The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

31 May 2012

I don't care if you don't care.


True. 

Once said, Men are from Mars, Women are from Venus.

Entah dari mana muncul phrase ni, but ia melambangkan sesuatu. Kalau tak, mana mungkin kata-kata ini tercipta.

Once -: I did cared so much for someone before. I give you everything. Until when that someone don't even care about it, I stop. Take it for granted. I withdraw. Forever. That someone did ask "Why?". But it's too late. Pls, don't wait anymore. Our story ended long ago. Stop!

Now -: I rather care for someone who deserved to be care and appreciate it. Thank you, sayang. For the same thing U did.

...

...

...
 

Oh! Kalau bukan sebab kesihatan yang agak tidak mengizinkan ini, post ini akan panjang 5 kilometer. Sakit tekak, selesema dan mula berat mata. Jadi post ini terpaksa dinoktahkan.

Until we meet again. See ya!

15 May 2012

Terkejut dalam kejutan.

Terkejut. Mungkin itu tujuannya kejutan dilakukan. Dan itu adalah reaksi spontan tanpa perlu diskripkan bila sesebuah surprise dilaksanakan dengan jayanya.

Mari dikronologikan :

Jam 3 pagi, 13 Mei 2012... satu nyanyian Happy Birthday dari si dia berkumandang hanya di corong telefon. Nyanyian jauhnya dari 200km. So sweet. Dihujung nyanyian, kedua-duanya kembali tertidur dengan telefon di telinga. Hahaha.

8 pagi. Ucapan dari Mama tercinta. Kemudian adik. Buat yang ke sekian kalinya dari buah hati di Melaka. Kemudian deretan ucapan yang sama dari teman-teman seluruh negara. Thanks! 

Malam.
Mama sangat sibuk di dapur. Kesibukkannya agak lain macam dari kesibukan malam-malam lainnya. Bertambah pelik bila mama bawak keluar semua pinggan, mangkuk dan cawan yang hanya akan digunakan semasa Hari Raya. Bila ditanya, "saja...Hari Ibu nak pakai pinggan mangkuk cantik-cantik" Ok, fine. 

Mama pesan lagi. Nanti lepas makan malam, teman mama gi Grand Union Supermarket (GUS) nak beli barang. Bila ditanya barang apa nak beli sampai ke GUS, mama jawab "rahsia". Huh. Pelik.

Ok, lepas maghrib, terus-terus siap proper sikit sebab lepas makan terus nak gi GUS. Takkan nak pakai baju tidur kan. 

Makan time. Kepala dah malas nak fikir kenapa decoration rumah agak cantik. Papa duk kemas ruang tamu, bawak masuk semua unproper things yang berlonggok di ruang tamu ke bilik belakang. Tiba-tiba, mama prepare makanan di meja makan. Tiba-tiba bau nasi minyak sangat menggoda. Udang masak sambal. Daging rendang. Agar-agar.

Tiba-tiba Uncle Ajiz datang rumah membawa sebalang air tebu. Tiba-tiba seluruh family Uncle Ajiz and Che Wan menjadi tetamu. Ok, mama saja nak jamu dorang sekali kot.

I say "Mama, ada tetamu datang ni, bukak la lampu porch tu. Awat gelap," Mama kata "takpe..takpe.. Biar gelap" Huh, pelik sangat ni! Apa yang rahsia sangat sampai tak nak jiran lain tau. Jeng..Jeng..Jeng.

Che Wan tanya "hah, birthday girl. Takde kek-kek ke?"

Saya jawab "Ala, tak payah la kek-kek. Kita makan nasi sampai kenyang," Lurus sungguh jawapan aku yang naif ini.

Tiba-tiba.

Ainol masuk dengan Abby. Ainol dengan kek. Chocolate strawberry yang menggoda. Abby dengan bear berwarna pink yang sangat besar. 

Really surprise. Tak terkata apa. Satu, sebab lapar. Kedua, elemen surprise itu sangat jelas di muka aku. Huh.

Oh! Semua persoalan dari awal terjawab.

Ok. Thanks to all. Terjawab sudah. Thanks for the pinky bear. Thanks for the beauty set. Thanks for the delicious cake. Thanks for the nasi minyak. Sangat kenyang. Dan bahagia.

Sekali lagi bila buah hati di Melaka call, diceritakan surprise yang dianjurkan oleh Mama dan adik-adik. Si dia berkata "Pandai Mama arrangekan surprise ek," 

Perbualan dan percintaan hingga jam 12 malam. Nite love.

Rupanya elemen surprise masih belum selesai. Ku sangkakan mastermind dah diketahui, rupanya salah. Salah sangat-sangat.

Rupanya mastermind sebenar adalah si buah hati di Melaka. Dialah sponsor utama. Kek coklat strawberry dan Mr.Pinky Bear adalah dari si dia yang nun jauh di Melaka. Hoccay! This is REALLY SURPRISE.



Plan dirancang dengan bantuan Adik, Abby. Aty turut terlibat pada mulanya cuma dia agak jauh di Kuantan so task diserahkan kepada Abby dan Adik. Mama mengikut jalan kerja yang dibentangkan oleh adik.

Si dia taknak mengaku sampailah Adik tunjukkan bukti SMS rancangan mereka sehari dua sebelum 13 Mei. Selepas pengakuan diterima, satu lagi surprise diterima. Rupanya plan yang sama dirancang di pejabat namun ahli gerak kerja tak berapa nak free sebab kursus. Dan aku pulak outstation. Wah.

Thanks sayang.Love u. And love you too Mr.Pinky Bear.
Urusetia yang terlibat. :)
No wonderlah 2-3 hari ni asyik nak passed fhone kat Abby and Ainol ek. Komplot ni la rupanyer. :)

Love u.

11 May 2012

Update sikit....lepas rindu.

Assalamualaikum.

Chimichiky memang 'sangat berehat' selama sebulan ini. Bukan berehat goyang kaki je. Hanya berehat menulis. Kerja tak pernah dapat rehat. :)

Kesibukan yang agak membataskan waktu senggang nak menulis. So, sejak 2 hari yang lepas, aku dah mula kembali mengintai Cik Bunga tapi belum sempat nak hit button 'New Post'. Alhamdulillah, hari ni kembali menulis. Apa yang sempat je la ye.

Mula-mula pasal Adik. Pagi 25 April, pada pagi-pagi hari ulangtahun dia yang ke 18, sepatutnya Kaklong dia ni dulu yang SMS dia ucap "happy birthday" tapi rupanyer tidak. Dia dulu yang SMS aku tapi bukan lah ucap "happy birthday' sebaliknya SMS dari KPT tentang kejayaan memasuki Matrikulasi Perlis untuk Jurusan Akaun. Alhamdulillah. Double happiness for you, lil bro.

So, misi pertama adalah shopping. 6 Mei 2012. Walaupun agenda utama adalah shopping barang-barang keperluan adik, tapi kakak, abang and mama dia yang sangat excited bila part shopping ni. Balik dari kursus di Melaka, adik dah ajak pi shopping. Walau sekadar di Shah Alam, tetap shopping sakan. Haha.
 
 
Sementara menunggu lif. Posing ala-ala KRU tapi ni ahlinya 4 orang. Hahaha!


Did I mention ' balik dari Kursus di Melaka"? Yup. 27 - 29 April 2012. Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Keletihan pulang dari melaksanakan tugas hakiki di Melaka tak hilang lagi, lari pulang ke rumah untuk mengambil borang pendaftaran adik then kembali shoot ke Melaka menemankan buah hati pulang ke kampung halaman. Ya. Ayat tak boleh blah. Aku tau. Tapi tetap nak ulang. Menemankan buah hati pulang ke kampung halamannya di Taman Desa Duyong, Melaka Bandaraya Cute (kata dia).

Sesi si dia meminta izin mama dan papa untuk menculik anak orang pulang ke Melaka dengan janji anak orang ni selamat pergi, selamat pulang.

Pulang dari Melaka, bergegas menyiapkan mental dan fizikal untuk Upacara Istiadat Konvokesyen UPSI Kali ke 14. Buat pulak di Dewan Besar di Kampus SAS a.k.a kampus baru. CAbarannya amat besar sebab masing-masing belum arif akan kekuatan dan kekurangan Dewan yang belum pernah dicuba uji. But kekuatan yang paling pasti adalah kerjasama antara kami sangat utuh, so....alhamdulillah. It's over with 1001 memories. 

Now, preparing untuk Majlis Perasmian Kampus Baharu pulak. Fuuhhhh!

Done with the update.

Till we met again. Love u.