The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

01 October 2013

My own instant coffee review

Saya memang mudah dipengaruhi iklan. Lebih-lebih lagi kalau iklan yang cepat membuatkan saya lapar. Esoknya berazam untuk membeli produk tersebut dan terus makan di depan cashier untuk memastikan adakah sesedap yang diiklankan.


TV Commercial yang menggiurkan :p
Termasuklah iklan 5 sekawan sedang reunion setelah sekian lama tak berjumpa, berjumpa pula di sebuah cafe mewah entah di mana bernama KOPIKO Cafe. Grand ko!


Bila si Chelsie beriya memberitahu "saya simpan 3 bungkus dalam handbag"...terus diri ini terasa "Wah! Kena cuba ni...".

Mengenangkan rasa manis-manis si gula Kopiko, terus mengidam nak merasai si manis-manis kopinya pula.

Akhirnya semalam dapat sebungkus 'tester' dari ZMY. Memandangkan belum jumpa lagi kopi ni di mana-mana pasaraya di Tanjong Malim atau Tesco, maka offer yang diberikan oleh ZMY tidak disia-siakan.

Malam tadi dah berkira-kira nak buat food-tasting tapi taknak merosakkan regime kecantikan di waktu malam dengan meminum kopi sewaktu nak tidur. Hahaha! Bersabar sehingga esok, sebab nak merasmikan sachet ini untuk upacara sarapan.





So, hari ini dengan perasaan berkobar-kobar, saya merasmikan sachet ini di pejabat. Sambil menyuap nasi lemak dan scrolling News Feed kawan-kawan di Facebook.....







My honest review :
Tak seperti yang dijangkakan. Tiada identiti Kopiko dapat dikesan di hujung deria rasa. Sehirup..dua hirup..tiga hirup...........sembilan hirup...eh! Mana Kopiko taste? More to kelat-kelat kopi. More to jenama Coffeamix. Is it disebabkan low-acid nya? Should i add a bit of sugar here? Creamer maybe?

Bagi penggemar kopi segera, minat dengan rasa pahit-pahit kopi, ingin mencuba selain jenama segera Coffeemix atau serbuk Kapal Api, mungkin Kopiko L.A Coffeemix boleh menjadi pilihan. Tak salah bertukar selera dan rasa. Still could be one of your shopping-list for tomorrow grocery-hunting.  

Oh, lupa pula. Ianya rendah asid, tak menyakitkan perut kalau diminum waktu perut kosong dan gastric friendly :) 

BTW, semalam membeli barang dapur di Pasaraya Bernam, jumpa Kopiko L.A Coffee di jual disana. Bagi sesiapa yang nak membeli, silalah ke sana. RM10.90 (tak pasti ada berapa sachet)...

Oh. In coffee matter, I am so Yasmin Hani, i guess. 


Tak sangka this gorgeous 'new boss's' taste is just like mine :p
Mari intai locker ofis saya ....
Stok baru in pagi ini. 20 sachets untuk office, 20 sachets kat rumah.