The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

24 September 2013

You can called it as a hobby..i guess.

Actually saya tiada hobi collecting certain things. It's random and so rare. Sebab komitment untuk mengumpulkan sesebuah koleksi amat berat bagi saya. 

Dulu, tanpa disedari sering mengumpul key-chain yang pelbagai corak, motif dan gaya. Tiada spesifikasi yang jelas tentang ciri-ciri key-chain yang menjadi koleksi. Penuh satu kotak kat rumah dan kini aman bersemadi di bawah katil. Bukan kerana tidak lagi menjadi hobi, tapi kerana tak tahu lagi nak digantung dimana. Daripada menjadi tukun pada si habuk membuat sarang, maka koleksi tersebut disimpan rapi. Tiba-tiba datang kerinduan, kotak tersebut akan ditarik kembali.

Kini, entah bila ianya bermula, entah siapa punya angkara menyuntik virus tersebut tiba-tiba di suatu pagi nan indah...baru terperasan "Eh, am I collecting fridge magnet right now?"

Oh, terlalu hijau dalam arena pengumpulan fridge magnet ini, dan tidak kronik macam ZMY di pejabat ini. Sekadar suka-suka dan tidak komited, namun it can called a collection, i guess.

Tak penuh satu kabinet besi lagi. Papan magnetik dirumah juga hanya separuh bariu ditakluki.
 Kebanyakkannya pemberian dari kawan-kawan yang setia mengingati diriku ini sewaktu mereka berseronok bersuka-ria. ada juga kawan-kawan dari golongan akademik yang baru melapor diri semula dari cuti belajar turut memberikannya sebagai tanda hati. Pernah juga memaksa teman-teman yang berkursus ke luar negara..."balik nanti I nak fridge magnet..!" Hah, gitu.

 Keluarga si turtle ini koleksi peribadi sendiri semasa menjadikan Pulau Pangkor sebagai pejabat kedua pada sekitar tahun 2010-2011. Semuanya Pangkor! Sampaikan Mak Cik Jamilah penjual makanan laut di Lumut mengangkat kami di unit ini sebagai anak angkat dia. Oh mama Jamilah!

Ada yang dilahirkan di Lumt, di Pulau Pangkor dan ada seekor dari Terengganu.
 Lihat anak-anaknya yang comel mengikut si ibu dan bapa ke mana sahaja..walau statik setempat. Susunan itu penting!

 Antara koleksi yang yang diperolehi secara ikhlas atau paksa rela. Dalam atau luar negara.
 Pemberian Puan Norazizah sekembalinya beliau dari India untuk berkursus.
 It's from Rif yang berfoya-foya ke Bandung.
 One of my favorite tapi serius lupa dari siapa.
Dah namanya Cik Bunga, pasti rama-rama setia mengekori.

Koleksi key-chain turut mendapat tempat di pejabat itu. Belum dilupakan lagi. Ruang menggantung mulai tiada. Mungkin softboard yang satu lagi akan dijadikan medan gantung.

So, thanks pada yang sudi memenuhkan koleksi ini tidak kira keychain atau fridge magnet. Pemberian ikhlas anda sentiasa dialu-alukan. Kalau anda kelak dipaksa rela, sila turuti. Hahaha!

Berminat untuk menyumbang satu-dua kepada saya? Silakan. Saya sayang anda semua. :)




20 September 2013

Cinta si Tukang Kasut

Saya memang sangat suka beli kasut. Tapi tak suka fesyen yang bukan-bukan. Or terlalu crowded bunga or penuh dan sarat dengan hiasan sampai tak tahu nak sarung kaki ke mana. Jenama pun tak penting, asalkan bila pakai dan saat melangkah, kasut tidak melayang ke hadapan mendahului si pemakai. Kasut / sandal yang hanya ada tali sebaris di tulang jari langsung tidak pernah mendapat takhta di hati untuk membeli. Kasut yang tidak bertutup penuh tapi menyokong sepenuhnya kaki amat dicintai sepenuh hati.

Satu lagi masalah aku dengan kasut ni ialah tumitnya yang nakal. Pakai sehari kadang-kala dah boleh membuatkan alas tumitnya tercabut. Eh, bukan jenama pasar malam. Ok fine, not so high class tapi Carlo Rino kot. Agak-agakla nak tanggal pun. Kasut bersarung penuh Primavera pun lebih kurang je!

Di Tanjong Malim, setiap kali beli kasut, tak sempat kasut dipakai pasti akan dihantar dengan penuh manja kepada En Li Guard yang garang menjerkah orang namun baiiikkkk hatinya. Dia akan diupah menjahit dahulu tapak kasut sebelum aku berani memakainya. Jangan cari pasal tengah kalut nak pi meeting, lari-lari manja, tetiba tapak kasut tercabut. Tension!

Tapi En Li tidak menyediakan khidmat menggantikan tumit. Walaupun telah dipujuk bertahun lamanya, beliau masih enggan melayan permintaan aku dan seorang lagi Diva di sini iaitu ZMY untuk memulakan perkhidmatan menukar tumit kasut. Alasan beliau - malas nak beli peralatan. Boleh??

En Li yang dimaksudkan. Tak nampak garang sebab ada dua awek cun sebelah dia. Haha!

Maka, berkumpullah segedabak kasut dirumah yang masih cantik segak berseri tapi tumitnya sebelah atau dua-dua belah hilang. 

Misi mencari cinta si tukang kasut bermula. Terjumpa seorang pakcik di Bukit Sentosa semasa menemani mama ke pasar yang sedang memulakan perniagaan rutinnya di kaki lima kedai. Esoknya, terus loading 2 pasang kasut dalam kereta dan semasa mama tengah sibuk mencari ikannya, aku lari sekejap menghantar kasut.

Janji kami seperti ini.

Aku : Pakcik, saya nak tukar tumit je. Lama tak nak siap? Atau saya jalan-jalan kat Tesco dulu, nanti dalam 1 jam saya ambil. Okeh...ala kuci-kuci-kuci...comelnye pakcik niiihhhh! (Part last saya tambah untuk menambahkan elemen comel saya)

Pakcik : Baiklah, nak. (Ye, itu sahaja jawapan dia??) 

1 jam berlalu. Kembali ke tempat pakcik, dia sedang mengerjakan tumit kasut. Setelah memberikan hint kepada mama untuk tunggu dan main je Candy Crush dalam kereta, aku duduk tersipu malu tepi pakcik tu. Pakcik tu tidak menunjukkan ciri-ciri cuak dan gabra pun ada seorang anak dara comey lotey tersipu-sipu macam ada orang nak masuk meminang di tepi dia.

Khusyuk aku memandang kasut-kasut aku dikerjakan oleh pakcik ini. Tadaaaa...!

Kasut pertama yang dibaiki tumitnya yang rosak + pecah + hilang sebelah.

Kasut kedua yang sedang diusahakan tumitnya..

Aku : Pakcik tinggal mana?
Pakcik : Bukit Beruntung. Anak tinggal mana pulak?
Aku : Bukit Sentosa. Pukul berapa pakcik buka kedai ni?
Pakcik : Kul 8 dah ada dah...
Aku : Tutup pukul berapa?
Pakcik : Kul 6 petang.
Aku : Bukak tiap hari?
Pakcik : Ye, nak. Hari Jumaat tak bukak lah.
Aku : Ooo. (hilang idea sebab produktiviti pakcik itu sedikit menurun bila dia melayan aku berborak)

Aku pun diam je la. Info utama aku dah dapat. Kalau borak panjang-panjang sangat nanti makcik yang jual buah sebelah tu ingat aku nk ngorat pakcik ni dan potong line dia pulak. 

Melihat hasil kerja dia...mula-mula cuak jugak tengok dia semboro je tampal tumit aku bersegi-segi. Mula gatal mulut nak menegur tapi masih bersabar. Selesai dia memaku, barulah dia mengikis lebihan yang menyakitkan mata itu.

Hish. Sibuk je kan dengan kerja orang. Tahu lah dia nak buat macam mana. Ini kompetensi khusus dia. Aku bagi pakcik ni 12 mata CPD khusus untuk kekemasan hasil kerja dia setelah siap. 

Lebih kurang 10 minit, tunggu semuanya selesai... akhirnya pakcik itu mendongak memandang aku. "Ok, dah siap..!"

Aku tersenyum. Dengan upah dan kepuasan yang jelas terpancar di wajah aku, pakcik si tukang kasut aku tinggalkan. Terbayang aku akan ke ofis esoknya dengan Carlo Rino yang telah dibaiki tumitnya.

Oh, terima kasih pakcik si tukang kasut. Cintamu kuhargai.    


Pakcik si tukang kasut yang sangat komited dan efision dalam kerjanya. Aku tak tahu tu kasut siapa. Malas nak tanya.

psstt : Tak boleh lama-lama sangat renung pakcik ni sebab makcik yang jual buah-buahan kat sebelah tu dah jeling-jeling dan asyik mendehem. Huh..! 

04 September 2013

Open House, oh! Open House




Diakhir-akhir Syawal ini, berapa sesi Rumah Terbuka @ Open house anda telah penuhi? Setiap hari? Setiap minggu? Itu belum lagi Open Office yang selalunya berlangsung di pejabat masing-masing di waktu bekerja, kan? 

Saya pun suka memenuhi undangan rumah terbuka ini. Bukan semata-mata kerana save budget tak payah beli makanan tengahari atau malam, tapi sesi berkumpul makan ramai-ramai itu sangat seronok. Masa itulah yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang tak kenal mula mengenali, yang tak bertegur sapa mula tersenyum ramah. 

Cuma ada beberapa perkara berkenaan open house ini membuatkan dahi saya berkerut. Pelik. Adakah kerana tetamu menapau makanan untuk balik ke rumah? Oh, itu dikupas sebagai isi terakhir. Itu sudah biasa didengari bukan. Mari kita bercakap tentang perkara lain selain itu.

#1 - Trend.
Amalannya rumah terbuka ini adalah mengikut kemampuan si tuan punya rumah. Jika ada kelebihan rezeki dan ingin dikongsi bersama-sama sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai, maka sangatlah bagus melaksanakan perkongsian rezeki tersebut. Ya! Selain merapatkan silaturahim sempena Aidilfitri Al-Mubarak. Tapi cuba korang semua jeling-jeling atau imbas kembali open house zaman sekarang. 

"Tipah, tahun ni kau tak buat open house ke? Tahun lepas kan kau buat?" Si Senah menjerit di sebalik tembok rumah.

Biasa dengan dialog diatas? Apa reaksi Si Tipah? Kalau memang ada perancangan Si Tipah & Family nak buat open house kerana kelebihan bonus dan rezeki, Alhamdulillah... Dapat jugak merasa puding karamel Tipah yang tip-top.

Tapi kalau Si Tipah tiada perancangan? Dicampur pula ada rasa malu 'tahun ni takkan tak buat'...maka terkucam-kucam la si Tipah menggagahkan diri membuat jugak open house. Kerna apa? KEWAJIPAN BUAT SETIAP TAHUN?

Adakah disebabkan tahun lepas Si Tipah buat open house, maka sampai akhir waktu Si Tipah KENA buat open house? Tetamu lain hanya menunggu waktu dijemput. 

For me, tak malu ke meminta-minta? 
Pada yang pernah tanya pada bondaku "Bila nak buat open house, kak?" Kalau sempat anak sulung dia ni mendengar, maka akan terdengarlah jawapan balas " Asyik kami je buat tiap tahun, apakata makcik pulak buat. Open house ni bukan wajib untuk kami je.." 

Tersengih je kan makcik? 

Come on. Hormatlah orang sikit. Jangan tahu nak harapkan dari orang lain je. Sekali lagi ditegaskan, OPEN HOUSE BUKAN WAJIB. HANYA JIKA ADA LEBIH REZEKI DAN KEMAMPUAN SAHAJA. Jangan melampau. Selepas raya nak makan apa? Serdak kuih tart?

Pernah jumpa orang macam ni?

#2 - Makan sampai kenyang.
Pernah lihat? Atau pernah buat? Atau SELALU buat? :)

Hello... open house ni bukan open for ONLY you. Ramai lagi akan datang. Tujuan open house ni selain berkongsi rezeki, adalah untuk merapatkan silaturahim, bertanya khabar. Dah la kau datang dengan main point nak makan dari start masuk rumah sampai jadi tetamu terakhir..... Sampaikan tuan rumah terpaksa top-up tray lauk sebab kau bedal seorang...

Tuan rumah bukan nak kongsi rezeki dengan kau seorang je tau. Ah, malas nak ulas dengan lebih terperinci. Takut terkasar bahasa. :) 


Pernah jumpa orang macam ni?

Cukup tak faham mentaliti manusia macam ini. 

#3 - Tapau
Need more explaination? Untuk anak, kakak, abang ipar, anak saudara, tok su, Kak Nah sepupu kepada abang ipar....dan lain-lain yang berada di rumah sebab datang melawat semalam.

"Eh Cik Bunga, kau ni bising. Tuan rumah tak cakap apa-apa pun!"

Oi Mak Cik Senah... tuan rumah memang tak cakap apa-apa. Dalam hati dia, kau tahu? Mana ada tuan rumah akan kata TAK BOLEH. 

Tapi, open house ni bukan untuk kau seorang (ayat ulangan).

Need more explanation?


Pernah jumpa orang macam ni? 

Ya, itu dia Top 3 perangai yang aku selalu tengok di rumah-rumah terbuka yang pernah dipenuhi jemputannya. Ada lagi? Meh kongsi...mana tahu boleh jadi next entri. Kita kupas sampai lemas!