The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

30 August 2008

Makan2 BSM @ Titiwangsa

28 Ogos 2008.
Bertolak g Titiwangsa kul 6.45pm.dari depan Auditorium. Bising tul dalam bas. Teringat masa darjah 6, lawatan ke Melaka!

Kul 8.00pm sampai. Solat..then main agenda terus bermula..makan! Lagipun, mmg lapar!

First thing I grabbed was NASI. Sbb lapar nasik! Huhu. Dah penuh pinggan tu dgn nasik + ayam..makan2 then baru la grab benda lain. Duduk semeja dengan En Rusley, Kak Ina, Azman LK, Faizall D, Atie Pkhidmatan n husband, Zid and Weena.

Macam2 perangai. Bukan meja kitorang je, meja2 lain pun mcm tu. Malam tu ada 5 meja..mean about 50’s pax la..

Perut dah kenyang…sesi cabutan bertuah lak. Rasanye malam tu yang paling bertuah ialah Unit Perkhidmatan & Pentadbiran coz almost every one in the unit dapat hamper cabutan bertuah. Eh..Eh.. nama AZURA pun ada…pick up by En Rusley!
Erm..start tengah bulan Sept ni, kak Ani akan tranfered to IPS (Blok C) and En Rozdi to JPPHB!

Makan dah..bergambar pun dah..cabutan bertuah pun dah. Kul 10.00pm..balik!
Tak sampai 30minit dalam bas..sunyi sepi bas tu. Sume tido! Aku sedar2 sbb terdengar 1 lagu. Salam Sejahtera kot tajuknyer.. Old song! Lagu fave Along EG yang aku pernah Englishkan sbb Along nk send kat awek dia! Jam kul 11pm. Huargh! Mmg time tidurku!

Ingatkan turun bas leh terus balik…sekali Azman dah bagi hint minum kat Bayan daaa..erm! Melepak la kat Bayan sampai 12.31am! Bayangkan…supposed that time dah lena dibuai mimpi.

Sampai umah, hsemate tak tido lagi. Dorang tengah packing nk g Dinner malam esok. Macam biasa la…I’ll be the supplier utk attire and makeups!

Sampai Kak Yuni sound.."Zura..awak tu dah lepas waktu tido ni…"
Baru la tidur!

18 August 2008

Bunga Api @ Putrajaya

16 Ogos 2008.

Malam 16th tu, g Putrajaya. Jgn tak tahu, 16th tu gak sebenarnye Istiadat Konvokesyen ke10 UPSI. Settle hal konvo kul 5.00 ptg, balik umah rehat-rehat. Dalam kul 6.30 ptg, kitorang bertolak la dari kota metropolitan Tg Malim (name given by Jamal actually…) ke Putrajaya. Okey..kitorang tu merujuk kepada aku, Jamal and Fait. (Kne sebut nama2 org ni, sbb jap2 lagi nak kutuk Fait!) ~ Peace!

Around 8.30pm, sampai la ke Taman Warisan, Ptjy. Dah agak dah, mmg jammed gile! Berpusing mencari parking akhirnya nun di hujung taman Warisan. Dah nak exit dah pun, tapi sebab taknak tawaf 7 kali keliling Taman Warisan, so nak xnak, parking je la.

Singgah masjid putrajaya tu jap.Semayang!

Dipendekkan cerita…Kitorang lepak kat Selera Putra. Mengadap la fastfood corner..Jamal dah lapar dah tu, tp nk kne tgu gak bunga api. Tengok ikan, tengok orang sekeliling, borak2, tinggalkan Fait layan perasaan sorang2 kat tepi fountain tu…dalam kul 9.40pm, tiba-tiba rasa mcm dengar something. Jamal cakap guruh, tapi rasa mcm bukan. Tengok2 belakang bangunan tu, mcm ada cahaya lampu!

Sah! Sah!
Terlindung rupanye! Rasanye ada je bangunan nk kne robohkan malam ni! Fait..yes! Fait! Dia la ni..kata nampak dari park Taman Warisan tu! Tapi rasanya, dia pun tak tahu kot..huhu! Nyaris kne tinggal si Fait ni kat Putrajaya! Tapi, sebab tak sampai hati.. Kalau cukup 40x dia sebut nak kne tinggal, rasanya impian dia akan jadi kenyataan! Hahaha! Just because dia adalah pepandu arah malam tu, kitorang pun takkan nak tinggalkn dia! Hihihi…

Keadaan dah macam bom atom dijatuhkan ke Nagasaki. Bertempiaran la semua pengunjung2 tu lari ke kawasan yang nampak bunga2 api tu! At last, kitorang semua kat atas jalan raya tu. Seb baik nampak..even tak dengar muziknye.

Erm..bentuk2 yang nampak, macam semua sama je..ingatkan ada la bentuk naga ke, Na-Zha ke,Great Wall of China ke… (since malam tu turn China kan..) Tapi, one thing for sure..cantik! Bayangkan bunga api tu atas kepala ni menari-nari…lagi cantik kan!?

Erm..so Jamal, raya ni try la wat pertunjukan bunga api kat kampung macam tu! Haha!

Manusia kat situ, punyala ramai! Yang adult tak payah cerita la..yang parent bawak anak2 pun, ramai! Siap ada yang mengendong baby tengah tido..ni anak yang nak tengok ke, mak ayahnye? kan(Well, takkan baby tu dah pandai request nak parent dia nk g tengok!

At least, bawak la baby-trolley ke. Tapi, takpe la. Hujung2 minggu, esoknye bukan sekolah pun. Cuti semesterkan..? About 30min after, pertunjukan tamat. Time ni fikirkan tuntutan perut yang dah meronta2!

Sekali lagi, khidmat Fait as petunjuk arah amat berguna. Malam tu mmg pakcik ni je yang tunjuk jalan! Makan kat Village View, Bangi.

Aduh! Ini orang nama Fait sangat suka bercakap! Tak pernah lagi jumpe lelaki yang bercakap je kerjanya kecuali Ally Iskandar! Rupanye, ada gak lagi! And.. kat JPPHB UPSI lak tu!!

(Since rasanya Fait takkan view blog aku ni, leh la kutuk dia! Mmg patut pun, sebab malam tu, dia ni…..! Aduh! Start dari depan umah aku lagi dah macam2 lawaknye!)

Kul 12am…kitorang pun bertolak balik ke Tg Malim la. Biarlah dua jurutera tu berborak or berperang manja pun kat depan tu, aku dah ngantuk + kenyang kat belakang! Masa OTW pergi, leh gak layan lawak si Fait, tapi masa balik, biarlah Jamal je yang layan best friend dia tu!

At last, sampai umah kul 1.30pg!

Thanks Jamal..and
thanks Fait!

*Wink!*

17 August 2008

Fenomena kne tindih: Dari pandangan sains!

Kepercayaan ataupun kebenaran?

Just to share… malam tadi buka2 email Yahoo! ni. Kat ofis tak sempat nak bc semua ni. So, tengah tinggal sorang kat umah ni la masanye aku isi masa lapang baca email2 yang dah berlambak ni!

Erm.. sorang mmber send satu email tentang fenomena kne tindih. Menarik! Teringat sekali masa kat Matrikulasi Londang. Esoknye ada exam Account, study la kat bilik Jaja, Kul 3 pagi baru la balik bilik sendiri dengan penatnye. Terus terjun atas katil and tido! Time tu la first time dlm hidup ni, terasa ape yang org kata ‘kne tindih’! Dalam separuh sedar, rasanya nampak Sai masuk bilik, tapi aku tak leh panggil dia. Rasa mcm badan ni nk terangkat dari katil. Beberapa saat gak la berusaha nk gerakkan badan. Then, aku lupa! Esok pagi, mmg Sai ckp nmpk aku lain mcm..tapi dia ingat sbb aku terlalu penat study malam tu.

So, back to the email, betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada… nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Opss..aku dulu takde la nmpk yang bukan2..erm! Taknak la!

Okey. Rencana yang diberikan dalam email ni lebih kurang macam ni la. Dipermudahkn cerita , aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ‘ sleep paralysis ‘ .

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘ lumpuh waktu tidur ‘ … adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)… temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Ok…normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement…. waktu nyenyak ni, biji mata kite gerak2)…. otak akan bagitau badan kita suruh rehat… so, badan kite kira macam switch off kejap… REM atonia (takder muscle tone).

Then, otak kiter pun ader switch off button…. dipanggil reticular activating system RAS…… bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni.. so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on…. kirenye screen saver laaa or hibernate… hehe! Pandai2 je aku bagi term ni kan?

So, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state…. tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kite…. maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik…. mmg menakutkan tapi benar….

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer… tu ade yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh…. dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali (mcm pakej lak!) dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Erm. Ada lagi! Antara sebab2 atau mende2 yang boleh mentrigger sleep paralysis ialah:

1.tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2.jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3.sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt). Mcm cth aku tu, buat study grup sampai 3 pagi! subjek Account lak tu! Mmg la penat!

4.stress yang byk kat otak… masalah keluarga, kewangan, prob dengan pkwe / awek..bla..bla..)

5.pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, berkayak, kayuh beskal keliling Malaysia…. hehehe! Extreme sgt contoh aku ni)

6.orang yang ader penyakit narcolepsykne check la ape penyakit ni.Aku lack of info!

Erm..betul atau tidak, aku pun tak pasti. Sekadar berkongsi maklumat ape yang aku faham. Klo mana2 pembaca blog aku ni yang pandai dalam term2 Science ni, klo korang tahu, sila2 betulkan or tambah.

Saya budak baru belajar, klo salah tolong tunjukkan! Wallahualam…!

14 August 2008

Pesta Konvo UPSI: Seminggu!

Pesta Konvo UPSI.
Semalam g dgn kak Ina & Ajid. tetiba Ajid pun join..ntah! Mana la dia leh tahan klo jalan dengan kitorang ni.Hahaha! Sory la klo ikut idea dia nk skip certain2 gerai. Each single gerai kitorang masuk! Wahaha!
Aku tengok2 je dulu. Rasa2 macam berkenan dengan 1-2 brooch bentuk butterfly. Not so small but not too big. Medium. Mmm..sume cantik..so nnt nk tengok lagi la. haha!
then..! Geramnye kt Winnie the Pooh yang sekor tu..besaq gila! huhu. Lagi besar dari yang aku tengok kat Kedai World of Cartoon kat Mines! Cmne nk peluk tu…? Haha!
Kak Ina nak grabbed lagi 8 tudung kat gerai semalam..
Malam ni Liza & Hajar ajak teman. Ok je!
Erm..habis la! Klo dgn Kak Ina aku leh lagi relaks2 usha..tapi klo masuk line Liza & Hajar…hanyut la aku! Budak2 ni….Huhuhu!
Tapi yang penting, no more Nasi Goreng Ayam + Nesc! Menghampakan! Cendol tu plak? Ya Allah! Sakit2 perut malam tadi! Rasanya klo Bella yang goreng nasi ayam tu, at least rasa nasi goreng la. Nesc..? Boleh migrain! kak Ina kata might be cendol tu… Better aku beli sirap je semalam!

Yes..malam ni dapat tiger eyes bracelet + set of tiger eyes brooch dari Kak Yuni! Husband dia dah balik dari Sabah! Fuh! Jauhnye aku order bracelet n brooch!

08 August 2008

Buah cempedak di luar pagar..Tlg abiskan pantun ni!

YOU HAVE TO MEET A FEW WRONG
ONES,
BEFORE YOU CAN APPRECIATE
THE RIGHT ONE…

Yup…agreed. Kata lain, belajar dari kesilapan.

Sebelum sesuatu tu jadi perfect, mesti ada error sana sini sket. Mungkin pernah kita berjalan di satu lorong dan tetiba terjatuh sebab tersadung akar pokok (misalnya). Next time, either kita akan elakkan jalan tu atau klo terpaksa jalan juga the same path, kita kan berhati-hati supaya tak tersadung lagi.

Contoh lagi..try tengok la slot-slot Samarinda, Astro, muvee and what-so-ever…kan?
Pernah tengok drama yang permulaannya terus hero jumpe heroin… cintan-cintun…no obstacle… tup2 –The End – ? Surely, klo tak korang terasa membazir masa dok depan tv or nak bakar panggung wayang tu, expression muka mesti ada sikit kerut la…? Kan..? Kan..? Hahaha!

Nak wat camne…dah penulis skripnye yang wat camtu..?
Erm..betul la tu, and pentas dunia kita ni pun ada penulis skrip yang dah tentukan jalan hidup kita macam mana.

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui tahu akan penghujung cerita setiap dari para pelakonNya yang dah dilantik seawal dari alam rahim/roh lagi. Dah diberikan watak dan perwatakan. Tanpa sedar, kita hanya melakonkannya. Sukar untuk pastikan siapa yang akan melakonkan watak protagonist (good characters) atau antagonist (bad one). Sometimes, kita akan menjadi watak utama dalam jalan cerita tu but it is not impossible that we would be the supporting characters to complete others.

Siapa jua yang pernah muncul dalam hidup korang dari waktu korang hadir ke dunia ni hingga la hari ni…semua tu menyumbang sesuatu dalam hidup korang.

So, ape jua yang berlaku dalam hidup korang, itulah pendidikan yang paling berharga, pengajaran yang paling bermakna dan pengalaman yang memandu pada jalan yang bakal korang pilih lepas ni.

Jgn lupa mintak2 la petunjuk. As simple as this je.

( kan ke kite dulu masa kecik-kecik selalu baca doa ni sebelum mulakan Kelas Pendidikan Islam.. Err…ke, sekolah aku je..Hehehe! )

Rindu plak kat SRK Seksyen 20 & SMK Seksyen 19, Shah Alam!

Doa Minta Petunjuk:

Doapetunjuk1_1





Meaning: Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk dan berilah kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

sources: http://www.geocities.com/jviroha/doapilihan.htm


Never regret
anything, because at one time…it was exactly what you wanted.

05 August 2008

Aduh...I'm really not this type of lady..

Eii..tolong la!

Tiap malam SMS...tanya soalan2 macam:
- Dah makan?
- Makan ape?
- Sihat?
- Tadi buat ape..?
Last..mesti nk ucap 'Gud nite. Sweet dream!'

Oppss..time 'kepit hp kemana-mana saja' bagi aku dah berakhir. Time sekolah dulu maybe la! Tapi, la ni..not anymore la!

I'm not that kind of romantic type. Uuuiii! Penat la!

Then, call just sbb nak dengar suara! Aduyaiii....!
Time aku kerja lak tu. Klo important call.aku akan jawab la.
Tapi klo setakat nk tya..."Buat ape? Bz ke..?" Oh God...so soooorrryyyy...!

Then, bila aku tak angkat...eh..eh..nak merajuk! Hey...hey..! Merajuk la! I'm not going to do anything. Even to SMS and say sorry!

Huh..aku kejam? Maybe!

We're just friend! Remember that.

The End!

04 August 2008

Announcement of The Month!

Announcement..
Attention! Attention!

(OMG, I just can hold it to myself any longer! So sorry for making these kind of announcement. It does attract you guys, doesn’t it? Huahuahua..)

Okey!
(That’s it…. Hah? That’s it…? Surely, someone wud be killed today by bulldozer! Hahaha..)

The end - applause everyone!

****************************************************************************************************
Chop! Chop!

Sorry..kinda bengong today. Cuti lama sangat kot, since last Friday plus got to be nurse to my whole family yg tetiba demam berjemaah. Worstly, Mama and Papa demam serentak!

Plus, Amin and Ainol yang baru kebah demam and demanding :
1. KFC - kentang putar " saiz besar, ye Long.."
2. Vitagen - for the whole weekend ( nak warna ungu je - GRAPE la! )
3. Picit kepala - kne lemah lembut. Nanti tempurung kelapa eh..kepala pecah!
4. Malam - nak makan laksa. Nasi Ayam + percik shj. Air kelapa, xnak ice, nk banyak2 kelapa! AND don’t forget murtabak ayam kedai Pak Ali tepi org jual buah-buahan.
(Trully, aku beli kat kdai Along, depan kedai org jual sayur!) And they ate it, happily!Without knowing anything!

Yang penting, sebab dorang demam berjemaah, so just aku, Aty and Bella yang habiskan durian-durian tu. (Malam tu mmg aku tak leh tido! Seriously..babe!)

Dgn Aty gak la, aku gi Nagoya and sambar another 2pairs of baju kurung (even I hve send to Kak Limah 3 pairs of baju kurung for Raya.Hehehe!) Yuhuu..these coming Syawal I’ll have F.I.V.E pairs of baju kurung! Erk! I never had more than 2 pairs before! Blue(2), pinky+purple, green and red! Huahuahua! Can’t believe it..! Just like a celebrity..kihkihkih!

And..at last the moment is come!
Presented to you, the real announcement!

Ladies and gentlemen,
Proudly announces, that in next 2 week (just giving myself a time, actually!), I’ll intoduce to ALL OF YOU my new sweetheart! We ‘met’ last month, actually! It is just the dag-dig-dug happened kinda late..waiting this and that! But, worth waiting laa.Hehe..(..malu..).
So, EVERYBODY! No need to envy me. I just don’t need it right now..!
Hehehe…

So, wait arrr…wait until we are ready to reveal it to the public!
(I am sure that you guys out there crying-sobbing while reading these! )

Last but not least,
Muah! Love U!

And thanks for being loyal to my mumbling-writing-of-nothing!
I can’t imagine that this Blog got its own fan..mmmm..not bad! Geeee…