The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

29 May 2009

Tagged denied! Pls try again later...tuut..tuut..tuutt..!






Tagged lagi. Kali ni by Puan Monot ICT.
Dalam banyak2 tagged aku pernah 'kene', ini la tagged yang aku paling FAILED nak buat coz..tajuk dia dah buat aku garu2 siku..alamak!

Your Husband / Boyfriend / Lover

Jadinye disini, aku tak dapat nak melaksanakan peluru tagged yang ditembak kepada aku la..hahaha! Sorry ye Puan Monot. Halakan muncung senapang anda pada insan lain.

Wa tak dapat nk layan la tagged lu kali ni...klo sorang je takpe..leh gak buat tagged ni. Tapi klo dah ramai sangat..cmne? Confius2! Hahaha..joking! - I don't hve husband (ceh..reveal status sendiri.Wakaka) I do have sooooo many...boyfriend which when translated to Malay - kawan lelaki.. and how wud i knew who is my lover since i'm being loved and I do love so many people! Huhuhu! jeng...jeng..jeng..!

27 May 2009

Signboard punyer pasal.

Atas~masa Amin dah dapat bilik~

Baru nak post pic ni dalam blog. Hehehe..
Ni masa aku g anta Amin register masuk MEA Technologies Centre Sdn Bhd, kat Mantin, Negeri 9 on 27th April 2009. Just aku, mama and Abby je ikut..huhu. First time Abby bagi kerjasama utk amek cuti Isnin tu utk hantar Amin. Aku pun amek cuti gak la...
Papa cancel last minute due to some cases kne handle kat Bukit Sentosa. Papa...biasa la. Bukit Sentosa tu 'tak aman' klo Papa takde. Hahahaha!

Ada babak best dalam kereta masa nk cari mana la tempat ni (huhu..ada mmber bagitau.."Mantin..hulu tuuu...!)

Bile dah masuk area Mantin...paling best is Mama asyik tengok advertisement rumah utk dijual kat sepanjang jalan. Aku lak asyik tengok signboard Kolej Lagenda sbb nk g training centre Amin ni sehala dengan Kolej Lagenda.Sebelah-sebelah je. Abby and Amin kat belakang..diam je. Tengok gelagat kaklong and mama depa!

Mama: Besar-besar rumah kat sini Long.

Aku : Erk? ok la tu. Jom kite beli.. (sambil mata cari signboard Kolej Lagenda..)

Mama : Huishhh..RM200K. Standard la..bla..bla...bla... kan Long?

Aku: Ermm.. (tak fokus langsung ape mama cakap...)

Tibe-tibe...

Abby: Eh...!! (kuat lak tu dia 'eh' kat telinga aku! Terkejut aku!)

Aku: Arghh..ko diam. Jgn nak eh-eh. Akak tengah cari signboard Kolej Lagenda ni..

Abby diam.
Dah dalam 5 minit kemudian.

Aku: Mana ni ma..signboard Kolej Lagenda pun dah takde..tadi last kata lagi 1.5 km. Ini dah jauh dah ni...

Mama: Ntah. Mama mmg tak pandang signboard Kolej tu. Mama tengok advertisement umah ni. Besar2. Cantik lak tu!

Abby: Aku malas nk nyampuk kan..tapi sebenarnya ko dah terlepas simpang nk ke tempat Amin ni. Signboard Kolej Lagenda ngan MEA Technologies Centre tu kat belah kiri tadi...!

Aku: Nape tak cakap!??

Abby: Aku cakap 'eh' tadi..ko suh aku diam! ....

Maka aku terpaksa U-turn balik sambil telinga aku panas kne marah dengan adik aku sendiri! Mama dah ketawa. Tu belum lagi Abby dok perli2 and ceritakan kat Papa masa kitorang balik.

"Yang Mama asyik tengok iklan umah, yang Kaklong nak cari signboard Kolej Lagenda yang kecik tu. Signboard besar gile2 tepi jalan tu dia taknak pandang!" - ayat dia!

Sorry la..aku tak sanggup nk publish lagi perbualan kami kat blog ni. Tapi..mmg Abby dapat sekeh aku cukup-cukup2 hari tu!

-Abby-
p/s : Kali kedua aku g dgn Papa. Sbb Papa nk sangat tengok besar mana signboard yang aku terlepas tu! Seriously...mmg besar! Billboard! Sakit perut Papa ketawakan aku! 30 Mei ni...kitorang pergi lagi! Kali ni Papa drive...aku nk merajuk! Hehehe!

26 May 2009

LIVE.LOVE.LAUGH.

Kisah 1:
myspace comments


No commet la. Terserempak dgn wording di atas masa tengah jalan-jalan di alam siber.

Last Sunday, aku test sistem ketahanan / imunisasi diri. Result : As expected - aku dah kebal daripada virus tu. Siap leh ketawa guling-guling lagi. Bile wat post mortem, rupanyer 'virus' tu dah takde. Fuhhh! Thanks to time. So, kesimpulannye, selagi mampu bernafas, just LIVE.LOVE.LAUGH.

Ada sorang kenalan blog aku yg rasanyer tengah diserang virus yang sama menyerang aku 2 tahun lepas... Tiap hari aku ikut perkembangan virus tu..erm setakat ni masih dalam keadaan parah. Well....aku faham. Biar la dulu. Bagi dia sikit je lagi masa, then aku akan offer antibiotik yang pernah aku amek dulu.

Cayalah!
-remind me to someone -

Kisah 2:
Chimaera-rian High Council ada announcement nak wat.
Perbincangan dgn Fadzillah last Sunday, maka ada satu proposal ttg reunion Chimaera akan diadakan 27-Jun-2009 ni. Fadzillah cadang PD...erm!! PD ye...

Before reunion ni, Majlis Tertinggi akan bersidang.

Ahli2 lain akan di inform kemudian + dialu-alukan utk join. Just make sure your handphone are always switch on to receive our info!




Aku terpetik daripada this web sites.

TAURUS: Be eventful.

You're a true blue kind of friend. Your consistent quality of attention fosters trust. The routines and rituals of your relationships establish a strong foundation. Take it to the next level by creating special moments with your friends -- events that that are surprising, memorable and maybe just wacky! Give yourself and your friend something to laugh about as you grow older.

So...asyik kne wat event je la ye. Reunions might be included lor...! Hehehe!

21 May 2009

Reunion BBA UPMKB a.k.a Sahnawan's wedding commitee meet-up~

Entri ni adalah lanjutan daripada entri aku bulan April yg lepas (click here). Bukanla ad-hoc planning. Buat teman2 lain, insyaAllah, kite akn jmpe lagi.

Sahnawan nk edar kad kawen dia..sekali merangkap bincang trip g kenduri dia. Sesiapa yang belom dapat card dia...Sahnawan tetap menjemput anda. (card-here).

Yang meluangkan sepetang bersama-sama on 1st May 2009, thanks a lot for coming!
Miss U all.. Jumpe di kenduri Syah nnt!



Kak Zuna - thanks for the pic!


Sesi dipengerusikan oleh bakal pengantin sendiri - tapi yg lain2 sedap makan dulu.
Lapar beb!


Matching x? Matching x? - tanya aku.
Nangis2 si Fifi nak balik tukar baju sbb taknak sama kaler dengan aku!
Hahaha!


Mesyuarat yg sangat serius!
"Sape nak naik kete Ayu?" Syed buka undi.
Last2, yg nak naik kete aku Kak Zuna+Syed+Fifi+Yan+Azida...ooii!
Ingat aku bawak lori ke sume nk naik Persona aku!
Ini semua Syed punye psl.
Klo tak cite pasal bantal merah aku...tak leh!!)


Dua mamat perasan hensem.
Kiri - bakal pengantin yang gabra nk kawen.
Kanan - Syed yg makin gemoook!
Ape la mamat ni makan hari2 sampai badan naik mcm belon!

Papehal syed, aku tetap sayang ko. Sampai rasa nk cubit2 lengan ko yg best tu! Hahaha!

Makan2. Jgn pedulikkan keadaan sekeliling!
(tukang amek gambar pon tak pedulik dah angel mana picture di-snap! Hahaha)

Akhirnye..abang aku @ pakcik BBA UPMKB ni nak kawen! Chaiyook!

Mesti Kak Zuna n Mizah dah malas nak layan Fifi tu. Bosan je...hahah!

Gambar pon dah senget2. Aku malas nk rotate! Klasik pe mcm ni..kan?
(Tapi...xnmpk scene tayang perut yg dijayakan oleh Syed, Fifi and Jaa...
Pemenang? Sah2 la Fifi. Klo tak..sia2 la panggil Fifi Perut Cute! Hihihi...


Kat Bowling Centre, Mines. X jadi main sbb tak cukup korum.
Sume xnak main!


Alalala...comelnyer wanita2 bertiga ni.
(Ayu, Fifi & K.Zuna)

Mizah yang nak menyelit gak antara kami! Huhuhu...

Opsss..ini adalah scene 18SX.
Tidak sesuai langsung untuk tontonan umum.

Aku tak tahu...siapa fokus sebenar si jurugambar ini?

Malek dah gemok. Gemok ke? Xde la! Sikit la...tang perut! Hahahaha!

Syed dgn lagak penyanyi kelab dangdut! Sesi memecahkan suare!
ala..aku terlindung perut fifi...


Nape Fifi...? Alalalala buchuk2!!
Warming up before sesi karaoke bermula..
Perut Fifi masih tersorok!
(ni la lagak Syed, Fifi & Jaa...)

Buat yg tak datang...best woooo! Hehehe.
-Ucapan khas buat Yan Minah Belukar dan Nuar si Bobo!
Tak lupa buat Azida yang comel...hahaha!

Kah..kah..kah..
Love: Ayu

p/s - Updated info : Yan & Nuar dah mula jeles tgk entri ni!

19 May 2009

Sahnawan's wedding! Johore. 13th June. Jom join rombongan!


NEWS UPDATE: TRIP TO SAHNAWAN'S WEDDING
13 June 2009 (detail : pls click on picture)
Muar. Johore.

Yang akan ikut rombongan Cik Kiah ke Johor (InsyaAllah) ialah :
1 Aku le..penyeri majlis.
2. Kak Zuna (aku baru lantik KZ jadi Bendahari Kewangan! Sila berurusan dgn KZ pasal kewangan! Gileeeerrr!)
3. Yan Minah Belukar (aku nk letak gak nickname ko!)
4. Zida da Booommm!
5. Syedz
6. Fifi Perut Cute
7. Jaa
8. Suhardy
9. Nuar - flight ke semenanjung is on Khamis
10. Malek (bertolak Sabtu)

(yang dibawah ni baru confirmkan sat tadi)
11. Yuniza
12. Aizan
13. Yaa.. **these 3 girls naik 1 kereta)-jmpe kat Serdang!
*klo ada lagi nk masuk nama..pls text me here (Blogger) or click here (Friendster)

Modus Operandi :
* 12th June - Kumpul kat umah Kak Zuna @ Serdang.
Bertolak dalam kul 6 petang.
Sampai dalam kul 9-10malam. Kite g umah yang Syah dah booked utk kite sume.

*13 June - MAKAN TIME. Klo berani..ada scene baling tepung+telur+kicap+kunyit kat pengantin time tengah sanding. AMARAN: Attack pengantin lelaki sahaja!
Amacam? Hahahaha...

Flirty Myspace Comments *Jgn lupe warna tema belah Sahnawan - hitam/putih kelabu. Aku team hitam...wanna join?

17 May 2009

Lagu fav adik aku yang paling tak boleh tahan nk gelak!

Cop2..ada satu lagi lagu yang aku nk publish kat sini. Dah lama tahu..tapi br la ni dapat kesempatan utk publish.

Lagu ni..setiap kali aku balik umah (Rawang)...adik bongsu aku akan nyanyi2 kat tepi telinga aku sampai aku aku terasa nk CEPUK je mulut dia tu. Tapi yang paling best, Adik selalu buat memek muka yang sangat adorable sambil nyanyi lagu ni.

Kisah disebalik lagu ni:- Aku rasa Adik nak bagi kat sorang awek tapi awak tu tengah ada pkwe lain kot. Ambik feel nyanyi kat Kaklong dia dulu! BTW, lagu ni juga adalah ringtone handphone dia. Miss my brother la!

Tajuk: aku pun tak sure..ape sbnarnye tajuk lagu ni!

Enjoy the song. Hahaha!

Halwa telinga di petang Ahad yang sunyi... di ofis!

Ada satu lagu baru yang mencuit2 hati aku untuk dikomen.

Kesian lak dengar 'cerita' lagu ni.

Kesimpulan aku:
Si pakwe ni mungkin dah buat yg terbaik utk si makwe tapi klo dah makwe tu xnak terima dia lagi..nk wat cmne. END OF THE STORY LA! Hish..cari la org lain yang pandai menghargai diri.

Aku suke intro of the song:
Aku mentari tapi tak menghangatkanmu

Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan

*nmpk sangat si makwe MMG X DAPAT NK TERIMA SI PAKWE NI LAGI. ANGKAT KAKI LA OII! sebelum makin pedih jiwa raga ko! Hehehe...

Tapi..catchy gak muzik dia. Aku dapat mp3 ni pun daripada someone yg tetiba jiwang lak... Suke betul dia dengan lagu ni sampaikan aku pun kne dengar lagu ni. Hahaha!


Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yg kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Ermm..my last komen: Sudah2 la tu. Cari yang lain je. Banyak perkara dalam dunia ni leh difikirkan more than fikirkan this type of kekasih!

Part paling tak tahan gelak - ...Ku yakin kau kan berubah!

Uhuk!

p/s : Jgn berangan nk jadi mentari, pelangi, bulan dan bintang..... hurmmm!
Bye Myspace Comments

16 May 2009

Bday buddy!


Pyzam Glitter Text Maker

Kepada beberapa insan yang sambut birthday May ini :

1 Mei - My sister, Eyla.

5 Mei - My Brother, Amin.

13 Mei - Anida and myself...hahaha! *Thanks buat yang tak lupa wish. Dalam Friendster n SMS.

16 Mei - Syedz! thank you syg. U are da best fren of mine. See u on 13rd June. And tak lupa kat Yuniza...Hpy Bestday.

18 Mei - Ida Unit Cuti Belajar, BSM.

21 Mei - Saleha! And kawan lama kat UPM Bintulu (org yg bertanggungjawab atas tagline - Ayu, jgn melintas seperti ayam- tengku @ Buje) Aku tak pernah lupe tagline ni esp time aku nk melintas jalanraya - fobia masih ada..cume dah kurang sket. Aku dah boleh melintas k...fren!

22 Mei - Maizura Unit Tatatertib, BSM.

23 Mei - Cik Monot @ Puan Heikma.... =)

25 Mei - Malek...hepi bday syg. May u get all the best in ur life... =)

Ni je yg terlist. Ramai lagi..mungkin termissplaced.

Apepun.

HAPPY BIRTHDAY !


15 May 2009

Birthday wish from someone .. somewhere!


Hahaha...
Well...dia masih ingat tarikh 13 Mei rupanyer. Erm..klo tak salah perhitungan aku..ini tahun kedua yang di wish birthday aku via email. Tahun lepas ada jugak..(rasanye aku masukkan dalam blog ni jugak) Maknanye...dah 2 tahun kitorang tak berhubung.

Thanks, Nik. *

Mungkin bagi dia takkan ada cara lain lagi untuk berhubung dengan aku dan hanya email la penghubung berita itu pun hanya utk mengucapkan happy birthday. (tapi klo time hari raya..boleh plak dia SMS? Hahahaha)

Dan, aku pun hanya akan berhubung dengan dia melalui email dia (sekurang-kurangnya aku tak terus hilang dia...). Kenapa ini jalan yang dipilih..aku tak tahu. Tak pernah diberitahu. Dan kini aku dah tak nak ambik tahu.

Yang aku tahu (aku doakan...) dia happy sekarang. Dengar cerita....he's with someone now. Alhamdulillah.... Dulu i really think that he is not really ready for it until he is really get what he wanted in his life. Hearing that he is with someone, I'm glad that he has achieved his ambition. Congratz!

Atas: wish dia tahun lepas!

*Pelik. Seluas-luas perkara dunia ini, kami hanya akan berhubung pada 24 Jan (Bday dia) and
13 Mei (Bday aku). Sekurang-kurangnye....aku tahu dia ada di sana. Somewhere.

Thanks again!
Atas: Wish aku pulak kat dia last January.

Dah dua tahun ni baru aku perasan something. I dont drink Milo Ais anymore! Hahahaha... Addicted to Necs plak!

--So, lagu tema utk post ini.
Quiet catchy...


MusicPlaylistRingtones

11 May 2009

2nd part of Personality test

2nd part. meaning ada 3rd..4th..5th part la kot. Klo aku rajin la..hihihi..

Tetiba rasa nak buat lagi personality test. Bukan takde kerje..tapi dah tepu ni. So..nak rest jap.

p/s: Contest karang mengarang kat Blog Kak Anis..cube teka sape pemenangnyer..

Iklan contest tu --> click here!

Result contest tu.... ---> Click here lak!


Personality test yang pertama ; Are u addicted to Internet?

::before aku hit button 'submit', aku dah tahu yg aku bukan addicted to Internet.
Hehehe!


:: Haha..ketawa je bile aku baca part ' You need lots of space to think. If u dont get the space u need, u're like to bite someone's head off...' Gile ganas. Setakat ni even aku marah org pun, belum sampai nak bite someone's head off...setakat 'tumbok kang...cubit kang...& baling kang...gigit kang (2 term yg aku pakai utk team UPM aku..)..biasa la aku pakai! Hahahaha!

*cubit kang - term fav team BBA UPM. Sbb mmg aku akan buat...*

OK! Time ni aku dah bosan dah wat test ni.

Balik la...
bye!

06 May 2009

Tagged by murni

Kne Tagged dgn Murni plak...!

1. Orang luar sana tak kenal kamu. Perjelaskan siapa kamu?

Azura bt Mat Said. Team sekolah panggil Zura. Team UPM panggil Ayu. Team Matrik melaka pun Ayu. Team family belah papa n mama panggil Ayu gak. Team kerja (since kerja kat P&G and UPSI..terus lekat nama Zura plak.

Umor…selagi hayat dikandung badan. Setakat tahun ni 25.

Ape lagi yg org tak tahu?

2. Sikap kamu yang 'mantap'?

Sikap ye.. – aku pemarah, banyak cakap dan speedy. Hah..mantap la tu.

3. Sikap kamu yang sangat jelek?

Cepat marah.

4. Apa gadget yang sentiasa kamu bawak?

Handphone aku.

5. Dah berapa handphone kamu pakai selama nih? Senaraikan brandnye. Jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang? Dah berapa lama?

Err..

Perghh...part ni la ygy buat adik2 and kawan2 rapat naik hangin. Ntah apesal dorang lak naik hangin..padahal hp aku..

Start pakai hp time matrik 2002 – Nokia 3310

Then masa kat Bintulu aku tukar lagi (2003) – Nokia gak. 2100 rasanye.

Masuk UPM Serdang 2004 – aku tukar Sony Ericsson T610 (kot).

And lastly tahun 2008 – Sony Ericsson..gak.Tapi tak tahu la series brpe. Itupun sbb tukar suke sama suke dgn Aty. Klo x..aku masih setia dgn T610 tu.

Malas nk tukar2 hp…kecuali terdesak je.

6. Siapa bestfriend kamu?

Bestfriend – Dulu ada la...tapi sekarang dah takde. Rapat sket mungkin Kak Zuna.

7. Siapa yang kamu sayang selain family?

Kawan2. Orag sekeliling. Pooh!

8. Lagik 10 tahun kamu jadi ape?

Mak budak kot! Hahahaha!

9. Kata2 hikmah yg pernah kamu dengar dan paling kamu suka?

I’m the type of girl who will burst out LAUGHING at something that happened yesterday. Ada kat Friendster aku.

10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?

1 je. Ape la yg dia nak follow..aku tak tahu.

11. Senaraikan follower yg paling kamu suka?(tak kira kuantiti).

Xde.

12. Saya nak tag :

Kak Anis! (aku nk tahu senarai hp dia yg pastinyer berjela2… Hahahaha!)

04 May 2009

KPI bulan Mei.

Hihi..

Pagi tadi meeting..mcm biasa. Lapor melapor.


Part paling best :

Time fikiran melayang entah kemana.


Mangsa :

Diari kerje aku.


Modus Operandi :

Dgn sebatang pen, aku menCONTENG diari kerje aku yg full dgn ... ttg hal kerja la.

Paling banyak jadual kursus, appointment and due date itu ini. Tarikh meeting pun banyak.

Chewah…tetiba lak aku menconteng task yg perlu aku buat (niat di hati nk setelkan HARI INI JUGAK.) Aku pun draf la point2 penting utk aku setelkan, klo bukan HARI INI..at least BULAN INI.


Sila take note ape yg aku plan nk SETELKAN hari ini.

  1. Book tarikh meeting Panel CPD
  2. Book tarikh meeting ahli Lembaga plak
  3. Setelkan hal berkaitan induksi – jadual, lantikan penceramah, memo peserta…
  4. Buku panduan CPD (ini baru disebut dalam meeting)
  5. Tetiba teringat kat Tn Haji Nazri – so aku pun tulis : Bincang kursus ICT dgn Tn Hj Nazri – Book tarikh appointment! Call PA dia..Yani!
  6. Semak Web Latihan – aduiii!
  7. KMK!

Hehe. Berlagak gile nk setelkan sume point2 di atas! Tetiba aku tengok page yg aku dok catat nota2 tu. Apesal page ni cantik je jadual nye. Kosong.


Selak punya selak...hehehheehehe...


Itu page utk bulan JULY. (Memang la kosong lagi.....)


Aku pun terus senyum sorang2.

Dan terus aku fokus balik pada perbincangan meeting bulanan ni.


~Lalalalala...