The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

29 August 2011

Part I: Raya 2011 - sehari sebelum raya.

Esok Raya!


Haha..belum tahu lagi. Itu adalah ramalan orang unprofessional seperti aku. Hehehe..kita tunggu Pakcik Di Sofa Maroon untuk umumkan malam ni.

Persiapan..secukupnya dan ala-kadar. Yang melampau is Amin, Aty, Anol and Bella sebab beli handfhone raya. Takpe..takpe, lepas raya tgk plak kaklong dia melampau sebab kaklong depa nk beli..err..err...rumah? Hahahah!

Last preparation done at Tesco Selayang and Giant Selayang @ Parkson Ria. Aty sempat sambar sepasang lagi attire, Bella tiba-tiba beli another striking yellow purse. Aku and mama hanya nak memenuhkan stok almari dapur dengan makanan. Hahaha.. Itu paaaaling penting.



What is our plan for Raya?

Errm..Tg Malim and Klang. Tengok wayang and makan. Even masa puasa takde sekilo pun berat badan turun, namun lepas Ramadhan ni, misi untuk menaikkan berat badan masih seperti biasa. Cik Dewi housemateku sayang, jangan jeles dengan ketinggian kadar metabolisme ku apatah lagi melihat aku mengunyah coklat selepas makan malam. Hahaha...!

Sedang membuka log book jemputan open house. So, setakat ni log book belum penuh cuma jamuan raya Persatuan kakitangan wanita dan persatuan pegawai UPSI. Masih banyak ruang dan peluang untuk memenuhkan log book ini.

Akhirkata, kepada yang beraya sakan di kampung halaman, jangan lari-lari sangat nnt masuk parit. Bawak kereta ikut had laju kecuali kereta depan bawak 50km/sj, potong di line kanan dengan berhemat ye.

Kepada kawan2 yang pernah bersusah dan bersenang bersama mengadap muka cikgu & lecturer - SMK Seksyen 19, Kolej Matrikulasi Melaka Batch 2002-2003, UPM Kampus Bintulu dan kampus Serdang (2003-2006), kawan2 sekerja teman mengumpat memuji boss dan rakan sekerja lain - Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa (2006), jelitawan-jelitawan Beauty Consultant SK-II seluruh malaysia (esp admin @ P&G's Wisma Consplant) and my dearest UPSI's members...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.


And tidak lupa kepada beberapa orang bekas pakwe - tolong jangan SMS raya minta maaf zahir batin bagai..pls no. Because perkara yang lepas jangan dikenang, kan? U are my past tense. Dont ever pop up again. Hahaha!

12 August 2011

Semangat raya dah muncul!

Selamat berpuasa. Dah 12 Ramadhan dah pun. Tahniah bagi yang masih penuh, dan cuba lagi bagi dah termiss disebabkan faktor kesihatan atau faktor alam yang tak dapek den nak nolong dah! Yang termiss just disebabkan terlupa bangun sahur, you are out from my league!

So, dah siap persiapan raya? As for me, baju raya dah siap awal sebab tak nak terkejar-kejar cari tailor yang dah full schedule menjahit baju raya. Beli baju siap? Hohoho..tak thrill la (padahal tak suka baju siap sebab tak sedap kat badan..) Kuih raya selalu we all buat sendiri tak tahu la tahun ni kalau mama tetiba kata 'beli je la..' but I dont think so. Rumah? Hoh..yang itu gotong royong 2-3 hari sebelum raya.

Ofis? Hekk? Ofis?
Yes..ofis. Ingat nak sambut raya kat rumah je ke..abis ofis ni takkan nak terbiar je? Kan ke kebanyakkan dari kita dah kembali ke ofis pada 6 Syawal...so bukan ke still mood raya tu?

So, mengambil semangat kerjasama dan mood raya yang semakin berkobar-kobar..this week Team Unit Latihan a.k.a ULAT dan Unit Cuti Belajar a.k.a UCB di BSM telah disampuk satu semangat yang muncul tiap tahun iaitu MENGHIAS OFIS. Cuma tahun ni semakin kuat sampukkannya.

Beberapa scene yang sempat dirakam. Daripada pegawai sampai ke penolong pegawai sampai lah ke kerani-kerani yang sangat bersemangat mengubah permandangan ofis. Actually double thanks to our dedicated PO yang sangat bersemangat.

BEFORE :

Permandangan ofis di waktu normal.


Beberapa snap sepanjang 2 hari menghias ofis di waktu break.


Akhir kata dari kami di ULAT & UCB, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Kalau ada salah silap, mohon kursus tapi tak pernah dapat or kami terkasar bahasa semasa kami mengendalikan kursus atau apa juga situasi yang membuatkan anda tersinggung dan tersentap...kami mohon maaf zahir dan batin.



Nak tengok ofis kami yang cantik seala kadarnya ni, mai la singgah. Kalau malu nak tunjuk sangat yang u all nak tengok decoration ofis ni, alaaaa...just singgah konon-konon nak nak tanya pasal kursus atau mata CPD pun takpe. Kalau saja-saja tanya pasal cuti tapi singgah di ULAT pun kami tak marah, kami senyum je bagitau salah ofis ni..nak tanya pasal cuti kat Unit Pentadbiran. Gitu...!

08 August 2011

Tragedi 'cawangan' Viccuda di bulan puasa.

Dulu masa tengah study kat UPM, memori berpuasa bersama-sama dak UPMKB mmg seronok. Kalau time berbuka tu, kalau tak set time berbuka sama-sama kat Putra Cafe, lebih syok berbuka sendiri dalam bilik dengan roomates masing-masing je.

So, lepas kelas..mula la team Baung mengambil order dari kami Team Kalui Cute. Kak Zuna, ingat Burger Jep? hahahaha! Itulah menu paling spontan akak order dari Anol dalam kelas International Finance dengan lecturer nama Bany yang suka pakai suit biru sepanjang semester. Hahaha..masuk pulak watak En Bany yang cute dan sentiasa buat kite nak duduk kat barisan hadapan dalam kelas! Paling seronok dan senyum sampai telinga bila En Bany buat penerangan dalam kelas tapi mata dia tertumpu kat kiteeeee je. Wahhh! Bersungguh-sungguh nampak gaya dia nk bagi kite ni faham. Eh, apesal pulak memori berbuka pose ni termasuk watak En Bany ni!!???

Ok next! Itu time berbuka. Time berbuka kat 'padang' pun best kan, suke makan kat kedai makan yang pakcik tu muka macam Malek. Paling best sebab boleh mintak macam-macam sebab yang tolong jaganya ialah anak-anak dara pakcik tu. Itulah masanya kami gunakan Team Baung untuk meminta itu dan ini. Dan yang paling best makan dengan Team Baung ni ialah mereka ni sangat tidak membazir. Contohnya :

Tak makan cili? Takpe, Malek ada.
Tak makan bawang? Takpe, Syed ada.
Nasi banyak sangat? Hafifi leh makan lagi separuh.
Tak makan kayu? Takpe2..Nuar ada!

Time sahur pun Team Baung ni akan berkhidmat untuk Team Kalui Cute yang manja dan tidak berupaya. Order akan sampai ke tepi tingkap jam 3 pagi. Lagi best kalau kedua-dua Team Kalui akan terus ikut dorang keluar pi la mana-mana untuk bersahur. Waktu itu, hanya ada motor-motor kapcai, so akan menjadi minah rempit di bulan yang mulia. Hahaha..masa tu paparazzi belum berleluasa, so takde sape akan tangkap gambar kite membonceng motor pria-pria terhebat tu di depan Kalui. Pak guard pun hanya mampu menjeling!

So, bila habis belajar..masuk dunia pekerjaan, setiap kali berbuka puasa Team Ex Baung dan ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute akan deal la di mana-mana untuk berbuka puasa.

Ada beberapa scene berbuka yang masih dalam simpanan aku such as... :


Berbuka di BBQ Chicken, One Utama, PJ dengan Yan, Kak Zuna, Azida.


Berbuka di Village View, Bangi dengan Yan, Kak Zuna (lagi), Jaa and Sahnawan.

So, last week berbuka puasa di Restoren Viccuda, Damansara. Deal hanya dibuat antara ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute - Ayu, Kak Zuna dan Ida je. Yang lain2 ada komitment dan berbakti untuk negara walaupun di hari minggu. Contohnya Yan @ Kastam Diraja Malaysia. =)



Right. Tunggu punya tunggu di Zida sampai penuh satu meja kitorg order makanan. Daripada kami ni orang pertama yang duk dalam kedai tu, sampai la kedai tu penuh dengan manusia termasuk la Farid Kamil and kawan-kawannya pun ada kat restoren tu, kami leh tertumpu pada persoalan di mana Ida.

Hampir sejam kami bergambar-gambar dengan mood happy-go-lucky..!



Bila dah kul 7.05 pun si Ida tak muncul2 padahal dia call kata dah nk sampai, kami mcm terkaget sebentar bersama kit-kat. Lagi teruk kagetnya bila Ida kata dia dah kat kaunter Vcuda tapi tak nampak pun kitorg padahal kak zuna dah tercongok kat kaunter tu. HOCCAYYYY!!!

Ida kat VCUDA UPTOWN. GOOD! Sebab kami kat VCUDA KOTA DAMANSARA!
Maintain anggun, instruction diberikan oleh Kak Zuna yang menyorok dalam kereta menggunakan GPS yang bersuara macho.

Dan akhirnya Ida sampai ke VCUDA yang sebenarnya..walaupun dah setengah jam lewat. Tak sempat nak kiss-kiss, terus makan dulu. Hahaha! Sengal tul la memori ni! Sampai esok pagi kitorg dok ungkit benda ni.


Tengok muka kak zuna tak puas hati! Hahahaha!
Kami orang pertama sampai ke restoren tu dan orang terakhir keluar dari restoren disebabkan Ida!


So, girls and guys, tahun ni nak konvoi raya kat mana plak? Tahun lepas Ida, ape kata rumah ni rumah Ida jugak tapi please make sure RUMAH IDA CAWANGAN MANA TAU!


2009's raya at rumah Azida.


Next entry - sleepless night at Arzuna's house with Ida. Sumpah, aku nk sumpah Ida jadi batu belah batu bertangkup supaya dia tak menyeru2 nama aku dengan harapan kami tak tido malam. Leh? Tu belum ke-sengal-an Ida bawak kami dari Serdang ke Kg Baru semata-mata untuk bersahur nasi lemak telur goreng then balik semula ke Serdang sebelum imsak.