The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

19 March 2009

Korang kawen dengan siapa?

Situasi 1:

Aku ada ramai dah kawan2 yang dah kawen. Start dengan Lah-Aiman, Anol, Anim-Ezad, Sai-Yazid, Asmah, Amirah, Busu-Akmar, Heikma-Hanif, Zalina, Faiezah, erm…ramai la! Ada sesetengah daripada nama2 ni pernah cakap ‘ aku dah sedia nak kawen’. Ok…this statement make me thinking for 10 seconds.

Apa persediaan nak kawen?

Macam mana nak tahu kita dah bersedia nak kawen padahal kite baru je nak kawen ni..belum kawen lagi. Unless kite pernah kawen, dan tahu ape persediaan nak kawen (for second time..huahuahua…).

Padahal, belum pun masuk ke alam perkhawinan. Tak tahu pun ape ada dalam dunia rumahtangga. Tak dapat nak predict pun ape akan terjadi dalam suasana suami-isteri. Then, mcm mana tahu dah bersedia tu..? –(semua ni appeared in 10 second!!)

Pernah tya pada beberapa kawan…and since takde sape boleh bagitahu jawapan or at least make me satisfied, aku putuskan aku takkan tya lagi next couple la. Mana tahu ada yang batalkan hasrat nak mendirikan rumahtangga..huhu! Berdosa je aku..kan?

Situasi 2:

Aku bosan dengan soalan ni.

Azura / Ayu, bile ko nk kawen?

Mama..(papa lagilah jauh, kann..) pun tak pernah tanya or ungkit. Buat aku serabut untuk 3 saat pertama je!

Tapi untuk saat yang ke-4, aku akan bg salah satu daripada jawapan-jawapan ni:

A) Sibuk tya wat pe..?

B) Kenapa ko nak tahu..?

C) Esok! (jawapan yang aku selalu bagi kat Aty! Lepas tu, Aty sure marah!)

Aku akan kawen dengan orang yang akan kawen dengan aku. Aku tak rasa aku akan kawen dengan orang yang bercinta dengan aku. Mungkin dia individu yang sama, tapi dia semasa peringkat bercinta adalah dia yang berlainan bile masuk alam perkhawinan. Takkan jadi orang yang sama lagi.

Soalan aku. Korang akan hidup dengan orang yang semasa di alam percintaan or orang yang semasa alam perkhawinan. Klo korang impikan sepanjang hidup korang bersama orang yang sama semasa korang bercinta...korang dalam bahaya.

Terima la hakikat yang insan semasa di alam percintaan adalah insan yang berlainan dengan insan yang korang jumpe masa di alam perkhawinan..walaupun jasadnya sama!

Fikir-fikirkan lah!! Ini pendapat aku! =)

16 March 2009

Tersenyum seorang...

Kenangan itu datang lagi...

Dan adegan itu bagaikan 'tayangan filem' yang dimainkan berulang-ulang kat fikiran ni. Yang paling best, aku tersenyum lucu melihat adegan itu. Aduhai...



Siapa yang perasan? Si pelakon layar pun tak perasan...aku memerhatikan lakonan dia. Aku terjumpa dengan si pelakon pembantu..tapi aku masih tak cam siapa pulak pelakon baru yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia lakon layar ni? Tapi...pandai sungguh dia lari di khalayak ramai. Mengelak daripada di cam. Aku malas la nk terkejar2 mencari pelakon yang baru nk mencari tapak dalam dunia ini.



Biarlah apepun lakonan yang dorang nak mainkan. Yang untuk tontonan Umum, maka dapatlah aku tonton. Mana-mana yang aku tak minat nk tengok, pasti akan ada penonton lain yang akan setia menanti babak yang seterusnya.



Aku tak pernah bermusuhan dengan si pelakon utama. Biarlah!



Aku tersenyum selagi termampu. Dan aku tak pernah hilang kemampuan tersenyum itu semata-mata kerna dia!

10 March 2009

Lupa Ingatan....

Warghhh!

Melampau tak kalau aku cakap yg aku terlupa giler2 kawan sebilik aku masa Matrik kawen…kad kawen dia aku terima, and siap tanda kat white board schedule aku lagi kat ofis ni. Saidatul…sorry!

7th Mac belah Sai, and 9th Mac belah Yazid kat Kalumpang. AKu mmg plan nak g belah Yazid sbb dekat je, Kalumpang. 9th tu plak mmg cuti Maulidur rasul. Tapi ntah macam mane, mmg aku tak ingat nk g umah Yazid.

Aku baru teringat semalam masa Malek tya kenduri bile. Sbb plan nk gi together-gether! Bila aku ingat2 balik, rasa nk jerit sbb dah terlajak hari! Mmg sah dah terlepas...! Kad Sai plak kat ofis...!

Masuk je ofis pagi tadi, aku still tak sempat nk selak kad kawen Sai yang aku dok pin kan kat softboard aku tu, sampai la En Odee tya apsal tak pergi kenduri. Aku terus amek kad kawen Sai dan mmg sah aku dah terlepas!

Ala...sian Sai...

But, Sai....I’m so sorry!!! Ampun aku Sai!!

05 March 2009

Family Day BSM @ Pangkor

Event: Family Day Bahagian Sumber Manusia, UPSI

Date: 21st - 22nd Feb 2009

Venue : Telok Dalam Resort, Pangkor.

















































































































































Baru la ada kesempatan nk upload picture2 and story a.k.a meng-update blog aku ni. Buzy la sekarang. Nak online dari umah pun aku tak larat dah. Nk layan TV lagi..layan perasaan lagi. Kdg2, aku buat kerja ofis lak kt umah..huhu.

Okey..

Best kat Pangkor. Even before this aku g sana untuk urusan kerja, tapi kali ni untuk have fun dengan kawan2 department. Seriously, masa Wahida minta confirmation samada aku pergi atau tak Family Day (FD) ni, aku tak amek tahu langsung siapa lagi yg akan ikut FD ni. Aku main confirm je, then bayar.

On the day bertolak g Pangkor, dalam bas baru aku tahu siapa lagi ahli rombongan! Huahuahua! Ada tu..dah sampai sana baru nmpk ahli yg lain. Bukan ape, aku takut aku akan ter-influence dgn keptsn kwn2 lain yg tak pergi..so better aku tak tahu.Hihihi..

Bertolak kul 9.30am...sampai la sana kul 1pm mcm tu lebih kurang. Sebilik dgn Rina, Aisyah & Masitah. Depan laut...mmg best. Hari kedua aku dgn Rina 'bersidai' depan balkoni chalet dari kul 9.00am sampai 1.30pm! Adegan yg boleh dikategorikan tak senonoh jugak la…siap minta Aisyah & Masitah tapaukan roti baker n nasi lemak dari hall makan sbb kitorang malas nk turun g hall! Subhanallah… =).

Aku belum cerita pasal kami bertembung dgn crew Senario, Ahmad Idham, Mek & Marsha (lupa la minah ni) tengah shooting kurang sedepa dari tempat aku terapung2 kat laut tu. Tapi, aku mmg tak minat artis la. Tolong tangkap gambaq korang dengan Ahmad Idham boleh, tapi klo aku pun nk berkepit bgmbar dgn dia...tak minat la. Ahmad Idham sure bengang je. Especially time aku mandi kat kolam TDR tu, dia dgn family dia betul2 satu kolam renang..tapi aku mmg tak excited. Lantak la kan...Mesti dia ingat aku tak kenal dia...huahuahua!!

1st day – Sukaneka. It’s between kumpulan Upin vs Ipin. Aku kumpulan Upin. Hehe! Paling mencabar ialah lari berundur bawa buluh secara berkumpulan! Tapi Upin’s Girls tetap menang even Upin’s Guys kalah pada Ipin’s guys! Haha. Tarik Upih? Baru korang tahu frekuensi jeritan aku setinggi mana yea…?

BBQ nite. Makan2, bergambar, cabutan bertuah, tukar2 hadiah, karaoke + budak2 bersilat..huhuhu!

Enjoying!