The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

26 March 2010

Futsal BSM & Governan.

Last minute pencalonan, dapat la 1 team women Futsal from Bhgn Sumber Manusia & Bhgn Governan. Dengan 1 arahan pada Jumaat pada Weena dan Tia, by hook or by crook, saya nak 1 team futsal utk Rumah Ungku Omar. And sebelum jam 5.00ptg, i manage to send out 10's name to pengelola.

Hahaha. Veto yang jahat!

So, aku, Kak ina and Mar menjadi ahli pom-pom tetap sepanjang 2 hari women futsal league berlangsung.


Our team. Sebelum main, kne posing dulu. Wajib.


Walau hujan, berpayung, kami membuktikan yang kami boss anggun dan sentiasa menyokong SUKAN MALAYSIA. Chaiyookkkk!

p/s : Kat belakang tu, Sherina sedang mengelak dari terkena 'bola sesat'.


And here..there cheerleader a.k.a pom-pom gurl a.k.a tukang jerit kasi semangat a.k.a penyeri gelanggang....

Beraksi 'anggun' di tengah court. Licin oooo...
Boleh main 'ice-skating' ala-ala 'Ice Princess'

Konon ganas...

Walaupun aku bukan player, tapi tetap nak menyibuk dengar Dr Suhaili (coach) memberi sepatah dua kata.
Hahahaha..ayu berkebaya lagi..gitu~

HARI KEDUA

Masih setia turun memberi semangat.. kali ni ada penyokong cilik import dari Malim Prima.

Semangat~ Semangat nak ambil gambar!!!!

"Okey u all...lain kali defend rapat-rapat..jangan bagi ada ruang untuk angin lalu. Klo angin tak leh lalu, meaning bola pun tak leh lalu. So, akan kene badan korang je"

Kne badan je...????!!!! Hoh...

Go, girls! Walaupun kasut ada yang tercabut tapak, seluar koyak kat part lutut, kaki bengkak kne sepak, perut kene terajang, kepala kena bola... u all tetap cun!

Posing 'kakiku sakit'


Oh ye, semasa perlawanan berlangsung, kami juga ada membuka kaunter "babysitter". Kepada para pemain/penyokong yang tak tahu nak letak anak-anak kat mana, staff BSM ini memang sesuai menjadi pengasuh sementara. Dia pun memang macam budak-budak... =)

Keputusan: Walau pun kami kalah, team kami menang SORAK, JERIT, POSING dan LOMPAT!!!!

24 March 2010

accident?

Berikan maksud "keluarga bahagia" menggunakan bahasa anda sendiri.

Keluarga - kalau ikut perintah am (GO), ibu/bapa, suami/isteri dan anak-anak.
Bahagia - tidak berduka =)

Anak sulung accident kecil, melanggar divider jalan raya sebabkan nak mengelak terjadi pelanggaran dengan kereta bengong yang memotong kiri.
Anak mereka yang 3rd, jatuh dari motor sebab langgar dengan lubang-lubang di jalan raya yang dok berturap 4-5 kali tu. Jatuh berduet dengan adik 4th. Sorang luka siku+lutut+bahu, sorang lagi luka (sikit je) kat buku lali.

Apa keluarga bahagia buat?
A) Risau..sangat risau. Rasanyer macam dunia ni akan berakhir...ohhh..~
B) Tak percaya! Takkan lah! Kata TIDAKKKK!!!
C) Pitam sekejap. Bangun balik...pitam semula...


Mari kita tanya ahli keluarga berkenaan:


First, anak lelaki saya call... "Mama, tadi Abby jatuh motor...- Tak sempat dia abis cakap, saya dah nangis. Nasib baik dia kata dia OK. Lega (walaupun dalam hati tak senang jugak sampailah dia kat depan mata saya"

Then, esoknya si kakaknya pulak sampai depan umah sambil jerit "mama, tadi kaklong accident! Bla..bla..bla.. Tapi bila tengok dia OK je (cume kereta je calar sikit, saya buat do-no je la. Lain kali bawak kereta tu, laju-laju lagi. 240km/sj ke..).."

Warning :
Korang kalau accident ke hape ke,
jangan bagitahu melalui fhone call.
Mama luruh jantung.
Esp kalau korang takde ape-ape injured...


"Ala, jatuh motor je. Tapi yang paling sadis sekali, bila Abby balik je umah, benda pertama Papa buat ialah tengok motor. Ada rosak ke, calar ke patah ke... Huh, tangan, bahu & lutut Abby yang calar balar ni dia macam tak nampak je...."

Gambar kecederaan di bahu dan lengan je boleh dipaparkan . Yang kat lutut, bahaya. Boleh buat sakit jantung..! Ngeri!!

masa saya jatuh tu, saya sempat berikan pose senyum yang hensem macam ni la. 2 saat lepas tu, baru saya jatuh...cium jalan tar. Bau tar la.. Adik saya (amin) yang membonceng di belakang dah melompat dulu...menyelamatkan diri.

Amin sempat lompat bila rasa macam Abby nak melayang cium tar tu. Ada luka jugak tau! Sikit je la..kat buku lali...
Yaa..masa saya lompat tu, memang rambut saya jadi macam ni. Effect angin, namanya!

Kami PRO. Jatuh motor tu, standard la. Ni, malam tu jugak kami pi beli helicopter control.

RM250 - aku boleh beli handbag tau dengan RM250 ni! Beli helicopter mainan...huh!

Aku? Lepas accident, macam takde mood nak siram pokok bunga, terus layan cerita Korea yang berlambak-lambak ni. Kereta...? Masih tercalar.

19 March 2010

Handphone baru...ooohh handphone baru - ZMY

Akhirnya, amarah Zarina Mohd Yaacob (ZMY) dah tak tertahan. Walaupun bercuti hari Jumaat ni, tapi disebabkan handphone pinknya buat hal...jammed suke-suke hati, off masa Tuan Penceramah tengah on-line, message received selepas 3 hari si sender hantar...akhirnya dia ajak gak aku gi tukar handphone nya.

Dengan nota kaki : Zura, ko bgtw Anis Azlira Ali (AAA), Kak Ina tukar hp RM1400++ (bukan harga sebenar).

Tak jauh pun kami pergi..Pekan Tg Malim je. Dan tauke hp tu sangat 'peramah'. Pelbagai aksi spontan dia lakonkan depan Kak Ina dan aku. Paling best, bila aku cakap "Ini handphone lama, simpan utk baling anjing @ orang gila (waktu-waktu kecemasan). Baling tauke ni pun OK gak, sebab dia taknak bagi Kak Ina handphone ni murah-murah...
Inilah tauke yang sangat peramah tu.

" Aiyakkkk..bahaya la ini
dua orang perempuan!.
."

kata tauke tu...


kak Ina menjeling tajam setelah membayar RM1400++ di tengah-tengah bulan sebelum gaji ni.



Muka tensen kne kuar duit Tabung Haji beli hp!

This is it! RM1400++. Macam-macam application termasuklah ala-ala handphone Inspector Gadget. Hope Kak Ina berjaya menggunakan semua application tu selain yang wajib tahu - Contact & Messaging. Plus - Alarm Clock.

Sign 'agreement'. Kalau hp baru ni rosak lagi, aku bakar kedai ni sekali dengan tauke-tauke tu jugak! Zura saksi...

Jangan scroll.. Jangan scroll.. Jangan scroll..

Gambar mesra-mesra Kak Ina vs Tauke. Pembeli vs Penjual. Bagi duit vs Terima duit.


Okey Kak Ina, cayalah!

Ingatan manje2 saya kpd Kak Ina. "Handphone jenis flip, then kite flip.
Tapi handphone jenis slide, kena slide.
Jangan kepakkan dia. nanti patah, kne ganti RM600++."

Azura akan ketawa terbahak-bahak!

18 March 2010

banner mencuri hati...

Okey, its not about BANNER - BAGAIMANA MENCURI HATI. Juga bukan banner yang tertulis COME< WE ALL MENCURI HATI. Bukan..tidak sama sekali. It just, masa aku tengah belayar-layar di Internet, masuk plak web my own tempat kerja...tup-tup ternampak beberapa iklan yang mencuri hati. (akhirnya, ayat mencuri hati tu muncul pun)

This one i print-screen from my UPSI's web. Ada sesape berminat? Sila mohon. Bukan tanya direct pada saya. Even saya HR Department, tugas saya adalah paksa orang pergi training. PAKSA ORANG PERGI TRAINING. Hoh, word yang paling aku tak tahan dengan sorang mamat ni. Ingat aku ni ape, main tarik telinga dia suh jugak pergi training? Hello...it's by application U apply, i approve. U taknak pergi, u tanggung sendiri at the end of the year. PAKSA ORANG PERGI TRAINING??!! Hoh!

Opss..jauh tersasar dari banner yang dimaksudkan.

So, people...sila apply kalau berminat. Jangan kata I paksa u all apply kerja di UPSI pulak. Nanti i paksa u jadi penyangkut blazer !


Gosh! Dah lama tak gi Pesta Buku. last time aku tak dapat gi. So, (tadah tangan)... harap-harap la minggu ni or minggu depan aku sempat gi Pesta Buku ni...ameen.. (raup tangan kat muka)

So, 26 i akan try pujuk boss untuk approve i cuti. Tengok Alice in the Wonderland + gi Pesta Buku. Erm..payday!

So, then. Chiow!

17 March 2010

Berjalan lagi di Kota Melaka.

Sesekali, di tengah-tengah bulan yang sangat sibut (esp bila u are attached as Urusetia Konvokesyen), aku berpeluang berjalan berlibur di Kota Melaka.

Tujuan asal adalah menghadiri majlis perkhawinan di Alor Gajah, kemudian.... habis acara formal, sopan dan penuh berkat, kami bertukar! Kecuali si Dewi yang baru tersedar dalam begnya hanya ada t-shirt sahaja. Seluar tertinggal di Kota Tg Malim. Hahahaha! Gasakla ko Dewi, berbaju kurung. Sangat anggun gitu..

Melaka, last time pergi masa lepas kenduri kawen Shahnawan kat Johor. Dengan team BBA UPM. Kali ni dengan team Dewi - SMK Teknik Bukit Piatu.

Terkenang sekejap waktu belajar di Matrikulasi Melaka. Bagaimana aku gamble outing balik umah walaupun bukan time girls punya outing. Masa nak lapor diri masuk ke dalam kolej balik, boleh menyusup antara parent2 yang nak hantar anak. Nakal yg masih boleh diterima akal... Dan bagaimana team groundfloor telah menyebabkan the whole block bergelap sebab sikap degil kami melalak tengah malam dan menaikkan minyak warden blok. Dan kami tetap menang di Malam Bakat dengan lakonan kami imitate lenggok badan dan gaya pensyarah-pensyarah accounting kami semua. Looks like annoying, tapi rating undian kami lebih tinggi dari team yang menyanyi nasyid.

back to lawatan ke Melaka. suapan terakhir cendol kacang yang sedap, hujan renyai. So, rombongan beralih ke Dataran Pahlawan. Singgah di depan Kota A'Famosa berkira-kira nak mendaki tangga tu atau tak. Cukuplah bergambar dengan meriam. Hahaha!

Bertolak pulang ke Tg Malim kul 11 malam. Sampai kul 2pagi, terus tido! So, cukuplah 10jam di Melaka. Oppss, sempat membeli sepasang kasut untuk istiadat konvokesyen di Red Modani..!

Thanks to Dewi sebab upload picture2 ni di Facebook.
p/s : I memang co-pilot yang cemerlang. 2nd driver yang gemilang.


Pose wajib di pelamin bersama pengantin.

Mereka sibuk bersalam berlaga pipi, aku seronok bergambar.

Aku tak tahu di mana mereka, tapi aku dah sampai masuk dalam kebun sawit dah ni. Masih gembira berposing.

terpesona dengan bangunan2 ni. Cantik...!

Yeay....Welcome To Melaka.

Ok. Go straight - Bandar Hilir.

Pose setelah menghabiskan bermangkuk2 cendol pulut, cendol kacang, cendol campur. Uncle cendol jadi photographer amatur. Cayalah!

Kami sedang bagi sorang pakcik tu HOT. Adake dia nak charge kami RM1 sebab nak bergambar dengan beca dia. terus kami pergi bergambar FREE dengan beca lain. DEPAN2 PAKCIK POYO TU. Hahahaha. Padan muka!

Cukuplah di bawah ni je. Tak larat i tau nk daki tangga tu. huhuhu. Kat meriam ni pun OK ape...? heheheh!

Kalau roboh kota melaka, kami Girls Power akan dirikan.. Dont worry!!

12 March 2010

Bila sebut tentang Rempah..

...akan terbayang rempah, kan?



Suka makanan berempah? hehehehe... rempah ratus. maksudnya beratus-ratus jenis rempah.

Satu jenis kategori rempah adalah REMPAH yang akan hot bila dia baca entri aku ni.
Mungkin terlalu banyak ingredient rempah.

Dia cabar aku tulis pasal 'rempah' untuk entri baru. Sebenarnya, dia yang NAK sangat masuk blog aku ni, so..saja la cabar aku. Well, untuk memenuhi permintaan dia, aku masukkan dulu intro.

Tapi apa kne mengena dia dan rempah?
Haaa...sapa ada idea untuk menjawab soalan diatas? Hadiahnya, MINUM PETANG BERSAMA AZURA DI MEDAN KUL 6.30 PETANG. Medan Selera di Tg Malim. I takde masa nk pergi Medan, Indonesia. Hehehehe. Oppsss, REMPAH dilarang keras untuk menyertai pertandingan di atas. Jangan buka pekung di dada.



.."BELACAN KO!"..
~ayat pertama yang akan keluar dari mulut dia!

04 March 2010

Tips 'alasan datang office lewat'

Anda seorang yang bergelar BOSS? Bukan duta jenama HUGO BOSS tapi anda dilantik sebagai ketua dalam satu struktur dengan beberapa kuasa yag diberikan. Hahahaha.. sangat skema definisi 'boss' aku create sendiri. Well, menggunakan ayat sendiri untuk menerangkan sesuatu perkataan amat dipuji. Extra marks. Good girl..

Salah satu perkara yang akan anda hadapi adalah berdepan dengan reason yang staff anda berikan jika dia terlewat masuk ofis. Hello... kalau korang yang 'boss' pun lewat, u all kene menjawab and reason why to somebody, at least, kan?

And extra credit kepada mereka yang sangat creative mereka reason (if direka, kalau fakta..maka no extra credit. hahaha. boleh?).

Bual-bual kosong dengan kawan-kawan dari agensi lain, bertanyakan alasan-alasan yang selalu kite terima daripada staff yag datang lambat.

Macam-macam!

So, kalau korang terlewat datang / punch in kat ofis, meh sini! Boss yang paling hot (sekarang kan musim panas, of course HOT ok!?) nak beri tips. =)

#1 : Tahap kelewatan antara 30min - 1 jam
Bagitahu boss korang : ...tadi masa nak g ofis, kat simpang empat depan tu korang nampak sorang nenek kne ragut. Beg LV dia diragut budak sekolah. Korang pun terus kejar dia sampai Slim River. Sempat tazkirah tentang dosa meragut dan insyaallah budak tu insaf (sebab nampak air mata bergenangan kat mata budak tu). Lepas pulangkan beg LV tu kat nenek tu, korang terus memecut laju ke ofis. Walaupun sedar korang sure lambat, demi tanggungjawab sosial, korang pasrah.

Boss korang : akan sangat terharu dengan sikap korang. Pasti korang akan dicalonkan sebagai Employee Of The Month. Ala, setakat lewat sikit, mesti boss lupa je.

Tapi jangan : Boss memang dah terserempak dengan korang kat kedai mamak tu. Korang je tak perasan. Mesti boss akan cakap "owh, nenek mamak tu ke yang kne ragut ?" Silap la korang!

#2: Tahap kelewatan masuk 1 jam lebih
Bagitahu boss korang : ...kawasan rumah anda tu keras. Tiap malam dikacau. KAdang-kadang seperti dipukau. Tengok-tengok bila dah pagi korang kat belakang umah la, kat porch kereta la...kadang-kadang, korang sampai kat depan pagar jiran! Tapi...korang gagahkan diri jugak untuk hadir ke ofis demi tangungjawab korang pada negara, bangsa dan negara!

Boss korang : pasti akan terharu dan simpati kat nasib korang. Dia akan nasihatkan anda supaya berhati-hati atau cuba cari rumah baru demi keselamatan korang. Malah, boss pasti akan risaukan korang dan semakin sayang...

Tapi jangan : tibe-tibe boss terus carikan pawang untuk 'bersihkan' rumah korang, pagar dan hape-hape la! Tak pasal-pasal korang yang kne menyamar jadi hantu kat rumah sendiri.

#3 : Tahap lewat gaban la (ye la, malam tadi seronok karaoke hujng minggu, terlajak bangun tengahari...)
Bagitahu boss korang : korang EL...tak payah nak susahkan diri mereka-reka alasan. Abis call, traik selimut...tidur la balik sampai kul 3.00! Esok je la menjawab!

*************************
untuk staff aku, jangan sesekali korang ciplak alasan diatas dan bagi kat aku. Aku suruh lari keliling padang 8 kali pusingan. Hahahaha!

Ada taman dalam hati, ada ribut dalam diri.

Salam semua..
Lama betul tak update dalam blog ni. Bukan lupa, tapi betul-betul takde masa. Dalam kepala ni, memang banyak topik nak diluahkan, tapi sekadar berlegar di fikiran je. Sekadar sempat log ini bloggers, then membaca jika-jika ada yang sudi mencelah di ruangan comment. Hehehe.

Beberapa hari lepas, kawan rapat di Shah Alam mengejutkan dan menyentakkan kepala dengan 1 mesej yang samar-samar maksudnya. yela, jika diri ini membuat kesilapan, mohon ditegur... Akhirnya, dapat jawapan mengapa dikatakan "kalau takde angin, masakan pokok bergoyang?" Lagu pun ada menyatakan..."tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang...". So, aku serahkan pada Si Angin untuk menjawab soalan tu. Bukan taknak jawab, tapi biarlah si pembawa cerita yang jelaskan. Hahaha. So, Diyana.... memandangkan cerita tu dari mulut Erwan, maka kite dah suruh Erwan yang jelaskan. Tu la Erwan, sape suh memandai-mandai cerita itu ini...huhuu. Kite still sayang awak, DNA. Hahaha. (so, ahad ni jadi tau!)

kemudian, belum reda kes 'angin' tu, aku pulak yang dilanda angin. Berkaitan 'api' pulak. Hidup jadi huru hara buat beberapa ketika. Well, dah jelas main api tu bahaya...pi cucuh jari kat api tu knpe kan? mungkin mula-mula tengok api tu cantik..so, langsung tak sedar yg bila api tu besar, mmg membakar diri. heh...parah. Siap pakej dengan lagu yang semakin meruntun hati. Bak kata seorang teman, Trouble can be treatable... mungkin merujuk pada lagu Trouble Is My Friends - Lenka.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


...How i hate the way he make me feel,
and how i try to make him leave..
i try..oo, i try..
-Lenka-

So, esok Jumaat akan lari sekejap dari tugas hakiki di pejabat. Moga-moga semua perancangan dalam kepala untuk esok hari berjalan lancar.
...Facial, sauna.... shoppings....
what ever!...


BTW, membantu anak-anak buah dalam persatuan di tempat kerja, buat warga UPSI, check tis out.



Jika bukan warga UPSI pun, jika berasa berdekatan UPSI pada 16-17 Mac ini, sila lah meramaikan pesta ini. Bawak 1 kampung !