The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

31 October 2012

Hi Facebook User!

Berhabuk Chimichiky! 

Seriously, busy. Kerja hakiki ditambah pula ketiadaaan idea nk dicoretkan. Kadang-kadang bila jumpa rakan-rakan di mesyuarat, ada yang bertanya. Blog dah tak aktif ke? Huh, jangankan kawan-kawan, rakan serumah pun pernah bertanya.

Idea! Oh, idea!

It's not that this time something pop up in my mind, tapi kadang-kala bila ada idea..tiada masa pula nk click Blogspot.com ni. Hari ni bertungkus lumus dengan mesyuarat pagi tadi, then after lunch bertungkus lemus pula dengan Laporan Verifikasi yang 'bertahun' tertangguh sampai hari ni last day submit, baru la buat. Haha! Kelam kabut!

Especially bila nama department dah naik dalam mesyuarat as salah satu department yang belum hantar laporan, dan bila En Boss memandang tepat ke arah aku, then aku buat muka tenang dan berkata " Hari ni saya hantar." En Boss pun tersenyum. Fuh. Lega dapat menenangkan En Boss. :)

Lately, aku risau dengan Facebook. Jadi kurang senang dengan pelbagai pendedahan diri dalam Facebook. Gambar, status...tag di picture itu dan ini. MUla-mula dulu tak buat restriction. Siapa-siapa boleh post gambar kat wall. So, kalau tak buka facebook, alamatnya bila buka akan ada berpuluh-puluh post - kawan tagged muka kita di gambar dia then auto masuk wall kita atau kawan tagged dalam post dam confirm masuk juga ke wall.

Now :

Hanya KAWAN boleh mencoret di wall tanpa sekatan. Hanya KAWAN (yang betul-betul kenal) boleh lihat keseluruhan wall tanpa sekatan. Nak tagged nama saya di post anda - hanya dengan kelulusan saya ye. KAWAN (yang betul-betul kenal)boleh lihat post yang saya luluskan itu.

Alhamdulillah, terkawal sikit wall FB saya.
 


Kesimpulan. Hanya mereka yang dah di approvekan sebagai kawan boleh melihat wall aku, email aku, mesej dan kenalan mereka yang boleh memohon untuk menjadi kawan. I am not that 'public' type.

Sepupu pun aku tak approve, inikan pula orang yang tiada pertalian darah baru mula nak jadi kawan. 

Ok, yang part ni aku paling PELIK! Somebody pls help me, TELL ME WHY!


Stated there I got 16 photos of you , but look. I got only 6, right? Where are the rest 10 of it?! 

Yang 331 photos tu memang tak larat nak kira la.!
Album pun sama. Tulis 21 album, tapi aku ada 9 je.

Try remove tagged dalam picture rakan-rakan pun, takde number yang berubah!

Kalau aku salah faham dengan apa yang tertulis dan ada orang yang tahu apa maksud numbers tu, sila la TOLONG TERANGKAN KAT AKU. PLEASE. AKU MERAYU.

ADa artikel yang menarik untuk dibaca, tapi malas untuk ditaip kembali dengan menggunakan ayat sendiri. Bukan Karangan Rumusan Form 5 ok! Kajian Tentang Kenapa Pengguna FB Add Friend dan Remove Friend.
So, klik di sini ye jika berminat.

Oh. Itu sahaja la coretan setelah sekian lama mendiamkan diri.

See ya!

09 October 2012

Hari Malaysia UPSI 2012

Sekitar Sambutan Hari Malaysia last month.
27 September 2012.

Tema - kembali ke zaman silam.
Ada yang kata 'Ala-ala Perhimpunan Natrah pula'









dengan sedikit percikan warna :)

Siapa Wanita Cantik?


Wanita cantik ialah:

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum saat tertekan

3. Tertawa saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU.
 
1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
 
 

Ya Allah, kuatkan aku untuk semua ini.