The rain falls because the cloud can no longer handle the weight. The tears fall because the heart can no longer handle the pain.

Never hurt people who love you a lot, because they WON'T HURT YOU BACK. But they'll probably have NO CHOICE but to LEAVE YOU FOREVER.

20 August 2010

Seb baik gene Hulk tak begitu aktif di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan.

Dah 10 Ramadhan baru la I ada masa nak update blog ni. Buzy la dgn kerja hakiki.
Walaupun sibuk dgn kerja di meja (yang tak pernah surut), tapi yang paling best adalah :
BALIK TEPAT KUL 4.30 PETANG!
Hahahaha. Mana nk dapat pelepasan awal cmtu weyyhhh! Hari tak puasa (I mean bulan selain bulan Ramadhan) office-hour sampai 5.00 petang pun I terlajak2 ke kul 6.30pm...tak sape suh tapi tak lena tidur kalau masih bnyk post-stick note bertulis URGENT dan KIV atas meja. Wah!

Bulan puasa ni tak baik marah-marah kan? Itu nasihat beberapa orang pada I la ye. Tapi sorry la, kadang-kadang tu terlepas jugak. Bulan puasa tak bulan puasa. Don't try make me angry. Sebabnya yang rugi bukan I tapi orang yang dimarah tu sebab free-free je kene marah pada bulan puasa. I pulak, lepas marah2 still boleh berbuka dengan senyum tawa.

Dan terima kasih pada yang memujuk.
Kalau tak, naya je malam 10 Ramadhan ada org tidur tepi jalan.


So, walaupun kinda awal utk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..tapi ermmm..boleh la kan? (Kat ofis ni, 2nd puasa dah berkumandang lagu Raya!)

Astalavista. Adios muchachoss!

04 August 2010

Nota buat 'kekasih' dari sang 'kekasih'

Nota buat Aty:
semenjak dirimu pergi... aku mulai belajar untuk tidur sendiri. tanpa dibelai-belai-digeli-gelikan sebelum terlena. tiada sape nak dukung aku tidur dalam bilik kalau aku tertidur di bawah meja makan. Tiada sape pun nak selimutkan aku time hujan. huhuhu...

tiada lagi teman bicara di waktu petang. maka aku terpaksa bermonolog dengan si Kiki dan Lala yang hanya berjaya lewat malam...


membuang masa dengan menonton Astro Ria - seorang / seekor diri. Itu pun jika mama tidak dengan selambanyer menukar rancangan...atau kaklong dengan siri CSI nya. atau papa dengan Berita terkini atau Abby dengan Naruto.

Tiada siapa memperdulikan aku.

maka, aku membawa diri ke sudut-sudut sofa atau bawah tangga atau ....dimana sahaja lah.
Tiada siapa peduli.
hanya ku harap kau datang dalam mimpiku...

Oh, Aty.....~

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Nota Hujung Kaki:
Sayangku moko2,
Minggu ni Kaklong dan Aty akan balik merenyukkan kau, mendera kau buat terjun bungee dan lompat katak. Malah, Bella pun akan pulang untuk membungkus kau dalam tuala setelah kau puas dimandikan, direndam dan di syampoo..!
Huahuahua!