s make me feel annoyed each time I heard tis song. Huhuhu. Especially at the end of the song. Meremang!


Lain-lain.

- Mimpi En Floor Manager.

Okey. En FM mimpikan aku? Hah..! Ulang lagi ye. En FM mimpikan aku? Weirdo!

Okey fine. Dia bebas untuk mimpikan sesape sahaja. Naik moto + ular sawa.

Mari buka Buku 1001 Tafsir Mimpi. Dalam kotak purple, bawah katil.


Angkat tangan. Soalan.

OK. Ape tanda yang Prof Zakaria Ali akan buka blog aku?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thanks sebab menbaca cerita tak seberapa ni.

Buat Feizal Rempah yg tak sabar-sabar tgu I post. Hambek kau!


Semoga berjumpa lagi di sidang akan datang (kalau tiada sebarang rombakan berlaku)


Banyak lagi gambar kat cameraman yg lebih bertauliah. Lantikan tetap. Bukan seperti aku.

Hahaha!



Tingginyer si tiang bendera.

Team AJK dan Floor Manager. Berbincang pra-post mortem.
Kelihatan kotak2 air bergelimpangan.


Team Jubah.


Gambar tanpa Feizal.
Gambar sebelum Ed meminta izin ingin ke pasar.
Hari terakhir.
(Ed, ko ikat kontrak dgn kitorang sampai pencen tau. Heehee!)

Rif jahat. Aku belum masuk frame!

Hah..akhirnyer. Itu aku. Ini kami!


Picture ngada-ngada. Nak post gak!

Abaikan ketiadan -even- an picture yang terkesan di mata kasar.
Jurugambar amatur.

Thanks!

Love;

12 August 2009

konvokesyen...oh konvokesyen!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Nak post gak walaupun dalam havoc2 cum penat2 cum sibuk2 and nyampah2 ni. Tapi..tapi..tapi (nada berirama ye..) cerita-ceriti lebih detail nnt I post.

Penat la nak perah otah pecah kepala utk draft karangan.

So, tunggu je la next entri. Ada macam2 cerite, such as -

- Tun Abdullah @ UPSI (Sini..! Sini..!)
- Sidang Konvo tak menjadi buat Rif
- Tragedy 'rampasan kuasa' depan mata K.Ina
- Tragedy 'no-more-walkie-talkie' for him!
- Hantu Raya pun nak jadi AJK Konvokesyen
- Faizal Tahir oh Faizal Tahir! (Sini)

dan macam-macam lagi! Hahaha!

I bz nyah!

10 August 2009

Nasihat Tok Mi buat diri dan teman-teman...


Blog hopping lagi. Semoga empunya blog meng'halal'kan aku mencuri perenggan terakhir entri terbarunyer yang bertajuk "Manusia Dan Hati":

......

To all, nasihat Tok Mi....walau setinggi mana kamu berada, jangan lupa memandang ke bawah dan sekeliling kita. Pangkat tidak boleh dibawa mati. Bila kita mati, kita akan keseorangan, so masa kita hidup ini lah gunakan sebaiknya untuk menyambung silaturrahim sesama insan.. Gred 41 or 44 or 48 or 52 or 54 or JUSA will NOT bring you to your grave!. Setakat menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan belum lagi boleh membuatkan kita hebat. Kita adalah insan yang digelar manusia yang dijadikan dari segumpal tanah, yang ditiupkan roh ke dalamnya, menjadi manusia dengan diberi seketul daging dipanggil HATI. Gunalah HATI kita dengan betul, insyaAllah kita akan disayangi oleh setiap insan yang kita dampingi. Biarlah 'pemergian kita diingati, jangan pemergian kita dinanti.

Salam sayang

Tok Mi

Sekadar ingatan.

More Personality Test

What Should You Be When You Grow Up?

You Should Be a Politician


Confident, assertive, and dedicated - you know what you want in life and how to get it.

Stubborn and opinionated, you can stand your ground... even if it's unpopular.
And while you have strong views, you never overwhelm people with your opinions.
A true charmer, you subtly influence people into seeing things your way.

You do best when you:

- Work according to your own rules
- Can change the world with what you do

You would also be a good lawyer or talk show host.

My Comment: Aku..politician? Hahahaa! Neyhh...bukan la fave field aku. Instead..aku tak faham pun any single thing about pollitics. Huhuhu...


What's Your Birthday's Wisdom?

Your Birthday's Wisdom is Individuality
Life has required you to go your own way and do your own thing.
You've been taught to rely on yourself. You don't feel comfortable relying on others.

You are highly motivated and aggressive. You have no problem getting things done and getting what you want.

You feel like you have to look out for yourself, because no one else is.

My Comment - Huh..betul. Senang! Tak payah nak pening-pening kepala fikirkan ape pulak orang lain nak. Geegeegeee-

08 August 2009

mari bergelak ketawa


Komen - bodoh! Dua-dua sengal!




Komen aku (sambil gelak nk menitis air mata) - Hahahaha! Konon-konon baik sangat la tu! Kantoi!
Hepp! Hepp! Please think positive or else..learn how to think positive by clicking here.



KOmen - Hip! Hip! Hooray! Teringat pada seorang kawan yang asyik 'feel good'. hahahah! What is +ve attitude? Click here.


Okey...bye! Sorry la klo ada video-klip di atas yang mengganggu fikiran korang! Think positive.
Babab nanti!

Buat kita yang dewasa




Blog hopping. Terjumpe 1 clipvideo yang buat aku mengecikkan mata and berteleku sebentar. Maknanyer, ia menarik perhatian aku la. Dalam semint-dua jugak la aku dok melihat video klip ni.

Comel?
Cute..?

Bukan le.

It's wordless.

Menyedarkan barangkali.

Buat yang masih tidak sedar. Berjalan megah bongkak dan pelupa mendongak langit tanpa mahu memandang sedikit rendah ke bawah melihat siapa yang mengekori.

Enjoy watching huh..