The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

21 November 2010

Ahad yang indah.

Bangun pagi-pagi je dah terdengar ayam berkokok-kokok. Actually, Cik Kathy yang berkokok mintak dilepaskan dari 'sangkarnya'. Ok fine...sebelum penutup sangkar dibuka..kne amek segenggam gandum dan tabur dulu kat tanah...sebab ape? Kalau by time dia melompat keluar, dia tak nampak gandumnya, dia akan mematuk betis aku. No way! So...lepas settlekan Kathy, aku kene settlekan si Moko-Moko plak.

Yang ni manja Ya Rabbi! Selagi tak duk sebelah dia, temankan dia makan...dia akan merajuk & taknk makan! (weyhhh..ada ke kucing yang semanja dia dalam dunia ni)...dan apekehal plak la aku nak duk tersipu-sipu malu tepi dia tengok dia makan Whiskas tu. Silap-silap, aku pun cuit Tuna tu. Bau dah sedap....

Ok, next move.

Mandi.

Sarapan.

Gi Tesco...eh3..gi Tesco plak. Malas.

Duk je umah, mengadap Facebook dan Blogspot. Sesekali tengok online shoppe yang boleh mencuci mata ni. Gaduh-gaduh dengan Aty or perang mulut dengan Adik.

Rehat jek. Esok dah nk kerja balik!

18 November 2010

Tips nak cantik pakai syria

Erm..buat yang dah lama tak memandang Cik Bunga @ Cik Azura di mesyuarat or di karnival beli-belah (wakakakaka..ye la tu) mesti tak perasan yang I kini jarang-jarang pakai tudung bawal. Ok, confession. I dah pakai style tudung syria plak. Actually, Kak Zuna yang kenalkan. Since that, I setia dengan syria. Tapi, tak lupakan si bawal yang bertimbun dalam almari. Ada jugakla pakai-pakai..

Ok, bila I start pakai syria, I masih mengekalkan bentuk muka oval-oval manja ni. And I dapat banyak feedback "eh, cmne ekk Zura pakai tudung tu tapi tak kelepet?"


Dan ada jugak yang lepas bagi soalan, mereka sendiri jawab. "muka Zura okey la, sesuai pakai syria. Cantik je.. Muka kite bulat, pakai syria lagi bulat..."

Wah! Thanks for the compliment!

Tapi kan, I akan sentiasa kata macam ni. "Zura tetas belakang inner tudung ni, so jadilah awning depan ni tegak..."

Okey, bermula la scene muka dorang blur dengan my statement. TETAS?

Huhuhu. Maka berulang kalilah I kene suh depa imagine tetas hujung inner syria so that bentuk tudung bile dipakai nampak bujur sirih @ oval2 manja macam I pakai.

sampaikan, ada permintaan untuk buat demo..tetas tu cmne? kat mana?

And last week, i demo ape makne tetas inner syria tu so that bile pakai tak kelepet.
Nampaknya 'anak murid' I sangat happy dengan 3 minutes demo di bilik solat. hahaha..

And today, I tak leh la nk demo and post dalam blog kan. Tapi, buat yang terseksa jiwa raga dan takleh terima kenyataan depan cermin pakai syria muka kelepet..I ada berita gembira. I jumpa 1 blog yang tunjukkan cara tetas inner syria tu.

Tetas inner tudung? Click here.

Ada jugak beberapa inner yang i tak tetas, sbb bukaan muka inner tu memang dah lebar. So, mmg cun-cun kat muka i ni.

Satu lagi tips, pakai inner cotton. Kalau teringin nak pakai yang ada layer, try cari layer yang lebar2, jangan cari layer yg nipi2..mmg sah akan kelepet!

Tapi, I rasa...I tetap comel even dengan inner yang kelepet. secomel Cik Kikin yang memang fesyennya kelepet. Huisshhh..sape kata pakai syria yang inner kelepet tak comel. Look at Kikin. Comel ye pun...


Jawapannya : Ikut selera masing-masing la ye.

So, selamat tetas inner tudung ye.
Buat sang suami, jangan pelik dan kata isteri buang tebiat bile si isteri beli dan tetas..beli dan tetas...


16 November 2010

Klik-klik pagi berkabus~

Suasana sehari sebelum raya qurban.

Sangat Alice in the Wonderland.

Well, that's why...seronok kerja kat Tg Malim.


Keluar dari kereta...macam.......wooww! Cepat! Cepat..tangkap gambar sebelum kabus2 ni ditikam mentari. chewah..ayat metafora * melankolik~

Sambil berjalan, masih sibuk meng-klik-klik suasana aman damai kekabusan.
Fuhh...memang tak nampak sape kat padang tu dah!

Hilang dah permandangan di padang depan BC.

Ok..Ok..dari dalam bilik aku pulak....

Ok, thats all.

Selamat hari raya aidiladha. Selamat bercuti.

Selamat buat assigment PTK 2010.

12 November 2010

Coretan pagi hari Jumaat yang indah.


Just sebab pagi ni hujan renyai2 dan aku tak sanggup nk selongkar handbag kat seat sebelah untuk capai handphone aku. Kalau tak...........mmg aku snap kereta MaiVee hitam WSW *** yang kelihatannya tak menyempat-nyempat nak memotong kat depan sekolah cina tu!

Eh hello...
orang lain pun que jugak, tunggu turn nak lalu. Almaklum la, hujan-hujan ni memang akan ter-jammed sekejap je. aku ni dah nak lalu depan pagar tu, leh pulak tetiba je muncul objek hitam dari line belakang memotong barisan pintas depan aku dari kanan (korang faham ke description aku ni?)

Tu dah hangin yang pertama.

Aku nk tengok gak...nak ke mana tuan punya MaiVee tu. Ingatkan bergegas nk pi Klinik Nabilah or Poliklinik Syifa'. Kalau aku tengok dia park depan klinik2 tu, aku redha la. Yela, maybe dia dalam kesakitan yang amat sangat.

Eh tak! Dalam aku line-up nak masuk ke pintu gerbang UPSI, dia pun nak masuk UPSI. Cume menyenget sikit barisannya. Mungkin antara nk masuk atau tak...ehhhhhhhh! Aku hangin kali yang kedua. tak pasal-pasal Mr Smily and Mr Spidey terpaksa dengar bebelan aku "Kau nak ke mana ni, samdol!??"

Just sebab hujan renyai-renyai je aku tak sempat nk snap picture ko...!

Wahai empunya MaiVee yang budiman, buat-buat bersabar. Bukan awak je kene hujan. Semua kami-kami di TgM ni kne hujan.

Bukan awak sorang je nak masuk kerja, ramai lagi nak masuk kerja (bukan lewat sangat pun dah, baru kul 7.15am. Ko nak bergegas pi mana??!!)

Bukan awak sorang je ada kereta, raaaaaaaaamai orang ada kereta.. So, drive careful. Jangan disebabkan awak, org lain kne break mengejut. And maybe because of your fault, kemungkinan yang lebih buruk akan berlaku pada orang lain!

Astalavista!!


Mr Spidey : Terkejut aku. Pagi-pagi yang sedap hujan renyai-renyai ada orang buat lagak ngeri pulak. Tak sesuaii.. Aku geget ko nanti! Bungkus dengan spider web aku and gantung kat pintu sekolah cina tu!

Mr Smily : pasal ko (MaiVee) kami berdua ni terpaksa dengar Cik Bunga ni membebel marahkan ko dari pintu pagar sekolah sampai la dia park and kuar kereta! Tapi, I tetap tersenyum..! Dalam hati, Tuhan je tau, OK!!

09 November 2010

Beberapa sebab knpe saya taknak kawen dengan awak

Ya..sila baca betul-betul dan kaji kebenarannya.

Pastu, jangan tanya lagi soalan yang sama.

Yang pertama dan terutama. Tiada yang lain daripada yang lain melainkan ini lah yang menduduki carta pertama hit KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK. Sebabnya ialah awak sangat8x kenal ex-boyfriend saya dengan mendalam. Awak akan tya, SO? Saya akan jawab, so sayang (eh2.. sayang pulak O_o ) saya taknak bila dah 3675 hari kita kawen, tiba-tiba kite terover gurau senda dan awak tersebut nama ex-boyfriend saya dan saya terus merajuk..awak pulak dah tak kuasa nak pujuk..saya sentap gile-gile...nak balas dendam saya pulak sebut nama ex-girlfriend awak..kite main tuduh-tuduh..dan akhirnya PERANG DUNIA KE 3 meletus. Kesian anak-anak..! (Wah, terus ada watak anak-anak (kata ganda) dalam cerekarama ni..) Ah...! So sweet~


Sebab #2.
Selain awak kenal semua ex-boyfriends saya dari tadika sampai universiti (eh3, tipu. saya tak masuk tadika) ...antara sebab lain KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK ialah awak kenal mama & papa saya dan awak pulak sangat manja dengan depa. Kenapa pulak, awak tanya. Saya jawab, yela..bila saya takde mood nak masak hari tu, awak call mama bagitau saya taknak masak..then mama minta pass handphone tu kat saya dan bebel 30 minit kat saya suh saya masak jugak..saya pulak rasa sebel dan terpaksa masak..masak pulak ala-kadar setakat 'at least masak' dan awak pulak tak puas hati call pulak papa dan papa mintak jugak pass handphone tu kat saya dan ulang tayang balik syarahan mama. Dapat bayangkan situasi waktu tu tak...? OMG! So, itu sebab kedua.


Sebab#3.
Sebab yang ketiga ni saya takkan cakap awak kenal adik beradik saya la. Jangan risau. Sebab ketiga pulak ialah awak pernah tengok pay-slip saya. Dan kali ni awak akan tepuk dahi dan tya lagi..so? So..akan jadi masalah kalau pada suatu hari yang hening dan bening tiba - tiba **saya mintak duit nak shopping sebab SOGO buat Year End Sale (YES) padahal saya takleh cakap NO pada YES! How could u!?? Awak akan tanya mana gaji saya..saya akan buat muka Garfield sambil cakap saya dah shopping kat One Utama beli kasut and blouse.. dan awak akan mula membebel mengalahkan mama membebel utk sebab #2 (sila rujuk sebab #2 seperti di atas) dan menghilangkan mood saya untuk shopping di SOGO hari itu. Lebih parah lagi, esoknya bila bangun tido saya pura-pura tak ingat awak tak kasi duit dan mintak lagi sekali... Sila ulang-baca di ayat bertanda **. So, sampai bile-bile cerita ni takkan habis, u! Dan ada kemungkinan sebab #3 akan menyebabkan sebab #1 akan terjadi.


Sebab #4
OK, bila saya fikir-fikir balik saya rasa saya patut jugak guna alasan yang ini. Sebab ke-4 KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK ialah sebab adik-adik saya terlalu sayangkan awak (selepas mereka sayangkan sangat-sangat ex boyfriend saya suatu ketika dahulu). Bila mereka sangat sayangkan awak..mereka akan manja dengan awak..dan awak pun akan manjakan mereka..sampai awak lupa nak manjakan saya..Eh silap. Awak lupa yang saya ni
garang dengan adik-adik saya esp yang si kecik tu..bila mereka manja..saya takleh nak tunjuk saya ni garang sebab mereka akan mengadu kat awak every single thing dan awak akan suh saya berlembut sikit dengan depa dan saya akan sentap..sebab awak lebih mendengar kata mereka daripada saya..dan bila mereka eksyen, mereka akan ejek-ejek saya..OH NO! Kalau saya merajuk dengan awak, sah2 awak takkan pujuk dan mungkin cerita ni sangat panjang jadinya. (dan saya jeles bila adik saya lagi sayang awak dari saya sebab saya sebenarnya manja jugak dengan dorang..uhuk2)


Sebab yang lain-lain...
Awak baca artikel ni dan awak timbang-timbangkan lah ye.

OK, jangan tanya lagi KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK.

Jangan suh mama dan papa pujuk saya.

Jangan suh adik bongsu saya pujuk saya
(dengan SNICKER @ CADBURY @ KINDER BUENO's)

Jangan babitkan jiran depan umah saya dalam hal ni.
(mereka tak tahu ape2 + mereka suke bergosip..!)

Dan jangan cetak kad kawen + siap2 tulis nama awak+saya.. jadikan dummy untuk buat hati saya tersentuh (and lastly say I do)

Ok, final.

Jangan send lirik lagu FOR THE REST OF MY LIFE (MAHER ZAIN) pada saya.
(Even it's touching, saya suke dan saya sering dengar di dalam kereta...)

Sekian.

Grafik adalah bayangan penulis semata-mata.

Oh ye ~ kepada yang kawen hujung-hujung tahun ni, SELAMAT PENGANTIN BARU. Jangan tiru entry ini, haipppp! No..No..No..go and marry your lover. Go..Go!

02 November 2010

ENTRY PALING JAHAT


Okey..bukan je ada orang paling jahat, tapi ini edisi pertama ENTRY PALING JAHAT.

Kenapa hari ni ada ENTRY PALING JAHAT, sebab hari ni aku jumpa satu pernyataan yang buat aku marah-marah tapi tetap sayang. Kenapa SAYANG..haippppp! Jangan banyak tanya, nanti kena cepuk!



OK, jangan buat aku lagi bertambah MARAH.

Eh3, tak baik marah2 kan.

Wahai penulis status, meh sini kite peluk2 pujuk meh! Alolololo... (dalam hati : Weh, POYO La.. itu pun nak shout dalam eff-bee ke? baik pi amek buku, pi baca. Lagi faedah! huh, semata-mata cari wi-fi kat kolej, buka mini laptop, on eff-bee and shout this stupid things!)

Ok.

ENTRY PALING JAHAT.

MEMANG JAHAT.