The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

30 August 2012

Jamuan Raya : PRESTASI

Curi dari email PRESTASI :)


Jamuan Raya PRESTASI kembali lagi.

Rasanya macam baru semalam je telinga ini didendangkan dengan lagu kumpulam Firman yang bertajuk Kehilangan itu. (Masih ingat lagi, kawan-kawan PRESTASI?) 

Kali ini, bertempat yang sama... PRESTASI sekali lagi menghimpunkan kawan-kawan pegawai tadbir dan ikhtisas untuk bermaaf-maafan di Hari Raya di Bitarasiswa. Or lebih kepada sesi bergambar dan makan-makan :)

Penampilan khas : KUGIRAN PRESTASI.

Wah! Adakah kita sekali lagi akan didendangkan dengan nyanyian jejaka di bawah ini? No one know, babe

Jejaka di bawah ini OK lagi. Jangan jejaka yang seorang lagi tu. Waduh, bisa hilang ingatan dibuatnya. Lupa terus lirik lagu kesukaanku itu. Waduh! Waduh!
Luqman & Rif.

Ok. Baju raya yang mana nak ditayangkan ye.

Kawan-kawan PRESTASI, see you there!

25 August 2012

Masih cerita Raya, ya?

Corat coret Hari Raya. 

Kadang-kala dengan beberapa keping gambar sahaja mampu menceritakan lebih dari 1 juta patah perkataan, kan?

Raya Pertama. 19 Ogos 2012.


Selepas solat Raya, bersarapan dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami ke Tanjong Malim. Menziarahi kubur sebgai tanda ingatan dan ahli keluarga di sana.

Raya pertama tahun ini kami tidak ke One Utama untuk menonton wayang. Entah, penat mungkin. Cuaca sangat panas! Malas. 

Raya kedua. 20 Ogos 2012.


Tiada lagi warna tema sedondon. Hanya menunggu tetamu di rumah. Makan. Tunggu dan makan lagi. Akhirnya hanya kami yang menghabiskan semua makanan di rumah. 

Oh! kawan-kawan Bella dan Aty yang menjenguk ke teratak kami. Kemudian mereka berempat beraya di Genting Highland. Great!

Raya Ketiga. 21 Ogos 2012.


Semakin bosan sebab seharian hujan mencurah-curah membasahi bumi. Hanya duduk di meja makan menghabiskan roti jala.

Raya keempat. 22 Ogos 2012..





Jam 7 pagi dah kedengaran bunyi-bunyian di dapur. Kedengaran agak sibuk. Sehingga jam 12 tengahari seluruh keluarga sibuk keluar masuk rumah.

Mama dengan nasi tomatonya. Papa sibuk dengan persiapan perabot. Abby asyik mengelap lantai rumah sehingga berkilat mozek tu. aku, Bella dan Aty pura-pura sibuk menghias rumah supaya nampak juga penglibatan kami dalam majlis ini. Anol and Amin juga ada peranan mereka.

Tetamu hanya muncul tepat jam 2 petang di depan pintu. Seluruh keluarga
berdebar-debar. Kelam kabut pun ada. Tak selera makan pun ada.

"Mini open-house" tamat jam 3.30 petang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Selesai satu part. :)

Ok la. Selamat menjamu mata anda dengan gambar-gambar raya di atas ye.

19 August 2012

Selamat Hari Raya!

Hai. Anda semua dimana ketika saya mulai mencoretkan mesej ini? Di kampung? Masih terperangkap dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan kecil di Lebuh Raya Utara-Selatan? Di depan TV tengok Karoot Komedia Ulangan?

Apa yang anda lakukan? Samada anda masih sibuk melayan tetamu tak putus-putus tiba mengunjungi anda? Di dapur sedang membasuh pinggan mangkuk? Atau dah pun tukar uniform Raya kepada t-shirt kesukaan anda dengan seluar baggy paras lutut yang sangat selesa? Huhu..

Dimana pun anda berada, walau apapun yang anda sedang lakukan..tak kisah lah! Selamat Hari Raya Aidilfitri ya! Mohon maaf jika terdapat kesilapan yang pernah mengguris hati dan perasaan. Maaf juga kerana saya akui, saya terima messages berunsurkan Raya di handphone, tapi memang saya tak balas. Handphone dalam handbag. :)

Tema Raya keluarga Pak Said ialah purple. Jadi sekeluarga telah dengan redha dan pasrah dengan warna pilihan anak-anak dara Pak Said ini.

Dan macam biasa, pose kami setiap kali Raya tidak berubah. Masih seperti di bawah.



Sungai disusur sehari - hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

SELAMAT HARI RAYA!

14 August 2012

Kami (ladies) memang cemburu

Ofis kami :)

Mood raya sudah berkumandang di merata-rata. Ucapan berunsur Maaf Zahir Batin pun dah bersepah-sepah di dinding muka buku. Ofis pulak meriah dengan hiasan ketupat, lemang, duit palsu dan lampu lip lap! Tak lupa gantung siap-siap bendera Malaysia tanda semangat Kemerdekaan. Stop sudah pembukaan yang jauh tersasar dari tajuk utama ini ok.



CEMBURU.


We all ladies memang cepat cemburu. Perkara kecil pun memang akan menjemput perasaan cemburu itu menguasai atmosfera. Tapi untuk mengaku...Neyhhhhh!! Tanya la 1001 kali pun "You cemburu ke ni?" Jangan harap kami jawab secara terus dan terang "Yela, I cemburu...blablablablablablablablabla..." Jangan harap.

So, untuk mempercepatkan proses mencungkil isi hati kami ni, meh I sebagai wakil ladies seluruh dunia memberikan hint. Alah, you alls guys ni pun bukan suka sangat nak pujuk lama-lama kan. Sebelum we all semakin makan hati sebab you all tak layan rajuk kami, I bagi TIPS BAGAIMANA NAK TAU SI DIA (TEMAN WANITA) CEMBURU ATAU TIDAK.

Kalau tiba-tiba si gadis buat muka, selalunya si teruna akan bertanya (standard)

Guys : Kenapa tetiba muncung ni?
Ladies : Takde apa.

Dan si teruna akan bertanya lagi sebab muncung si gadis semakin panjang.

Guys : La, cakap la. Kenapa ni?
Ladies : Takde apa la... (kali ni siap buat muka kelat)

Takpe-takpe. Guys akan bertanya buat KALI TERAKHIR.

Guys : Cuba cakap kat I kenapa ni?
Ladies : Sambil memandang tempat lain, berkata : Takde apa.

Ok. Here is the check-point. But before the FINAL TIPS, baca ni dulu :

For Guys :
You all dah nak naik angin kan? Relaks. Si gadis nak dipujuk. Di tanya sampai 1,352,322 kali kenapa dan kenapa. Serius, hanya itu saja yang si gadis inginkan. Dipujuk dan teruskan usaha anda bertanya sambil manja-manja.

For Ladies :
Si teruna actually hanya akan bertahan untuk bertanya selama 3 kali je. Kalau dia masih teruskan untuk kali ke-4, jaga-jaga. Takut nadanya bertukar lain pulak. Nanti you all pulak kena pujuk dia. Kalau ye pun nak psiko, agak-agak la. You all pun kalau dah tanya sampai 3 kali, tapi dapat jawapan "takde apa-apa", padahal si dia buat muka tempe goreng, takkan tak hangin kan. 

So, what should you do GUYS?

Let's try this -

Guys : Oh, ok la tu kalau takde apa-apa. Sayang, petang ni kita nak makan kat mana ye? I takde idea la.. (sambil buat-buat MEMANG TAKDE APA-APA BERLAKU)

And the result :

Ladies : You ni kan...pantang kan nampak perempuan cun sikit lalu kat depan, You pandang macam taknak lepas. Yela, perempuan tadi tu cun, seksi... Macam Nora Danish. I ni takde la se-cun dia. Tak seksi... Pastu ..... bedebukbedebakbedebukbedebak.. pumpampumpampumpampumpam..

At last. Terluah pun isi hatinya. Selebihnya, pandai2 la you all guys nak pujuk dia. Sape suruh pandang perempuan lain macam girlfriend tak wujud depan mata.

Hahaha. 

Kami cemburu. Kami diam. Kami buat muka. Kami cuba nak pendam tapi dalam masa yang sama kami nak bagitahu. Kami tak tahan la nak simpan cemburu lama-lama.

Kami sayang kamu.

*Nanti saya tanya si teruna pulak, apa pulak mereka lakukan (atau apa yang perlu kita lakukan actually) jika mereka pulak cemburu. :p*

ADios! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

02 August 2012

NESTLE : 100 Tahun Disisimu

Sebut NESTLE, pasti ingat MILO kan? Well, NESTLE ada rangkaian produk yang sangat panjang listing -nya. For me, tetap bermula dengan MILO. Best!

NESTLE dah hampir 100 tahun (bersama anda). Masih ingat beberapa memori dengan produk NESTLE? Curi-curi MAKAN SERBUK MILO di dapur! Hahaha. Kalau Mama tahu, sure kena marah!

Why not, captured cerita / kenangan itu di website yang dibuat khas untuk tujuan itu. Dengan slogan "100 Tahun NESTLE di sisimu", bolehlah kita corat-coretkan kenangan bersama mana-mana satu produk NESTLE.



Boleh pilih nak ceritakan dalam format karangan tidak lebih dari 100 patah perkataan, gambar (tambah sikit effect Sephia bagi nampak old school ^_^ ), video atau Twit je #Twitter.


Let say you want to tell the story about MILO in the 2010s..



Oh. Bukan cerita saja-saja. Ada hadiah babe!

Jadi apa tunggu lagi. Klik disini untuk mula ber NESTLE!