The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

25 September 2011

Dek kerana tekaan yang salah itu...

..maka saya dah penat nk ketawakan tekaan2 itu lagi.

Straight to the point. Jangan corner-corner lagi. Jangan asyik ketawakan pada tekaan mereka yang salah-salah itu lagi. Maaf, saya bukan artis untuk kongsi setiap helaian kisah hidup. Yang mana terpampang di sini bukan juga berniat untuk menarik perhatian. Hehehe.

Pada mereka yang berteka-teki sejak mula terbaca post ini, kebanyakkan tekaan yang singgah di YM saya salah belaka. Dan tak pernah ada sebaris pengakuan pun saya berikan untuk mengiyakan tekaan anda semua.

Baiklah. Riddles to be revealed. NOW. Kita pergi pada satu persatu ye. :)

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan sejak 1 Jan 2011. Masuk Jun 2011, semakin banyak soalan yang diterima...Apa kaedah baru menggantikan PTK?. Berbengkel ke sana-ke mari dari Putrajaya hingga ke Johor. Serius, saya tiada jawapan. Kita tunggu pihak yang lebih arif. :)

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.
Alhamdulillah, sedikit masa lagi ia akan diumumkan. Garis Panduan bertarikh 25 Ogos dikeluarkan kepada pihak yang menguruskan fail ini. Walaupun baru draf, at least, dah nampak bayang. :)

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.
Maka, 15 Sept 2011 bersamaan dengan Jamuan Raya UPSI, aku dan Cik Zarina dipanggil ke JPA. Eh, bukan kami berdua. Malahan 200 orang pegawai dari pelbagai agensi di Malaysia dipanggil ke JPA untuk mendengar Taklimat tersebut. Kehadiran rombongan kami yang telah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang maha sesak di JPA pada petang itu. :)

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.
Dan, sekembali kami ke bumi UPSI, pada 20 Sept diadakan perjumpaan dengan wakil PEKA, PRESTASI dan KPA berkenaan perkara ini. Jawapan tentang perkara ini akan dikemukakan kepada pihak berwajib sebelum 1 Oktober. Lanjutan dari pertemuan itu, diarahkan kami untuk membuat satu lagi perjumpaan dengan semua Ketua Jabatan untuk membincangkan tentang hal ini. :)

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.
Perancangan pelaksanaan PROSPEK adalah pada 2012 dimana kami diberi masa sehingga Jun 2012 untuk mengatur segala persiapan. Atau jika tidak sempat juga, sekurang-kurangnya pelaksanaannya adalah pada penghujung 2012. :)


Ya! Itu sahaja ceritanya. Sekarang korang tau kenapa setiap kali tekaan yang singgah di YM selalu mendapat balasan "Hahahahaha!"? Sebabnya TEKAAN ANDA SALAH. Jauh melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane.

Mari kita ke Jamuan Raya Persatuan Kakitangan Wanita (PEWARIS) UPSI. Melaram dan makan lagi. :)

09 September 2011

Teka jangan tak teka. Salah teka, kena ketawa.

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.

Harap-harap tiada apa lagi masalah sebab 2011 ni banyak betul dugaannya pasal benda ni. Sampai hampir nak pecah meja jadinya. Berderau darah bila ingatkan balik. Hihihi.

Mungkin ada yang dapat teka. Cuma tepat atau tidak tekaan itu, entahlah. Yang berkenaan pasti dapat teka, cuma yang tak berapa nk berkenaan tu, tekaan anda pasti melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane. Haishhh...!

Ok la uolss.. Selamat meneka. Ingat, salah teka kena ketawa!



*Haishh, nampak gaya I tak dapat la nk join Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UPSI pada 15 September 2011 ni. Baru ingat nak melaram dengan baju raya (cewah).

Takpe, I melaram baju raya pada Jamuan Raya BSM on 19 September, then Jamuan Raya PRESTASI dan Jamuan Raya PEWARIS on 23 September.

Hehehe...

03 September 2011

Part II : It's Raya! Yeah..Raya!

SELAMAT HARI RAYA! (jerit dengan nada gembira, hoccay! yeahhh!)

Bila pakcik-di-sofa-maroon itu umumkan ....Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada 30 Ogos 2011...kami semua terus pandang papa dengan kening terangkat-angkat. Tekaan papa bahawa 1 Syawal 1432H jatuh pada 31 Ogos tersasar! Hahaha..

Start from that moment...ZZUUUPPP..message ucapan Selamat Hari Raya masuk bertubi2 sampai dah tak larat nk reply. Tengah malam kul 2.56am pun masih ada SMS masuk.

So, Raya pertama...jeng2...bermaafan dengan ahli keluarga, then makan-makan suke hati, ada lah tetamu dah mula bertandang...sampai ke petang..jeng3. Aku, Bella and Aty mula mengatur strategi kami.




As like last year, kami menyerang panggung wayang. kali ni FINAL DESTINASTION 5. Horror gile pagi raya tengok cerita seram+ngeri+ceridak! But, it's our own way to celebrate raya kan.

Suasana One Utama di 1 Syawal seriously macam we all bertiga sedang melancong ke Negara China. Aku rasa dorang pun pelik tengok kami kat area dorang kot. Abang kaunter GSC tu pun macam bersambung kening kepelikkan tengok kami membeli tiket wayang. Hahaha..Whatever!

So, that's it my first raya. and it's not over yet. Chill la beb, raya sebulan kan?

Look! Aunty belakang aku tu pun macam dah pandang kitorg 4-5 kali dengan pandangan mata unbelievable..eh3..tak salah kot nk bergambar depan kaunter kan? No sign of "WHOEVER TAKING PICTURE HERE WILL BE SHOOT TO DEATH" kan?


Alrite. Enough of tengok wayang di raya pertama.

Raya kedua satu family bertandang ke umah Acik Piee and Acik Zah kat Rantau Panjang bukan Kelantan tapi Klang. =)

Alala..sopannye anak Pak Said ni ye, tak gitu Acik Piee nye? Hahaha..

And there goes 2nd Syawal..

Ok, 3rd Syawal..

Err..eh nanti kita sambung. Ada cerita Mohabbatein la pulak. Love story nages-nages feveret masa sekolah dulu. Nak refresh memori kalau-kalau masih boleh nyanyi lagu-lagu dalam cerita ni dengan lancar dan syahdu lagi.