The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

16 February 2011

Book review - Goodnight, beautiful.

Salam Maulidur Rasul.

Cuti sehari hanya diisi dengan bergolek-golekan. It's not sound very nice, huh?

How about this, '...dengan membaca buku'? Hahahaa..good girl. Yup, seharian I hanya mengadap buku yang sangat touching dari muka surat satu hinggalah akhir. Dari muka surat satu, OK!

Let's make some review. Buat yang dah baca buku ni, maybe tahu la. Buat yang belum, maybe akan terbuka hati nak baca buku ni dihujung minggu kalau tak decide nak masuk ofis.

"Eight years ago, Nova Kumalisi agreed to have a baby for Mal and Stephanie Wacken. Halfway through the pregnancy, the couple changed their minds and walked away, leaving Nova pregnant, scared and alone.

Eight years ago, Stephanie was overjoyed at the thought of becoming a mother - until she found a text from Mal to Nova saying, "Goodnight, beautiful". Terrified of losing her husband to his closest friend, Stephanie asked him to cut all ties to Nova and their unborn child.

Now, Nova is anxiously waiting for her son, Leo, to wake up from a coma, while childless Stephanie is desperately trying to save her failing marriage. Although they live separate lives, both women have secrets that will bind them together for ever.."


Should i translate it for you? I think that is such a simple English, right. So, itu adalah sinopsis yang tertera dibelakang buku. Sinopsis ni la yang menggoda aku untuk order via online, paid online and hoping i won't get cheat online. Syukur sangat bila parcel ni tiba dengan selamatnya.

Tak sempat nak menghabiskan pada workdays, tu yang pulun habis cuti semalam. Hahaha. Maybe sebab yang membacanya seorang perempuan, so kejiwangan float all over me. Kalau lelaki yang membacanya, rasanya page pertama lagi dia dah campak bawah katil.

Weh, kata nak review! Mananya?!

OK. Sepertimana sinopsisnya, ia berkenaan Nova yang sanggup jadi ibu tumpang kepada kawan baiknya sendiri - yang membesar bersama-sama sejak kecil - Malvolio (Mal). Kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap satu sama lain tapi disebabkan masa dan keadaan, keduanya tak bersama. Nova with Keith & Mal with Steph.

Disebabkan hanya sebaris mesej Goodnight, beautiful, Steph yang sememangnya ada curiga dengan keakraban Nova-Mal, terus memberikan option yang sangat berat kepada Mal -dirinya atau Nova. Mal ; memilih Steph, isterinya dan terus memutuskan semua hubungan dengan Nova dan baby dlaam kandungan Nova walaupun si Nova sampai melutut dan merayu jangan tinggalkan dia sendirian mengarungi semua tu. Part ni yang touching, babe!

So, Nova teruskan hidup. Pindah - sambung PHd dan buka cafe. Lahirlah Leo. And now, Leo is in coma - suffering haemorrhage. Dan hanya pada masa inilah, Nova membuat keputusan untuk menemukan Mal dan Leo.

Sepanjang masa itu, tiada siapa yang tau siapa bapa Leo. Sehinggalah mereka perasan, sudah lapan tahun Nova dan Mal tidak bersua-bersembang-or duduk bawah bumbung yang sama dalam famili. Dan akhirnya rahsia terbongkar. Mal adalah bapa Leo.

Sangat terharu bila ibu Mal - Aunty Mer melempang Mal kerana merahsiakan hal ni daripada dua buah keluarga. Membuat Nova merana selama ini.

Erm...beberapa plot dalam buku ni yg benar-benar buat nafas terhenti dan buatkan I tak sabar-sabar nk move to next page.

Apapun...5 bintang! Eh, macam Gangstarz plak. Hahahaha..

Pst - Mungkin disebabkan terlalu 'masuk' dengan novel Goodnight Beautiful ni, buatkan diri terasa mamai tatkala jam 2 pagi terdengar bunyi mesej masuk. Sebaris ayat - Nite. Swt dream eh, is it Malvolio yang mesej I..then it is supposed - Goodnight, beautiful rite? And i realise that it was not a dream at 6 o'clock in the morning. It's not a dream also when I did reply that msg as simple as Nite. Sweet dream too.
And, because of that line, the sender has been in my dream. Wallaahhhh!!!

14 February 2011

JalanKucing a.k.a Catwalk

Dulu masa kita sekolah rendah..semua orang pernah alami kejadian ni:

Cikgu panggil nama sorang-sorang, korang pun jalan ke meja guru kat sudut kelas tu and cikgu akan tanya APA CITA-CITA AWAK NANTI, AZURA? Eh, part nama tu maybe la ditukarkan kepada nama korang sendiri kan. Contohnya APA CITA-CITA AWAK NANTI, ERWAN? Or APA CITA-CITA AWAK NANTI YAN MINAH BELUKAR? Maybe Cikgu Kelas kepada Yan Minah Belukar tak tahu lagi yang Norazian akan dipanggil Yan Minah Belukar bila Yan menginjak ke 20-an.

So, mengambil contoh Erwan atau Norazian..mereka sekurang-kurangnya ada masa dalam 30 minit sebelum nama mereka dipanggil dan mereka dikehendaki ke depan.

So, ada masa nak bincang dengan kawan sebelah apa jawapan nak diberi kepada cikgu nanti. Untung-untung kalau cita-cita kita sama, leh jadi kawan dunia akhirat.

Buat pemilik nama yang start dengan huruf A seperti aku - bukan nama tu AKU tapi aku ni la..eh..untuk mengelakkan kekeliruan, maka kita gunakan kata nama I disini OK. Baiklah.. Buat pemilik nama seperti I ni ha, AZURA..nama I hanya di giliran ke 3-4 selepas Ahmad Nazir atau Aisyah. Maka, selepas nama AZURA, nama ERWAN pula..

Kejap, rasanyer ERWAN hanya sekelas dengan I masa form 4 and 5. Masa di menengah, ada ke lagi sistem selidik cita-cita ni ye? Kelupaan lah!

OK, abaikan.

Maka, berterabur la jawapan yang diberikan. Cita-cita kemain lagi. Antara jawapan yang agak popular time itu adalah:

Doktor.
Guru.
Doktor .
Guru.

Dari darjah 1 hinggalah ke darjah 6.....itu je la jawapan nya. Dah macam skema jawapan plak kan?

Takde pulak yang terfikir nak jawab jadi Pegawai Tadbir N41, Pegawai Penguasa Kastam W41, Pegawai Hal Ehwal Ekonomi E41 or paling gempak la konon dalam skim ni Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Eh, maybe cita-cita sebagai Perdana Menteri paling gempak kot berbanding PTD M41.

Er, Cik Dewi Masitah, pernahkah anda menjawab anda nak jadi Penolong Pegawai Sains C29 dahulukala?

Ada ke yang pernah jawab seperti di atas, heh?

Or, ada tak yang pernah sekali je dalam profail pelajarnya tertulis Model?

Weh! I talked about era 1991 - 1996 OK! Klo korang seorang cikgu di zaman 20-an ni, dan korang pernah kena jawapan SAYA NAK JADI MODEL CIKGU...maybe ada la kot. Sebab budak-budak ni dah asyik sangat disajikan dengan America's Next Top Model, so, datang idea nak jadi macam model-model tu.

Why I dont want to be model - even if my former teacher as me that kind of question?

Ok, Erwan akan bagi jawapan ni on my behalf : Sebab kau pendeks!

Thanks Erwan BOtak!

But..No..No..No..

Even ramai kawan-kawan I kata I ada confident level yang tinggi - mengalahkan tinggi I ni ha..and thats why Syed amat anti dengan I masa kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dulu..tapi, untuk berjalan and act like model and OMG on stage? I'm sorry, naik lori!

Hello, ingat masa Pn Nee panggil nama I kat depan suruh amek paper pop quiz and I jalan di hadapan tu...ingat i tak neves ke?

Especially when 90 pax of student termasuk Syed Ahmad Abdillah tertumpu pada lagak manja I berjalan dari tempat duduk ke tempat lecturer? Dan kemudian sah-sah si Syed ni akan kutuk 'over confident la minah ni berjalan. Jalan nak amek paper pop quiz pun confident macam model'

And especially when kejadian dalam video ni ini mungkin berlaku...?





But well, i admit practice make perfect, kan?

Hanya insan bertuah je yang dapat menyaksikan I sujud syukur kat Mines. Di hadapan Sushi King disaksikan abang Sushi King tu yang tengah berdedikasi mengemop lantai. Dan membuatkan Kak Zuna or Zida terkejut bila merasakan I buat aksi 'kejap ada, kejap takde' kat belakang dia.

Oh, memory!

Eh, rasanya abang mop lantai kat Sushi King, Mines tu ingat lagi tak wajah suci I buat akrobatik sujud syukur depan dia 3-4 tahun lepas?

11 February 2011

[PRESTASI Part II ] : Apa kata pengundi

Gigih sungguh wartawan kami ni membuat liputan sampai ke Gerai Kak Nah.

So, below adalah sedikit sedutan temubual secara rambang yang kami terima di bilik editor.

[Sumber berita oleh Mr AJ. Credit to him!]


Berita lain berkaitan :

[PRESTASI Part I ] :Pilihanraya PRESTASI 2011/2013


10 February 2011

Part II - Di Kuantan

This is a sekuel from last week post.
But no more scene, please. Hahahaha. DONUT.

Okey ye. Malam yang kedua tu, kami hangout kat Pantai Telok Chempedak pulak. Amek angin malam. Memang takleh nak mandi manda pun sebab red warning dah naik kat pantai. Ombak besar. Dilarang mandi. Anda akan ditangkap oleh abang baywatch kalau didapati mandi jugak. Wow!

So, jalan-jalan dan tetap bergumbira.

ohhh...so sweet... Bukan Bella-Lie or Tyty-Jeje je boleh hayun-hayun tangan macam itu OK. Papa-Mama pun boleh!...

....sampailah ada orang ketiga yang menyibuk jugak...!
Tapi Papa tetap erat memegang tangan Mama.
Papa : "Kaklong, kau boleh jangan menyibuk tak?"

Dorang nak bergambar ala-ala Super Junior. So, i make-up extra members in this photo. And now they really look like Super Junior. Kahkahkah!

Jeje (right) : perlu ke aku pun jadi mereng once masuk dalam family ni?
Lie (second from right) : Welcome to the family, bro. Aku dulu pun macam ko, masuk je dalam orientasi family ni, aku pun dah ikut perangai depa.
Jeje : %^*&^*(#&$&)(*(@$@^$

Super Junior. Original.


Hasil tangkapan di laut. Peace!

And this is my faveret catch that nite. Once i tengok je t-shirt ni hanging kat kedai abang tu, terus i grab. Size M ada bang? Abang tu senyum, ada. I pun - Nah kau! Duit. (bukan penumbuk).

Cute. Kuda Laut. Err...kuda laut? Ayu Ayuni Azu Azura dan Kuda Laut? Err....pasti ada yang terguling-guling la ni kalau baca ayat ni. Ok...Ok...ada cerita antara I dan Kuda Laut. Ish, boleh tak jangan taip banyak-banyak perkataan Ku** La**!!

Dan ini pulak hasil tangkapan Tyty & Jeje.
Ok.Ok...so xxxxxxxxxxx bile wallet pun kena sama kalau couple-couple ni. Huhu!
*Blue tagging - Jeje's
*Red tagging - Tyty's.

er..now I know why wallet Tyty ada banyak.
Sedozen yang I baru je simpan dalam kotak last week!

Dan mereka memang bersungguh-sungguh tukar wallet malam tu jugak! Wahhhh! Poyo!
But, Jeje is cute.


NEXT MORNING. LAST SHOPPING. THEN GO HOME.

OK, tips untuk tidak kehilangan kereta setiap kali parking di shopping complex.

Tangkap picture kereta dan kalau boleh dengan tiang yang tertera nombor parking lot tu. Lebih afdal, anda juga ada dalam picture tu. Dan sangat cantik kalau tiga-tiga kereta leh berbaris sekali je dalam picture yang sama so that tak payah nak tangkap 3 picture untuk 3 kereta.

Ngerti kamu?

Sementara dorang sume pi shopping, I and mama duk lepak kat pentas ni la. Makan aiskrim yang sangat best. Mama sempat bawak bahan-bahan mengait di shopping complex. Huh..

Alololo..so sweet. Suap-suap aiskrim dengan Jeje. Memang berbulu je si tukang tangkap gambar. Yayayaya!!

Hahahaha...sempat je la nak berposing kat mana-mana pun. Kejap kiri dan kejap kanan.

I perasan kan, penyakit suke bergambar ni memang menular kat setiap ahli keluarga I tau. Dimana-mana sahaja. Slogan nya - Jangan pedulik apa orang nak kata, just say cheese!!!!!

Yah..yah..tipu la kalau i kata i hanya MAKAN AISKRIM je kat shopping complex tu kan. Mustahil i takde grab ape-ape even getah ikat rambut! And 3 tudung. And bekas lipstick yang sangat gold...and....bla..bla..bla...

Niatnya nak tangkap picture pokok hiasan CNY yang pink tu, tapi.........macam akhirnya niat tu tak kesampaian..hahahahaa.

OK, jom pi lunch dulu. Lie kata ni kedai nasi kukus yang terrrrrsedap di sini.
OK, fine. Jom try test.

Macam nasi kukus ayam dara kat UPSI je.

Er...masih dalam mood cheese and peace.
But it is true, memang sedap! Sehingga menjilat jari. Then kena pi basuh jugak jari ni, OK!

Lepas makan, bergambar lagi.
Hah? Tak baik bergambar bertiga?

I tengok kumpulan KRU tu sempoi je sampai sekarang, kan?


And time to say good bye in such happy way.
Muah and peace.

Papa: Korang ni, tak buat aksi tak boleh ke? Depan / dalam lif pun jadi!

Sorry Pa, nak wat camne kan. Papa kena redha je la!

And lastly, Lie pi escort kami sampai ke tepi highway. About 100 metres before tol Kuantan.
And this is our last picture for that day.

Hahaha..sanggup berhenti kat tepi jalan tu, untuk bergambar! Mesti kakak tol tu terkedu. And she say - OWH! SO SWEET!

Next holiday - in May 2011.

09 February 2011

[PRESTASI Part I ] : Pilihanraya PRESTASI 2011/2013


Kempen Cik Penolong Setiausaha menjelang ...-


Hah?
...........
Apekah itu?


Selain daripada Pilihanraya Kecil Merlimau, di Tanjong Malim, Perak pun ada mini piliharaya. Ok, lets narrow the place. It's at UPSI.
Setelah dua penggal memegang tampuk kepercayaan ahli - ahli yang terdiri daripada pegawai tadbir dan pegawai ikhtisas, maka tiba lah masanya kami JawatanKuasa Induk 2009-2011 mengundur diri dan memberi kuasa pada mereka yang lain pula.

So, kali ini ada pendekatan lain yang telah difikirkan oleh JK Induk beserta cadangan dari ahli lain yang menyokong. Selain daripada mengumpulkan semua ahli di AGM dan membuat pemilihan dengan sistem calon-dan-sokong, kali ini caranya diubah sedikit.
#1.Namakan cadangan awal.
#2.Pencalonan tertinggi akan di bawa ke AGM.
#3.Angkat tangan dan undi.

OK. Penambahan pada step #1 dan diubahsuai sedikit di step #2.
Kami kekalkan konsep di step#3.
Setakat ini, kami JK Induk yang hanya diberi masa sehingga 23 Februari 2011 untuk berkuasa pun tidak tahu siapa yang telah mendapat undian di hati ahli-ahli sekalian.

Mengikut wartawan kepoci kami yang terulung iaitu Mak Limah, she reported as below.
Pls, click on it to enlarge. TQ.

Owh, lupa.
Dasar sebelum ini yang menyatakan
"...JK Induk yang memegang jawatan pada penggal sebelum itu akan 'direhatkan' untuk sesi seterusnya...."

Maksudnya - for example ME, can't be nominated, voted or named as one of the coming committee. Rehat. Ngerti. Fine.

So friends,
start named our new JK Induk for 2011-2013.

And, do please come on the BIG DAY.
23rd February 2011.

I've done my part.
How about YOU?


FAQ:
1. Macam mana nak memilih ni? Syarat?

2. OK, saya dah baca panduan tu. Macam mana saya nak namakan calon feveret saya ni?

3. Hah! Dah siap pun calonkan 17 nama. Nak hantar kat siapa ni?
Jawapan: Bukan kat saya. Bukan! Bukan! Tidak.
Tapi sila forward terus pada PENGERUSI Suruhanjaya Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PRESTASI.

ENCIK AHMAD JANATUL FIRDAUS - it's written on the BORANG PERMOHONAN. =). Takkan I nak paste gambar dia pulak!


OK.

And gud luck pada semua calon!


08 February 2011

Bukan sajak or syair. Gurindam pun bukan.

Dulu pernah sekali dipaparkan,
Cerita pendek sebuah kenangan
Kenangan lama hampir dilupakan
Cerita lama buatkan rawan
Jika tidaklah salah teman
3 tahun lepas entry di-post-kan.


Teman dah tenang duduk disini,
Kawan teman tu pun dah jadi raja sehari,
Dengar cerita menunggu hari,
Detik-detik bergelar mami and dedi.


Dalam ketenangan teman dikocakkan
Mula-mula disangka hanya teman
Almaklumlah, ada sejarah yang takkan dilupakan
Walaupun teman ni bukan jenis yang suke demand
Cerita lama teman ignore-kan
Itu semua cerita lama, kan?

Walau dalam hati teman ketakutan
Takde kekuatan untuk diluahkan
Kepada teman punya kawan
Dunia akhirat teman harap diampunkan..

Bukan niat yang disengajakan
Takleh di adjust hati dan perasaan
Dalam hati teman dah set-kan
Beri teman masa sebulan untuk beri kebenaran

Walaupun mulanya ada halangan
Yang buat teman tersentak dari anganan
Sehari semalaman teman dok fikirkan
Ada sesuatu yang disorokkan
Terlindung semua dari pengetahuan
Teman tak suka teka yang bukan-bukan
Harap esok Tuhan tunjukkan

Alhamdulillah teman disedarkan
Dikejutkan dari terus jadi mangsa penipuan
Sakit hati ni tanya la Tuhan
Hingga macam-macam yang teman setkan
Sebagai balasan atau ugutan
Namun, teman bukan orang macam tu, kan?
So, teman biarkan...

Biarlah Tuhan yang tentukan
Pasang surutnya kehidupan
Teman dah taknak layan
Walaupun...sering terlintas dalam fikiran
Adakah dia anggap ini gurauan...

Kepada insan yang teman maksudkan,
Teman doakan hanya kebaikan,
Semoga hangpa berkekalan..

Tapi kepada si dia yang baru tahu O.o
Teman sanggup dibaling batu,
Asalkan yang kau tahu,
Aku sayang kat kau.

Terima kasih teman ucapkan
Pada si dia yang menenangkan.
Si dia yang tetap terima teman,
Dan ape jua yang telah teman lakukan,
Si dia masih menyatakan
Kita tetap kawan!
Takde ape yang boleh memisahkan,
Hubungan setiakawan yang dah berzaman.

Walaupun ada pujuk & rayuan,
Dan sudi tawarkan bantuan,
Bukan itu yang teman mahukan,
Bagi teman soal jodoh dan pertemuan,
Itu semua kerja Tuhan.
Tak perlu bantuan,
Untuk mendekatkan ape yang berjauhan.

Nasihat dia buat diri teman,
Lain kali jadikan panduan,
Setidaknya pengalaman jadikan pedoman.

Bagi teman,
Persahabatan kite yang teman pentingkan.

Wah!
Lega sudah hati teman,
Tidur malam pun semakin nyaman,
Walaupun bukanlah dalam senyuman..
Sempat lagi la teman layan
Lagu tema shooting di awan..

Yeay!

***

Nasib baik tak kena tembak dengan senapang gajah.

Yes, nasib baik.

Walaupun, agak shaking untuk admit and story from the beginning..but I made it. Without at the end of the story - I kena tembak. Kena sekeh jek. It's ok. It'll heal. Hahaha.


Pada yang mengikut, masih ingat post ini? Ada yang bertanya, dah reveal ke?

Yup, pada mulanya niat suci di hati , I nak reveal pada penghujung Januari 2011. Nampak gaya, tiada rezeki..sebab..

Doakan yang terbaik.
kenapa yang terbaik...sebab kalau tak baik..this confession will not be come true. No confession will be made. Just forget it. It's just another nightmare.


That's it. It was a nightmare, so just forget it.

Tipu. I takleh lupa.

So, walaupun dah tiada rezeki, I tetap berterus terang. Maybe temanya lain. Dulu, niat I, I nak reveal dengan harapan I 'direstui' - walaupun bakal / akan ditembak dengan senapang gajah. Hahaha. Silly girl.

And now, I still reveal dengan harapan I takde perasaan keteberhutangan yang serius dengan you.

Semalam and hari ni, akhirnya lepas pun beban di dada. She looks like fine. She looks like OK. And she said that I'm stupid that only now I tell her that! Yes, I admit. I'm stupid to hide this this from you, girl.

I almost cry but you knew me better. You know I'm strong, right?

I wanna cry not because of I'm hiding this story all-this-while, but I wanna cry because I'm hurt. Just hurt.

Still hurt. Till I post this entry.

And thanks because still being my friend and accept all those things.

And, yes! Lega. Thanks pada yang berkenaan...(you know who you are, dear..)

I janji, I'll follow all your advise. Next time. Huhu..=)

(err..I mean in this situation ONLY, k.
Yang lain-lain...tak leh pakai gak! Hahaha. Luv you my fren)

And, thousand of apologies. Serious. I meant it.


Lalalalalaa.....!

04 February 2011

Cool msg from cool guy.

wo..wo..woo..

Duduk-duduk kat umah sementara guys gi semayang Jumaat, aku blog hopping la merata tempat. Dari blog Hajar aku pi melompat ke blog adledash. Kat blog ni la aku jumpe satu video clip yang buat aku ketawa and soooooooooooo excited nak sharing-sharing dengan Aty.




yeah..credit to Anwar Hadi

Yeay, itulah bahasa budak-budak sekarang. Seriously, it's not my area of time. maybe sebab aku mula menggunakan handphone pada masa aku masuk matrik. At that time, bahasa ni belum muncul. Seboleh-bolehnye cuba untuk jadikan text msg itu hanya '1 page' sahaja. Short-form sampai kdg2 tak faham.

At this time, these nyewww language muncul. Sering kali dapat mesej dari Aty yang banyak tul nyeww language ni. Mesej tak la panjang tapi those words sangat banyak.

Maybe budak-budak sekarang tak tahu nak tulis ape dalam 1 page mesej tu sampaikan cuba untuk memanjangkan mesej tu dengan all those language.

Well..Mr Anwar Hadi,
maybe that's the reason. At least for now that i can think. They try to make the msg longer so they add those ewww words.

So, it's not me. Aku pun tak paham kenapa fenomena ni terjadi (wah, fenomena!) Metafora sungguh!

So, enjoy the sinical vid.

and start from here, i'm start looking for this cool guy vid from all over the....youtube. Believe me, he's cool. Love him..eh..eh..terus love! *shy*shy!

Sila google untuk mencari siapa pakcik ini. Found more than 5 vids.. Muah!

astavista bebeh!

Scene di pagi raya - Chinese New Year.

As my status posted in eff-bee on 3rd Feb during Chinese New Year (CNY), ada yang nak tau ape terjadi sebenarnya. Well, short status dalam FB maybe tak cukup nak menceritakan semuanya. Align Center
Tu la...I selalu ingatkan diri sendiri, jangan nk dengki dengan orang lain masa kat jalanraya. Especially time jammed. Apa salahnya bagi jalan jap kat orang lain, at least you pun dapat jalan and nothing bad happen kan? Macam mana kalau you dengki sangat kat orang lain, taknak bagi langsung orang lain jalan dulu..last-last ape jadi? Bila kereta terhimpit sikit, calar? Marah-marah..say all those bad words and signals..and you still panas membara sebab orang lain pun pandai gak balas all your words and signals. Sape panas..? Lu jugak bro.

So, that is what happen to me. Bile 2 lane kne merge jadi 1, of course la akan jammed and quite hectic sikit. Tambah pulak kat tol.

Dah mamat tu taknak bagi aku jalan. Dari tadi asyik duk rapat dengan kereta depan, aku nak masuk pun susah. Dah la tinggal 1 kereta je kat depan smart tag tu, ko ingat aku nk langgar ke tiang tol tu? So, akhirnya (bukan dengan niat pun) side mirror aku pun canteeeeeeeekkkkkkkk la mencalarkan body kereta dia. Itu pun seb baik aku tarik ke kiri sbb taknak calar sejengkal tu jadi sedepa, ok,

Wah, turun la 1 mamat macho dengan muka garang. Melangkah je dia di bumi, alahai....DONUT! Pergh..terus marah-marah cakap bullshit. Elok-elok aku nk ungkapkan 'maaf', terus perang mulut. So, mengaku kalah dengan mulut kitorang yang boleh tahan lazer, dia terpaksa akur dan terima qada' dan qada yang kereta dia ditakdirkan bercalar di pagi raya!

My side mirror takde effect pun, terkikis sikit je cat. And peristiwa tu tak dapat disaksikan oleh papa sebab kereta papa dah jauh tinggalkan kitorang kat tol tu.

So, abang donut. Sorry la ye. lain kali, mengucap banyak2 dulu sebelum keluar perkataan-perkataan p*******, f*** and whatsoever tu. Ape pun, rambut lu cantik bro. Tersikat rapi je. I like...!

Time rehat kat R&R, barulah papa tau cerita tu. Semua galut nak tengok side mirror aku.
Dialog amin : Alah, ni leh pi polish je.

So, tamat pasal abang donut. Perjalanan diteruskan ke tempat kerja Bella. Ala-ala surprise kat tempat kerja. Macam Bang Bang Boom plak. Hahahah!

Reunion. Bella semakin gemuk.Hahahaha...


And reunion diteruskan ke Mc Donald...

Sampai ke rumah Li, benda pertama dibuat oleh Amin, Abby and Ainol is UPDATING FACEBOOK!

Dan malam tu...
SAMBUTAN BIRTHDAY MAMA!

Malam tu, lepas amek Bella dari tempat kerja, surprise bday cake masuk ke rumah untuk mama. Lepas dinner, upacara buka hadiah pulak. Every single present yang mama buka, kami (or, it's me alone) yang excited.

And this is from Bella. hehehehe...menambahkan koleksi teddy atas katil aku la ni..hahahahaah!


Tunggu post untuk 4th Feb plak. Tournament badminton and mandi-manda!