The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

30 April 2010

Perlawanan Carrom Tertutup BSM.

Jumaat yang indah. Hari-hari lain pun indah, cuma jangan sesekali kacau mood I. Seriously, mengenali diri sendiri setakat ini, memang mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. Moody..? Bukan moody, cuma well....as i mention above line, mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. =)

Pagi tadi, my turn untuk memberi tazkirah. Si Optimis
: Bagaimana memperbaiki diri anda - tajuk yang disampaikan. Sebenarnya, lupa bahawa Jumaat ini giliran diri sendiri. Thanks to urusetia yang mengingatkan.

Petang semalam, berjaya menemui sebuah artikel di web. tertarik dengan 1 panduan


"Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda."

Berkata tentang mencuba sesuatu yang baru.... Carrom? 100% sesuatu yang baru...in my life! Wallah...~
Menang untuk pusing pertama menentang Kak Rahayu / Sharony. Tapi kalah tipis bila masuk 2nd round menentang (habis-habisan) Fadzli/Nur Zarina. Well, terror la jugak, sebab pernah menang. Huahuahuahua!

Good games. Merapatkan silaturahim even pada mulanya perang dingin meletus antara lawan. Hahaha. Saja, nak menggamatkan suasana. Memang gamat. Tepat jam 5.00 petang, BSM merusuh dengan sorakan semangat.

Semasa entri ini di-post, perlawanan masih berlangsung. Pusingan ke-tiga sebelum semi-final.


CHAIYOK!

28 April 2010

Jom basuh kereta

Actually, itu adalah ajakan dan motivasi kepada diri sendiri agar cepat menghantar baby-ku itu ke Car Wash! Jelingan papa, kata-kata perli mama dan sindiran adik mengusutkan kepala. Hahahaha. Balik ofis kul 6.30pm, car wash pun dah tutup! (sebenarnya tak tahu pun car wash tutup kul bape, tapi sebab after 6.30pm memang malas nak menyinggah ke mana-mana selain terus ke arah rumah...) Basuh sendiri? Kereta tak basah, diri sendiri akan lencun dahulu!

Seingat diri sendiri, kali pertama aku sendiri yang hantar kereta gi Car Wash was... with K.Zuna masa kat Serdang. Selama ni, sama ada Papa / Adik yang basuhkan atau Papa / Adik yang gi hantar Car Wash utk dibasuhkan.


Picture above are edited by PhotoScape. Hahaha. I believe the application is not-new-to-you-all but i believe it-kinda-new-to-me-and-Dewi. Hahahaha. Thanks to Dewi yang bagi idea malam semalam about this application. Nothing extra-vaganza about it cuma aku sangat-sangat-sangat suka application Page yang sangat mudah dan berguna untuk aku dan bloggers meng-compile-kan picture so that our blog page untuk satu-satu entri tak panjang berjela.

Something that i'll show to Tuan Director, wahahahaha! Percayalah, dia mesti tak suke sebab dia memang suka entri dia panjang-panjang sampai 5 kilometer. Oho..dia dah pandai menceriakan halamannya dengan aplikasi muzik. Syabas ye. (iklan)

Saya cari aplikasi PhotoScape itu di sini. =)

Malam tadi dapat call tengah malam dari geng sengal Serdang. Suka kaco orang tengah tido lena di tengah malam. Itu bukan mamai. Sebab klo mimpi buruk, takkan ada soalan berbunyi "ko tidur duduk ke berdiri, Ayu? Hurmmmmm" (suara Anuar). Sengal!

Walaupun mereka sengal, aku tetap rindu mereka!

26 April 2010

Last weekend - not just pilihanraya..

25 April 2010.
Bukan setakat pilihanraya kecil Kawasan Hulu Selangor, tapi birthday adik bongsu aku. Ainol Shamrin.
Takde sape boleh lupa birthday ke 17 Adik sebab dalam hp semua orang dia akan set-kan reminder. So, WAJIB TAHU.

Mula-mula kami ajak celebrate makan kat Mc'D or KFC tapi ntah kenapa mood dia macam "nak makan kat stall je..." OK. Sri Kayu, Bukit Sentosa jadi pilihan.




Perjalanan dimonopoli oleh kaum Adam. Papa & Adik.

Ok, Aty masih tak boleh tak-mesej walaupun sedang meraikan hari jadi adik tersayang.

Aty and birthday boy

Turut serta dalam acara keluarga adalah kawan-kawan se-lepak-an mereka. this guy is new, i dont know his name. I mean that guy in black, yang white shirt tu is my brother, Abby.
Sangat gembira bila aku snap picture ni.

Tak lupa, si muncung Abe yang pasti-wajib-ada dalam apa juga acara keluarga kami. Even hari raya - sesi bertandang ke rumah famili papa pun, si Abe join sekali. My handsome brother, Amin - si baju kuning.

Selepas sesi makan-makan-kenyang-perut-suka-hati, adalah sesi bermanja-manjaan dengan 3 ekor hamster yang SANGAT AKTIF dan BUAT KAMI TEJERIT-JERIT BILA MEREKA SUKE MENYELINAP JATUH KE BAWAH SOFA. kami jerit sebab kami ada lagi 3 ekor kucing yang sedang menjeling tajam tatkala kami bermain dengan hamster2 ini.

Introduce to you, our new pet, Kathy si Ayam Katik.
Cubaan Ainol untuk menamakannya Jalak tidak berjaya sebab si dia ini terlebih dahulu 'terbiasa' mendengar suara merduku ini memanggilnya KATHY!

Believe it or not, not even one cat dare to near to Kathy.
1st - sebab aku or Aty selalu halau kucing-kucing tu yang pelik dengan kehadiran 'burung besar' ni.
2nd - nak kene patukan Kathy, cuba la!

Anggerik 1A/2 kini tidak lagi sunyi, sebab Kathy akan berkokok mulai jam 5 pagi.

OOOOOOhhhooooo...
Soooo kampung!
I like it!

Daddy Shah & Jr Shah Abqari.

Salam.
New update and fast-one. Takde bahasa bunga2 angkasa.

Pada Khamis lepas, 22/04/2010, jam 11.07pm, abang aku Sahnawan dengan rasminya bergelar ayah kepada Shah Abqari. Tak lupa tahniah kepada si ibu, Nurul Husna....
We are happy for both of U.


Ucapan tahniah segema suara dari dak BBA UPMKB!

Shah Abqari @ Abby, come here and meet your uncle & untie!

p/s : Rupa Husna. Kan?

21 April 2010

Say no to lipstick tester.

Babe..
Suke shopping-shopping or at least window shopping. From one window to another. Serious, first tips - JANGAN LA PAKAI 3 inch heel. I love wearing my barbie-ballet-shoes doing all-day window-shopping or at least not more than half-inch heel. Leceh beb..

This entry bukan pasal heel..jauh sekali pasal tips on how-to-choose-shoes-for-shopping. It's still related about window shopping but more to makeups.

Sekali sekala singgah di mana-mana mall, sure kita akan melalui makeup counters. Sogo - entrance je dah counters of perfume & makeups. Or at least, suke hopping inside Watson or Guardian, menjengah sekejap promotion bahagian Maybeline. (Maskara aku tak abis lagi, baru je beli dorg dah kuar promotion yang baru plak..huh!).

How about testing lipstick on your b.e.a.utiful gorgeous lips. YIKES babes! Don't. (And here I really CAN'T ACCEPT THOSE GIRLS TRYING THOSE TESTERS TO THEIR LIPS). I saw one! Eyy..rasa nak tanya je.. "Bibir u yang ke berapa sapu lipstick tu?"

Here, i saw one article about this UN-acceptable act.

So girls, NO-NO-NO.

Not even mencuit dengan jari, then apply it to your lips... sama je babe! The virus is at the lipstick itself! (No wonder, semua tester kat those pharmacy habis sememeh. YIKES! Ada hati nak sapu terus ke bibir..)

Oppss. Ada jugak yang try sapu pada belakang tangan. I wonder where this tricks come from. Hahahaha. Someone pls..pls..pls...tell me.

Asking me how I'm trying new lipstick?

It's instict. Just love the colour, think it suitable with me --> TAKE IT TO COUNTER AND PAY. I used to wear some-kind-of-plum-color. Wanna make it kinda pink? Just apply it with lipgloss. The plum will turn to pinkies with glossy look.

Fact - tak pernah habiskan sampai 'ke titisan terakhir' untuk sebatang lipstick. It took years, babe. Now i got, 5-6 lipstick.

*wink-wink~ nite, babe!


Owh, little update on this entry: I'm looking for lipstick pallet. Not combining with eyeshadow. Lipstick pallet only. Can't find even at SASA. Anyone got any idea where i can get LIPSTICK PALLET?

12 April 2010

Teknik bayangan bukan lagi milik Naruto

Remember my last post about accident?
It happen again, kali ni Amin alone. Minggu lepas. Melintas dibelakang kereta yang undur tanpa melihat jika ada orang dibelakangnya.

Condition? As snap below.

Body RX-Z kesayangan dia didefinisikan hancur oleh papa.
Pic bawah - serpihan body RX-Z Amin, hancur ke?

Apa lagi, terus tukar body RX-Z baru. Silver. Mcm Pesona kakak dia. Huahuahua.



Tapi still kenen Honda Wave Anol klo nak gi kedai beli topup.
Takd sape boleh usik RX-Z dia even kucing!

*************
Okey, dalam tazkirah last Friday ada segmen 'ilmu NLP'. It said that, klo kita dok fikir sesuatu kejadian tu, it will happen. Teknik bayangan. I do heard about this tecnic in Naruto's series. Tak tahu lak NLP pun pakai teknik yang sama. Or..tak tahu pulak Naruto pun pakai NLP!

So, it maybe mama terlalu risau sebab last week aku mini- accident, abby jatuh moto then terbayang-bayang those bad situation, terus jadi kat amin. So, kne ajar mama jangan fikirkan those bad-bad imagination. Kne guna kaedah CUT & DELETE. Kene fikir "minggu ni Kaklong balik..minggu ni Kaklong balik" supaya Kaklong tak selalu merayap gi Serdang hari Sabtu-ntah-apa-lagi-xtvt-dorang-ni-tah.

Hup..at least tak jadi macam mak Yan. "ko kawen je la dengan Zuna tu, Yan.." just sebab dia tak pernah dengar anak dia kuar dengan lelaki, asyik Ayu-Zuna-Zida.. Ayu-Zuna-Zida.

Kalu versi nama penuh mungkin mak-mak kita akan nampak jodoh kite memang kuat.
Azian, Azura, Arzuna, Azida! Try repeat 4 kali, abis nafas @ terkehel lidah.

Yan, kalau mama aku bagi the same statement, aku akan cakap "mama lambat, mak yan dah dulu suh kawen dgn K.Zuna. Kaklong tak nak madu dengan Yan!"

Teknik bayangan. Jom hari-hari bayangkan hari yang ceria, hujan gula-gula turun dan bumi penuh dengan bunga-bunga. Indah.

11 April 2010

i-city or ICT?

Dua minggu berturut - turut dah aku turun Serdang. Kali ni, dengan tema untuk jumpe Nuar yang datang dari Sarawak, untuk berkursus di Genting. Well, bukan itu tema utama, sbb tujuan yang paling-paling utama adalah untuk hang-out di I-City, Sec 7, Shah Alam. Sebelum orang kata tak mengikuti perkembangan semasa and buat muka blur bile member sebut 'nak gi i-city.." sebab dalam fikiran 'nak gi ICT..'. Nak gi ICT pun kecoh, pergi je la. Or paling sedih sekali ' sapa mauk beli laptop kat ICT ya..?'

Thanks to Ady yang sanggup layan kerenah kami yang macam kanak-kanak riang masuk taman tema jumpe lampu-lampu "oh..oh...jom gi sana. Jom gi sana...".

And thanks again, even kami tak dapat jumpe Bandi Amuk, kami dapat makan best malam tu. Kenyang tahap gaban. Best nasi goreng udang. Licin (as usual).

And thanks to Yan sebab malam tu kita dapat rasakan cuak 3 saat bila nampak signbooard 'SELAMAT DATANG KE NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS'. Oh my God!

Orang baru turun dari flight, sempat kira LCCT ada berapa tiles, tunggu kami datang - late for one hour. Sorry, Kak Zuna and Yan make-up lama.

Welcome to city of light @ i-city.

Pokok krismas. Tiba-tiba teringat 'drama' rekaan kita semua (BBA UPMKB). semua orang ada di layer masing-masing, dan pastinye 'star' tu adalah Zaidi.

Rasanya, K.Zuna la yang paling gumbira dapat menjejakkan kaki ke i-city ni. Dah ada perancangan untuk datang berdating di sini pula. Uikkss..dating nampak? Ehem...ehem...

Macam hujan meteor! Lagak macam kulit album single pertama.

Kak kepit. Tak cukup dengan digital camera, handphone canggih pun keluar jugak!

Ady and Nuar. Pasrah melayan perangai 3 angles yang baru jumpe lampu warna-warni yang saiznya lebih besar dari lampu lip-lap yang dipasang ketika Raya.

Hah, tengok. Mana pernah aku jumpe pokok macam ni.

Suke sungguh buat susun anak tangga macam ni. Tak kira dengan sapa, aku pasti akan jadi anak tangga yang paling bawah! Huh!!

They don't looked like frosted, right Mr Snowie? Owh, Mr Snowie just smile...bbbbbrrrr!

...dimana lensa kamera, di situ ada Ayu Azura!

Self-snap. Muat 4 orang.

K.Zuna : Nuar, deodorant apa kau guna? Freshnya!
Nuar : Buat sendiri ni, pakai kapur sirih.

Ayu happy sebab dapat tengok replika unicorn. Yan happy sebab dapat bergambar dengan 'unicorn'

Peace. Betapa bengangnya K.Zuna tengok makhluk comel kat belakang tu. Hahahahaha!

Ady : Dah la tu wei. Jom balik.
Nuar : Terpelecok babe!


Sesi makan di cafe Bandi Amuk. Walaupun tiada Bandi Amuk, kami dihiburkan dengan live band yang dok kata 'ini lagu kami yang terakhir' sampai 4 kali, tapi tak akhir-akhir jugak. Still singing till the 4th song. Waitress yang penuh menggoda, 'mencabar' kami yang anggun ini.

Hooo..kuar dari cafe tepat jam 12am. Heading to KLIA then back to Serdang. Sampai Serdang kul 3pagi.

Yan sangat siot bila dia mengaku dia tertido masa aku drive sambil tgh galak bercerita ttg Nesc kat dia di sebelah. Tiba-tiba bangun and repeat my word "ha, ye...nesc..". Siot! Did u know that I'm talking alone for 5 minute without realizing that U are sleep!?

Kak zuna? Dah lama terjun ke alam mimpi tanpa sedar pun yang kami hampir terlajak ke N9.

So, ape plan next?

07 April 2010

who's next wedding?

Bila difikir-fikirkan balik, baru aku perasan, sepupu-sepupu aku sebelah mama sikit sangat yang dah mendirikan rumahtangga. Along Mie (anak arwah P.Long), Along Ida (anak arwah P.Ngah), Kak Elis (anak arwah P.Lang), and terbaru is Juad (anak arwah P.Ngah, baru bertunang minggu lepas).

Juad dan pemberian-bukan hantaran kepada tunangnya. Sori guys, curik picture ni dari FB. Hehehehe.


Above picture Suzi, that is anak P. Uteh pun baru bertunang awal tahun 2010, maybe hujung tahun ni mendirikan r/tangga. Hah, itu je kot. Sepupu yang lain ada yang masih kecil, or still sekolah. Or, baru sangat menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Hahaha.

Anak-anak mak usu nya (mak aku la tu)...belum lagi, kot.

masih menunggu-nungguu kalo tetibe Eyla kata nak kawen. Aku paling suke, sebab aku dah tetapkan ape 'syarat' untuk dapatkan green light dari anak sulung. Naseb la... Takpe..takpe, mama kata "korang puaskan hati berpoya-poya dulu..." Caya la, Mama!

06 April 2010

Tokok tambah buat Yan Minah Belukar.

Nak sambung & tokok tambah cerita Yan Minah Belukar @ Mitsuko's page.

First: Yes, Yan dah pandai Geografi. Tapah kat Perak, Yan. Tapah tak pernah ada kat Pahang, sayang. Kat Pahang tu, Raub. Tak caya, tanya Malek. =)

Second : Thanks Yan. Sebab masukkan gelaran tu. Cukuplah UPSIan dah panggil aku mcm tu, ko pun! Ko memang YAN MINAH BELUKAR. Hehehehe. Sekurang-kurangnya, KUDA LAUT tu comel seyyyhhh! Ramzan pulak terhasil akibat letupan bom Hiroshima. I like the quote.

Tajuk entri di atas bukan bermaksud kami lepak2 di Tapah, Perak tapi malam tu kami lepak di kedai mamak name Restoren Haji Tapah kat Presint Diplomatik, Putrajaya.


Plan
nak usha jalan gi danau Kota akhirnya bertukar menjadi plan bershopping gile-gile & round 8kali kat pasar tu sampai tak sedar dah kul 3 pagi!

Pasal abg Polis yang tahan kita tu, mesti dia ingat kita baru balik dari IKEA sebab aku melalut sebut 'meja dalam kereta'. And aku merepek 'mana cermin'. Yan, imagine kul berapa tu Yan. 3 pagi OK! 3 pagi!! Sah la aku merepek / melalut macam orang baru kuar dari ZOUK. Tapi, seb baik dia tak tahan kita dua suh buat what-so-ever-drug-and-urine-test.

And, abang polis tu memang cute. Camne dia leh jadi polis?

Yan, ko kene tulis nama kat rim ni Yan. Nanti ada orang curi, ko tengok la sini, tau la itu rim ko!

Posing sebelum ke Danau Kota dan sebelum ditahan abg polis cute-cute-macam-ally-iskandar.

Pengajaran : Jangan main 'terkam'.

Well...I'm not so free that I'm posting 2 entries today, but Yan's latest entries make me want to. I want nobody..nobody but you! (ulang 2x)

OKey. Tragedi petang Selasa : Tiba-tiba call Ramzan, marah dia sebab dalam aku tengah ber'YM' dgn 'dia', tiba-tiba 'dia' yang aku sangka Ramzan sign-out. Wahhhhhhhh..berani orang sign-out semasa Ayu Azura still taip mesej terkedek-kedek kejap 'backspace', kejap 'backspace'??!!

Terus call Yan, minta no Ramzan. Gagal. Phonebook Yan tiada nama Ramzan sebab Ramzan sangat secretive? Seb baik 1 call kepada Jaa berjaya buatkan aku dapat no Ramzan at one tap!

Dan berjaya buat Ramzan blur camne aku dapat no ni.

At the end, 'dia' yang aku duk berYM dgn sangkaan 'dia' adalah Ramzan...bukan RAMZAN! Ya Allah, siapalah makhluk yang aku YM-YM tu..?? Who is this " x-zibit82 "?


Imagine..sangat 'mesra' perbualan kami. Nasib baik tak reveal 'kes wartawan CNN'.. Tup-tup...it's not even RAMZAN! Tak pasal-pasal Ramzan syak aku 'saja-cari-alasan-nak-call-dia' and then 'eh, mana ko dapat no hp aku?'

Misteri.

Gambar dalam Memory Handphone

Mereka berdua ni sememangnya sangat suka bergambar di depan cermin. Dari kegemaran menjadi satu tabiat.

Setiap kali aku bawak depa gi shopping, dorang akan mencari cermin, keluarkan phone camera and SNAP!

Tak kira cermin mall, cermin kedai kasut, cermin kedai baju or mana-mana objek yang boleh memantulkan kembali imej, mereka akan sangat teruja bergambar.

Tak terkecuali cermin dalam washroom.
Kan ke senang just minta tolong aku tangkapkan picture mereka...


Kesian mereka.
Yang paling aku tak faham, time nak bergambar tu, actually nak pandang mana? Kamera tu or cermin tu?

Adik-adik perempuan aku ni memang unik!


No comment! Maybe virus tu dah menular kepada minah dalam gambar disebelah ini.

Takpe..takpe..

Masih boleh diselamatkan!




Saja!

Masa tengok banner ni (tak salah aku kat One Utama).. sangat teruja nak paksa Aty -kuarkan-phonecamera-canggih dia and SNAP.

Tengok senyuman dia.

Sangat jelas dan nyata akan - KESERONOKAN - dia kan?

serious.. masa konvokesyen pun tak senyum selebar ini!


Opsss..tiba-tibe terselit picture Kak Ina sedang beri instruction pada amoi-penjual-cermin-mata-di -OpticalPoint, Jusco Balakong.

Dah berjam-jam kami dok belek semua jenis / corak / warna spec yang ada di kedai tu, last-last bila campur semua kos, RM1,000++, terus kami keluar dari kedai and menuju ke cinema teater. tengok Alice In The WonderLand. RM1,000 ++ beb! Leh tengok wayang 100kali!!



Saya sayang kamu semua;